Assalamualaikum IIUM Readers,
Terima kasih kepada IIUM Confessions sb sudi share post aku. Aku harap sikit sebanyak hampa boleh faham dan nasihat-nasihat pada member ka, families ka yang ada niat nk buat pinjaman tu, supaya lebih hati-hati. Harini, ada pengalaman baru aku nak share, dan pasti pasti aku rasa lebih advance dari yang sebelom-sebelom nih. Haritu aku share MO-MO depa nih, cikai2 punya taktik ja depa guna. Lani kaaa, lagi advance! Serious wehhh…aku terperanjat, agak-agaknya kalau aku jenis otak seminit punya pemikiran. Mau dah tewas nih…tewas di tangan panyamun tarbus. Tapi kalini pendek sikit, tak macam haritu tu….sakit leher nk baca.
Okay, ini antara MO terbaru depa. Nampaknya, scammers nih dah makin berani dan berteknologi tinggi. Baru-baru ni, aku ada terima WhatsApp dari salah sorang agen pinjaman wang nih. Kalini depa punya pengenalan tu lebih kepada pemprosesan bank loan dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Nampakkk…daakk…dia guna teknik bank loan. Dalam post haritu aku ada habaq pasal bank loan jugak kan…nih lebih kurang tapi advance lagi…sebabnya…depa siap bagi WhatsApp gambaq approval letter dari bank weh…Bank yang semua org kenal, tp maaf cek takleh share nama. Dia bagi letterhead company tu semua siap. Dalam surat tu habaq la kata loan dan approved…tapi jeng jeng jeng… akak alert okay…akak alert… Sekali baca surat tu aku dh detect fraud. Seriouslahhh, hampa nk buhung, tapi benda terang-terang kot kantoi…tak cukup cantik lagi teknik hampa nih…masih boleh diperbaiki…(senyum kambeng) Ok first hakak nak bagitau satu persatu macam mana nk kenal surat fraud:
1) Surat takdak reference number. (Mana2 surat rasmi, wajib ada rujukkan no surat)**posisi dia samada dkt awalan surat, top right, bottom right. Dan hampa boleh refer online.
2) Tidak ada bank contact number, fax, ssm registration number, gst number. (Benda nih wajib appear dlm mana2 letterhead)
3) Official letterhead tidak akan mention nama branches yang hampa submit, dia akan keluar sbg official bank letters. Kalau ada tulis nama branch bank tu, sila rujuk pihak bank dulu.
4) Nama pemohon, jumlah yang dipohon semua bold dan font size tak sama serta space diantara bold font dgn font yang lain tu jauh sangat. Senang cerita boleh nampak lah edit tu.
5) Loan information – Biasanya details loan application semua akn dijelaskan dalam perenggan kedua. Bukan awai-awai lepas tarikh surat bawah tu dah ada details loan.
Sebab apa kami tau, sebab kita bukan tak pernah deal dgn bank cek oi. Jadi kita mesti lah tau. Format surat rasmi semua org pon tau eh. Lagi satu, dalam surat approval letter tu habaq kata duit sudah ‘disbursed’ dalam account number. Agreement apa tak sign lagi macam mana bank boleh salurkan? lepastu dekat account number tu blank space? awat tak boh account number mana yang dia masokkan? sebab aku takdak bagi apa2 account number kan? sb tu blank? haaaa tuuu… mcm tu nk tipu org? Berani weh depa cuba tipu guna letterhead bank. Yang pasti benda tu pon depa edit. Tapi lawak la, bila aku call bank. Bank boleh kata, kami takdak buat personal loan untuk pinjaman, tapi untuk housing ada. Tetttttt..muhong detected. Aku WhatsApp dia tepek je, ckp dia muhonnggg… terus dia block kita. (senyum kambeng).
Lepas tu ada lagi satu MO hakak nak share. Dia bagitau loan approved dan kena buat advanced payment untuk 4 bulan pertama. Fuyohhh…itu untuk record bayaran. Sat, mcm mana nk ada record bayaran dgn hampa kalau pinjam pon belom…haaa see… teknik… tapi bila akak mintak depa punya no pendaftaran lesen pemberi pinjaman wang depa tu dgn ssm no…tak boleh bagi pulak. Siap habaq kata, itu no lesen semua hq je ada. depa nih 3rd party. Sekarang nih semua standard mcm tu. hq je ada lesen. 3rd party takdak…semua tempat pon sama. Hatnih dgn senyuman paling manis akk bg dan dia taknampak…i said it’s okay not interested. Ini mmg buhong, mana2 syarikat pinjaman wajib ada license okay…hampa boleh google mcm mana nk check license tu..Sis ada dpt info dari sorang facebookers nih, dia ada bagi link. tapi lupa nk copy pulak,. hampa google sendiri na. Dan ada jugak MO yang sama macam hat nih jugak cuma, bila sis cancelled kat situ, dia mai call….wakil diri dari company lain pulak. sis kan jenis simpan semua WS nih…archived dulu lah…tup2 hang WS guna no sama, sah2 la tau sapa hang…tengok…diorg beroperasi menggunakan banyak nama syarikat…
Dan satu ja nak habaq…mereka semua beroperasi menggunakan FB Ads…nih confirm tau…sb hakak contact semua based on ads yang dok naik kat page akk ja… so nampak dak bahaya? bahaya weh… risau aku kalau ada org yg terpedaya dgn depa nih…
Okaylah sampai sini ja…nanti kalau ada kita share lagi…terima kasih la na baca sampai habeh.
– Girlonfire
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment