Salam admin di harapkan dapat siarkan confession ini, saya ada menghantar confession pasal “lost” dan telah di siarkan oleh admin beberapa bulan lepas, terima kasih.
Seminggu selepas raya, maka bisnes ******* aku terpaksa melabuhkan tirai akibat beberapa faktor luaran dan dalaman, kebanyakannya di sebabkan kekhilafan diri sendiri, aku akui aku masih mentah dalam bidang perniagaan, tiada pengalaman, zero networking dan mostly kesilapan tu datang dari diri aku sendiri, tapi nasib baik aku sedar perkara itu agak awal supaya tak drag lama sangat dan menanggung kerugian yang agak tinggi.
Aku dan partner aku dah berbincang untuk mengambil haluan masing masing buat sementara waktu bila dan berapa lama tidak berapa pasti, dia pun dah dapat kerja dan sudah berkahwin aku hanya mampu doakan kebahagian dia dan isteri.
Nak di jadikan cerita selepas officialnya kedai aku di tutup iaitu seminggu selepas raya aidilfitri, aku menganggur selama sebulan. Dalam tempoh seminggu pertama tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku, aku tiba tiba jadi low confident level, isolate, tak nak jumpa orang, ada event family aku avoid, ada satu hari tu aku boleh boleh nak lari, aku cakap dengan mak aku, aku ada hal dengan member padahal satu hari tu aku stay dekat masjid tidur, maghrib baru aku balik.
Oh lupa, aku merupakan seorang introvert, so bila perkara macam tu jadi kat aku, sifat introvert aku semakin menjadi menjadi, aku rasa makin lost, apa yang aku buat semua tak kena lah, mak ayah aku tak habis habis suruh cari kerja la apa la, so aku jadi makin pressure.
Genap selepas seminggu aku menjadi semakin waras sedikit, aku mula memikirkan strategi on how to get back myself, aku mula google peluang peluang pekerjaan, selama seminggu tu aku hari hari pergi cc sebab internet kat rumah aku tak berapa kuat, setiap permohonan aku catat dalam buku nota, setiap hari boleh cakap lebih 50 permohonan aku buat but mostly aku akan cari yang belah belah selatan dulu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan KL.
Minggu kedua pula, aku mulakan job hunting mula dari pekan, setiap kedai atau bangunan yang aku masuk aku akan tanya ada kerja kosong ke tak, kadang diorang tak layan, kadang diorang suruh letak resume je, mungkin nak sedapkan hati aku. Semua kilang aku pergi, kilang kerepek, kilang kebab, kilang buat sos, kilang perabot tapi jawapan semua lebih kurang sama. Tapi macam biasa setiap kedai atau premis yang aku masuk mohon kerja aku akan catat dan tampal dekat dinding bilik aku, hari kedua pun begitu, ye aku tahu mostly memang tak terima aku bekerja, but at least dengan nampak kertas kertas bertampal tu nampaklah jugak effort aku untuk mencari kerja, dapatlah juga mengubat hati aku ni yang down.
Tiba hari yang ketiga aku keluar seawal yang boleh aku pergi ke pekan sebelah di khabarkan satu mall yang agak famous akan di buka, mall mana itu biarlah menjadi rahsia. Pagi itu aku keluar dengan motor, dengan tidak semena mena di pertengahan jalan hujan turun dengan lebat, aku basah kuyup, baju hujan ayah aku pakai buat ke kerja.
Sampai di pekan itu aku terus ke mall tersebut, aku terus tanya orang di sana, di khabarkan belum ada lagi permohonan kerja yang di buka, dan rupanya yang aku tanya tu adalah orang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan di situ, aku kecewa. Aku bawak motor aku berlalu pergi dan berhenti kejap di sebuah bangunan kedai yang baru siap, aku mengenang nasib, dalam hati kecil aku menangis, apalah nasib aku ni, sampai bila lah aku nak jadi macam ni. Masa tu hujan masih lebat so aku bukalah fb, aku scroll dari bawah ke atas, lepas tu entah macam mana aku search kerja kosong di Mall ***** **** ada satu kedai buku yang sedang mencari pekerja.
Aku terus mencari no yang tertera di iklan tu dan call, aku terus tanya HR syarikat itu adakah masih boleh menghantar permohonan, dia cuma jawab “sila hantar resume anda ke email sekian sekian“, aku pun cakap ok. Lepas tu aku macam tak puas hati, aku call sekali lagi dan minta no personal HR tu, aku tak expect dia akan bagi, tapi rupanya dia bagi so senang sikit aku nak contact.
Oh lupa nak bagitahu, aku merupakan seorang yang minat membaca buku, mostly buku buku self motivation and business kadang layan jugak fiksyen and non fiksyen. So bila dapat peluang nak kerja di kedai buku ni memang aku nak all out gila gila la.
So bila dah sampai rumah tu aku pun buatlah research pasal kedai buku tu, dari owner sampailah ke outlet etc, dan masa buat research tu aku terbaca rupanya tarikh untuk hantar permohonan resume kerja dah pun tamat, aku kecewa tapi aku still hantar untuk sedapkan hati.
Minggu depannya pula aku dapat tahu mall itu akan buat open interview selama seminggu. Pada hari pertama aku pergi seawal yang boleh, jarak rumah aku ke mall tersebut selama setengah jam kira kira 20 km, ketika tiba aku ingat aku yang paling awal rupa rupanya ramai yang sedang beratur untuk interview sekali.
Lebih kurang satu jam aku beratur semata mata untuk mengambil borang sahaja, tiba tiba aku dapat satu panggilan daripada syarikat kedai buku tersebut, HR call tanya sekian sekian boleh datang tak untuk interview, aku pun tanpa fikir panjang cakap ya je. So haritu saja aku beratur semata mata nak ambil borang rasa boleh bayangkan berapa ramai manusia yang datang pada hari itu. Aku punya excited dapat call dari HR syarikat kedai buku tu sampai lupa nak hantar borang kerja dekat mall tu.
So hari untuk interview bekerja di kedai buku tu pun tiba, lokasinya di sebuah restoran fast food berdekatan mall tersebut, di jadualkan pukul 11pagi, aku tiba seawal pukul 9 pagi. Jujur ini merupakan sesi interview kerja aku yang pertama so aku memang all out pakai kemeja tie pakej berkasut hitam. Dalam iklan tu ada buka beberapa jawatan kosong antaranya retail executive, assistant retail executive, supervisor, retail sales assistant. Nak di jadikan cerita aku apply retail sales assistant salah satu sebab memang aku takde apa apa pengalaman dan target aku at first job ni kena dapat jugak,tak kisahlah position apa orang kampung aku cakap “ nothing to lose “ aku sanggup bermula dari bawah.
Aku orang yang ketiga di temuduga oleh HR syarikat tersebut, En A(bukan nama sebenar). Ketiga sesi temuduga tu at first aku kena gelak dengan dia sebab pakai smart sangat walhal yang lain datang interview pakai biasa je kakaka, aku pun dengan jujurnya cakap “ini interview pertama saya encik, saya pakai la apa yang saya rasa patut pakai” lepas tu dia pun tanya, eh yang pertama, sebelum ni tak kerja ke.
Maka bermulalah kisah aku ceritakan dari mula A to Z dari aku mula habis belajar mula bisnes sehingga ke bisnes aku tutup. Aku punya excited bercerita sampai aku lupa tanya pasal gaji, kakakaka, balik rumah kena marah dengan mak sebab tak tanya pasal gaji. Lepas dah habis membebel pasal kisah hidup aku, En A baru tanya “ok perkenalkan diri“, kakakaka time tu aku rasa macam tah pape je, padahal tadi dah cerita banyak benda now dah tak tahu nak cakap apa, aku just bagitahu jela benda basic background aku semua bla bla dia pun ada cakap sesi interview ni tak formal sangat, so chill chill je. Lama jugaklah sesi interview tu, aku pun tak ingat berapa lama sebab rasa excited pulak. Semasa interview tu dia tengok borang aku isi tu dia cakap “ perghh apply retail sales assistant confident betul “ dia pun gelak dengan kawan dia, aku hanya mampu berhuhu aku pun jawab saya takde pengalaman encik, nak minta tinggi tinggi pun saya sedar diri. Dia pun cakap “takpe, semua orang bermula dari tiada apa apa, yang penting minat dengan sikap”
So baliknya aku terus whatsapp tanya berapa lama boleh tunggu jawapan, dia reply dalam dua minggu. Seminggu lepas tu aku macam tak boleh tunggu, so aku whatsapp En A tu aku tanya jawapan dah ada ke, dia cakap belum siap lagi. Esoknya pula aku call pulak tanya haha, aku rasa dia mesti annoying aku asyik tanya je dalam hati dia mesti cakap “tak reti bahasa ke apa budak ni”, so lepas aku call tu, dia whatsapp cakap jawapan tu belum ready lagi tapi minggu depan dia offer untuk buat part time dengan dia setup cawangan kedai buku di salah satu daerah di belah selatan tanah air, so time tu aku dah excited, aku on kan sahaja, hehe. Al maklumlah tengah menganggur bila orang offer job eventhough part time mesti excited kan sebab dapat duit.
Aku berkampung di sana selama 10 hari, di sana aku mula mengenali bermula dari General Manager sampai lah ke wakil staff di setiap outlet di seluruh Malaysia, walaupun aku seorang introvert, mujur selepas spm aku banyak buat part time as a cleaner and kerja kilang so aku tahu serba sedikit on how to fit in and menyesuaikan diri dengan orang orang di sana lagi lagi dengan orang yang kita tak kenal. So perjalanan ketika setup cawangan di sana berjalan dengan baik, aku dapat belajar banyak perkara dalam tempoh 10 hari tu, terutamanya dalam industry bisnes retail ni, mereka semua friendly dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu jika aku ada bertanyakan sesuatu perkara yang aku tidak tahu mengenai kedai buku. Selesai setup outlet tu aku pun pulang ke rumah.
Encik A beritahu dua minggu lagi ready untuk setup kedai buku di mall di tempat aku ini, aku tanyalah saya dah confirm dapat kerja ke Encik, dia cakap dah. Aku pun balik terus sujud syukur. Maka bermulalah hari setup di cawangan di mall itu, oh lupa nak bagitahu semasa proses setup cawangan di mall tempat aku akan bekerja tu, aku stay di sebuah homestay sekali dengan staff staff dari HQ termasuk encik A. Pada malam itu kami pergi makan malam dan Encik A bagitahu mengenai skop kerja dan berkenaan uniform kepada aku dan manager aku. Dia beritahu aku dengan manager ada option untuk pakai kemeja or staff uniform, yang lain wajib pakai staff uniform je. Aku pun tanya “ kenapa encik? “ dia pun jawab “ oh orang yang sepatutnya jadi assistant manager kau ni tolak offer job ni sebab dapat job lain, so kau lah jadi assistant dia nanti”. Aku time tu tak tahu nak respon macam mana, macam blurr pun ada.
Maka esoknya bermula proses setup outlet di mall tersebut, proses setup tu berjalan selama seminggu, mujur aku ada pengalaman setup di outlet sebelum ni, so aku taklah kekok semasa proses setup tu berjalan, aku tahu apa yang perlu di buat tanpa perlu di suruh, jika tidak tahu aku terus bertanya. Nak di jadikan cerita malam sebelum opening outlet tempat aku kerja tu, aku duduk di ruang tamu di homestay dengan Encik A sambil tengok tv, aku bagitahu dia “ terima kasih Encik ambil saya kerja” dia reply “ sama sama, dah dapat tu buat betul betul, tak semua orang dapat peluang macam kau ni” aku hanya balas dengan anggukan kepala dan ucapkan “ Insyaallah Encik, saya akan buat betul betul”.
Semasa opening iaitu first day outlet di buka, jujur aku cakap aku memang blurr gila, aku macam tak tahu buat apa, but aku belajar sikit demi sikit, seminggu pertama bekerja di kedai itu adalah minggu yang amat sukar bagi aku, banyak kesilapan kesilapan kecil yang aku buat, kesilapan simple, tapi dalam hati aku berkata “takpe, aku tengah belajar” semua orang bermula dari kosong kan. Seminggu pertama tu aku hanya fokus belajar nak mahir dengan sistem kedai tu je, bermula dari cashier sehingga perkara perkara penting yang lain.
Passion aku still bisnes, aku tak kan lupakan impian aku tu, cuma sekarang mungkin aku tarik handbrake sekejap, dan fokus untuk berkuli dalam industri bisnes retail ni, aku target dalam 10 tahun nak belajar dan aku merasakan bekerja dalam industri bisnes retail ni merupakan satu platform yang terbaik untuk aku belajar berbisnes.
Banyak lagi sebenarnya cabaran cabaran kerja dalam industry retail ni, antaranya berhadapan dengan customer yang berbagai ragam, tapi mungkin aku akan share nya di entri yang lain.
P/S mungkin akan ada kawan kawan atau kenalan yang mungkin boleh kenalpasti siapa penulis confession ini, tapi aku berharap simpanlah sendiri, kalau betul nak kan kepastian just personal message je dengan aku
– Ahmad (Bukan Nama Sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment