Thursday, 29 September 2016

Baik Sangka

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks iiumc sudi approve confession aku.

Aku harap kisah aku dapat dijadikan pengajaran. Sekarang aku rasa aku tengah berada di saat paling rendah dalam hidup aku. Aku rasa susah, hilang keyakinan diri.. Terima kasih iiumc.com, daripada pelbagai confession, maka aku tahu bahawa setiap apa yang Allah datangkan kepada aku adalah atas kemampuan aku. Aku kena kuatkan hati aku. Kuatkan tekad aku. Apa pun ujian, aku kena LULUS! Aku kena kuat! Kena banyak doa dan sabar.

Ini kisah aku.. Aku ada perniagaan sendiri. Dah 10tahun aku berniaga. Panjang perjalanannya, dipendekkan cerita. Prinsip aku (pada awalnya), dalam berurusan dengan manusia, aku jenis malas nak bersangka buruk dengan orang. So, dah banyak kali aku terkena dengan orang akibat bersangka baik. Alhamdulillah. Sikit pun aku tak menyalahkan dan menyesal sebab setiap sesuatu berlaku tu, aku gali hikmahNya memang banyak sekali. Learn from mistakes la kan.

Aku niat berniaga nak cari pendapatan untuk keluarga. Mulut dan hati kita ni mudah nak kata ‘buat baik dibalas baik’. Aku selalu baik sangka dengan orang. Aku ingat semua orang baik dan aku memang yakin semua orang fitrahnya baik. Cuma bila diduga, diuji, maka tercontenglah titik-titik hitam dalam hati. Aku susah nak percaya yang akan ada orang buat benda-benda khurafat. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku, dunia dah di hujung umurnya. Aku kena redha dan yakin dengan ketentuan Allah dan hakikat manusia tidak sempurna, selalu lupa dan melakukan kesilapan.

Bila orang buat jahat kat kita, contoh hutang belum bayaq (yang ni aku rasa tak jahat mana pun, cuma mereka belum mampu nak bayaq lagi. Tak apa, aku boleh tunggu dan tak paksa sampai mintak-mintak), member femli tikam belakang, mengumpat, menghina… semua perbuatan yang nampak nyata lah, untuk aku semua ni biasa dan aku boleh relax and chill.

Cuma, bila bab orang buat bab ‘ghaib, syirik’ ni… aku ada beberapa kemusykilan.

Kisah aku ni… lately aku banyak buat benda ‘di luar kesedaran aku’. Maksudnya, aku buat something tanpa aku sedaq. Antaranya, barang-barang customer order, aku pergi BUANG! Duit aku withdraw, aku pergi BAGI KAT ORANG! Jangan tanya aku kenapa.

Rumahtangga aku yang sentiasa harum mekar mewangi dipenuhi cinta pun tiba-tiba beralun sebab aku tak tahu kenapa bila nampak muka laki aku, aku rasa benci sangat kat dia. Aku rasa dia pun benci kat aku, tapi.. elok ja dia macam biasa! Segala macam benda dia buat aku nampak jahat. Tapi dalam hati aku ni… department yang dalammmm sangat ni… aku tahu laki aku tak macam tu. So, setiap kali datang segala andaian opa tok tu, aku lawan! Dah macam perdebatan dalam kepala tau! Dan lately sampai aku bercakap sorang-sorang berdebat! Adoi laah! Mujurlah laki aku ni penyabar orangnya. Alhamdulillah masih bertahan lagi.

Lately aku jadi takut nak jumpa orang. Takut nak bercakap dengan orang. Sampai menggigil-gigil aku menghadap orang! Aku ni jenis peramah, rajin menegur orang. Sekarang aku jadi diam, nak buat hal sendiri. Kurus kering tapi percayalah aku makan macam pelahap!

Bisnes aku pulak dah makin teruk. Lepas satu, satu hal datang. Macam-macam dugaan datang. Orang yang baik dengan aku, supplier tiba-tiba ada masalah dengan aku. Barang customer order tak sampai-sampai. Lain order, lain aku hantaq. Staf aku buat hal walaupun aku tak pernah tinggi suara kat depa. Tepuk kepala. Tepuk dada. Tak payah tepuk lain lagi. Sakit!

Bila aku tanya pendapat orang-orang terdekat, semua kata ada gangguan dan suruh aku pergi berubat. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku macam mengelak nak pergi berubat. Konon nak lawan sendiri. Tapi satu hari ni aku sedar yang aku tak mampu nak lawan sendiri. Aku bagitahu laki aku mintak tolong bawak aku pergi berubat. Nak tahu hasilnya?? Nahh… tak sampai-sampai lagi pun kat mana-mana pusat perubatan Islam! Laki aku pun macam tak mau bawak. Aku pun tak faham.

Daripada cerita-cerita yang aku baca kat online tentang pengalaman orang, memang tanda-tanda jelas gangguan. Bab mimpi aku taknak cerita. Panjang sangat. Aku pulak bab mimpi-mimpi buruk ni aku tak suka nak recall. Konon drama movie tidoq.

Aku nak kongsi kat kawan-kawan, readers kat luar sana. Aku bukan nak takut-takutkan hangpa. Aku cuma nak ingatkan mana-mana yang nak tersasar melakukan perbuatan syirik dek kerana dendam, hasad dengki, busuk hati, kembalilah ke pangkal jalan. Yakin dengan Allah. Rezeki Allah dah tetapkan alamat penerimanya. Mungkin rezeki orang tu sesuatu yang kita inginkan, tapi belum milik kita. Kita usahakan saja. Kita tak tahu entah-entah memang milik kita, cuma belum masa delivery lagi. Dalam terms of delivery, item receive within 30years after payment. Hehehehehe…

Pada aku lah, pengajaran paling besar buat aku, pertama sekali BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. Bukan terus dengan manusia. Kita selalu bersangka baik dengan manusia sehingga meletakkan pengharapan pada manusia. Sebenarnya kepada Allah lah seharusnya kita berbaik sangka. Walau apa pun hasil urusan kita dengan manusia (baik@buruk) sudah tentu ada hikmahNya untuk kita. Bila kita berharap kebaikan manusia, kita akan merana bila dibalas keburukan. Bila kita mengeji keburukan, saat ia didatangkan untuk kita, maka kita akan jatuh terduduk. Tetapi orang yang bersangka baik kepada Allah, walau baik atau buruk yang datang, mereka akan bersyukur dan redha. Aku harap dapat jadi di antara orang-orang ni. Dengan manusia ni, kita kena ikut tajuk lagu OST Shah & Sha: HATI-HATI .

– Makmur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.