Assalamulaikum semua, first time tulis dekat confessions ni walaupun dah lama dah follow dan teringin nak post jugak tapi takde pulak cerita nak berkongsi jadi dah ada cerita ni harap-harap la dapat disiarkan.
Oxymoron ni… bukan semua tahu apa maksud dia tapi kita semua guna setiap hari. Contoh ayat oxymoron adalah “perbezaan yang sama” “alone together (berdua-duaan keseseorangan)” “open secret (rahsia terbuka)” dan seangkatannya. Nak lebih lanjut, tanya cikgu English kot.
Aku akan cuba tak nak kasi panjang cerita ni, tetapi mari kita mulakan dengan kejadian tahun lepas, bila aku baru-baru masuk degree daripada matriks dan pada masa itu minggu orientasi. Aku tak berkenalan dengan sesiapa sebab kebanyakan kawan-kawan matriks aku tak dapat universiti sama dengan aku dan aku dapat bilik asrama sick bay so kena duduk sorang.
Aku beranikan diri untuk berkenalan dengan sorang anak buah PA aku, sebab dia pun sama kelas dengan aku nanti sebab course sama. Mula-mulanya memang okay jugak melayan dengan dia, tapi lama-lama aku dah mula tak suka dengan dia.
Si dia yang bernama Arisa (bukan nama sebenar) yang pada mula berkenalan dia memang nampak biasa je, belum lagi tunjuk perangai sebenar bila dah lama kenal sudah dianggap annoying untuk aku. Dia jenis yang suka attach dengan orang, dalam kes ni aku lah orang dia dan aku sememangnya seorang introvert yang memang tak suka attachment lagi-lagi yang berperangai annoying macam Arisa.
Kalau dibahagikan kumpulan ikut cabut nombor, dia mesti nak tukar nombor dengan ahli group aku so dia boleh sama kumpulan dengan aku macam dia tak boleh nak keluar daripada comfort zone dia dan mengembang sendiri. Aku ingat sekali je dia buat macam ni, tapi setiap kali ada pembahahian group dia akan buat apa sahaja untuk dengan aku. Walaupun aku introvert, aku masih ingin berusaha mengembang diri sendiri tentang pelbagai jenis orang yang aku akan berjumpa dekat tempat bekerja nanti, jadi aku memang jarang nak group balik dengan kawan-kawan aku tapi selalu group dengan classmate yang lain aku tak pernah group lagi.
Perbuatan Arisa ni dah buat aku annoyed dengan dia sangat sampai apa-apa keluar daripada mulut dia sangat annoying bagi aku dan banyak kali jugak la aku tak layan dia tapi dia masih nak jugak attention aku.
Tapi aku masih berkawan dengan dia sebab aku tahu niat dia baik untuk berkawan dengan aku, tetapi dia macam tak pandai nak berkawan dengan orang jenis complex macam aku yang sangat menghargai personal space walaupun aku pernah mengeluh kuat dekat dia sebab tahap kesabaran aku dengan dia semakin tipis sebelum kawan-kawan kita yang lain perasan aku annoyed dan cuba alihkan perhatian Arisa daripada aku.
Inilah oxymoron dia; dia anggap aku sebagai kawan dia, tapi aku sudah mula tak menganggap dia sebagai kawan aku.
Ini semua diteruskan ke hari ini, tahun kedua degree dan juga jadi housemate dia dekat rumah sewa sebab takde orang lain offer dan kitorang pun duduk dengan coursemate sekali yang lain. Dulu duduk bilik lain dah cukup annoying bagi aku pasal dia, dapat duduk sebilik dengan dia lagilah tahap gaban annoying dia.
Memang aku kena cukup sabar bila dia bukak mulut and cakap pasal unnecesary things macam “Bangunlah donut, sudah siang” dengan main-main tapi aku ignore dia dan continue main phone atas katil atau “Ha, donut buat apa tu?” bila aku tengah dalam sesi lepaskan stress main game dekat laptop bila aku sejelas-jelasnya pakai earphone dan taknak diganggu oleh orang lain.
Kebelakangan ni, dia dengan kawan-kawan aku yang lain dalam sesi makmal yang lain sebab yang ni memang tak boleh ubah sebab lecturer yang tetapkan kumpulan. Sesi aku dekat makmal yang lain dan sesi Arisa lak dekat makmal yang lain jugak. Sesi Arisa habis lagi awal daripada sesi aku, dan bila kawan-kawan kita nak ajak dia pergi makan dulu, dia jawab “pergilah dulu, aku nak tunggu best friend aku.” Aku tak sangka dia akan anggap aku sebagai best friend dia walhal aku selalu ignore dia dalam banyak perbualan yang dia cuba
Aku rasa marah dan kesian dengan dia, sebab dia masih tak dapat clue lagi yang aku sebenarnya tak suka berkawan dengan dia tapi dia sampai menganggap aku sebagai best friend hanya sebab kita duduk sebilik dan kenal sejak minggu orientasi. Aku rasa orang lain lebih berhak dapat title best friend dia daripada orang yang teruk macam aku yang sudah lama tak menganggap dia sebagai seorang kawan.
Sampai ke hari ini, aku masih bersabar dengan perangai dia. Tapi aku tahu satu hari nanti, aku akan hilang sabar dan menghancur semua usaha Arisa lakukan untuk berkawan dengan aku, jadi setiap hari aku berharap dia dapat jugaklah apa yang aku layan dia selama ni hanyalah delusi bagi dia yang aku ni best friend dia.
Of course, melainkan dia cuba paham macam mana nak berkawan dengan orang jenis macam aku.
– Donut Worry
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment