Nama saya MH. Seorang ibu anak dua, bekerja sepenuh masa dan tinggal di ibu kota. Bagi memudahkan readers faham situasi dan bayangkan jalan cerita, mungkin perlu saya ceritakan latar belakang keluarga saya juga. Kalau malas nak baca please skip to paragraph 3.
Saya anak sulung dengan dua orang adik lelaki. Mak abah bekerja juga dan orang kata kalau kerja gomen ni hidup tak kaya tapi cukup lah makan pakai kami sekeluarga. Education background, Alhamdulillah rezeki mak abah mampu sekolahkan saya sampai habis Masters. Habis je belajar terus dapat kerja, kerja gomen juga walaupun hati meronta-ronta nak jadi engineer. Rezeki. Seorang yang independent dan adventurous, setiap cuti semester saya akan kerja kumpul duit poket sebab saya memang suka mengembara ke luar negara. Seorang yang berani dan sukakan cabaran, suka travel solo dan kental, jenis yang akan cuba sedaya upaya dapatkan apa yang saya mahu. Ramai tak sangka saya akan kahwin awal, kahwin dengan orang Melayu and now I am blessed with two beautiful daughters. Again rezeki.
Confession saya hari ini bukan nak cerita pasal saya, tapi pasal keluarga suami saya. Bapak (ayah mertua) baru sahaja meninggal pada tahun ini. Allahyarham dah sakit sejak 2012, accident masuk besi masa 2014 masih boleh jalan sikit-sikit and was bed ridden since then. Mak mertua saya sebagai seorang isteri yang sangat taat setia memang habiskan hidupnya menjaga bapak sampai dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka tinggal jauh dari kami, kalau naik flights dari KL ni perjalanan dia keluar dari rumah jam 6 pagi sampai kampung dia dah azan Maghrib. Tu naik flights pastu kene naik bas lagi, kalau naik kereta je dari sini memang tak sampai-sampai. Suami setiap hari call parents dia tanya khabar berita masa tu, tempat luahan cerita mak dia lah kiranya.
Mak mertua saya ni anaknya ramai, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Saya pun tak sure berapa orang semuanya. Semua tinggal jauh di sana, kena naik kapal terbang baru sampai. Sekarang suami ambil dia tinggal dengan kami. Generation gap pun ada jugak sikit, sebab mak mertua saya ni macam baya nenek saya. Saya tiada masalah atas ihsan seorang menantu untuk jaga dia. Tapi perlu jaga bersama suami sebab tanggung jawab jaga mak dia adalah kepada anak-anaknya. Siapa kata menantu perempuan kene jaga mertua sebab dah kahwin dengan anak lelaki dia kena jaga mak mertua sekali, mungkin boleh berguru lagi. Walaupun sibuk dan stress kerja di pejabat, balik paling awal pun dalam pukul 7 malam, kena masak untuk dinner, basuh, angkat, lipat kain baju dan anak paling kecil pun masih belum berjalan, masih fully breastfeed (mak-mak menyusu mesti faham ada tugas tambahan pam susu, cuci botol dan tugasan rumah yang tergendala kalau anak nak susu, belum part tido-tido ayam sebab anak menyusu tak berhenti). Suami balik kerja lagi lewat daripada saya. Kadang-kadang saya baru nak takbir solat Maghrib dah azan Isyak. Sedihkan? Kadang-kadang malam dia keluar lagi sampai lewat pagi baru balik. Sibuk kejar masa nak masak sebab dah ada mak mertua duduk di meja makan tunggu orang hidang dinner dengan anak-anak buat konsert mintak didukung, mintak ajarkan kerja sekolah. Semua saya kena buat sendiri. Alahai biasalah, kerja biasa orang bekeluarga, mak saya dulu pun macam tu. Saya buat jelah walaupun penat.
Cerita penat saya dan terkejar-kejar ni tak begitu penting sebab benda normal, tapi bab tak sempat solat Maghrib tu sedih. Bukan lah hari-hari macam ni tapi ada lah one of those days yang memang terlajak. Penat dah saya minta suami balik awal sikit je asalkan sebelum Isyak dah sampai. Mungkin ada yang komen kenapa mak mertua tak tolong, dia tak boleh tolong. Alasan dia sebab mata dia tak nampak. Jenis yang siap langgar dinding sebab tak nampak. Tapi kadang-kadang saya intai jugak dia duduk main dengan anak saya. Anak saya yang baby tu hulur tangan, boleh pulak dia sambut, bola jatuh bawah meja makan pun boleh pulak dia nampak ada bola jatuh dan siap boleh ambil bola tu. Keluarga suami saya ni memang jenis makan kene hidang kat meja siap air basuh tangan. Memang jenis perlu dilayan di meja makan. Berbeza dengan keluarga saya. Masalahnya mak mertua saya ni mintak di layan sebegitu, I don’t have the luxury of time nak layan dia macam tu. Belum kira saya dah penat-penat masak, pedas lah, tak nak makan itulah, inilah, dah masak nasi nak makan mee lah. Penat kot masak, macam-macam pulak. Kalau saya dah stress sangat tu memang saya paksa suami saya beli lah apa yang dia nak makan, padahal elok dah siap masak dinner dah ni. Sedih lama-lama jadi bengang. Kerja rumah melambak saya kena buat sendiri, pukul berapa saya nak tidur kalau nak buat kerja satu-satu, sorang-sorang. Dia lepas makan terus masuk tido ye, memang family dia macam tu, breakfast, lunch, dinner lepas makan tido. Lelah lepas makan katanya. Suami saya dulu masa awal kahwin pun saya tengok macam tu, memang saya sergah jelah apahal lepas makan nak tido ni.
Mak mertua saya ni masa 2 hari datang sini dah sibuk tanya bila nak balik. Asyik lah tanya bila nak balik, katanya sedih sebab dia seorang kat sini keluarga dia semua kat sinun. Saya malas nak cerita pasal keluarga dia ni. Bertahun orang tu duduk berdua jaga bapak dia sakit, keluarga yang dekat je kat sinun tu berapa kali je datang melawat. Orang tu ular masuk rumah, jatuh katil, berlari ke jalan besar tahan orang minta bawa ke hospital sebab bapak tu minor stroke, siapa ambil peduli? And now, dia nak balik sebab FAMILY dia semua kat sana? Kau nak cakap apa? Sekali dua kali dia bunyi cakap macam tu, boleh lah saya diam. Mak saya pesan dah siap-siap kalau ada apa-apa yang tak suka ke dia cakap, diam je. But I can’t help it, memang last-last saya tanya je selama 5 tahun dia jaga bapak sakit tu berapa kali family dia datang melawat. Even anak dia sendiri yang duduk 5 minit dari rumah dia tu pun bukan hari-hari datang melawat.
Selalu I caught her crying. MENANGIS teringat kat anak-anak. Adik beradik mak dia ni pun satu, kalau call tu siap cakap lagi apa lah salah mak mertua saya ni anak-anak buat macam ni. Apa anak-anak dia buat? Anak ramai pun jadi macam ni. Ada adik beradik suami saya ni yang bertahun tak balik jenguk mak bapak. Bukan takat jenguk, call pun tidak. Apa khabar orang tu? Sihat ke, cukup makan ke. Takde ambil tahu. Minggu lepas dia menangis lagi, dia cerita anak perempuan dia 2 orang sekolah agama tapi kenapa buat mak macam tu. Lepas bapak meninggal, anak-anak dia ada yang tukar nombor. Kenapa? Saya pun tak tahu, saya malas nak ambil tahu sebab saya orang luar. Saya cuma boleh pujuk dia kata tuhan kata anak-anak ni ujian, ujian mak macam tu. Tuhan nak angkat darjat mak lagi. Saya pun tak tahu lagi jalan cerita macam mana, saya dah tua nanti anak-anak saya buat macam mana pulak ceritanya. Saya cuma mintak dia redha dan maafkan anak-anak dia, sebab selagi tu hati dia tak boleh nak tenang. Dia kata tiap malam dia tak boleh tido, fikir macam-macam.
Mak bapak mertua saya ni dulu berniaga, akaun syarikat nama bapa mertua yang dah meninggal. Nama tak sempat tukar, ada hutang mereka dengan orang lain tak boleh nak bayar sebab duit dalam akaun tak boleh keluar. Setahu saya urusan nak tukar nama ni simple je, asalkan ada kerjasama daripada anak-anak. Ada urusan tanah juga. Saya tanya suami saya yang bergaduh adik beradik korang ni berapa nilai tanah ni? Maybe dalam RM200k. Lah mati-mati saya ingat nilai berpuluh juta nak berebut ke gaduh apa benda ni, tanah kat KLCC ke takpe jugak. Mak mertua saya ni duk lah susah hati duit dan hal tanah dia ni masih belum tukar nama. Saya sound direct je, duit pun tak boleh nak bawak mati, tanah yang ada pun cuma yang 6 kaki atas mak je nanti. Ada apa-apa ke yang dia nak beli, dia jawab takde. Nak kejar apa lagi ni. Tapi tulah orang tua umur dah 72 tahun, cara pemikiran berbeza. Apa yang saya dan suami cakap dia bukan nak dengar tapi kalau saudara dia sinun, keluarga sia tah siapa-siapa lagi, nak pulak dia dengar. Benda simple je, anak-anak dia ni tolonglah bantu mudahkan urusan mak dia. Nak tukar nama akaun bank, kesian mak akak-akak, abang-abang ni. Teman hidup dia pun dah pergi, anak-anak tak ambil kisah, duit pulak takde. Dia selalu cerita masa keluarga dia berniaga dulu, diorang orang senang. Keluarga selalu mintak tolong. Nak tanah diberi, nak pinjam duit tak berganti-ganti, nak kahwin diorang buatkan kenduri, bila dah mati semua menyepi (terel gak aku pantun). Tapi tu pun ada gak yang sibuk duk tanya-tanya nak ambil lesen berniaga diorang ni. Harta jugak yang orang kejar.
Orang kata kalau mak mertua tu memang bukan macam mak sendiri. Yelah nak compare dengan mak kita yang dah kenal sejak lahir dengan yang baru kenal 5 tahun, mana boleh sama. Orang kata, kalau mak tu biarlah duduk dengan anak perempuan dia. Lebih mudah nak jaga, tapi hari tu ada dia duduk dengan kakak suami. Menangis-nangis cakap dengan suami tak nak duduk situ, kakak dia sampai dah tak bercakap dengan mak dia sendiri. Kakak dia ni pun anak semua dah besar pun dah habis sekolah menengah takdelah banyak sangat kerja rumah, suri rumah sepenuh masa lagi. But maybe segan lah kot rumah tu rumah suami dia. Duduk lah dia kat rumah adik perempuan dia, suami kerja construction. Macam rumah kongsi, toilet sharing. Kesian dia. Haritu dah nak dekat musim haji, suami tanya kakak ipar untuk urusan badal haji arwah, kene sound dengan abang ipar dia kata kau jangan kacau lagi kakak kau. Duit badal haji suami masukkan dalam akaun kakak dia minta tolong daftarkan dengan agent. Nak daftar sendiri dah tutup. Yang suami saya ni pun satu, macamlah tahun depan tak boleh buat. Kalau dah tau kakak dia dah tak nak tolong. Ada je adik beradik suami ni yang kakaknya bekerja tapi tak tau apa berita, lost contact dengan mak sendiri, boleh?
Kalau kat kampung suami saya ni, lepas meninggal orang sibuk buat kenduri tahlil. Banyak kali, ada makan-3, makan-7, makan-20, makan-40, makan-100. Yang sedihnya, arwah ada hutang dengan orang yang masih belum dibayar sebab akaun syarikat belum tukar nama. Fidyah dia pun saya tanya minggu lepas kat mak mertua dah bayar ke belum, dia kata sik aku tahu. Dia kata kena kira sejak baligh sampai umur 80 lebih. Nak kira bukan senang ni sebab saya ingat masa arwah sakit je dia tak puasa, rupanya mak mertua kata dari dulu masa sihat berniaga pun selalu tinggal puasa. Nanti kene pergi pusat zakat untuk bantu kami kirakan. Cuma mohon lah bantuan anak-anak, selesaikan urusan akaun bank bapak ni, untuk bayar hutang dan fidyah puasa dia.
Kadang-kadang saya dah pakai kasut nak pergi kerja, dia boleh pulak order cam kat kedai, taulah dulu ada kedai makan. Polah kopi satu. Sik mau manis. Kau dah lambat ni lagi 10 min nak 8.30am. Pagi-pagi selain urusan anak nak pergi sekolah dan anak kecil baby tu, kene sediakan breakfast mak dia siap. Saya takde masalah penat urusan nak masak on time ikut tekak mak dia tapi saya memang tak suka kalau dia sibuk masuk campur macam mana saya besarkan/ didik anak-anak saya. Cara saya mungkin macam cara keluarga saya, tak sama macam cara dia besarkan anak-anak dia. Based on my observation, cara dia tak sesuai untuk keluarga kecil saya. Semalam memang kemuncak bila selepas beberapa kali waktu saya marahkan anak saya dia sibuk jugak nak marah saya. Memang saya tinggi suara saya kata jangan masuk campur saya ajar anak saya, ni anak-anak saya. Anak-anak mak sendiri pun tak reti jaga. Suami saya masa tu? Biasalah dia keluar, pukul berapa pagi balik pun saya tak tahu. That’s the point of why I am here confessing to the social media.
Few times dia buat macam tu, saya dah slow talk dengan suami saya minta dia beritahu mak dia. Tapi dia tak jugak cakap kat mak dia, memang saya geram betul semalam. Kalau dia cuma pandai arah-arahkan, cakap je pandai, kerja rumah atau setakat nak tolong tengok anak saya biar saya solat atau buat kerja rumah pun tak boleh nak tolong, baik jangan cakap apa-apa. Saya penat. Saya stress and at times like these, nasihat yang tak membantu adalah benda yang saya tak perlukan. I just need a helping hand and at least a second to catch my breath! Saya dah sampai stage yang saya rasa nak balik duduk rumah parents saya. Sejak dia dah duduk rumah kami ni saya dah makin kurang balik rumah parents saya walaupun cuma 30 min dari rumah kami. Abah saya pun tak berapa sihat, baru masuk keluar wad bulan lepas masalah jantung. Saya sampai terpaksa menangis mintak suami saya balik melawat abah saya masa di wad haritu. Sikit pun tak boleh nak consider my situation while I sacrificed my time and energy nak tolong dia jaga mak dia. Tulah lelaki, orang kahwin nak kahwin, orang ada anak dia pun nak jugak tapi bab tanggung jawab ke atas anak dan isteri, failed! That’s a different story yang malas saya nak cerita, tu kene cerita kat page lain.
Dear readers, please help me saya rasa saya memerlukan kata-kata semangat. Elok-elok nak bantu suami berbakti kat mak dia, free-free saya dapat dosa bila ada yang saya buat atau cakap mak mertua saya terasa hati atau tak berkenan. Saya tak tahu dah nak cerita kat siapa. Cerita kat mak saya, dia kata sabarlah dah nasib saya kena jaga mak mertua. Tula sebelum kahwin tak berkenalan dulu dengan keluarga bakal suami, tengok dulu keluarga dia macam mana. Cakap dengan suami pun tak guna, sekali ketuk sekali jalan.
– Menantu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment