Friday, 30 September 2016

Pantang Larang Menghantar Anak Pada Babysitter

PengakuanKu

Assalammualaikum wbt..

Aku terbaca confession, ‘pesanan buat babysitter’ baru-baru ni. Sebagai babysitter tak bertauliah untuk anak-anak buah aku, meh sini aku plak nak buat pesanan pada mak-mak yang hantar anak dekat babysitter. Umur aku tahun ni 23tahun, aku duduk rumah time cuti sem sekarang ni, dengan mak aku, so bile aku kat umah, abang dan kakak aku pun tumpang hantar anak-anak diorang, nak suruh aku jaga. Anak sedara aku ade 4 orang semuanya; seorang baby umur 7 bulan, seorang setahun setengah, yang dah besar sikit umur 2 tahun dengan 4 tahun respectively. Hokayyy, walaupun aku duduk rumah dengan ade bantuan mama aku untuk jaga anak-anak buah aku, aku yang still muda-la-jugak-compare-to-makcik-yang-jaga-baby-kakak-tu pun semput nak jaga anak-anak buah aku tu semua. Padahal aku just jaga diorang je, keje rumah lain semua aku tak buat. Masak, basuh baju, kemas rumah semua mama yang buat. Tu pun aku tak larat. Oh yeah, buat pengetahuan semua orang, kakak dan abang aku ni sama la macam parents muda kat luar sana. Banyak pantang larang dalam menjaga anak diorang. Aku tak salahkan diorang, sebab every parents pun nakkan yang terbaik untuk anak-anak diorang, tapi aku harap sangat supaya diorang pun boleh bertolak ansur dengan babysitter diorang.

Ok, first nak ceritakan pantang larang yang kakak aku bagi. Anak die umur setahun setengah dengan 4 tahun. Die punya pesan kat aku, anak die yang setahun tu make sure bagi breastfeeding milk yang die dah provide siap-siap kat aku. Yang 4 tahun tu, make sure kena speaking english bile nak communicate. Ikutkan je la. Napping time not more than 2 hours, kalau tak nanti malam die susah nak tido. No gadjet and limitkan waktu tengok tv. Yang lain, pasal makan, asalkan makanan tak pedas, takde MSG and no sugar, boleh je bagi. Ye la, sebab diorang dah besar la jugak.

Then, demand abang aku plak. Anak die memang die tak ajar tido dalam buai. So die pesan, sila make sure anak die tak tido dalam buai. Susu tak kisah la cane. Pastu anak die sensitive kat panas, kena tido dalam aircond je, but make sure temperature tak kurang dari 26 degree celcius. Makanan plak, yang baby tu die suruh bagi puree je, tapi kakak ipar aku dah siapkan awal-awal. So takde la masalah sangat. No pacifier whatsoever untuk semua anak sedara aku, so senang sikit. Takde la isu budak-budak ni terambil pacifier kat mane-mane dan sumbat dalam mulut. Yang ni pun same, tak bagi anak tengok tv dan suruh aku main je dengan budak-budak tu.

Kalau tengok, memang diorang particular sikit. Tapi sebab diorang tu anak-anak sedara aku, aku ikutkan je. Penat tu takyah cakap la. Abang aku tak bagi tidokan anak die dalam buai, same la macam sis confessor tu, tapi seriously, aku takleh nak ikut permintaan die tu. Aku try tidokan dgn cara dodoi, tapi anak-anak buah aku yang lain datang main panjat-panjat kat belakang aku time aku nak tidokan bay. Letak die kat tilam, cousins die datang kacau-kacau. Sudahnye time die nangis, aku pun nangis jugak sebab penat dah, tak tau cane nak tidokan die tanpa buai. Pastu, mama aku la suggest, masukkan je kat buai, since baby tu pun penat dah nak tido, tapi takleh tido sebab cousins die kacau. Bile aku letak kat buai, budak-budak lain teruja plak tengok buai tu, diorang tengok je, sambil ikut aku zikir nak dodoikan baby tu. Tak sampai 5 minit, baby dah tido. Senang keje aku, boleh angkut semua yang lain keluar and buat aktiviti lain.

Then, part tak bagi tengok tv pun susah jugak nak ikut. Walaupun mama aku suruh aku jaga je budak-budak, tapi aku kesian la kat die. Takkan semua keje mama buat sorang. Jadiknye, lepas baby tido, selalunye akan bukakkn anak-anak buah aku educational cartoon, supaya aku boleh tolong mama aku buat keje sikit-sikit. Jemur baju ke, vacuum rumah ke mop lantai ke. Ye la, kalau environment rumah tak bersih, lantai tak bersih, nanti sure abang dan kakak aku pun complain, sebab anak-anak diorang tu tengah age suke mengutip. Nak bagi mainan je, tak bagi tengok tv? Ha, memang takde jadik keje la sebab diorang bergaduh, pegi ketuk each other dengan mainan tersebut. Tak jadik keje aku. Bagi buku pun same. Masing-masing berebut nak buku each other. Solution terbaik: bukak disney junior, ha.. communicate la dengan mickey mouse ke, dora ke.. janji aku boleh tolong mama buat keje rumah.

Abang dan kakak aku ade je complain kat mama. Tanye nape tak pantau anak-anak tengok tv, nape tidokan dalam buai. Pastu badan anak ade bintat-bintat kena gigit nyamuk. Then, jawapan mama paling bes. Mama cakap kat abang dan kakak aku, senang je kalau nak suruh bagi full attention kat anak-anak diorang, bagi orang gaji sekali untuk tolong mama buat keje kat rumah. Bila ade budak-budak kat rumah, penat die lain macam sikit. Tumpah makanan sana sini, mainan bersepah-sepah. So akan sentiasa ade keje dalam rumah tu. Nak mop lantai, salinkan baju budak-budak, kutip mainan yang berterabur, banyak la benda nak kena buat.

Niat aku tulis kat sini, bukan nak bash sis ibu muda tu. Cuma ape yang aku nak sampaikan, benda yang kite boleh bertolak ansur dengan babysitter ni, berlapang dada je la. Aku faham, faham sangat semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak diorang. Aku yang takde anak lagi ni pun kalau boleh nak buat yang terbaik untuk anak-anak sedara aku, tapi aku boleh buat setakat yang termampu je. Nak ikut segala demand, ha, macam mama aku cakap tu la. Prepare la extra helper untuk tolong kitorang dalam rumah ni. Aku rase, isu tidokan anak dalam buai tu termasuk la dalam isu yang remeh, yang penting baby tu sihat. Aku takleh bayangkan kalau sis confessor tu hantar anak kat nursery, terus berhenti keje agaknye untuk jaga anak sendiri sebab based on pemerhatian aku, anak-anak sedara aku tak pernah sihat bile duduk nursery. Demam, batuk, selsema, HFMD semua pernah kena. Bile aku jaga, diorang sihat walafiat je, alhamdulillah, cuma kadang-kadang terlepas pandang ade nyamuk hinggap, tu takleh buat ape la. Segala langkah berjaga-jaga untuk halau nyamuk aku dah buat dah, mosquito repellant patch, serai wangi, semua dah buat, tapi ade jugak nyamuk tegar nak hinggap kat anak sedara aku punya badan..

Pesan aku, sis confessor, takde orang yang lebih baik untuk jaga anak-anak anda melainkan diri anda sendiri. Kalau rase takleh nak bertolak ansur dengan babysitter atau nursery, rasenye langkah yang terbaik macam semua orang dah cadangkan sebelum ni, duduk la rumah dan jaga sendiri anak anda. Tu pun sebab sis tu baru ade sorang anak dan boleh curahkan segala perhatian pada budak tu. Lepas tu, ade bagusnya kalau sebelum sis hantar kat babysitter, buat list dos and don’ts yang macam kakak dan abang aku buat tu. Diorang bagi details semua benda yang boleh and tak boleh buat. Tu pun aku boleh ikut setakat yang termampu je. Yang aku tak mampu buat, mama aku yang tolong back up kenapa aku tak buat yang macam diorang suruh tu. (Hehehe, thank you mamaku lawyer!) Aku jaga anak-anak sedara aku ikhlas sebab nak tolong abang dan kakak aku, tapi bile diorang dah demand macam-macam, rase jadik tak bes plak, sedangkan aku pun nak provide yang terbaik untuk anak-anak sedara aku. Inikan pulak orang yang takde pertalian dengan kite. Belajar la bertolak ansur dengan babysitter anda, cik confessor. Kalau kite mudahkan kerja orang, inshaAllah, Allah bagi ganjaran dalam bentuk lain pulak. Pada babysitters kat luar tu pulak, jaga la anak-anak orang ni dengan sebaik mungkin sebab itu amanah yang parents dah bagi kat korang. Kalau tak suke, sila tolak awal-awal, jangan la dera budak-budak tu pulak. Ok, peace~

– MojoJojo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.