Sunday, 1 October 2017

Penipu Tidak Kira Bangsa

PengakuanKu

Terima kasih IIUM kerana menyiarkan confession ni (jika tersiar) sebab semelum ni tak pernah disiarkan.
Ok, disini aku nak meneceritakan pengalaman aku ditipu dalam berbisnes dan juga ditipu sebagai pembeli. Mohon bersihkan minda dan juga hati ketika membaca. Confession ini bukan berbaur racist ye. Ada kesimpulan di penghujung cerita. Bermula pada tahun 2014, aku seorang consultant. Pada tahun 2014, aku dapat 1 projek untuk menjadi consultant 1 projek renovation. Panjang aku nak cerita detail tentang kontrak dengan client aku, tapi aku melantik 1 kontraktor yang berbangsa cina. Nak cerita panjang, tersangat panjang. Aku pendekkan je, just nak bagitahu yang aku telah ditipu oleh dia. Dia melarikan duit aku sebanyak RM25k dan menyebabkan aku menanggung kerugian sebanyak RM100k. Ya, kalau korang tanya..kenapa dia melarikan Rm25k tapi aku menanggung kerugian sebanyak RM100k? Sebab aku kena menanggung kerja2 yang tidak disiapkan yang menelan belanja sebanyak RM100k. Panjang la ceritanya berdasarkan kontrak. Pergi report polis, polis kata ini bukan bidang kuasa mereka. Ini kes civil dan perlu masuk mahkamah. Inspektor yang aku jumpa tu pon bgtau aku, boleh saja nak tangkap penipu tu pakai gangster watever tapi duit aku tak mungkin dapat. Bila aku pergi jumpa lawyer memandangkan ini kes civil, lagi la menyedikan. Fees lawyer pon almost RM15k (itu dah kira murah sbb harga kawan2). Jadi rumit pulak kalau aku nak saman sebabnya si penipu tu dah declare bankrupt. Boleh sahaja nak saman tapi sekiranya harta2 yang dia ada tidak mencukupi berapa yang aku nak claim, nasib la. Ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu. Sedihkan?
Jadi keputusannya, aku tidak saman dan si penipu itu bermaharajalela. Ada seorang Chinese (sub contractor) call aku, dia pon ditipu oleh penipu yang sama. Dia contact aku sebab dia dapat no dari facebook. Dia pon bagitahu dia ditipu jugak sebanyak RM30k. Bila aku tanya dia apa solution dia, dia cakap dia malas fikir dan buang masa..dia move on. Untuk dia, nak saman x berbaloi sebab RM30k x berbaloi lagi2 nak bayar fees lawyer. Kalau aku betul la RM100k dan boleh claim tuntutan yang lain(bak kata lawyer) tapi kalau dah declare bankrupt buang masa.
Ok, abis kisah itu. Aku move on. Aku teruskan lagi dengan Berurusan dengan orang melayu islam kita. Sebab aku fikir, orang islam x menipu kot. Jadi untuk kerja2 yang tertangguh tu, aku cari duit rm100k, aku bertanggungjawab untuk projek itu dan melantik sub contractor2 lain. Untuk salah satu kerja ini iaitu kerja2 buat awning bernilai RM10k pon, lagi sekali aku ditipu. (aku rasa aku terkena badi mudah ditipu). Aku dah mula give up. Kontraktor ini dah buat kerja separuh jalan almost 50%. Abis kerja 50%, dia mintak progress payment sebanyak 40% untuk penyambungan kerja. Jadi aku bayar RM40% zuppppp~~lesap. Dia block no dan wasap aku. Motip dia nak block? Bila aku pergi dekat page FB syarikat dia, aku PM bgtau aku nak amik tindakan undang2..barula dia cuak dan contact aku balik. Lepas tu lesap balik. Nak je aku viralkan muka dia yang suci dan wajah isteri dia yang bertudung suci dengan status2 baik diFB tu ( mesti korang tertanya2 kenapa nak libatkan isteri dia? Sebab itu bisnes suami isteri) tapi itu bukan cara aku nak viral2kan. Walaupon ramai yang bagi cadangan viral adalah jalan terbaik (contoh penipuan wedding planner tu), tapi ntah la.. Untuk penipuan ini, aku x amik keputusan untuk saman sekali lagi. Sebab x berbaloi beb..lawyer sendiri pon malas nak layan kes kerugian 10k ni sebab fees diorg pon lebih dari tu..memang ada cara lain yang boleh kita tuntut seperti report ke tribunal pengguna dan cara2 lain tapi, benda rumit nak kena kehulu kehilir yang membuatkan aku merasakan, masa aku sangat bernilai dengan nak hadap benda ni semua. Jadi sekali lagi aku pasrah dan aku mendoakan supaya insan tersebut diberi petunjuk dan balasan yang setimpal atas perbuatan dia. Bagi la anak bini makan duit haram. Tak ke mana kau jah
Ok, itu kisah aku di tipu dengan amount 5-6angka. Tak termasuk lagi dengan aku buat design services. Yang design services ni, memang banyak kali aku ditipu dengan client tak bayar. Kalau ditambah tolak sepanjang aku menyediakan design services tu, cecah belas ribu. Di tipu oleh pelbagai bangsa dan agama. Melayu, cina, India dan foreigner (arab).
Pengalaman aku, Client aku (arab) call aku dia ditipu oleh kontraktor berbangsa India. Sub-contractor berbangsa cina call aku dia ditipu oleh main kontraktor berbangsa cina juga. Aku sendiri ditipu oleh bangsa aku sendiri dan bangsa lain.
Jadi aku nak nasihatkan dekat korang, jangan menilai orang baik atau jahat mengikut bangsa dan agama. Jangan menilai orang dari appearance. Kadang yang nampak baik belum tentu dia baik. Dunia ini penuh penipuan. Bila aku baca berita2 tentang penipuan2 contoh penipuan MLM, penipuan dari penjual (scammer), aku hanya mampu tersenyum. Kenapa? Sebab penipu2 / scammer ni bermaharajalela sebab dia rasa dia boleh survive. Sebab adanya orang yang mudah percaya (macam aku) dan malas nak amik tindakan sebab prosedurnya leceh (macam aku jugak). Kalau korang tanya kenapa aku x amik tindakan, macam aku cakap..aku orang bisnes. Masa aku amat berharga. Instead of aku pergi kehulu kehilir melalui macam2 prosedur yang ntah makan masa berapa hari, minggu, bulan dan tahun, baik aku move on cari rezeki lain.
Dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ya, Allah s.w.t menggantikan kehilangan, kerugian yang aku alami dengan rezeki lain yang melimpah ruah. Allah bagi aku 1 bisnes lain yang lebih lumayan dan mudah. Itu dalam bentuk rezeki pendapatan. Rezeki lain, Allah bg aku zuriat yang lama dinantikan, kebahagiaan keluarga. Bila kita susah, kita tahu siapa yang akan bersama2 kita. Hikmahnya, dengan pengalaman yang aku ada, aku lebih berhati2 dalam apa jua urusan pembelian dan jualan.
Jadi, nasihat aku kepada korang semua, berhati2 dalam berurusan dengan semua orang x kira bangsa dan agama. Bukan semua orang jahat tapi tak semua orang baik di luar sana. Kadang2 bila down,geram sangat bila teringat, aku menangis dalam solat dan doa supaya Allah bagi balasan dan Tarik nikmat si penipu2 itu. Tapi bila reda kemarahan, aku redha dan anggap ini ujian dari Allah dan hikmahnya ada depan mata.
Sama2 kita berdoa supaya dimurahkan rezeki, diberikan kebaikan dalam hidup dan dijauhkan kecelakaan. Amin

– Si Naif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.