Thursday, 22 September 2016

Penyesalan Yang Tidak Berpenghujung

PengakuanKu

Assalamualaikum and Good Day semua. Payah jugak rupanya nak sharing alam maya ni kan? Sebab asal tulis je, padam. Asal tulis je, padam lagi. Dan akhirnya, terhasil jugak sharing aku ni.Masa aku tulis ni, sepatutnya aku buat preparation untuk tutorial aku esok. Tapi, takpe la ye. Nak share sesuatu yang dah lama aku pendam, dan orang terdekat dan rapat ngan aku je tau. Mak ayah aku pun tak tahu pasal ni.

Aku ni dulu tak cerah masa depan dalam akademik masa SPM. Dulu aku memang cinta gila dengan martial arts. Adik beradik sepupu sepapat aku pun sama gak. Memang die-hard-fan la dengan martial art ni. Jenis apa? Biarlah rahsia gitu. Tapi lepas tu aku letak tepi cinta aku tu.. Sebabnya, masa tahun pertama asasi pun sipi-sipi je lagi nak kena dismiss. So, masuk universiti baru aku bertekad nak fokus 100% untuk akademik, tak nak bagi sejarah berulang.

Sama dengan universiti-universiti lain, Ko-kurikulum merupakan salah satu subjek yang perlu aku amik untuk lengkapkan syarat pengajian. Jadi, aku pilih untuk masuk debat. Padahal debat dan pengucapan awam (baca: public speaking) antara benda yang aku akan elak untuk buat sejak zaman sekolah lagi. Sebab aku tahu kesan kalau aku aktif sangat martial art ni. Dah la memang tak reti bahagikan masa, tak reti jugak buat dua tiga empat kerja dalam satu masa. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan peringkat Diploma dan First Degree aku dengan jayanya.

Masa Diploma, aku pernah perlekehkan kawan-kawan aku yang tak berapa fasih Bahasa Inggeris. Tapi aku tak cakap depan-depan. Aku cakap dekat kawan rapat aku yakni satu-satunya kawan kelas perempuan untuk batch aku. Aku cakap kat dia, dengan niat yang baik dan bukan nak perlekehkan siapa-siapa masa tu. Aku cakap, kenapa tak bawak kamus masuk kelas kalau tahu kita tak pandai English? Kalau tak nak bawak kitab bahasa yang tebal tu, boleh je kan download apps dictionary dekat phone tu? Handphone diorang masa tu lagi canggih dari aku. Ok, masa tu tahun 2009. Aku tak tahu kawan aku tu terasa ke tak sebab dia jenis hati kering ni. Walaupun hati kering, aku pernah Nampak dia menangis sebab masalah family.
Sama jugak masa first degree aku. Lagi teruk kot aku rasa. Masa tu class rep aku tengah jual nota yang dah dibukukan kat dalam kelas. Dia buat banyak copy sebab dalam kelas masa tu ada dalam 40-50 orang kalau tak salah. Aku beli, sebab senang nak rujuk and buat preparation sebelum exam. Tiba-tiba aku dengar class rep aku tu cakap, Orang dah buat banyak ni, awat tak mau beli? Sat lagi mula la nak sibuk-sibuk pinjam nota kat orang pulak.

Dan aku pun angin jugak dengar yang budak kelas aku ni tak nak beli. Tak mahal pun. Dalam RM10-RM12 je nota tu. Aku marah la. Aku cakap kat class rep aku yang duduk kat sebelah aku masa tu, Nota macam ni yang nak guna satu sem pun tak nak beli ke? Benda lain, top up handphone, shopping sana-sini, tengok movie setiap minggu, makan tempat-tempat best, cuti mid sem pergi vacay dengan kawan-kawan, belanja teman istimewa makan dan beli hadiah mahal-mahal untuk partner, siap tukar gajet setiap kali duit PTPTN masuk boleh pulak hang afford? Aku angin sebab selalu nampak geng-geng ni berjimba dengan mewahnya. Aku ni, semua benda aku berkira kecuali buku dan makanan. Sebab arwah atuk aku cakap, jangan pernah berkira dengan ilmu dan makanan. Mak aku pun pesan benda yang sama.

Aku suka mengajar dan sangat bersemangat untuk belajar. Pernah sekali tu, dah nak final exam. Biasalah, masa tu barulah student kalut nak cari nota, pinjam nota hang, ajak kawan buat group study sama-sama sampai ke malam, 2-3 pagi yang pagi pukul 8 tu ada exam pun dok tanya-tanya pasal subjek exam. Aku bukan jenis berkira. Tak kisah langsung kalau orang nak tanya. Tapi, aku perlukan common sense kawan-kawan aku masa tu. Aku belajar kat Alor Setar, tapi tinggal dengan mak aku kat Sintok. Siapa-siapa yang biasa dengan tempat kat Kedah, korang tahu lah jarak dua tempat tu jauh macam mana. Dan aku ulang-alik ke kelas setiap hari.

Nak dijadikan kesnya, ada la dua tiga orang yang ajak aku buat group study. Aku on je. Tapi bagitau kat diorang awal-awal yang aku tinggal jauh, dan aku ada paper apa yang terdekat dengan subjek yang diorang ajak study sama-sama tu. Dan union consent pun wujud. Aku ajak jugak orang kawan international aku dan semestinya best friend aku ni. Hari kejadian, aku bangun awal lepas subuh tak tidur balik siap-siap nak ke kampus. Sampai je kampus, yang wujud dalam group study tu hanyalah aku, best friend aku, kawan international tadi, dan sorang kawan kelas yang bersemangat. Yang lain? Tapak kasut pun tak bunyi. Inikan pulak tuan punya diri. Sedih tau tak. Aku semangat nak sharing apa yang aku tahu, orang yang beriya-iya ajak aku langsung tak datang. Dia bagitau tak jadi datang pun lepas aku tanya dia dan kawan-kawan lain kat mana. Sadis tahu tak? Sebab aku nak diorang berjaya sama-sama. Bukan aku nak berjaya sorang-sorang. Siapa pernah kena macam aku, kita geng!

Aku marah masa tu. Sebab aku datang dari jauh, orang yang ajak aku tak datang. Dua hari lepas tu (kalau aku tak salah), dia tanya aku boleh tak aku ajar dia yang dia tak paham. Aku tanya mana yang tak paham. Dia jawab, semua tak paham. Dan menangis dalam hati lagi sekali aku kat situ. Dan dengan baiknya aku terpaksa tolak sebab hari esoknya tu aku ada exam paper lain yang aku ada separuh lagi tak habis study.
Best friend aku cakap, Kalau aku la kan, aku tak cari orang untuk aku ajar. Orang yang nak belajar ngan aku tu la datang cari aku. Mana ada cikgu yang pi cari anak murid dia. Semua kat sini dah besar. Guna la common sense sikit. Dan second thought, aku rasa betul apa dia cakap.

Tapi sekarang, tahun 2016 ni, aku rasa tak habis lagi memberi dan berkongsi dengan orang. Alhamdulillah, aku dapat sambung belajar dekat tempat yang aku dah aim dari diploma lagi. Bukan sebab aku pandai. Tak langsung. Sebab Allah je pemilik kepandaian tu. Allah Maha Bijaksana, Maha Mengetahui. Dan sekarang aku masih rasa aku kurang lagi memberi. Dan sekarang jugak aku rasa aku tak letakkan diri aku pada tempat kawan-kawan kelas aku tu. Mungkin dia tak beli nota tu sebab tak cukup duit nak balik rumah minggu tu. Atau taka da duit untuk makan. Atau perlukan duit tu untuk benda yang lebih memerlukan. Juga untuk kawan aku yang tak dapat datang masa group study tu, mungkin ada hal yang lebih penting yang kita tak tahu sebenarnya. Aku menghukum orang berdasarkan apa yang aku tahu, bukan apa yang aku patut tahu. Tak adil kan?

Dan mungkin sekarang, untuk tahap pengajian aku ni, Allah uji aku dengan kegagalan. Repeat tiga (3) kali subjek yang sama. Sedih. Tapi aku terima dengan hati terbuka sebab tak faham sangat masa tu dan 65% adalah minimum markah untuk lulus. 64% dah fail, gagal ye kawan-kawan. Ada lagi dua (2) subjek yang aku repeat jugak, alhamdulillah lulus. Itu mungkin teguran Allah untuk aku sebab aku rasa aku pandai kot. Dan perlekehkan orang lain secara tak sedar. Astaghfirullah. Hari-hari harap wujudnya mesin masa Doraemon tu supaya aku boleh baiki kesilapan lampau tu.

Sebelum aku habiskan sharing ni, buat pengetahuan korang, aku memang tak amik PTPTN. Bukan sebab aku kaya, tpi alhamdulillah ada rezeki untuk bayar sendiri yuran belajar. Dan aku nak cakap awal-awal kat sini sebelum terlupa, aku tahu dan faham yang teramat keperluan orang untuk menggunakan PTPTN adalah berbeza. Jadi, aku harap korang tak komen, kau tak amek PTPTN kau kaya la, dan apa-apa yang berkaitan.

Nasihat aku buat para pembaca sekalian, jangan lokek memberi. Terutama ilmu. Dan jangan kisahkan apa yang orang lain buat pada kamu sebab kita sendiri tak tahu masa depan kita macam mana. Tak nak korang rasa menyesal macam apa yang aku rasa. Remember, what comes around, goes around. Mohon maaf kalau panjang sangat sharing aku ni dan you guys are free to give any comment. Opinion has never been right or wrong. Doakan aku dapat habiskan pengajian ni dengan jayanya pada April 2017. Aku doakan para pembaca sukses selalu dalam hidup dan sentiasa dirahmati Allah. Assalamualaikum.

– Milo Dinasor Kerepek Pisang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.