Thursday, 29 September 2016

Sikap Yang Diambil Remeh

PengakuanKu

Selalu dengar Melayu dan hasad dengki berpisah tiada kan. Kali ni aku cerita tentang perempuan dan hasad dengki pula.

Lately ni aku ada ternampak gambar-gambar kat facebook tentang siapa yang kurang berkawan akan lebih bahagia. Aku setuju. Sebagai seorang perempuan yang dah kena tikam banyak kali dengan perempuan, or lebih tepat kawan baik sendiri. Aku ni jenis peramah, friendly, talkative, senang cerita semua orang boleh masuk dengan aku. Tapi yang tak bestnya, mostly yang masuk tu lelaki. So kiranya aku ada ramai kawan lelaki berbanding perempuan.

Mak aku sendiri pernah kata ‘cukup-cukuplah’ tu berkawan dengan lelaki. Aku bukan apa. Bagi aku yang dah hidup 25tahun ni, banyak yang dah aku belajar tentang berkawan. Lelaki, dia tak hipokrit. Perempuan, kau jangan terkejut bila kawan baik kau yang kau percaya, yang kau bawa balik rumah tidur sekatil, gelak-gelak share story bagai, yang tu lah yang akan tikam and kutuk kau kaw kaw punya. Sekarang aku nak share dengan korang kenapa aku kurang berkawan dengan perempuan or lebih tepat, tak percaya dan takkan ada kawan perempuan yang rapat.

Waktu form 4, aku ada kawan baik nama dia DIRA. Adira ni memang cun habis, aku sendiri akui dan aku bangga ada kawan macam dia, bukan setakat cantik, pandai pula tu. Suatu hari, dia cerita menangis-menangis kat aku ada senior kitaorg raba dia, dan aku suruh dia cerita kat cikgu. Last-last, dia tak nak cerita sebab dia malu, aku lah yang cerita, end-up, aku pula yang kena marah dengan cikgu sebab cikgu kata aku reka cerit burukkan nama senior kitaorg tu. Kau bayangkan cikgu [anggil Adira and aku untuk tanya hal sebenar, Adira kata aku reka cerita. Time ni aku rasa sedih sangat. Aku menangis campur sakit hati. Macam-macam aku buat, aku back up dia, aku sayang dia mmg mcm seorg kawan baik, tapi mcm ni dia buat kat aku. Aku cerita kat mak aku, mak aku kata berkawan boleh, tp jangan terlampau percaya dan rapat sangat. OK.

Masuk diploma aku jumpa classmate-classmate aku, 6 orang perempuan and kitaorg berkawan baik. Baik la weih bila dah perempuan sikit sangat dari lelaki. Yang tu je ada dalam kelas. Nak dijadikan cerita, aku sorang asyik perform antara 6 orang tu. Sampai satu tahap ni, ada satu test, 5 orang tu fail. Aku je yang lulus. Soalan memang susah weih . serious tak tipu. Tapi Alhamdulillah aku lulus. Aku tak kecoh2 pun tapi kawan sebelah aku ni pergi arik kertas aku dan kecohkan yang aku tak lulus and aku yang dapat markah highest. Kau tahu apa jadi since hari tu? Semua 5 ketul perempuan tu jauhkan diri dari aku. Paling tak boleh blah, aku ada MC satu hari ni, then aku tanya kawan aku, kat kelas ada apa2 ke, dia kata takde. Sekali ada budak laki contct aku ajak masuk group dia untuk presentation dan esok ada quiz kena prepare. Aku mcm nak maki pun ada juga. Tanya dua member perempuan dua dua kata takde pape. Tgk2 esok ada quiz and ada pembahgian group. Kau rasa? Bukan setakat tu, ada lah kawan diorg ni kata aku ni pandai sangat tak layak berkawan dengan diorg yang biasa2 ni. Eh. Kalau korang nak tahu, aku ni pun takde lah pandai sangat. UPSR PMR SPM aku bukan straight As pun. Tapi aku ada semangat untuk belajar. Aku berusaha. Aku tak faham apa2 aku terus cari kawan-kawan yang pandai dan tanya lecturer. Aku ajar kawan-kawan aku yang tak faham. Sakit hati aku bila member sendiri kutuk belakang mcm tu sebab benda bodoh pasal markah dah pehal. *Haa kan dah emo* Tak blh brain weih kat universiti jumpa orang mcm ni.

k aku tak habis lagi. Pastu, aku ada juga kawan dengan roomate aku ni. Mmg baik juga la. kitaorang geng riadah sama-sama. Selalu main netball. Zumba tengok Youtube, geng tengok wayang. Tapi dia kelas lain lah. Dia selalu share story dia, aku selalu gak share story aku apa jadi dlm kelas semua aku stress jumpa manusia perangai dengki2 pasal markah bagai. Tengok2, dengan dia ni pun sama, plg lawak pasal aku ni lecturer sayang, kawan laki ramai. Aku dapat tahu bila makin hari aku dapat rasa dia menjauhkan diri dan selalu takde kat bilik. Tapi aku still buat dunno and layan dia mcm biasa sampai lah sorang kawan laki, classmate dia ni bg tahu aku. Yang dia kutuk aku, tanya asal korang lelaki suka berkawan dgn aku, pertikaikan apa yang korang suka sangat semua benda lah. Aku main sport pun dia pertikaikan kata aku nak tarik perhatian. WTH. TENGOK. LELAKI LAGI selamatkan aku. Jujur direct. Laki kalau aku makin gemok pun dia direct je ckp weih que, kau makin gemok lah. Kalau tanya perempuan, eh tak lah, sama je. Tak gemuk pun cantik lagi. *roll eyes* ni seketul lagi manusia dengki dengan benda bodoh juga, sebab apa lelaki ramai suka kawan dengan aku. ceh.

Tak habis sampai diploma, masuk degree aku ada isu lagi. Kawan study sama-sama, dengki dengan markah, sekali lagi. Awal-awal biasa je. Lama-lama sampai kena pulau mcm diploma dulu. Tak habis sampai situ, kes tak puas hati ramai laki suka brkawan dengan aku up lagi. Guys, im a friendly person. Juujur. Talkative, aku bukan jenis pendiam, tak bercakap dalam kelas, aku suka voicce out apa yang aku nak cakap, aku cakap. Yang pertikai-pertikai ni semua jenis perempuan yang shy shy. Pastu pertikaikan aku cantik sangat ke? eh eh. Ni member baik diorg yang kutuk aku belakang2 tu cerita kat aku lepas diorg pun kena tikam belakang. haha. Tapi aku tak kisah la. Cerita dia, kenapa kau nak heran sangat lelaki tak layan kau? Aku takde terfikir langsung or proud aku ada ramai kawan laki sebab aku pun tak perasan benda-benda mcm tu. Bagi aku pergi universiti untuk belajar. Bagi mama and abah aku bangga dengan aku. Dapat markah tinggi pun iri hati ke? Kalau aku, aku proud kawan aku berjaya tau. Aku akan lebih dekat dengan dia, tanya macam mana dia study semua. Bukan makin jauh. Makin jauh ni tak bukan sebab dengki lettuw. End up, aku sekarang ramai kawan laki. Sampai tempat kerja pun.

Cumanya kat office ni takde isu lagi la dengki mendengki ni antara perempuan. Apa-apa pun, pls lah perempuan, boleh tak fikir positive, jangan asyik dok iri hati dengki dengan kawan-kawan. Aku tak cakap aku suci, aku ada je rasa dengki dengan sorang kawan aku ni sebab dia pandai waktu sekolah menengah dulu. Kau tahu apa aku buat? Aku pergi belajar dengan dia woi! Aku nak jadi hebat mcm dia. Bukan kutuk belakang, jauhkan diri. Then pasal laki, udah-udah letuw tunjukkan desperate laki tak layan kau. Aku ni pun tak heran pasal kawan-kawan laki aku tu. Benda tu dtg secara apa orang panggil, tak dibuat-buat pun. Dah nak jadi mcm tu. Sedih lah aku korang dengki sebab benda-benda kecik. Pastu dengki sebab aku anak orang berada, kau ingat aku dapatkan barang2 yang aku nak tu minta mak ayah ke? Aku berniaga jadi dropship waktu diploma dulu okay, beli barang apa yang aku nak. Apa lah korang ni.

Tu sebab aku benci sikit nak berkawan RAPAT dengan perempuan. Berkawan tak salah, tapi kalau kau rapat, ketat sendat, pastu ada salah sikit je, berjaya lebih sikit, habis buruk kau dia canang satu dunia. Tak cukup canang dia tambah perisa. End up hidup aku lebih bahagia kawan dengan laki. Jujur, direct, tak HIPOKRIT. Tak suka apa aku buat, direct je dia cakap tak suka. Nak gaduh pun tak lama.

And bila aku cakap aku ni kawan ramai laki, korang jangan pikir pula aku ni menggatal ke apa pula. Jujurnya, aku tak pernah sentuh lelaki yang bukan mahram dalam hidup aku. aku pandai jaga diri aku. Aku cakap awal-awal ni yela, melayu, suka sangat label orang. Dengki jangan cakap lah*roll eyes*

– Q

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.