Monday, 2 October 2017

Makan Gaji Buta

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Pertama kali, terima kasih admin kerana sudi terima untuk siarkan confession ini. Post ni tak ada kaitan dengan uber. Cuma saya type dalam uber sebab stress dengan kerja n boss saya. Since jalan jam, so saya decide u share my story.

Saya ada terbaca luahan yg menceritakan kerja tak berkat juga menyebabkan gaji tak berkat. Saya ingin meluahkan perasaan bahawa saya juga mengalami masalah yang sama. Saya berasa sangat kecewa dan geram pada company ni.

Ceritanya macam ni, saya bekerja di kolej swasta hampir satu tahun. Before this, saya kerja di tempat lain. Dalam tempoh ni, saya dah melalui dan mengetahui hampir semua benda2 sulit pasal kolej ni. Apa yang saya mahu kongsikan adalah apabila saya terpaksa menipu dalam menyediakan documents pasal pelajar. Kolej ni ada pelajar locals & foreigns. Saya tak akan cerita secara details sebab saya takut. Maafkan saya. Saya x nak aibkan mana2 kolej di malaysia. Saya percaya, hanya kolej saya je (kot?) yang lain dari yang lain.

Kisahnya begini, kolej ni selalu ada audit luar untuk check tahap ketelusan kolej. Kolej2 lain pn mcm tu jugak. Tapi kolej saya ni pelik sikit. kolej ni banyak ‘menerima’ lawatan audit dari badan2 luar dr kolej. Ini menunjukkan kolej ni banyak masalah. (Lol). Pastu, setiap kali audit, saya terpaksa ubah maklumat akademik dari semester awal hingga akhir. Masalahnya, bukan sedikit students nya, ramai gilee kot. Saya and team terpaksa OT sampai lewat malam. Pernah stay sampai pukul 12 malam and kerja pada hari ahad sebab nak siapkan semua ni supaya nampak okay di mata2 auditor.

Maklumat sentiasa di ubah dan berubah. CGPA,GPA, admission period sentiasa x sama dengan apa yg di hantar kepada pihak luar. Bila saya tanya pihak atasan kenapa berubah, jawapan dorang”owh, yg tu kitorang terpaksa ubah.” Kat situ menunjukkan yg kolej ni tak ada SOP. Disebab kan mcm tu la, semua maklumat akademik pelajar yg ada dalam file di rombak balik u follow dengan details yg di hantar kpd pihak luar. Ni salah satu preparation u x nak kantoi semasa audit. (Gila la kolej ni).
Yang paling tak tahan, bos2 kat situ akan buat demo sebelum hari audit yg sebenar. Takut kantoi punya pasal.

Waktu pertama kali palsukan maklumat, saya tak dapat terima hakikat ni. Saya rasa bersalah pada diri sendiri. Masalahnya, tekanan dari boss dan upper managements u ubah dan sediakan maklumat pelajar sangat melampau. Staff2 yg lain macam dah lali or tepu jer ngadap benda ni. Bila tanya,dorang kata yg dorang terpaksa stay pn sebab commitments pada diri n keluarga sangat tinggi. Tapi ada je yg resign tanpa notice or 24hours sebab tak tahan dengan pengurusan dan hakikat sebenar kolej ni.

Saya dah tak tahan buat kerja bodoh macam ni lagi. Menipu pelajar yg bersusah payah datang belajar di kolej ini. Menipu keluarga pelajar serta memberi harapan palsu keatas mereka.

Saya nekad nak resign. Tapi saya masih tiada panggilan untuk iv or offer ke tempat lain. Saya takut if saya resign, nanti tak dapat nak tanggung commitments bulanan dan kembali menganggur.

Apa yang saya mampu buat u masa ni adalah hantar resume, cari peluang kerja baru. Sya cuba u tidak tinggalkan solat sunat dhuha dan hajat. Harap Allah dapat maafkan diri saya serta luaskan rezeki keatas saya.

Hopefully, InsyaAllah. TT TT

– Luahan dalam Uber

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.