Assalamualaikum semua …
Terlebih dahulu saya berterima kepada admin kerana menyiarkan confession saya ini.
Saya SHAH berusia 25 tahun yang bekerja sebagai nelayan laut dalam di perairan Alaska .
Memandangkan 2,3,4 hari ni page IIUMC ni jadi macam page KRT . Saya nak confess sikit tentang perkahwinan malayu .
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengahari.
Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinci pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tidak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menghiaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.
Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum malam pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus pasang mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerana sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu ditinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mereka. Namun masih beria berkata LOVE U TILL JANNAH…
Hayatilah Kalamku Ini.
Ni baru bab aurat , ikhtilat dan tabarruj belum sentuh bab wangian dan pembaziran. Malah bab ikhtilat pun sekadar luaran sahaja nak confess panjang2 susah sikit tangan menggigil kesejukan .
Nanti bila saya free saya kembali lagi .
~ Hamba Allah , Diriku yg Hina ~
– SHAH
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment