Friday, 30 September 2016

Cara Mudah Turunkan Berat Badan

PengakuanKu

Hai korang ! Aku taknak bercerita panjang perjalanan turun berat badan aku tapi setiap cerita mesti ada intro kan takkan nak masuk part isi kandungan terus karang orang tak paham.

Okay, masa zaman sekolah menengah dulu berat aku dlm range dia 60-63kg. Tapi bila aku cakap kat kawan-kawan yang aku nak kurus, semua cakap ‘ala kau tak gemok pun’ ‘elok je aku tengok body kau’. Yes, kalau tengok cermin memang tak nampak sangat kegemukan ni tp aku yg menanggung beban sbb badan berat sangat. Mudah sangat semput. Tp masa tu sekolah lagi kan, takde la nak semakkan kepala ngan benda2 kurus ni so let it go je.

Habis spm aku duk rumah and masa tu zaman kegemilangan wechat and segala social medias so 24/7 keje hadap phone jelah sampai lupa nak makan – aku sekolah kat boarding school so paham2 jela bila balik rumah dapat phone and internet. Sbb lupa nak makan tu aku turun dalam 10kg dlm masa 4 bulan kalau tak silap. Happy woi berat turun !

Tapi kejap je, masuk matrik berat aku naik balik sampai range 60-63kg jugak. Stress kau tp masa tu duk matrik en so aku malas nak amek port kuruskan badan ke ape. Haa dari sini lah start cerita berat badan aku berkurang dan konsisten sampai sekarang. Paling kurus aku boleh go 50kg and paling gemok pun 53kg. Duk tara tuu ja sekarang. Okay meh nak kasi tips :

1. Minum plain water banyak banyak banyak.

Ape yang aku amalkan dari matrik ialah bila bangun tido, minum air masak dulu. Jangan terus nk berus gigi ke ape. Lagi elok kau gargle pastu telan. Jijik sikit bunyi dia kan tp benda ni sunnah kot hehe. Aku pun geli gak nak buat mula2 tu tp dah alah bisa tegar biasa. Then, nak tido malam. Takpayah nak minum susu ke fresh orange ke, minum je air masak sampai lah kau terlelap. Yg ni pun sunnah jugak taksilap aku. Sebelum and selepas mandi pun better kau minum air masak jugak sbb ape aku pun lupa. Eh boleh dikatakan semua benda kau nak buat kau minum air masak dulu lah. Kalau aku sehari aku cuba habikan 2-3 liter air.

2. Kurangkan minuman manis

Dulu kat sekolah boleh dikatakan 3 kali sehari aku minum air yg bergula, bersusu. Tp dua tahun lepas aku cuba limitkan sekali je sehari and hanya minum air manis pada waktu pagi or siang hari je sbb waktu tu kita perlukan tenaga nak bekerja, belajar and so on. And gula tu kiranya dah ditukar menjadi tenaga dan bukan penyebab kau gemok. Pepsi, coke and segala jenis soft drinks tu baik takpayah minum terus okay. Kalau nak sangat, sebulan sekali cukup. Tp aku tak suka soft drinks so kerja aku jd lebih senang.

3. Work out

Aku pun jarang work out sbb segan nak work out dlm bilik bila kat u. Kalau kat rumah pun aku buat dua minggu sekali tp jarang sangat la aku work out sbb malas hehe. Tp aku suka menari so kira dia topup work out aku yg tertangguh la gituwww. Sekarang aku tunggu je gym bukak sbb badan dah geleber and start semput dah kalau work out. Baru lepas cuti sem kot what do you expect ? Buat lemak jela kat rumah.

4. Kurangkan junk food and processed food

Zaman sekolah and matrik dulu locker aku macam speed mart mini tau. Macam2 jenis biskut, kek apollo, instant food and drinks ade. Aku jarang beli cikedis sbb aku tak suka and memang dididik utk jauhi mereka. Tp bila dah hujung2 semester kat matrik, semua makanan dlm locker ditukar dengan makanan yg ade nama ‘oat’. Kejap je aku makan benda2 oat ni sbb dia boleh menggemukkan jugak kalau tak ikut portion yg betul. Then bila masuk u, locker aku semakin tiada stok makanan. Sem satu aku still beli tp tak banyak and boleh tahan sampai sem dua sbb aku tak makan pun. Sem tiga aku beli chipsmore yg paket kecik tu satu je tp masih ade dlm locker. Tunggu lah bila lapar nanti aku ngap dia.

Rasanya tu jelah yang kau buat dari dua tahun lepas sampai sekarang. Bab makanan harian aku still makan macam manusia normal sbb aku ade gastrik. Okay selamat mencuba gaiss.

– rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Langkah Bendul

PengakuanKu

Assalamualaikum. Hai semua. Aku kat sini nak cerita kat korang yang satu adat dalam perkahwinan orang Melayu- langkah bendul. Seriously, aku dulu macam rasa adat ni macam biasa je. Bola dah lalui mak aih, sakit tu boleh bawak ke hujung nyawa. Harap korang baca cerita aku ni sampai habis kemudian korang share komen ek?

Jodoh aku sampai lebih kurang setahun lebih lepas habis kolej. Jadi aku waktu tu terpaksa langkah 2 bendul yang maha besar dan diva dan lalui perkahwinan adat. Sebab apa aku kata diva? Kejap lagi korang akan tau sebab apa aku kutuk sangat adat dan kakak2 dan abang2 aku sendiri.

Masa pihak lelaki datang nun jauh dari Selatan, abang aku sebagai wakil wali letakla hantaran RM15k++. Waktu merisik dan bertunang tu aku dah rasa lega, maknanya separuh kaki aku dah nak masuk ke alam perkahwinan. Alhamdulillah. Happynya waktu tu Allah je tau. Tapi semua orang cakap darah manis, semua tu macam ayat penyedap hati je.

Jadi kami adik beradik buat la mesyuarat ada la dekat 3 kali mesyuarat sebelum nak letak tarikh bernikah dan kenduri kahwin.

Yang membuatkan aku tak sangka waktu tu, walaupun orang cakap RM15k+++ tu dah jadi milik aku. Tapi aku sampai tahap defisit waktu tu. Terus terang aku cakap macam kena sabotaj pun ada.

Ok. Aku bernasib baik, sebab saudara mara sebelah bakal suami waktu tu, betul2 support kami. Dari urusan settlekan dokumen kahwin, dorang tolong hantar kami pi masjid jumpa imam, pi pejabat agama semua. Bab beli barang hantaran pun dorang banyak jugak tolong.

Korang mesti hairan kan. Apa family aku punya peranan? Ok, mesyuarat 1 abang aku dah tetapkan nak makan nasi arab. Aku masa tu dah rasa la mesti dah banyak habis ni. Korang bayang la nasi arab satu kepala saja dah berapa. Masa tu aku cool down lagi.

Masuk kali kedua mesyuarat, abang aku pulak tukar pulak cadangan dia. Nak kenduri lauk biasa je. Sebab kenduri memang nak buat waktu malam. Alad nikah nak buat petang sebelumnya. Aku dah rasa pening2 waktu tu.

Masa dalam mesyuarat, aku tengok siapa pun tak berani bangkang apa yang abang aku decide sampai dorang mengaku terpaksa turut macam lembu, tak ada pilihan.

Kakak2 aku waktu tu dah mula start bunyi, nak iphone. Aku kira2 mau dah dekat 6k++ lagi nak kena tambah. Cuma bakal suami aku waktu tu kata, dorang kena terima apa sahaja pihak lelaki bagi. Lagipun abang aku cuma kata, sepersalinan pakaian sahaja. Yang aku pelik kakak2 aku tak bangkang pulak masa mesyuarat. Dorang hanya datang bising kat aku lepas mesyuarat.

Kakak aku yang umur 33+ dok ulang iphone sampai aku dah pening. Tak ubah macam budak yang mintak dibelikan mainan. Aku kata apa sahaja pihak lelaki bagi kena terima. Kena la jaga maruah kan. Malu kot.

So, dah masuk mesyuarat ketiga. Kali ini totally berubah dari apa yang 2 mesyuarat sebelum. Abang aku dah tetapkan dalam RM15k++ tu, kenduri akad nikah dia mintak RM1000, aku waktu tu kira2 dah. Family aku baru 30 orang lebih. Family belah laki lepas akad nikah hanya 20 lebih orang je. Katering apa abang aku ambik sampai RM1000?

Lepas tu dia nak kenduri buat kat restoran untuk malam, korang nak tau berapa? RM30++ satu kepala untuk 300 orang tetamu. Aku masa tu dah start menangis. Aku katakan kita buat la dekat masjid, lagipun masa uruskan dokumen nikah. Siap sorang mak cik ni bagitau, dia kata ada katering yang satu kepala boleh dapat RM7 je. Aku rasa sesuai la buat kat masjid. Bajet tak lari, berkat pun dapat. Ye la, solat tak tinggal. Tak ada hiburan.

Oleh kerana, kenduri sebelah laki ni jauh kat selatan. So abang aku suruh aku bagi Rm1400+- untuk tiket kapal terbang. Waktu tu kepala aku dah nak pusing habis. Aku kira duit aku dah banyak habis ikut kehendak dorang. Mana untuk belanja make up lagi. Goodies lagi. Mujur barang hantaran dan baju kahwin dah settle. Waktu tu kat tangan ada kering sangat2.

Korang kira la sendiri. Berapa yang tinggal kat tangan aku waktu tu. Bakal suami aku dah pesan waktu tu, apa2 lepas ni dia akan bertanggungjawab. Dia suruh bertahan dan aku ikut je game dorang sampai habis kenduri. Aku pun iyakan je la. Dia kata lepas kahwin, aku kena taat dia. Bukan lagi adik beradik.

Bila dah hari kenduri akad nikah, tup tup hari tu pulak mak andam buat perangai. Kata nak suruh aku pi rumah. Sedangkan, aku dah kalut serabut dengan banyak benda. Kakak aku waktu tu dah suruh pondan make upkan. Siap marah2 lagi kata masa dah tak ada.

Aku ni seumur hidup dah baligh pun tak pernah tunjuk rambut kat laki, lagikan nak tadah muka bagi pondan makeupkan kan. Aku dah geram. Air mata nak menitik teruk dah. Mujur waktu tu tu mak andam dah ubah fikiran, dia sendiri nak datang rumah nak make upkan aku. So aku dah boleh lega balik.

Lepastu petang esoknya, bila dah nak kenduri malam. Aku dok iron baju kenduri waktu tu. Aku nampak dah kain sepersalinan dari dulang hantaran dah ada kat lantai. Kakak aku yang 33++ tu dah tarik muka. “Siapa nak pakai songket keras macamni?” Sedihnya hatiku Tuhan je la tau. Kan itu dari pihak laki, aku pun tak demand inikan dia tergamak macamtu.

Kakak aku yang umur hujung 20an tu siap serba salah lagi bila kakak yang 3 series tu campak2 je kain tu kat lantai. Aku tahankan je lepas ni dah tak hadap lagi kerenah dorang.

Sadisnya lagi, malam kenduri duit salam3 tu abang aku kebas. Sampai tetamu yang hadir tanya duit nak hulurkan pada pengantin atau keluarga? Aku tahan lagi marah. Dah la duit hantaran belanja ikut cara dorang, ini duit salaman pun kebas.

Waktu kenduri aku di belah pihak lelaki, dorang dah turut di airport. Suami aku bayar duit kereta yang ambik kat sana. Aku dah start geleng, suami aku berhempas pulas support semuanya. Abang2 kakak2 aku duduk dekat sejam je masa kenduri, lepastu nak cepat2 balik. Mak sedara suami hulurkan lauk pun tak nak ambik, sedangkan airport domestik tak dilarang bawak makanan.

Aku termenung kat pelamin waktu tu. Aku rasa kalau mak ayah aku hidup lagi, mesti dorang tak tunjuk perangai macamni. Mesti duit kenduri belanja cara cermat. Tapi aku tak ada pilihan, siapa lagi nak harapkan melainkan darah daging.

Aku sangkakan hidup lepas kahwin aku dorang tak buli. Rupa2nya, bila aku pi honeymoon dan jalan2 abang2 dan kakak2 aku dah update status kata aku ni menunjuk2 di FB. Ada banyak kali macamtu, aku dah block FB dorang semua.

Adik aku cerita, abang dan kakak aku yang 3 series tu kata aku ni bermasalah. Adik beradik tak ziarah rumah. Lepas kahwin macam lupakan dorang. Apa entah lagi. Abang aku pulak pi update status FB siap ada hashtag. Aku kata kat adik, tengok apa yang dorang buat kat aku masa kenduri tu dorang tak ingat pulak.

Aku rasa sebab kami ni cuma adik beradik satu bapak sebabtula cara layanan dorang pada aku dan adik2 tak sama. Mak aku dah pesan sebelum meninggal, yang aku dan adik2 apa pun akan dipinggirkan dan dibuli. Mak aku dah biasa jaga dorang lepas baru kahwin dengan ayah. Walaupun bukan madu, cuma sebagai mak tiri je. Mak aku siap pesan, aku sebagai sulung kena kuat.

Suami aku sekarang ni, dia yang banyak sabarkan aku dan pujuk. Dia kata semua ni akan berakhir bila kami 3 beradik dan capai kejayaan dalam hidup. Sebab buat masa sekarang, dorang rasa dorang terbaik. Dunia ni bulat, yakin yan siapa yang kita aniaya akan kena kafarah.

Aku tak mintak banyak. Mintak Allah sedarkan dorang yang hidup ni tak perlu ada pride dan buat puak sendiri. Allah tak tidur dan aku yakin suatu hari nanti dorang berubah. Cumanya buat masa sekarang, aku kena jarakkan diri dengan dorang selagi kami 3 beradik belum berjaya. Korang, doakan kami ye.

– Mrs. Ae

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Adik Perempuan Aku Yang Pelik

PengakuanKu

hai, assalamualaikum readers.

memandangkan sekarang ini tengah hujan and fefeeling mcm tenang je, aku ada la nak share story pasal adik aku sikit. adik aku ni umur 20,and student uitm shah alam. tadi aku hang out la dengan dia nak pergi pasar malam sambil jalan-jalan cari makan. dalam kereta tu, terbuka laa story2 lama masa kitaorang berdua duduk satu asrama ni.

rupa-rupanya selama ini aku baru tau yang adik aku ni ada kelebihan untuk ternampak makhluk halus secara tidak sengaja, and selalu kena kacau. selama ni dia tak pernah cerita pape pun yang dia pernah nampak kat family, hatta parents kami sekalipun. heh, terkejut aku!

ok, meh aku story satu persatu apa yg dia nampak start dari kecik.

1. masa dia darjah 2 dan aku darjah 6, arwah nenek kami meninggal. dah setel kebumikan pagi tu, malam nya semua org nak masuk tidur la kan. adik aku ni tak memasal je pergi tidur kat katil arwah nenek kami. bangun je dari tidur, dia pergi kat mak aku cakap tadi arwah nenek ada sebelah dia n cakap dengan dia. end up, mak aku marah dia sebab pegi tidur kat katil arwah.

2. masa darjah 6 pulak. dia balik tuisyen malam dengan ayah aku naik motor. perjalanan ambil masa selama 20 minit nak sampai rumah. atas moto tu, dia tengok laa langit, kot-kot nampak bintang ke. tapi , tup-tup dia nampak ada perempuan dengan baju and rambut mengerbang terbang laju kat atas dieorang. dia terkejut, tapi just pejam mata je.sampai kat rumah, adik aku nak mandi laa, utk pengetahuan bilik air adik aku tu bumbung dia tinggi dan lutsinar. u know what? dia nampak makhluk tu tengah pandang dia dari bumbung atas toilet tu weyh!

3. masa ni form 1 dia masuk asrama yg sama dengan aku.malam tu histeria kt hostel tengah menjadi-jadi. semua orang kena berkumpul kt surau . masa otw nk pergi surau dari blok aspuri tu dia nampak perempuan muka terbakar tengah terbang n hinggap kt bumbung surau. dekat belah padang net ball lagi la banyak, mcm tengah melepak secara berjemaah pun ada, dan ‘benda’ tu semua pandang dia.

4. masa form 2, jam 3 pagi, adik aku ni tidur lewat dan buat homework sensorang kt tengah2 dorm. ttiba dia dengar bunyi ada budak main hanger yg tergantung kat katil. lama pulak tu! adik aku pun paham yg benda tu nak kacau laa tu. dia pun slow2 naik atas katil. dah naik katil, benda tu still kacau lagi. dia goyang-goyang kan katil tu pulak…. tak tahan kena kacau, adik aku cakap “jgn la kacau aku, aku nak tido laa”. then, benda tu terus stop.

5. form 3 pulak. dieorg nak pergi lawatan sekolah jam 5 pagi bertolak. so, jam 3 pagi adik aku ni bangun la untuk siap-siap. ttiba dia teringat yg tuala dia tertinggal kat ampaian belakang and dia berani sangat pergi ambil. kt sebelah ampaian tu ada satu toilet yg jarang org guna sebab ada lampu rosak n kecik. masa lintas depan toilet tu, dia terdengar ada bunyi orang mandi shower n menyanyi perlahan.
korang tau, dia pegi masuk toilet tu and ketuk pintu shower sambil jerit,”siapa niee?? kenapa mandi tak bukak lampuu??” . lepas je dia cakap tu, terus shower and org nyanyi tu stop! then, baru adik aku sedar, mana ada org mandi pagi-pagi buta kt toilet tu! cepat2 dia blah.

6. disebabkan banyak sangat,aku terus skip story dia and terus time degree ya.

nak dijadikan cerita, satu malam tu adik and kakak aku terpaksa balik ke Perak sebab ada hal emergency kt rumah. so, dieorang drive dari shah alam ke perak ikut laluan puncak alam sebab nak cepat sampai. masa tu nak dekat jam 3 pagi, n adik aku yg drive kereta. along ttiba tegur, “eh, ada motor laa kat belakang!”
tapi, bila adik aku tengok ikut cermin belakang, dia cakap mana ada motor long..” tup2, adik aku tengok betul-betul kt cermin tu dia nampak kat bahagian sit belakang kereta dieorg tu ada yang ‘menumpang’!
benda tu bermuka kosong je dan stay kt sit belakang tu sampai la masuk ke ijok. along tu penakut, so adik aku decide dah sampai rumah nanti baru nk story. tapi, dalam hati Allah je laa we yg tahu.

ok laa, setakat ni je la kot story pasal adik aku yg tak sengaja ternampak benda-benda tu. thanks sudi baca.

– chantique

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Krisis Hidup

PengakuanKu

Aku bukan pelajar UIAM, tapi aku seorang pelajar universiti di negeri selatan. Tetapi, aku punyai sebuah krisis hidup yang aku rasakan, patut untuk aku khabarkan sebagai jalan. Jalan untuk aku lepaskan kesesakan di jiwa, keserabutan di minda.

Aku mohon maaf andai penggunaan bahasa aku ini, membuatkan kalian tidak faham.

Sebelum ini, aku menjalani hidup yang normal. Bangun pagi, dan masih punyai kesedaran yang tinggi bahawa aku ini manusia yang aman dan sejahtera secara jasmani dan rohani. Namun, bermula sahaja semester akhir diploma di universiti yang sama, jiwa aku semakin letih. Tekanan dari pengajianku, termasuklah tekanan dari mereka yang serumah denganku. Ya, pada waktu itu aku tertekan. Tekanan yang menyebabkan aku pergi ke surau dan tidak tahu hendaj buat apa. Walhal pada ketika itu, insan-insan lain berpusu-pusu memenuhkan saf solat zuhur secara berjemaah. Aku pula hanya duduk diam di belakang dan memandang mereka tanpa ada rasa apa-apa. Apabila aku meluahkan pada rakan-rakan dan usrahku, mereka mengatakan imanku lemah. Jadi, aku harus kuatkan kebergantungan kepada Tuhan.

Masuk sahaja zaman pengajian sarjana muda pada kemasukan september 2014, jiwaku dikejutkan dengan pelbagai tekanan. Dihimpit jiwaku dari segi pelajaran, ekonomi dan usrahku. Ya, usrahku tetap mengatakan aku ini imannya lemah. Kuatkan lagi kebergantunganku kepada Tuhan.

Jujur dikatakan pada waktu itu, adalah waktu kemuncak krisis hidupku bermula. Aku banyak tidur, kitaran tidurku tidak sekata. Aku kurang makan, sehinggakan aku hanya minum air masak sebanyak mungkin, bagi menghilangkan rasa lapar. Aku kurang telefon ibuku, kerana rasa serba salah dengannya apabila menipu tentang keadaan kewanganku pada ketika itu. Aku rasa sunyi, meskipun pada ketika itu orang sekelilingku memandang aku punyai ramai sahabat yang mampu menolongku. Rasa serba salah aku semakin menebal apabila bersama mereka.

Sehinggalah terjadi suatu perkara, ‘pointer’ semester pertama aku jatuh dengan teruk, sehinggakan pihak universiti menelefon aku untuk memastikan sama ada aku ingin meneruskan pelajaran atau tidak. Dan aku katakan pada mereka yang aku ingin meneruskan pelajaranku, kerana harapan keluargaku tinggi terhadap aku. Meskipun aku anak yang bongsu.

Aku direhatkan satu semester, dan aku terpaksa menipu keluargaku, dengan mengatakan aku masih dalam pengajian. Aku tumpang di rumah sewa rakan baikku, dengan harapan aku boleh menstabilkan semula rohani dan jasmaniku. Meskipun aku menangis setiap hari, kerana egoku yang tinggi dan rasa bersalahku terhadap keluarga aku sendiri. Aku merasakan aku telah membebankan hidup mereka yang berada di sekelilingku.

Semester lepas, merupakan kemuncak depressi aku. Setiap kali aku berada di perhentian bas, aku punyai fikiran untuk membunuh diri. Dan acapkali pemikiran itu tiba, muncul sahaja rakan-rakanku di perhentian bas tersebut menghulurkan bantuan membawaku ke kampus. Sehinggakan aku menangis dalam keretanya secara tiba-tiba, dan dia meredakan aku sebelum aku sampai di rumah. Dia memahamiku, bahawa aku tidak suka meraih simpati manusia, terutama apabila aku dalam keadaan susah, kepada rakan sekelilingku. Bermula dari situ juga, aku cari jalan untuk hilangkan pemikiran untuk bunuh diri ini.

Lalu Tuhan takdirkan aku untuk menghubungi sahabat lama yang sedang menjalani sarjana dalam klinikal psikologi. Dan dia sambungkan aku kepada pakar yang dalam bidang klinikal psikologi dan pemikiran untuk bunuh diri. Aku telah di diagnos, dan dikhabarkan bahawa aku punyai ‘bipolar disorder’, disebabkan keturunan dan krisis hidupku.

Aku cuma ingin khabarkan disini.

Sekiranya ada dikalangan orang sekeliling kita yang masalah jiwa, jangan lari dan jangan cuba mengatakan bahawa imannya lemah. Dia hanya perlukan sokongan dari kita. Bantulah sebanyak mungkin, berikanlah jalan untuknya menghadapi kehidupan yang sukar ini. Nescaya, dia akan mengingati setiap jasa dan budi kita.

P/S: pasal usrah itu, sistem usrah itu baik sebenarnya. Namun orang yang membawa usrah itu boleh membawa keburukan atau kebaikan terhadap sistem tersebut. Sila pilih dengan penuh hati-hati.

Sekian.

– Insan Depressi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ayah Sayang Kakak

PengakuanKu

salaam semua. aku kakak, tahun empat dan inshaallah akan grad tahun hadapan. aku di lahirkan pada tahun 1993. ada adik beradik yang agak ramai dan aku kedua terakhir. mempunyai seorang adik yang agak jauh jarak umur, 10 tahun. dari kecil, kalau pergi jalan memana mesti orang akan kata aku bukan anak mak aku. depa akan kata aku anak mak menakan aku la, anak angkat la, anak tiri la dan bla bla bla. sebab aku hitam, gelap dan tak flakkless dedulu. haha, tapi aku sangat beruntung sebab aku mewarisi setiap inci raut wajah ayah aku.

dari kecil sebelum dapat adik, ayah mak panggil aku adik. yalah, konon bongsu kan. sekali dapat adik, aku pun tak sangka, pejam celik tetiba dapat adik. perghhh. dan dan ja semua orang pangigil aku dengan gelaran ratu. dulu aku ni sejenis manusia yang anti di peluk, di dukung dan di suruh. selalunya ayah la yang suruh. sekejap2 bila ayah suruh cabun uban mesti aku akan kata, sat sat ayah kakak nak pi toilet, dan aku terus melencong ke tempat lain. hahaha.

antara anak-anak perempuan, akulah yang paling ketegaq. dedulu, aku ingat lagi selalu kena tibai, kena ligan dengan pak sendiri. cari nahas weh. pi main kat bendang sampai waktu maghrib. sampai hitam pastu salahkan mak aku sebab dia pi berkenan dekat cerita dayang senandung. ayah aku kerja buat rumah. cangkul, paip air semua adalah dekat rumah. pernah sekali aku gaduh dengan kak aku masa maghrib ayah tarik kami berdua turun, dia bagi cangkul sorang satu. dia suruh bergaduh la tang tu jugak. memang terdiam la kan.

antara anak perempuan akulah yang ganas, tomboy dan suka barang-barang lelaki. aku tak suka pakai baju kurung, skirt, kain. no! anti sangat. sampaikan mak aku runsing bila aku nak masuk asrama. dia pi pikiaq bebukan. lesbian la macam-macam. sampai satu tahap, aku akan pakai tshirt ja. kalau dalam gambar masa kecil-kecil dulu, nampak sangat mak ada anak lelaki lebih sorang. hahaha, dengan tshirt lengan pendek, seluar track, rambut pendek, mata bulat. tapi orang boleh kenal aku perempuan sebab bulu mata.

pernah masa 8 tahun, aku, abang aku, kakak aku berebut mainan. masa tu habeh gaduh tengah azan isyak. ayah aku ni tak suka orang bising masa azan. surau depan rumah weh. hahahaha, malam tu kami bermalam di pondok kecik kami tempat kami main masak-masak semua. baring tetiga, pandang langit. masa tu la bercerita pasaipa ayah cengei ngan kita, pasaipa ayah macam ni, macam tu. abang aku ni baguih, jadi pape ja, dia penyelamat aku. haha setia kawan betul. sampailah kami tertidur, dengan katak melompat-lompat atas badan, ayah mai angkat anak dia satu-satu. mana aku tahu? aku tak tidur lagi. ayah angkat, letak aku atas katil, lepas tu dia kata tidur jangan main lagi. hahaha yela kalau kita tidur olok-olok memang badan tak lembut bila di dukung.

masa aku umur 10 tahun tak silap, aku mencarut. babi, beruk, etc. mak aku kejar sampai dapat dia genyeh mulut aku sampai merah. psssss. aku apelagi berlari dalam tandas, cucur mulut dengan paip air. gila lepas tu tobat tak buat dah. dan pernah aku dapat lari, tapi masa tu mak aku kejar pakai seterika. mana tak nya, kelam kabut aku lompat tangga nak turun. seterika panas weh, kalau kena berbirat turun hantaran kahwin aku satgi.

dan umur 11 tahun aku pernah kena ikat di pokok mangga yang penuh dengan kerengga. sebab aku menipu ayah aku. aku kata aku tak sihat, dan aku sorokkan duit mak aku. biasalah awal awal nak bergurau, sekali mendapatkan. aku ni dedulu tak mau makan banyak, ayah aku pikul je dia bawak pi dekat pokok tu, dia ikat dengan tali kapal atuk aku. hahaha, yang paling best abang abang aku akan support aku sambil suap makanan.

dan dari kecil jugak aku anti dengan kakak kakak aku. sebab mak ayah macam lebih kan depa ja. alah, aku tak kisah. memula jela. bila lama-lama aku rasa sunyi. walaupun aku rapat dengan abang tapi aku tetap mencari ‘bahagia’ kat luar. berkawan, merempit. main kat padang sampai legam. aktif kokurikulum. semua aku buat untuk puaskan hati aku. aku tak pernah dapat bagi dan capai expectation mak ayah aku.

sampaikan umur aku 18 tahun, aku tak boleh lupa sikit pun apa yang aku buat. gaduh teruk dengan ayah aku. mendapat penampar sulung dari ayah aku. ayah sampai halau aku keluar. masa tu 1 bulan sebelum aku masuk asasi uia. ayah kata kalau aku selangkah keluar, aku bukan anak dia. masa tu memang turning point aku yang pertama. aku mula duduk dekat rumah je. buat kerja rumah. yang ganas aku jadi sopan. start belajar pakai kain batik. mula belajar mengalah dengan si bongsu. masa ni baru aku tahu erti matang kot. sebab kawan-kawan yg merempit bersama, ketawa bersama kononnya tinggalkan aku gitu je. tanpa sebarang berita. yang ada, abang-abang aku. dia halang ayah aku dari sambung pukul aku. masa tu ingat mati je.

ayah aku diam tak bercakap, sampai aku masuk uia. dia langsung tak bercakap. masa ni sayu jugaklah. aku buat macam-macam nak menang hati dia. buat air, masak, semua dia tak rasa. dia tak jamah pun. aku tunjuk keputusan result aku, dia diam je. mak kata ayah tak tunjuk sebab dia tunjuk kasih sayang dia dengan cara lain yang anak anak dia tak tau. tapi sebab aku ada kes dengan dia sbb tu dia cengei lagi dengan aku. sampailah, aku dah nak masuk degree.

ayah aku belikan laptop untuk aku, belikan macam-macam segala benda yang aku tak minta. aku memang bukan jenis meminta. aku suka kerja dan usaha sendiri kalau aku nak sesuatu. memang dari kecil aku di ajar macam tu. sekarang, aku tiap kali balik mesti ayah aku akan usik aku, cakap dengan aku. paling aku tak lupa, ayah aku start cerita pasai sejarah silat keluarga kami, apa yang jadi, sepadia yang cari gaduh dengan ayah dedulu. hahaha, ayah aku memang orang takut sebab dia ada silat dan dia anak tok guru silat dulu. bila aku balik, dia akan cakap merelip kasut kak hang. hahaha kasut baru yahhh. besalah.

ayah pernah belikan aku jam, bila dia aku tak ada jam. dari dulu lepas ada adik, ayah memang akan ajak adik aku pergi memana. tapi adik aku ni tak suka naik moto. banyak alasan. aku ni memang suka naik moto. tapi ayah tak ajak nai pulak. pernah sekali tu aku habaq kat mak, awat ayah tak pernah ajak aku naik moto, mak kata sebab aku dah biasa naik moto. dalam hati aku, ke aku tak comei? hahaha. sob sob sedih.

okay, di jadikan cerita aku ni iras sebijik sejibon dengan ayah aku. mak menakan adalah cakap, orang tua-tua kata sebab sebijik sejibon nilah membuatkan aku tak ngam dengan ayam aku. besala orang tua-tua kata. hahaha, tapi macam betul jugaklah. eh? aku ni ayah aku versi wanita melayu terakhir. mata, kening tebai, bulu mata macam sawah, hitam manis, bibir sebijik macam ayah. cuma mata aku agak besar ikut atuk aku. dan aku rasa beruntung jugak sebab aku mewarisi gene mata kening dan bulu mata lebat daripada atuk aku yang mana adik beradik sepupu sepapat aku tak dapat pun. kehkeh. tapi itulah, kena tahan sikit la dengan soalan:

anak sepadia ni?
awat lain dengan mak?
anak menakan hang ka pah?
muka lain dengan hang pah.
aku ingat anak cik senah adik ipaq hang.

lol. okay, aku sebenarnya rindu ayah aku. lately, tiap malam mimpi aneh-aneh. dah call tanya habaq pun masih rindu. cewwwah. maybe sebab dah nak menikah kot. hahaha ayah aku habaq camtu. sebab kak nak menikah sebab tu rindu ayah selalu. soo sweet ayah. kakak sayang ayah. dan terima kasih sebab sayang kakak!

– Bayi 90s.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pantang Larang Menghantar Anak Pada Babysitter

PengakuanKu

Assalammualaikum wbt..

Aku terbaca confession, ‘pesanan buat babysitter’ baru-baru ni. Sebagai babysitter tak bertauliah untuk anak-anak buah aku, meh sini aku plak nak buat pesanan pada mak-mak yang hantar anak dekat babysitter. Umur aku tahun ni 23tahun, aku duduk rumah time cuti sem sekarang ni, dengan mak aku, so bile aku kat umah, abang dan kakak aku pun tumpang hantar anak-anak diorang, nak suruh aku jaga. Anak sedara aku ade 4 orang semuanya; seorang baby umur 7 bulan, seorang setahun setengah, yang dah besar sikit umur 2 tahun dengan 4 tahun respectively. Hokayyy, walaupun aku duduk rumah dengan ade bantuan mama aku untuk jaga anak-anak buah aku, aku yang still muda-la-jugak-compare-to-makcik-yang-jaga-baby-kakak-tu pun semput nak jaga anak-anak buah aku tu semua. Padahal aku just jaga diorang je, keje rumah lain semua aku tak buat. Masak, basuh baju, kemas rumah semua mama yang buat. Tu pun aku tak larat. Oh yeah, buat pengetahuan semua orang, kakak dan abang aku ni sama la macam parents muda kat luar sana. Banyak pantang larang dalam menjaga anak diorang. Aku tak salahkan diorang, sebab every parents pun nakkan yang terbaik untuk anak-anak diorang, tapi aku harap sangat supaya diorang pun boleh bertolak ansur dengan babysitter diorang.

Ok, first nak ceritakan pantang larang yang kakak aku bagi. Anak die umur setahun setengah dengan 4 tahun. Die punya pesan kat aku, anak die yang setahun tu make sure bagi breastfeeding milk yang die dah provide siap-siap kat aku. Yang 4 tahun tu, make sure kena speaking english bile nak communicate. Ikutkan je la. Napping time not more than 2 hours, kalau tak nanti malam die susah nak tido. No gadjet and limitkan waktu tengok tv. Yang lain, pasal makan, asalkan makanan tak pedas, takde MSG and no sugar, boleh je bagi. Ye la, sebab diorang dah besar la jugak.

Then, demand abang aku plak. Anak die memang die tak ajar tido dalam buai. So die pesan, sila make sure anak die tak tido dalam buai. Susu tak kisah la cane. Pastu anak die sensitive kat panas, kena tido dalam aircond je, but make sure temperature tak kurang dari 26 degree celcius. Makanan plak, yang baby tu die suruh bagi puree je, tapi kakak ipar aku dah siapkan awal-awal. So takde la masalah sangat. No pacifier whatsoever untuk semua anak sedara aku, so senang sikit. Takde la isu budak-budak ni terambil pacifier kat mane-mane dan sumbat dalam mulut. Yang ni pun same, tak bagi anak tengok tv dan suruh aku main je dengan budak-budak tu.

Kalau tengok, memang diorang particular sikit. Tapi sebab diorang tu anak-anak sedara aku, aku ikutkan je. Penat tu takyah cakap la. Abang aku tak bagi tidokan anak die dalam buai, same la macam sis confessor tu, tapi seriously, aku takleh nak ikut permintaan die tu. Aku try tidokan dgn cara dodoi, tapi anak-anak buah aku yang lain datang main panjat-panjat kat belakang aku time aku nak tidokan bay. Letak die kat tilam, cousins die datang kacau-kacau. Sudahnye time die nangis, aku pun nangis jugak sebab penat dah, tak tau cane nak tidokan die tanpa buai. Pastu, mama aku la suggest, masukkan je kat buai, since baby tu pun penat dah nak tido, tapi takleh tido sebab cousins die kacau. Bile aku letak kat buai, budak-budak lain teruja plak tengok buai tu, diorang tengok je, sambil ikut aku zikir nak dodoikan baby tu. Tak sampai 5 minit, baby dah tido. Senang keje aku, boleh angkut semua yang lain keluar and buat aktiviti lain.

Then, part tak bagi tengok tv pun susah jugak nak ikut. Walaupun mama aku suruh aku jaga je budak-budak, tapi aku kesian la kat die. Takkan semua keje mama buat sorang. Jadiknye, lepas baby tido, selalunye akan bukakkn anak-anak buah aku educational cartoon, supaya aku boleh tolong mama aku buat keje sikit-sikit. Jemur baju ke, vacuum rumah ke mop lantai ke. Ye la, kalau environment rumah tak bersih, lantai tak bersih, nanti sure abang dan kakak aku pun complain, sebab anak-anak diorang tu tengah age suke mengutip. Nak bagi mainan je, tak bagi tengok tv? Ha, memang takde jadik keje la sebab diorang bergaduh, pegi ketuk each other dengan mainan tersebut. Tak jadik keje aku. Bagi buku pun same. Masing-masing berebut nak buku each other. Solution terbaik: bukak disney junior, ha.. communicate la dengan mickey mouse ke, dora ke.. janji aku boleh tolong mama buat keje rumah.

Abang dan kakak aku ade je complain kat mama. Tanye nape tak pantau anak-anak tengok tv, nape tidokan dalam buai. Pastu badan anak ade bintat-bintat kena gigit nyamuk. Then, jawapan mama paling bes. Mama cakap kat abang dan kakak aku, senang je kalau nak suruh bagi full attention kat anak-anak diorang, bagi orang gaji sekali untuk tolong mama buat keje kat rumah. Bila ade budak-budak kat rumah, penat die lain macam sikit. Tumpah makanan sana sini, mainan bersepah-sepah. So akan sentiasa ade keje dalam rumah tu. Nak mop lantai, salinkan baju budak-budak, kutip mainan yang berterabur, banyak la benda nak kena buat.

Niat aku tulis kat sini, bukan nak bash sis ibu muda tu. Cuma ape yang aku nak sampaikan, benda yang kite boleh bertolak ansur dengan babysitter ni, berlapang dada je la. Aku faham, faham sangat semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak diorang. Aku yang takde anak lagi ni pun kalau boleh nak buat yang terbaik untuk anak-anak sedara aku, tapi aku boleh buat setakat yang termampu je. Nak ikut segala demand, ha, macam mama aku cakap tu la. Prepare la extra helper untuk tolong kitorang dalam rumah ni. Aku rase, isu tidokan anak dalam buai tu termasuk la dalam isu yang remeh, yang penting baby tu sihat. Aku takleh bayangkan kalau sis confessor tu hantar anak kat nursery, terus berhenti keje agaknye untuk jaga anak sendiri sebab based on pemerhatian aku, anak-anak sedara aku tak pernah sihat bile duduk nursery. Demam, batuk, selsema, HFMD semua pernah kena. Bile aku jaga, diorang sihat walafiat je, alhamdulillah, cuma kadang-kadang terlepas pandang ade nyamuk hinggap, tu takleh buat ape la. Segala langkah berjaga-jaga untuk halau nyamuk aku dah buat dah, mosquito repellant patch, serai wangi, semua dah buat, tapi ade jugak nyamuk tegar nak hinggap kat anak sedara aku punya badan..

Pesan aku, sis confessor, takde orang yang lebih baik untuk jaga anak-anak anda melainkan diri anda sendiri. Kalau rase takleh nak bertolak ansur dengan babysitter atau nursery, rasenye langkah yang terbaik macam semua orang dah cadangkan sebelum ni, duduk la rumah dan jaga sendiri anak anda. Tu pun sebab sis tu baru ade sorang anak dan boleh curahkan segala perhatian pada budak tu. Lepas tu, ade bagusnya kalau sebelum sis hantar kat babysitter, buat list dos and don’ts yang macam kakak dan abang aku buat tu. Diorang bagi details semua benda yang boleh and tak boleh buat. Tu pun aku boleh ikut setakat yang termampu je. Yang aku tak mampu buat, mama aku yang tolong back up kenapa aku tak buat yang macam diorang suruh tu. (Hehehe, thank you mamaku lawyer!) Aku jaga anak-anak sedara aku ikhlas sebab nak tolong abang dan kakak aku, tapi bile diorang dah demand macam-macam, rase jadik tak bes plak, sedangkan aku pun nak provide yang terbaik untuk anak-anak sedara aku. Inikan pulak orang yang takde pertalian dengan kite. Belajar la bertolak ansur dengan babysitter anda, cik confessor. Kalau kite mudahkan kerja orang, inshaAllah, Allah bagi ganjaran dalam bentuk lain pulak. Pada babysitters kat luar tu pulak, jaga la anak-anak orang ni dengan sebaik mungkin sebab itu amanah yang parents dah bagi kat korang. Kalau tak suke, sila tolak awal-awal, jangan la dera budak-budak tu pulak. Ok, peace~

– MojoJojo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Terlalu Benci Akan Sesuatu

PengakuanKu

Assalamualaikum. Sebelum aku mulakan tulisan ini, aku mohon dengan sangat para gadis di luar sana berhenti benci sesuatu secara melampau.

Perkara yang kita akan diingatkan oleh cikgu, ustaz, ustazah dan tv sekalipun akan bercerita tentang keburukan rokok. Memang nak dijadikan cerita, aku memang tahap tak suka sangat-sangat dengan perokok.

Sampai aku pernah lihat arwah abah waktu tu, merokok di bulan puasa dan aku tanya mak kenapa abah merokok di bulan puasa. Mak tiada jawapan tentang tu.

Lagi pengalaman buruk aku engan perokok. Adik aku pernah ditangkap polis sebab tak pergi sekolah gara-gara merokok. Punya menyusahkan waktu tu, mak telefon berkali-kali mengadu hal pasal adik. Begitu begini sampai aku menangis bila kenangkan mak ibu tunggal, dan terpaksa dipanggil pihak sekolah gara2 anak merokok. Kali kedua waktu adik di kolej, dapat surat amaran pasal merokok dan mak suruh aku tulis surat rayuan. Aku dah bengang waktu tu. Dah la orang lain buat salah, aku yang kena bertanggungjawab pulak.

Itu belum dikira, pernah naik bas dan orang laki yang duduk di sebelah waktu tu merokok dan hembus betul2 kat muka sampai pening2 lalat.

Oleh kerana ada pengalaman buruk dengan perokok, aku berdoa mudah2an berkahwin nanti aku tidak dijodohkan dengan perokok.

Sewaktu berkenalan dengan bakal suami(sekarang sudah jadi suami), aku memang tak jangkakan suami memang perokok. Waktu aku dan kakak2 berkunjung kat rumah dia memang tak nampak depan mata dia perokok.

Sampai waktu bertunang pun tak nampak yang dia tu perokok. Waktu beli barang hantaran dan keluar uruskan pasal dokumen nikah pun tak nampak si dia merokok.

Nak dijadikan cerita, waktu kali terakhir keluar sebagai tunangan tu, aku dah terhidu bau rokok. Masa tu dalam hati dah terdetik. “Ya Allah, betul ke dia ni perokok?” Sebab sampai seharian, tengok dia mampu bertahan dan tak ada bayang rokok pun kat poket seluar.

Tapi oleh kerana waktu tu sangka baik dan aku bukanlah keluar sangat macam pasangan lain, melainkan ada urusan sahaja, tak nak fikirkan yang bukan2. Tenang dan bernafas macam biasa.

Bila dah selamat akad nikah, pagi hari kedua kahwin dia berterus terang yang dia seorang perokok. Allah sahaja yang tau perasaan waktu tu. Malu, geram, ditipu dan semuanya. Masa tu macam nak kunyah2 suami semua ada.

Pagi sebelum balik rumah suami, dia ajak selfie. Aku waktu tu tak berapa hiraukan sangat sebab hati dah start bernanah. Aku waktu tu tengah habiskan nasi lemak, suami masa tu tangan kanan dah pegang rokok. Hembus asap pi balik sambil adik aku yang tangkap gambar kami berdua. Muka waktu tu dah rasa tebal sangat2, dah tak sanggup nak pandang keliling. Gambar selfie kami, dia hantar pada grup sepupu sepapat dia dalam keadaan asap rokok macam asap fogging.

Waktu bulan madu, dia mintak izin nak merokok dekat 2 jam dia keluar hotel. Terkontang-kanting waktu tu dalam bilik sorang2. Dalam hati dah rasa macam bermadu dengan rokok. Nak jerit semua ada.

Dekat 7 bulan kami kahwin ni, aku ada sarankan jugak dia check kesuburan. Macam biasa, laki memang ego tinggi. Saudara mara dah mula bunyi2 bila nak ada anak. Ada yang suruh aku makan jamu. Habaq la apa pun, semua dah telan. Tapi, urusan zuriat ni bukan usaha seorang diri. Sebab syak, punca rokok aku tak mampu hamil sampai sekarang. Sedangkan period aku teratur, tak ada senggugut.

Aku makan hati bila suruh dia berhenti tapi perkataan insyaallah tak berhenti di bibir. Kadang2 dia mengadu kepala dia sakit, pinggang sakit. Aku cakap kalau katakan abang sakit sebab rokok, aku tak nak jaga. Dan kami akan bermasam muka lepastu.

Dalam keadaan sekarang terpaksa PJJ, aku selalu berdoa supaya Allah bagi hidayah pada suami supaya berhenti rokok. Kadang2 menangis lepas solat, sebab hati dah terlampau geram sebab dia tak mahu berterus terang waktu kami belum kahwin yang dia perokok.

Kadang2 fikir jugak, silap aku sebab terlampau bercerita pada dia yang bencikan ahli keluarga yang merokok, dan semua perokok pada dia sebelum kahwin.

Nasihat aku kepada para gadis di luar sana, kalau boleh jangan terlampau bercerita yang kita benci pada sekian2 sikap. Boleh jadi, orang laki ni kadang2 dia terpaksa menipu dan tak berterus terang semata2 nak jaga hati kita kononnya.

Aku bagi peluang untuk dia sampai 3 tahun sahaja. Kalau dia tak mau berhenti rokok, dan kami tak ada zuriat rasanya dah tau kan apa akan jadi. Apa pun doakan yang terbaik untuk aku dan suami.

Benci rokok,
Puan N.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Thursday, 29 September 2016

Pesanan Buat Semua Babysitter

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku adalah emak kepada sorang bayi berusia 7 bulan. Sekarang banyak kes yang aku baca dan dengar pasal babysitter/taska yang agak ngeri. Biarkan baby minum susu botol sendiri. I mean selitkan dengan kain atau bantal supaya botol tu tak jatuh dan baby boleh hisap dengan baik. Tapi tolong pastikan putting tu putting yang jenis x-cut punya supaya boleh elakkan baby tersedak. Sedih tahu tak dengar berita pasal baby tersedak susu. Belum buka topic pasal dera lagi tu. Allahu…

Bila dah jadi mak mak ni, aku akui hati aku lebih sensitive tentang isu anak. Ada satu hari tu aku terbaca Facebook pasal kematian baby Nur Hafiesya. Aku menangis. Sebab aku pernah baca pasal kes baby tu ada masalah jantung dan beberapa masalah lain. Sebelum ni memang aku tengok Facebook mak arwah baby tu. Dia cerita pasal perkembangan anak dia. Aku tengok video-video arwah baby tu dengan linangan air mata dan berdoa supaya baby tu cepat sembuh. Tapi siapa boleh lawan kuasa Allah? Baby comel tu pergi bertemu penciptaNya.

Anyway, cakap pasal taska/babysitter, ramai ibu-ibu baru yang cuak nak hantar anak pergi ke rumah babysitter/taska. Aku pun sama. Tapi aku rasa aku bernasib baik sikit sebab jiran aku yang aku kenal dari kecil willingly nak jaga anak aku lepas aku habis pantang sebab aku kerja. Pada mulanya aku rasa jiran aku ok je jaga anak aku since dia pun jaga cucu dia umur 2 dan 3 tahun. Lama-lama K.O. Eh tak tak aku gurau je. Hehe

Oh ya, anak aku ni aku tak ajarkan tidur berbuai. Bila nak tidur aku just dodoi je dia sambil zikir-zikir. Aku memang tak beli segala jenis ‘pelali tidur’ kecuali puting sebab anak aku kuat ngempeng sampai muntah-muntah. So aku just bagi dia puting lepas dia menyusu untuk bagi dia lena je. Bila dah lena dia akan automatic buang sendiri puting tu. Ha jangan nak kecam pulak kata nanti anak gigi jongang ke apa. Sekarang dah ada putting jenis orthodontic ye.

Ok satu hari lepas balik kerja aku nak ambil anak aku. Bila sampai rumah, aku terus pergi rumah jiran aku nak ambil anak. Bagi salam. Masuk rumah mata aku terus mencari anak. Tak jumpa. Aku nampak buai. Rupanya anak aku dalam buai. Lena sangat. Aku tanya babysitter tu kenapa masukkan dalam buai, dia kata anak aku hari tu meragam je so dia masukkan dalam buai. Aku terdiam lah. Nak marah, orang tua pulak. Nanti dia refuse nak jaga anak aku kang matilah mak nak mana nak cari orang yang boleh dipercayai jaga anak aku. So at the end sejak daripada tu anak aku memang payah nak tidur. Memang struggle lah aku nak tidurkan anak aku tiap-tiap malam sampai aku jadi zombie.

Aku cakap kat mak aku. Dia bebel juga sikit. Dia kata pengasuh nak mudahkan kerja dia lah tu campak anak kau dalam buai. Aku diam jelah dengar mak aku bebel. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. So sampai anak aku 7 bulan ni kadang-kadang aku memang berperang nak tidurkan dia. Kadang-kadang dia ok, lepas ngempeng terus tido. Kalau datang mood dia tak baik, memang aku pergi kerja dengan muka zombie.

Tu belum masuk hal main taram bagi anak orang makan yang mengarut-ngarut. Kalau budak tu dah boleh makan sekalipun tak payah nak calit-calit makanan lain kat mulut dia. Serious aku takut baca pasal baby yang tersumbat usus sebab bagi makan yang bukan-bukan atau bagi makan awal daripada umur. Kita sedap je lah calit macam-macam kat anak orang. Esok lusa kalau anak orang tu ada apa-apa, yang susah mak bapak dia. Kita yang tukang sumbat ni mana fikir apa, ye dak?

Satu je aku nak pesan kat babysitter/bakal babysitter. Jujur lah jaga anak orang. Nak buat apa-apa tanya atau bagitahu dulu parents budak tu. Yang merana nanti parents tu. Buat adik-adik yang rasa-rasa nak jadi babysitter tu, gali ilmu cukup-cukup macam mana nak jaga baby/toddler. Nampak mudah tapi perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Please aware dengan semua barang-barang anak asuhan anda. Jangan main taram je nak bagi anak orang lain punya barang kat anak asuhan yang lain. Kot lah mak bapak budak tu OCD ke kan.

Lagi satu, kita tak payah sibuk nak meng’gadjet’kan anak orang ikut cara kita. Aku rasa semua orang tahu apa kesannya pada budak kan? Aku dah tengok depan mata aku sendiri macam mana budak yang dimanjakan dengan iPad, tablet semua ni. Ignorance. Ya. Sungguh. Belum lagi yang mengamuk guling-guling sebab tak bagi main benda tu. Kadang-kadang kita tak nampak apa orang lain buat kat anak kita tapi kita yang merasa akibatnya. Naluri seorang emak itu adalah selalunya betul.

Sorry kalau confession ni agak panjang. Cuma sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati.

– Emak Muda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pandangan Seorang Gadis Terhadap Usaha Lelaki Untuk Bernikah

PengakuanKu

Terima kasih IIUM sudi menyiarkan dan terima kasih para pembaca. Confession ini adalah untuk berkongsi pendapat aku melihat jejaka-jejaka yang berusaha menghalalkan hubungan. Sebelum meneruskan, aku bagi pengenalan dulu.

Aku bekerja dengan satu syarikat dimana rata-ratanya adalah lelaki. Ingat lagi masa hari pertama aku masuk kerja aku pernah bermonolog sendiri ‘Takkannya aku seorang je perempuan dalam nie?’. Ada perempuan pun mereka buat kerja pejabat manakala aku lebih kepada makmal dan production yang membuatkan hidup aku dikelilingi oleh pak cik-pak cik, abang-abang dan jejaka seusia. Seronok sangat bekerja dengan majoriti lelaki pelbagai lapisan umur nie dan dalam masa yang sama, banyak pengalaman dan sudut pandangan mereka yang kau boleh belajar. Tapi yang lain biar dulu, aku nak fokus cerita dengan kisah rakan-rakan sekerja yang tengah berusaha mendirikan masjid nie.

Mereka nie kekadang makan nasi putih kicap jalen dan isi ayam je. Punyalah nak berjimat padahal kerja paling minimum pun setahun lebih, gaji untuk company nie pown rasanya tak ada bawah 2K. Bila ditanya, mereka berjimat untuk menyunting anak dara katanya.

Ada seorang rakan sekerja aku nie pernah TERkongsi cerita dia, awek dia nak hantaran diantara 10-15K. Itu baru wang hantaran, belum barang hantaran, belum kenduri, belum beli/sewa rumah lagi. Nasib baik dia ada kereta dan motor, ringan sikit. Dan aku nie pun agak busybody juga. Aku siap kira komitment dia, komitmen ptptn, keluarga, kereta, asb, rumah sewa dan macam-macam. Tiap kali keluar memang rakan aku nie yang belanja awek dia sebab awek dia masih student. Tambah tolak semua memang ada lagi untuk dia menyimpan tapi 10K tambah kenduri yang tak tahu lagi harga tue sampai bila nak kumpul? Aku sangat memahami perasaan dia sebab aku anak harapan keluarga jadi isu duit agak berat bagi aku. Aku pernah nasihatkan dia untuk berbincang dengan awek dia kalau dia rasa terbeban tapi dia tak nak. Lelaki memang sedaya upaya berusaha walaupun tertekan bab duit, dalam hati bahagia. Itulah tanda cinta dan sayang pada bakal isteri mereka.

Banyak lagi cerita mereka. Aku rasa perempuan kena berkawan dengan lelaki yang berusaha nak mendirikan rumah tangga nie baru kau akan nampak realiti. Kalau nak tengok realiti melalui teman lelaki/Tunang kau memang idaklah. Teman lelaki dan tunang kau sendiri sebolehnya nak merahsiakan payah mereka melalui senyuman dan kasih untuk buat kau bahagia. Kita je tak nampak sangat.

Jadi perempuan tanya diri sendiri, mampu tak kau memahami dan meringankan beban bakal suami kau? Jangan sebab kau ‘perempuan’ maka kau nak sangat bermanja dan ikut adat menyusahkan. 5K pun sendiri tercungap nak simpan apatah lagi orang lain (melainkan bakal kau gaji besar dan tak banyak komitmen). Nak menyenangkan, buatlah satu majlis sederhana. Nanti bila dah kahwin suami kau senang kau pun senang. Tak payahlah nak turutkan sangat ‘itu tanggungjawab lelaki’ padahal cuci pinggan, kemas rumah pun kau nak berperang komen dengan lelaki. Hah adat elok camnie tak nak pula ikut.
Kang ada komen ‘keluarga nak buat besar pula’. Aduii perempuan, kalau nak buat besar tapi laki kau tak mampu then kongsi la duit. Takkpun pujuk keluarga kau buat kecil-kecilan. Ada yang boleh pujuk ada yang tak tapi pokok pangkalnya berusaha. Hey, mualaf pun lagi payah au. Nak masuk Islam tue kebanyakkannya ditentang keluarga tapi masih juga sebahagian besar mereka mampu menyejukkan hati keluarga. Mualaf tue lagi kesian, kehidupan dia berubah habis tapi kau yang takat kenduri nie sila jangan jadikan alasan susah nak pujuk ya. Hati ikhlas, berdoalah yang terbaik, Allah ada.

Yang benar,

..opps belum lagi..

– tahniah kepada lelaki yang ikhlas mencari duit perkahwinan
– dalam masa yang sama aku pun tak nak kesian sangat dengan korang, sape suh cari awek minta hantaran tinggi? (Dah jodoh kan.. Pepandailah didik dia, itulah jangan manjakan awek korang sangat di awal perkenalan. Biar menangis tak dapat makan, biar kira duit syiling sesama- mcm teman lelaki aku didik aku-)
– dalam masa yang sama perempuan, kita sama-samalah meringankan beban lelaki..

Yang benar,
Suka membebel…

– Suka Membebel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tak Payah Tolong Melayu Sangat Lah

PengakuanKu

Assalamualaiku. Sorry kalau ada yang terasa apa yang aku tulis ni. Aku bukan la dilahirkan racist dgengan bangsa sendiri. Orang Melayu sendiri yang buat aku benci peniaga Melayu. Kalau korg ni adalah org melayu yang buat bisness, tolong la baca ni.

Ok aku mula cerita kn pasal ayah aku dulu. Ayah aku ni sangat sangatttt lah support bangasa Melayu dalam business ni. Kalau apa2 mesti cari org Melayu dulu. Kalau tak jumpa baru lah cari bangsa lain. Bukan apa, sebab nak tolong Melayu kan. Nak dijadikan cerita, mesin basuh rumah aku rosak. So ayah aku pun pergi la cari orang yang boleh tolong repairkan mesin basuh rumah aku ni. Jumpa la sorang mamat Melayu ni. Dia kata boleh betul kan. Cun sangat. Tapi amik masa seminggu sebab ada satu part kat mesin tu kena order. Kat kedai dia tak ada. Ok lah tak apa. Nak tolong Melayu punya pasal. Ayah aku pun bayar la. (Bayar terus sbb betulkan wiring oven. So siap bayar mesin basuh dengan oven sekali)

Tunggu punya tunggu, orang tu tak datang pun after seminggu. Ayah aku call, dia kata kena tunggu lagi sebab benda tu memang susah nak dapat. Ok fine la. tunggu lagi. Lagi sekali, nak tolong Melayu kan.. Tapi hampehh service orang Melayu ni. Ayah aku tunggu nak dekat 3 bulan. Selama 3 bulan tu basuh baju dekat laundary. Kesian ayah aku kena basuh baju dekat luar. Dah la ayah aku dah tua. (Adik beradik aku semua dah berumahtangga, yang lain belajar jauh. So weekend je kakak2 aku balik).

Last2, ayah aku call orang cina suruh dia repair kan. Guess what. Hari tu dia datang, hari tu jugak dia betulkan. Aku dalam hati memang sumpah seranah orang melayu tu. Geram aku. Kalau buat business buat la betul2. Korg pernah dengar kan org kata cina ni kaki kencing lagi2 kalau bab business ni. Benda tu sekarang tak boleh pakai. Siapa yang ckp tu bullsh*t. Jangan nak agung anggap org melayu ni baik sangat.

Itu la dia orang melayu kalau business. Kalau buat sesuatu tu buat la bersungguh, sampai habis. Ni tak. Dapat duit terus blah mcm tu. Sejak tu, aku kalau nak beli apa2 aku x akan tengok bangsa dulu. Aku tengok mana yang boleh bagi service yang tip top tu yang aku pilih. Tapi ayah aku still nak dahulukan orang melayu jugak. Nak buat macam mana itu pendirian dia. Kadang2 kalau mahal pun, dia still beli dekat Melayu jugak.

Orang Melayu yang buat business kat luar sana, tolong laa ubah perangai. Sebab tu la orang Melayu ni susah nak berjaya dalam business. Tak dinafikan bukan semua perangai macam ni. Kalau yang pandai jaga customer/client taniah diucapkan. Semoga rezeki korang bertambah2.

Tu je dari aku. Bye.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tip Kalis Makian

PengakuanKu

Siapa yang tak happy kan kalau dah dapat kerja. Lagi pulak time tu aku ni dah setahun duk kerja part time je lepas habis study. Tapi kerja tetap aku yang pertama ni tak seindah yang disangka. Aku kerja kilang je.

Apa yang tak best nya kerja aku ni?bos dan orang sekeliling aku yang tak best. Tempat Aku kerja tu dah lama so, pekerja dia mostly orang-orang lama la. Bos aku and orang-orang yang kerja dengan Aku semua nya tua dari aku. Masalah dengan orang lagi tua ni diorang tak boleh terima pendapat orang baru and muda macam aku ni. Itu dah satu cabaran. Tapi aku okay je. Just follow the flow. Perangai orang lain-lain. Telan je lah sebab nak kerja dah la datang merantau takkan nk balik kampung pulak kan.

Yang ni aku nk cerita pasal bos aku pulak. Dia ni orang paling tak professional penah aku jumpa. Aku baru second day kerja situ. Time tu Aku tengah tengok-tengok mesin kt production. Orang yang tengah briefing Aku pasal mesin ni pegi mana tah. Then bos aku tu datang kat aku and cakap dengan nada tinggi “saya tak tahu perangai kamu macam mana, kamu tu kalau baru buat cara baru, jangan Nak melampau!!”. Aku terkejut la. Aku buat salah apa? Orang dalam production tu pun semua pandang aku. Aku pun blur kejap.
Lepas seminggu camtu orang yang kerja dengan aku ada la cerita pasal bos aku tu. Bos Aku tu baran, kalau sorang buat salah semua dia maki tak kisah la orang tu ada kaitan or tidak. Kalau orang lain complaint pasal kerja or perangai pekerja dia, tanpa soal siasat dia terus maki hamun pekerja dia. Dia tak suka pekerja dia datang cerita masalah kerja kat dia, yang dia Nak tahu semua kerja kena setel. Tak prihatin langsung kan?

Lepas dua bulan kerja situ, kerja memang banyak ditambah pulak sorang yang kerja sekali dengan Aku tu dah resign so, kena la buat kerja dia jugak sementara nak masuk orang baru. Aku baru lagi and tak confirm lagi. Enam bulan baru confirm kerja situ. Tak semua Benda Aku tahu buat lagi. Masa tu la bos Aku lagi rancak maki aku. “Kamu ni tak layak kerja sini, lembab!!”, “Aku menyesal ambik kau, dah pegi keluar sana!” , ” kamu xnak berenti keja ke?saya dah meluat tengok muka kamu”, “kalau kau ni anak aku, dah lama Aku cekik kau”. Itu lah contoh ayat makian dia yang Aku ingat sampai sekarang. Tapi Aku sabar ja. Tak penah melawan sebab aku pikir kalau melawan keadaan akan rumit lagi. Satu lagi sebab dia tu dah tua sama baya bapak Aku dah ada la sikit hormat. Penah la sekali ada akak ni dengar bos maki aku, tapi dia pulak yang menangis sebab kesian kat aku. Tapi Aku okay ja.hahaha

Aku tak kisah kalau aku buat silap Nak marah ke apa. Tapi kena ada cara la. Jangan la maki orang kat public. Macam orang takda rasa malu je. Benda boleh cakap elok-elok. Lagipun aku baru time tu. consider la sikit.

Tak sangka Aku boleh bertahan selama 2 tahun kat situ. Lepas 2 tahun aku dah tukar kerja. Hari last Aku kerja situ pun dia still maki aku. Dah kalis makian dah sekarang ni. Mula-mula sentap jugak lah.

Actually banyak lagi perangai buruk bos aku ni panjang pulak nk cerita. Antaranya dia ni main bomoh and suka cakap benda lucah. Dia sendiri penah cakap dengan aku pasal benda ni. Pelik betul aku, orang macam ni pun layak jadi bos. Benda dah lepas, ni lah sebahagian dari pengalaman hidup aku.

Tips kalis makian
1) nyanyi dalam hati masa kena maki. Nyanyi lagu yang happy la, lagu raya ke.
2) jangan menjawab sepatah pun, diam and tengok muka orang tu tanpa perasaan
3) jangan simpan dalam hati, masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Okay, sekian.
thanks sebab sudi membaca.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Baik Sangka

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks iiumc sudi approve confession aku.

Aku harap kisah aku dapat dijadikan pengajaran. Sekarang aku rasa aku tengah berada di saat paling rendah dalam hidup aku. Aku rasa susah, hilang keyakinan diri.. Terima kasih iiumc.com, daripada pelbagai confession, maka aku tahu bahawa setiap apa yang Allah datangkan kepada aku adalah atas kemampuan aku. Aku kena kuatkan hati aku. Kuatkan tekad aku. Apa pun ujian, aku kena LULUS! Aku kena kuat! Kena banyak doa dan sabar.

Ini kisah aku.. Aku ada perniagaan sendiri. Dah 10tahun aku berniaga. Panjang perjalanannya, dipendekkan cerita. Prinsip aku (pada awalnya), dalam berurusan dengan manusia, aku jenis malas nak bersangka buruk dengan orang. So, dah banyak kali aku terkena dengan orang akibat bersangka baik. Alhamdulillah. Sikit pun aku tak menyalahkan dan menyesal sebab setiap sesuatu berlaku tu, aku gali hikmahNya memang banyak sekali. Learn from mistakes la kan.

Aku niat berniaga nak cari pendapatan untuk keluarga. Mulut dan hati kita ni mudah nak kata ‘buat baik dibalas baik’. Aku selalu baik sangka dengan orang. Aku ingat semua orang baik dan aku memang yakin semua orang fitrahnya baik. Cuma bila diduga, diuji, maka tercontenglah titik-titik hitam dalam hati. Aku susah nak percaya yang akan ada orang buat benda-benda khurafat. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku, dunia dah di hujung umurnya. Aku kena redha dan yakin dengan ketentuan Allah dan hakikat manusia tidak sempurna, selalu lupa dan melakukan kesilapan.

Bila orang buat jahat kat kita, contoh hutang belum bayaq (yang ni aku rasa tak jahat mana pun, cuma mereka belum mampu nak bayaq lagi. Tak apa, aku boleh tunggu dan tak paksa sampai mintak-mintak), member femli tikam belakang, mengumpat, menghina… semua perbuatan yang nampak nyata lah, untuk aku semua ni biasa dan aku boleh relax and chill.

Cuma, bila bab orang buat bab ‘ghaib, syirik’ ni… aku ada beberapa kemusykilan.

Kisah aku ni… lately aku banyak buat benda ‘di luar kesedaran aku’. Maksudnya, aku buat something tanpa aku sedaq. Antaranya, barang-barang customer order, aku pergi BUANG! Duit aku withdraw, aku pergi BAGI KAT ORANG! Jangan tanya aku kenapa.

Rumahtangga aku yang sentiasa harum mekar mewangi dipenuhi cinta pun tiba-tiba beralun sebab aku tak tahu kenapa bila nampak muka laki aku, aku rasa benci sangat kat dia. Aku rasa dia pun benci kat aku, tapi.. elok ja dia macam biasa! Segala macam benda dia buat aku nampak jahat. Tapi dalam hati aku ni… department yang dalammmm sangat ni… aku tahu laki aku tak macam tu. So, setiap kali datang segala andaian opa tok tu, aku lawan! Dah macam perdebatan dalam kepala tau! Dan lately sampai aku bercakap sorang-sorang berdebat! Adoi laah! Mujurlah laki aku ni penyabar orangnya. Alhamdulillah masih bertahan lagi.

Lately aku jadi takut nak jumpa orang. Takut nak bercakap dengan orang. Sampai menggigil-gigil aku menghadap orang! Aku ni jenis peramah, rajin menegur orang. Sekarang aku jadi diam, nak buat hal sendiri. Kurus kering tapi percayalah aku makan macam pelahap!

Bisnes aku pulak dah makin teruk. Lepas satu, satu hal datang. Macam-macam dugaan datang. Orang yang baik dengan aku, supplier tiba-tiba ada masalah dengan aku. Barang customer order tak sampai-sampai. Lain order, lain aku hantaq. Staf aku buat hal walaupun aku tak pernah tinggi suara kat depa. Tepuk kepala. Tepuk dada. Tak payah tepuk lain lagi. Sakit!

Bila aku tanya pendapat orang-orang terdekat, semua kata ada gangguan dan suruh aku pergi berubat. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku macam mengelak nak pergi berubat. Konon nak lawan sendiri. Tapi satu hari ni aku sedar yang aku tak mampu nak lawan sendiri. Aku bagitahu laki aku mintak tolong bawak aku pergi berubat. Nak tahu hasilnya?? Nahh… tak sampai-sampai lagi pun kat mana-mana pusat perubatan Islam! Laki aku pun macam tak mau bawak. Aku pun tak faham.

Daripada cerita-cerita yang aku baca kat online tentang pengalaman orang, memang tanda-tanda jelas gangguan. Bab mimpi aku taknak cerita. Panjang sangat. Aku pulak bab mimpi-mimpi buruk ni aku tak suka nak recall. Konon drama movie tidoq.

Aku nak kongsi kat kawan-kawan, readers kat luar sana. Aku bukan nak takut-takutkan hangpa. Aku cuma nak ingatkan mana-mana yang nak tersasar melakukan perbuatan syirik dek kerana dendam, hasad dengki, busuk hati, kembalilah ke pangkal jalan. Yakin dengan Allah. Rezeki Allah dah tetapkan alamat penerimanya. Mungkin rezeki orang tu sesuatu yang kita inginkan, tapi belum milik kita. Kita usahakan saja. Kita tak tahu entah-entah memang milik kita, cuma belum masa delivery lagi. Dalam terms of delivery, item receive within 30years after payment. Hehehehehe…

Pada aku lah, pengajaran paling besar buat aku, pertama sekali BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. Bukan terus dengan manusia. Kita selalu bersangka baik dengan manusia sehingga meletakkan pengharapan pada manusia. Sebenarnya kepada Allah lah seharusnya kita berbaik sangka. Walau apa pun hasil urusan kita dengan manusia (baik@buruk) sudah tentu ada hikmahNya untuk kita. Bila kita berharap kebaikan manusia, kita akan merana bila dibalas keburukan. Bila kita mengeji keburukan, saat ia didatangkan untuk kita, maka kita akan jatuh terduduk. Tetapi orang yang bersangka baik kepada Allah, walau baik atau buruk yang datang, mereka akan bersyukur dan redha. Aku harap dapat jadi di antara orang-orang ni. Dengan manusia ni, kita kena ikut tajuk lagu OST Shah & Sha: HATI-HATI .

– Makmur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sikap Yang Diambil Remeh

PengakuanKu

Selalu dengar Melayu dan hasad dengki berpisah tiada kan. Kali ni aku cerita tentang perempuan dan hasad dengki pula.

Lately ni aku ada ternampak gambar-gambar kat facebook tentang siapa yang kurang berkawan akan lebih bahagia. Aku setuju. Sebagai seorang perempuan yang dah kena tikam banyak kali dengan perempuan, or lebih tepat kawan baik sendiri. Aku ni jenis peramah, friendly, talkative, senang cerita semua orang boleh masuk dengan aku. Tapi yang tak bestnya, mostly yang masuk tu lelaki. So kiranya aku ada ramai kawan lelaki berbanding perempuan.

Mak aku sendiri pernah kata ‘cukup-cukuplah’ tu berkawan dengan lelaki. Aku bukan apa. Bagi aku yang dah hidup 25tahun ni, banyak yang dah aku belajar tentang berkawan. Lelaki, dia tak hipokrit. Perempuan, kau jangan terkejut bila kawan baik kau yang kau percaya, yang kau bawa balik rumah tidur sekatil, gelak-gelak share story bagai, yang tu lah yang akan tikam and kutuk kau kaw kaw punya. Sekarang aku nak share dengan korang kenapa aku kurang berkawan dengan perempuan or lebih tepat, tak percaya dan takkan ada kawan perempuan yang rapat.

Waktu form 4, aku ada kawan baik nama dia DIRA. Adira ni memang cun habis, aku sendiri akui dan aku bangga ada kawan macam dia, bukan setakat cantik, pandai pula tu. Suatu hari, dia cerita menangis-menangis kat aku ada senior kitaorg raba dia, dan aku suruh dia cerita kat cikgu. Last-last, dia tak nak cerita sebab dia malu, aku lah yang cerita, end-up, aku pula yang kena marah dengan cikgu sebab cikgu kata aku reka cerit burukkan nama senior kitaorg tu. Kau bayangkan cikgu [anggil Adira and aku untuk tanya hal sebenar, Adira kata aku reka cerita. Time ni aku rasa sedih sangat. Aku menangis campur sakit hati. Macam-macam aku buat, aku back up dia, aku sayang dia mmg mcm seorg kawan baik, tapi mcm ni dia buat kat aku. Aku cerita kat mak aku, mak aku kata berkawan boleh, tp jangan terlampau percaya dan rapat sangat. OK.

Masuk diploma aku jumpa classmate-classmate aku, 6 orang perempuan and kitaorg berkawan baik. Baik la weih bila dah perempuan sikit sangat dari lelaki. Yang tu je ada dalam kelas. Nak dijadikan cerita, aku sorang asyik perform antara 6 orang tu. Sampai satu tahap ni, ada satu test, 5 orang tu fail. Aku je yang lulus. Soalan memang susah weih . serious tak tipu. Tapi Alhamdulillah aku lulus. Aku tak kecoh2 pun tapi kawan sebelah aku ni pergi arik kertas aku dan kecohkan yang aku tak lulus and aku yang dapat markah highest. Kau tahu apa jadi since hari tu? Semua 5 ketul perempuan tu jauhkan diri dari aku. Paling tak boleh blah, aku ada MC satu hari ni, then aku tanya kawan aku, kat kelas ada apa2 ke, dia kata takde. Sekali ada budak laki contct aku ajak masuk group dia untuk presentation dan esok ada quiz kena prepare. Aku mcm nak maki pun ada juga. Tanya dua member perempuan dua dua kata takde pape. Tgk2 esok ada quiz and ada pembahgian group. Kau rasa? Bukan setakat tu, ada lah kawan diorg ni kata aku ni pandai sangat tak layak berkawan dengan diorg yang biasa2 ni. Eh. Kalau korang nak tahu, aku ni pun takde lah pandai sangat. UPSR PMR SPM aku bukan straight As pun. Tapi aku ada semangat untuk belajar. Aku berusaha. Aku tak faham apa2 aku terus cari kawan-kawan yang pandai dan tanya lecturer. Aku ajar kawan-kawan aku yang tak faham. Sakit hati aku bila member sendiri kutuk belakang mcm tu sebab benda bodoh pasal markah dah pehal. *Haa kan dah emo* Tak blh brain weih kat universiti jumpa orang mcm ni.

k aku tak habis lagi. Pastu, aku ada juga kawan dengan roomate aku ni. Mmg baik juga la. kitaorang geng riadah sama-sama. Selalu main netball. Zumba tengok Youtube, geng tengok wayang. Tapi dia kelas lain lah. Dia selalu share story dia, aku selalu gak share story aku apa jadi dlm kelas semua aku stress jumpa manusia perangai dengki2 pasal markah bagai. Tengok2, dengan dia ni pun sama, plg lawak pasal aku ni lecturer sayang, kawan laki ramai. Aku dapat tahu bila makin hari aku dapat rasa dia menjauhkan diri dan selalu takde kat bilik. Tapi aku still buat dunno and layan dia mcm biasa sampai lah sorang kawan laki, classmate dia ni bg tahu aku. Yang dia kutuk aku, tanya asal korang lelaki suka berkawan dgn aku, pertikaikan apa yang korang suka sangat semua benda lah. Aku main sport pun dia pertikaikan kata aku nak tarik perhatian. WTH. TENGOK. LELAKI LAGI selamatkan aku. Jujur direct. Laki kalau aku makin gemok pun dia direct je ckp weih que, kau makin gemok lah. Kalau tanya perempuan, eh tak lah, sama je. Tak gemuk pun cantik lagi. *roll eyes* ni seketul lagi manusia dengki dengan benda bodoh juga, sebab apa lelaki ramai suka kawan dengan aku. ceh.

Tak habis sampai diploma, masuk degree aku ada isu lagi. Kawan study sama-sama, dengki dengan markah, sekali lagi. Awal-awal biasa je. Lama-lama sampai kena pulau mcm diploma dulu. Tak habis sampai situ, kes tak puas hati ramai laki suka brkawan dengan aku up lagi. Guys, im a friendly person. Juujur. Talkative, aku bukan jenis pendiam, tak bercakap dalam kelas, aku suka voicce out apa yang aku nak cakap, aku cakap. Yang pertikai-pertikai ni semua jenis perempuan yang shy shy. Pastu pertikaikan aku cantik sangat ke? eh eh. Ni member baik diorg yang kutuk aku belakang2 tu cerita kat aku lepas diorg pun kena tikam belakang. haha. Tapi aku tak kisah la. Cerita dia, kenapa kau nak heran sangat lelaki tak layan kau? Aku takde terfikir langsung or proud aku ada ramai kawan laki sebab aku pun tak perasan benda-benda mcm tu. Bagi aku pergi universiti untuk belajar. Bagi mama and abah aku bangga dengan aku. Dapat markah tinggi pun iri hati ke? Kalau aku, aku proud kawan aku berjaya tau. Aku akan lebih dekat dengan dia, tanya macam mana dia study semua. Bukan makin jauh. Makin jauh ni tak bukan sebab dengki lettuw. End up, aku sekarang ramai kawan laki. Sampai tempat kerja pun.

Cumanya kat office ni takde isu lagi la dengki mendengki ni antara perempuan. Apa-apa pun, pls lah perempuan, boleh tak fikir positive, jangan asyik dok iri hati dengki dengan kawan-kawan. Aku tak cakap aku suci, aku ada je rasa dengki dengan sorang kawan aku ni sebab dia pandai waktu sekolah menengah dulu. Kau tahu apa aku buat? Aku pergi belajar dengan dia woi! Aku nak jadi hebat mcm dia. Bukan kutuk belakang, jauhkan diri. Then pasal laki, udah-udah letuw tunjukkan desperate laki tak layan kau. Aku ni pun tak heran pasal kawan-kawan laki aku tu. Benda tu dtg secara apa orang panggil, tak dibuat-buat pun. Dah nak jadi mcm tu. Sedih lah aku korang dengki sebab benda-benda kecik. Pastu dengki sebab aku anak orang berada, kau ingat aku dapatkan barang2 yang aku nak tu minta mak ayah ke? Aku berniaga jadi dropship waktu diploma dulu okay, beli barang apa yang aku nak. Apa lah korang ni.

Tu sebab aku benci sikit nak berkawan RAPAT dengan perempuan. Berkawan tak salah, tapi kalau kau rapat, ketat sendat, pastu ada salah sikit je, berjaya lebih sikit, habis buruk kau dia canang satu dunia. Tak cukup canang dia tambah perisa. End up hidup aku lebih bahagia kawan dengan laki. Jujur, direct, tak HIPOKRIT. Tak suka apa aku buat, direct je dia cakap tak suka. Nak gaduh pun tak lama.

And bila aku cakap aku ni kawan ramai laki, korang jangan pikir pula aku ni menggatal ke apa pula. Jujurnya, aku tak pernah sentuh lelaki yang bukan mahram dalam hidup aku. aku pandai jaga diri aku. Aku cakap awal-awal ni yela, melayu, suka sangat label orang. Dengki jangan cakap lah*roll eyes*

– Q

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ditipu Kenalan

PengakuanKu

Semasa aku baru habis STPM aku bekerja sebagai cashier di salah satu kedai di Kuala Lumpur. Cerita nya begini, Aku ni seorang yang peramah. Ada satu customer tetap yang selalu berbelanja di kedai tempat ku bekerja. Oleh kerana dah selalu nampak dia dan dia pun datang kedai tempat aku kerja. Aku tanya lah dia ” Assalamualaikum akak kerja apa ya”. Dia jawab “Akak berniaga sebelah KLCC”.

Aku terkejut dan bertanya lagi “Owh maksud akak berniaga dalam bangunan ke?”

“Ya saya berniaga didalam bangunan sebelah KLCC”

“Umur akak berapa ya dan bagaimana akak mulakan perniagaan”

“Akak berumur 24 tahun, akak mulakannya dengan kawan akak”

Korang bayangkan lah, jika fresh graduate berumur 24 tahun telah berjaya buka kedai di dalam bangunan sebelah KLCC mesti lah rasa kagum menguasai diri kan? Sepanjang hari aku berfikir bagaimana dia berjaya dalam usia semuda itu, dan keesokannya aku bertanya kepada dia.

Keesokan harinya aku mesej dia lagi
“Assalamualaikum akak boleh saya nak belajar dari akak mcm mana usia semuda akak boleh berjaya buka perniagaan sendiri dan boleh saya lawat di mana kedai akak”

“Ya dik datang lah KLCC nanti akak bawa kamu ke kedai akak”

“Betul ke ni kak? Lusa saya datang ya”

“Ok akak tunggu ya”

Hari yang dijanjikan tiba, Aku berjumpa dia di dalam KLCC. Dengan excitednya aku mengikut dia keluar dari KLCC dan ke bangunan yang dia katakan

Dalam perjalanan aku terjumpa kawan dia yang dia kata sama-sama menjalankan bisnes. Yang aneh nya kawan dia menggalakkan aku buat bisnes dengan dia. Dipendekkan cerita aku sampai ke tempat yang dikatakan.

“Akak betul ke ni tempatnya besar sangat ni”

“Ya dik, tingkat 1 hingga 3 sebulan kosnya rm500ribu untuk menyewa”

“wow”

Mula-mula aku tak syak yang tempat itu adalah MLM, tapi akhirnya dia bawa masuk tengok produk dan ketika itu baru aku sedar aku ditipu. Untuk meyakinkan aku dengan MLM nya dia bawa aku survey satu bangunan, lihat setiap jenis produk, bawa aku melihat salloon dan spa di dalam itu. Mungkin ramai pembaca yang tahu tempat yang saya maksudkan. Tempatnya betul-betul di segitiga emas KLCC, mungkin orang yang kuat bershopping je tahu tempat ni dimana. By the way tempat puaka ni memang disitu.

Dia bawa aku ke satu tempat yang menunjukkan lesen dan anugerah yang company tu telah dapat. Di antaranya choice award dan lesen Jualan Langsung yang diberikan kepada Company itu. Selesai membawa aku survey satu bangunan dia membawa aku berjumpa leader dia atau kawan baik dia. Kawan baik dia bertanya aku ada simpanan tak dan kerja dimana, kenapa datang sini dan sebagainya.

Aku mendengar satu-satu penjelasan dia tapi babak yang tak boleh dilupai sehingga buat aku tawar hati dengan bisnes tu adalah

“Bisnes ni bukannya MLM yang ni adalah affiliate” (Sorry sikit yang lesen MLM terpampang di sudut tepi tu apa? Tapi aku diam kerana mereka lebih tua dari pada aku )

Ada juga kata2 mereka ”

“Bisnes kami tak perlu cari orang, saya pun tak minat nak cari orang. Kami memilih orang dan adik sebenarnya telah dipilih bukan dicari” (Dalam hati, amboi pandainya putar belit ayat)

Selepas itu pukul 8 Malam selepas solat maghrib mereka mengajak saya ke atas rupa2nya untuk mendengar ceramah dari seorang yang berpangkat tinggi atau digelar DUKE bukannya highway duke tau, hahahaha. Lebih kurang 2 jam ceramah si Duke tu, mereka mengajak aku turun ke bawah semula dan kali ni mereka membawa aku berjumpa lebih ramai leader dan menceritakan kereta yang si Duke pakai lah dan kekayaan leader2 yang aku x kenal pun.

Akhirnya sampai lah peringkat bertanya adakah kamu minat dengan bisnes ni? Mereka beri aku sebatang pencil dan sehelai kertas, catatkan berapa percent saya faham dan berapa percent saya minat. Saya tulis 100% saya faham dan 0% saya minat. Si leader dia tu buat muka terkejut, dia berkata “ini mustahil mesti awak tak faham sebab tu awak tak minat, sebab orang kalau dah faham mesti dia minat join bisnes ni!!”

Saya menjawab “Pertama sekali saya ni bukannya Anti MLM, semenjak umur saya 15 tahun saya telah di perkenalkan oleh ejen AMWAY dan semenjak itu saya minat berbisnes. Tapi ada reason saya tak join AMWAY sebab saya tak pandai nak jual produk Amway” aku menyambung lagi “Lagi pun saya dah masuk MLM lain yang menjual simkad dan saya rasa bersyukur sangat dengan pekerjaan saya sekarang”

Mereka telah memanggil leader yang berpangkat lebih tinggi dan lebih kaya berjumpa saya

“Assalamualaikum boleh saya tahu berapa awak dapat dari sebuah simkad”

“Waalaikumussalam saya mendapat lebih kurang rm 50 dan dapat passive income”

“Bisnes kami menjanjikan keuntungan lebih tinggi awak boleh dapat rm 2500 untuk setiap orang yang masuk bisnes ni” dia menyambung lagi ” ini adalah bisnes yang paling terbaik dan suka saya cerita kan dah bnyak MLM saya join tapi bisnes ni baru saya berjaya”

Saya pula menangkis kata dia ” Ya bagi awak tapi tidak bagi saya!! Pertama sekali saya berani kata, setiap orang yang join MLM atau apa2 bisnes yang ada ala2 MLM mereka tak kan dapat cari walaupun sorang. Bagaimana saya tahu? Even simkad yang murah pun mereka tak dapat cari orang ini kan pula bisnes awak yang nak register perlukan rm 2500″ saya menyambung lagi ” saya jual simkad sebab berpatutan tidak mahal dan banyak kelebihan”

Leader dia buat muka 1.20 sen dan saya menyambung lagi “saya perlu ada pendirian yang tetap dalam bisnes. Saya tak boleh jadi seperti lembu dicucuk hidung apa yang orang lain cakap saya buat je” saya ambil nafas kejap dan menyambung “kalau saya jadi seperti lembu dicucuk hidung saya tak kan berjaya walau bisnes juta2 pun yang saya handle. Maaf ya”

Malam tu semua leader dia buat muka monyok dan menghantar saya pulang. Fuhh letih penat dan geram sebab dari pukul 5 petang sampai pukul 1 pagi nak hadap mereka. Sehingga terpaksa skip dinner

Tapi ada sambungan nya 2 hari kemudian kakak tu mesej saya untuk pergi rumah leader dia kata nya ada majlis makan2 di rumah leader dia

Ok part ni paling best, satu2 member MLm dia dan leader atasan dia semua jumpa saya dan mengajak saya join bisnes DCHL

Tapi saya jenis mulut laser saya cakap saya tak suka bisnes ni “sebab modal rm 2500 tu tinggi dan bukan semua orang yang join boleh dapat downline”

mereka menjawab “belum cuba belum tahu”

saya membalas “saya tahu sebab saya dah join MLM jual simkad, saya tahu lah jadi tak perlu putar kan ayat”

Paling mereka sakit hati bila setiap dari mereka datang saya kata “saya tak boleh jadi seperti lembu dicucuk hidung, kalau nak join apa2 saya mesti buat kajian sendiri dan BigWhy kenapa saya join bisnes tu” saya sambung lagi ” Kalau tak orang tipu saya pun saya tak sedar saya ditipu”

Keesokannya akak tu block saya dalam wechat dan whatsapp, lepas tu saya hantar sms kepada dia

Dia balas “Bukan saya yang block tapi leader saya yang block”

Lepas tu baru aku sedar, rupa2nya leader dia takut aku menyedarkan kakak tu dari jalan yang sesat kepada jalan yang benar

Tamat

– Sulaiman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pengalaman Mengajar Aku

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku just nak story about life aku yang a bit differ from adik beradik lain. Dan aku nak cerita yang pengalaman membezakan aku dari mereka.

Sejujurnya aku bukan dari keluarga yang susah. Nak cakap kaya melangit pun tak. And aku tak dimanjakan. Dari form 1 parent aku hantar pegi sekolah yang jauh dengan family. Mula2 aku tak nak pergi sebab sekolah tu nak kata buruk takda la tapi berbeza dengan sekolah member2 aku yang lain. Facilities macam tak cun semua. Tapi kena paksa jugak. Nak tak nak kena masuk la. 5 tahun aku jauh dengan family. Aku ingat dulu ayah aku ada cakap nanti dah habis sekolah kat sini banyak benda yang kau belajar. And yes memang banyak. Tentang kehidupan. Sepanjang aku sekolah kat situ satu benda paling penting yang aku belajar. Tak semua orang senasib dengan aku. Sebab tu bila dah habis sekolah kat situ, aku dah biasa dengan kehidupan orang yang kurang bernasib baik. Itu yang parent aku nak. Jangan lupa orang yang dibawah. Habis sekolah aku kena plkn. Baru ingat nak lepak2 kat rumah dah kena plkn pula.

Dekat plkn walaupun aku pergi tanpa kerelaan banyak pengalaman yang aku dapat dari situ. Aku independent dan boleh sesuaikan diri kat mana aku pergi. Tapi dalam family aku ni, aku je yang parent aku buat macam tu. Mungkin sebab aku lelaki and anak first. Adik adik aku yang lain semua tak macam aku. Cara hidup diorang lain. Parent aku pernah try hantar adik perempuan aku pegi sekolah asrama. Sebulan je dia kat situ. Lepastu dia keluar sebab makanan kat dewan makan sekolah dia tak sedap. Dia tak suka. Adik perempuan aku ni memang macam tu. Kalau family aku datang visit dekat sekolah dulu bawa pegi outing kalau nak lunch dekat mamak pun dia tak nak. Aku ingat lagi dulu time sekolah kalau mama bawa kfc kena tunggu orang dekat dewan makan takde baru boleh. Kalau tak kesian kawan kawan yang mengidam kfc tengok.

Adik adik aku agak kuat membeli belah ni. First time dulu aku follow mama dengan adik perempuan aku pegi shopping kat klcc. Diorang beli handbag dekat butik Fendi. Harga handbag mama aku RM 13,000 yang aku ingat. Adik aku punya dalam RM 8000 camtu sebab kecil sikit. Tergamam aku dan tak percaya aku google range harga handbag brand ni. Memang betul harga macam tu. Kulit naga ke apa aku tak tau la sampai macam tu harga dia. Patutla pekerja dia siap serve dengan air semua kat dalam butik tu. Betul dia layan macam agong. Aku punya wallet pun fossil je RM 250 tu pun aku segan nak minta dengan parent aku. Adik lelaki aku jenis suka mengikut ayah aku. Ayah aku pakai jam Tag Heuer dia pun nak ikut.

Pakai Oris pun dia nak gak. Kadang aku cakap gak jangan diikut sangat kehendak diorang ni. Ayah aku senang je alasan dia. Malas nak dengar diorang merengek. Adik lelaki aku masuk u mintak kereta parent aku bagi kereta. Nak pegi vacation dengan member semua parent aku support. Dalam hati aku cakap senangnya hidup mereka ni. Sebab mereka tak sekolah asrama. Mereka sekolah harian dekat area rumah aku. Apa yang dorang nak parent aku bagi. Kadang2 aku geram sangat dalam kereta aku basuh diorang cakap banyak lagi orang yang tak makan. Tengok Bersamamu tu haa. Macam2 la aku cakap. Mama dengan papa takpe la sebab mereka pun dulu orang susah. Biar la diorang nak rasa senang sekarang. Ya betul. parent aku orang susah dulu. Aku perasan kalau ada family or sedara yang nak datang rumah, mama aku akan simpan handbag2 dia dalam kotak balik. Lepastu dia suruh aku angkat kotak2 tu letak dalam store dulu. Aku tanya kenapa nak simpan. Dia cakap malu la nanti orang tanya harga segan nak cakap. Aku faham. Dulu waktu sekolah pun kadang2 aku segan kalau parent aku datang melawat. Sebab diorang bawak kereta yang agak berbeza sikit dari orang lain.

kalau balik kampung aku selalu lepak dengan pakcik pakcik aku pegi memancing semua. Aku suka pegi tangkap burung tangkap landak tolong bersih kebun nenek aku. Adik2 aku memang tak la. Baik layan ps4 ke xbox. Siap bawa tv lagi dari rumah balik kampung sebab nak on ps4. Nak main phone coverage takde. Memang buntu la diorang kalau balik kampung. Tu yang sanggup bawak tv dari rumah. Entertainment diorang totally lain dengan aku. Ada sekali aku bawa pergi memancing kawasan memancing tu ada tanah dia yang lembut. So bila pijak dia akan tenggelam sampai lutut. Dia buat gaya geli. Buat muka tak selesa semua aku fed up aku suruh dia balik. Setakat datang nak spoil mood aku buat muka baik balik.

Aku dulu study uia bawak viva. tu pun parent aku belikan sebab tak nak aku asyik tumpang member aku naik motor pegi class. Skang dah kerja aku sambung bayar viva tu. Adik perempuan aku bawak Golf. Sakit je hati aku tengok. Tapi takpa dia tak pernah rasa susah. Susah sikit dia tak nak. Nak itu nak ini semua dapat. Dulu aku sekolah pernah member aku ayah dia hantar naik motor. Then motor dia rosak. Later mak dia datang amik ayah dia pakai motor jiran. Waktu tu aku dah sedar bukan semua orang hidup senang. Susah hidup orang semua aku dah tengok.

Aku ingat lagi dulu before parent aku bagi kereta viva tu, dorang selalu hantar aku dekat uia. And before sampai uia kami selalu singgah di Starbucks dekat Petronas nak masuk Karak tu. Dekat situ kan banyak makcik or pakcik yang jual keropok. Then datang sorang pakcik ni pakai kopiah dekat table kami tanya nak beli keropok tak. Mama aku bagi duit tapi tak ambil pun keropok means sebagai sedekah la. Sekali adik perempuan aku cakap ‘Ma. diorang ni boleh percaya ke. entah2 scam. belakon pakai kopiah tapi nanti makan McD jugak’. Terus aku geram. Aku cakap ” Woi ko diam boleh tak?. ko tau ke kalau hidup dia memang susah. Dia ade anak nak tanggung ko tau ke. ko main cakap je sebab ko tak rasa apa yang dia rasa. Lantak dia la nak makan mcd ke apa ko ingat ko sorang je nak makan mcd “. Aku terus bagi je kat dia. Bagi aku tak boleh nak cakap macam tu. Memang mungkin scam ke apa tapi mana tau kalau dia memang hidup susah ade anak bini nak tanggung. Itu beza dia. Cara pemikiran aku dengan mereka. Mereka fikir macam tu sebab maybe diorang tak tau ada orang yang hidup sempit dan kurang bernasib baik. Aku bersyukur. Pengalaman mengajar aku. Kalau ade masa aku write lagi.

Peace guys

– Fred

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Siapa Yang Kita Ingin Tipu Sebenarnya?

PengakuanKu

Pertama sekali terima kasih sebab baca. Diharap apa y ditulis bermanfaat untuk semua.

Disebabkan hari ni kecoh pasal mentor perniagaan tu, Confession ni khas aku tulis pasal academic dishonesty. Mula-mula aku tak la ambik pusing sangat pasal ni sebab benda ni sebenarnya dah lama orang pertikai dan aku pun pernah buat research pasal academic dishonesty kat Malaysia. So aku tak terkejut. Sebab this is not the first case in Malaysia.

Tp apa yang buat aku marah ialah bila mana ada lagi yang masih defend the act of academic dishonesty by saying “alah apa salahnya beli title dr. Dia ada duit”, “benda kecik la, lagipun dia dah tolong ramai orang”, “Rilex la, dia Kaya kot”, “alah, ni kira marketing strategy. So chill”

(aku nak mencarut sebenarnya tp x boleh so) Excuse me! Please la Malaysians, open your mind. Don’t be so fucked with money.

academic dishonesty is not a petty thing. It’s not. It’s serious and dangerous. It is a crime. It doesn’t matter how powerful his talks are or how big his contributions towards others or how rich he is. People need to realize that this is about credibility, trust, honesty, your values as a human being, the value of education itself.

Sebab tu aku pantang bila students just copy and paste everything masa buat assignment. Resources yang available sekarang ni bukan untuk kita copy and paste semata mata untuk siapkan assignment. They are available for us to read, think, evaluate, discuss and reevaluate.

So please, nilai balik knp kita belajar. Adakah hanya kerana sekeping sijil? Atau kerana ilmu itu sendiri. Kalau kita plagiarize sana sini, tipu qualification y kita tak ada, siapa y kita tipu sebenarnya? Orang lain atau diri sendiri?

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Dilema Seorang Gadis

PengakuanKu

Assalamualaikum semua.

Saat aku menulis semua ini kerana aku ingin meluah apa yang terbuku di hati. Secara ringkasnya, aku adalah seorang gadis berusia 26 tahun. Sudah 3 tahun aku grad dari universiti tempatan. Ceritanya bermula, pada tahun 2013 , apabila aku kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu ibuku. Tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku kerana aku akan grad pada hujung oktober dan 2 bulan selapas ibu aku meninggal, ayah aku menyatakan dia mahu berkhawin lagi. Aku tidak kisah sangat perihal ayah aku ingin kahwin lagi tapi apa yang aku kisah adalah dia mengabaikan tanggungjawabnya. Aku mempunyai adik 4 orang di bawah aku, yang paling bongsu waktu itu baru berusia 3 tahun. Lupa aku nak beritahu, bakal mak tiri adalah bekas kekasih ayah aku . Banyak la cerita yang aku dengar dari arwah ibu aku sebelum ini perihal bekas kekasih ayah aku. Berbalik kepada cerita asal, pada hari konvokesyen aku, tiada siapa yang hadir termasuk la ayah aku.

Bahkan dia memang tak bertanya langsung mengenai perkara ini. Memang agak menyedihkan hari itu, tetapi nasib baik aku masih memiliki kawan-kawan yang perihatin. Merekalah yang banyak memberi sokongan kepada aku. Selepas je grad aku terus angkat kaki, malas nak tunggu lama. Aku terus balik dan pujuk hati. Selesai bab konvokeseyen. Bala baru pula datang, dalam bulan 12 , ayah aku pun selamat bernikah dengan isteri barunya. Memang sayang sungguh sampai tak dibaginya buat sebarang kerja. Yang teruknya aku la. Sejak berkhawin baru ini, ayah aku lagi banyak mengabaikan tanggungjawabnya. Makan minum kami memang tak terjaga. Apa yang ada di rumah, yang itulah rezeki kami. Aku pula tak bekerja kerana ingin menjaga adik-adik aku. Tetapi kemuncaknya semua masalah bermula pada awal tahun 2014, apabila mak tiri aku ini menangis kononnya aku tak suka dekat dia. Kesnya sebab kasut je pun. Aku ada beli sandal tu pun pasar malam punya, tak mampu nak beli yang mahal. Kebetulan masa mak tiri aku nak pakai sandal aku tu, aku pun nak pakai sebab nak keluar . Tapi dia pergi panjangkan cerita kononnya aku sembunyi sandal tak bagi dia pakai. selepas itu, terus ayah aku marah dan herdik aku sebab menyusahkan dia. Kononnya aku ini menyusahkan dia sebab tak kerja. Malam itu , aku terus kemas beg dan berangkat ke KL membawa hati. Aku pun masuk satu program untuk graduate employablity .

Program adalah selama 6 bulan, 3 bulan classroom 3 bulan on job training. Nak dijadikan cerita , selepas tamat sesi classroom, dalam bulan 4 2014, aku pun pilih on job training dekat satu syarikat ini nun jauh di sebuah pulau pelancongan. Sebenarnya pulau ini adalah kampung aku la. Kiranya aku balik kampung halaman lah. Aku pun menumpang tinggal di rumah nenek aku. Selepas tamatnya on job training, baru aku tahu program aku sertai itu sebenarnya menipu je. Orang yang organised program sebenarnya menyalah guna grant yang diberikan kerajaan. Elaun kami yang akhir pun tidak dibayar. Lepas OJT, aku menganggur lagi selama 7 bulan. Akhirnya aku dapat mengajar dekat sebuah sekolah swasta. Gaji tak banyak tapi boleh la untuk hidup. Sepanjang kerja ini, hidup aku ok lah cuma ada lah mak 2 sedara yang suka menyindir. Kononnya belajar sampai degree tapi kerja tak dapat pun, siap cakap tak nak bagi anak diorang masuk universiti sebab bukan ada kerja pun. Aku mampu senyum je walaupun hati terguris. Hubungan dengan ayah aku pula ada pasang surutnya, sekejap ok sekejap tak. Tapi sePanjang aku bekerja , hubungan kami ok lah cuma tak serapat dulu.

Di sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di pertengahan. Aku sekali lagi diuji , apabila tanah milik arwah ibu aku ada syarikat hartanah nak beli. Bermulanya episod hitam, apabila syarikat tersebut mula membayar deposit, sepatutnya aku dan adik -adikku dapat bahagian kami tetapi ayah aku berkeras ingin semua duit itu. Kami pun beralah, hari raya tahun 2015 memang tidak menyeronokkan. Selepas , aku bertanya perihal duit deposit tanah itu, ayah aku terus membenci aku. Masih segar dalam ingatan aku, pada pagi raya kami semua berkumpul di rumah mak sedara sebelah ayah . Ayah aku tak punya banyak adik beradik, yang ada dia dan kakaknya sahaja. Pagi raya itu, saat aku ingin bersalam dengan ayah aku, dia terus mengherdik dan menghina aku. Malah dia juga membuang aku sebagai anaknya. Ayah aku terus balik ke rumah isterinya sebaik sahaja dia habis memaki hamun aku. Memang dia tak pandang aku langsung sebab duit deposit yang tak seberapa itu. Maruah aku tercalar kerana ingin mempertahankan hak aku dan adik0-adikku. Aku hanya mampu menangis di dalam hati. Selepas peristiwa itu, aku banyak membawa hati. Sehingga awal bulan 9 , ayah aku menelefon aku suruh balik ke rumah untuk menjaga adik-adik aku kerana dia ditimpa penyakit yang tak diketahui. Walaupun diherdik dan diperli aku gagahkan juga diri ini untuk pulang ke rumah demi adik-adik aku. Lupa nak beritahu mak tiri aku ini bekerja dan tidak ada effort pun nak jaga adik-adik aku.

Penyakit ayah aku tidak sembuh sehingga lah hujung bulan 12, aku terpaksa membawa pulang adik-adik aku ke kampung kerana aku ingin bekerja. Aku bawa adik-adikku tinggal sekejap dengan nenek sebelah ibu aku. Tetapi konflik baru muncul sebab nenek aku tak mahu jaga adik-adikku. Memang aku terasa dengan nenek aku. Selepas itu aku, bawa adik-adikku tinggal dengan ibu sedara sebelah ayah aku sehinggalah sekarang. Oh ya, aku pula tinggal dengan nenek aku sebab rumah nenek aku dekat dengan tempat kerja aku. Alhamdulillah, penyakit ayah aku semakin pulih yang tidak pulihnya sikapnya. Dia makin tak bertanggungjawab siap berkata dekat kami adik beradik yang dia tak nak ambil tahu perihal kami. Aku terpaksa bekerja dengan lebih keras seperti buat tuisyen dan kuih untuk menyara adik-adikku. Aku bernasib baik kerana punya ibu sedara yang sanggup memberi tempat tinggal dan makanan dan aku cuma menyara persekolahan mereka. Aku sekali lagi diuji apabila diberhentikan kerja sebagai guru kerana hasad dengki . Tidak sangka orang yang selalu aku tolong itu menikam aku.

Saat ini aku rasa seperti ingin berputus asa dan setiap malam tidurku tidak lena memikirkan bagaimana ingin menyara adik-adikku. Memandangkan ekonomi negara yang tidak berapa stabil agak susah untuk mendapat kerja. Aku sangat buntu dan rasa seperti kakak yang tak berguna sehingga aku terfikir alangkah baiknya aku mati sahaja. Punyai nenek tetapi dia langsung tak pernah mengambil tahu hal kami. Mungkin kami orang susah tiada apa untuk dia banggakan seperti pak cik- pak cik aku yang lain. Aku agak terasa dengan nenek aku kerana setiap saat, dia hanya menyebut nama anak-anak pak cik aku sahaja. Kami ini macam tak pernah wujud. Tetapi aku pendam sahaja setiap kali aku ajak nenek aku pergi melawat adik aku ada sahaja alasan dia. Aku faham mungkin kami ini menysahkan dia sahaja.Setiap saat aku berdoa agar Allah kuatkan hati aku tetapi kadang-kadang aku tewas dengan gelodak jiwaku. Aku memang patah hati dan berfikir untuk keluar dari pulau ini untuk mencari rezeki di tempat lain. Tetapi aku dilema sama ada nak keluar ataupun tidak sebab aku takut akan gagal untuk mendapat kerja. Aku mohon pandangan kalian, apa yang patut aku lakukan.

Sekian sahaja cerita aku.

– Cik Lara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Wednesday, 28 September 2016

Takut Tapi Nak Tahu

PengakuanKu

hye guys! ok before aku cerita aku nak bagitahu cerita ni takde lah seram pun. tapi based on pengalaman aku sendiri sepanjang aku 20 tahun hidup. aku ni seorang yang adore sangat dengan cerita2 mistik, horror movie, kalau dekat wayang tu pantang ada cerita hantu baru keluar terus aku pergi beratur beli tiket. tapi aku ni penakut sangat2 tapi perasaan ingin tahu tu membuak2. haa macamana tu?

ok. aku kerja kat sebuah kedai ni. dalam kedai tu ada bilik untuk staff duduk. so pagi2 tu aku open kedai sorang2. staff lain masih tidur. aku bukak semua lampu yang ada dalam kedai tu. tengah kemas2 kedai tiba2 lampu belakang tu mati. bila aku nak pi jenguk terus terbuka balik. aku dah fikir lain dah masatu terus aku tutup lampu belakang aku bukak lampu depan. tengah kemas2 lagi eh lampu depan plak mati. last2 aku biar kan je dia nak main lampu sangat. nak kata lampu rosak malam tu bila buka semua lampu elok je menyala semua sampai harini tak mati2 pun.

ok second dalam kedai tu aku berdua je dengan kawan aku. aku panggil dia A.kalau korang ingat dalam bulan lepas ada kecoh pasal hantu menyanyi dalam smule tu. haa aku tunjuk laa kat A ni video tu suruh dia dengar. guna phone aku ok masatu phone aku. bila dah habis dengar kami masing2 main phone. dalam setengah jam tu aku cas phone aku.. si A ni pun dah lock phone dia. bila dia unlock phone dia aku tengok muka dia pelik. aku buat taktahu je mula2 tu. tak lama lepastu dia pun cerita dekat aku. rupanya dia kata masa dia unlock phone dia tu, video yang kitorang tengok kat phone aku tadi tengah loading nak play kat phone dia! korang boleh bayangkan tak perasaan kitorang masatu? sedangkan si A ni langsung tak tengok video tu kat phone dia. bila dia scroll balik cari video tu dah tak jumpa langsung. hm lepas main lampu dia main phone plak. ok..

then dalam beberapa hari lepas, aku kerja dengan sorang amoi ni. dah nak dekat azan magrib masatu tiba2 kitorang bau something yang sangat busuk dalam kedai. tiba2 je bau. puas kitorang cari bau tu kat mana. yang aku perasan bila aku hidu bau tu dekat setiap penjuru kedai bau tu kuat sangat. aku keluar kedai kot2 la ada orang pijak taik kucing ke apa masuk kedai aku. bila keluar udara elok je segar. habistu datang dari mana bau tu? bila dah azan magrib bau tu hilang.. lepas isyak bau tu datang balik. ahh dia main taik plak kalini. ok…

ok la bukan kt kedai je sebenarnya. kat rumah pun ada aku kena usik. katil aku tepi tingkap.. kat atas. so satu malam tu aku terjaga nak pi toilet. lepastu tangan ni gatai nak buka tingkap. elok aku buka dengar macam ada orang sergah aku tahu dak! aku yang penakut nak mampus tapi perasaan ingin tahu membuak2 ni berlari turun bukak pintu nak tengok siapa kat luar. nasib baik abang aku tak tido lagi masatu. alhamdulillah lah tak de pape.

banyak lagi aku kena sebenarnya. tapi yang lain tu cuma bayangan jela. aku tak kesah dia nak main apa janji jangan tunjuk diri dia je. barang2 dalam kedai aku tu macam2 dah dia main. ada sekali tu tiba2 barang yang teguh jatuh sendiri. aku pandang barang tu dengan pandangan kosong lepastu aku keluar ambik angin buat senaman ringan sikit pagi2 buta haha. okaylah sampai sini je cerita aku. kalau ada masa aku sambung lagi. sory kalau panjang. assalamualaikum.

– si penakut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Secrets For Long Lasting Beauty

PengakuanKu

Personally I would say my skin is not perfect! I have scars and acne but my skin is even better when I use these products. I have a dream to make my own beauty range which consists of only 100% natural ingredients but in Malaysia there’s no tech to do such thing except if it’s home made. Inshallah i will pursue my master study because i do not want to be a seller who acts like she knows everything bout cosmetic. The worst thing that could ever happen to me is my life without knowledge.

1. Organic Olive Oil
What’s the use of olive oil? I used it as my makeup cleanser. It is super effective for me because it melts my makeup really well. I don’t trust those commercial makeup remover because why I have to use them because there’s other safer alternative? Oil is good for your skin eventhough you have oily skin because diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya.”

2. Rice Milk Soap Cleanser
I am very particular and choosy when it comes to skincare. I even become more choosy as I am a chemistry student  I have an oily skin especially during at noon!  This cleanser is specifically for oily skin people so for those who have dry skin is not recommended. This soap contains rice seed, sunflower seed oil, rice milk and soap base. You don’t have to worry bout the soap base because if you study saponification, basic ingredients of soap are salts of strong bases and weak acids, they should be weakly alkaline in aqueous solution. Without them, soap takkan terhasil. However, a soap with free alkali can cause damage to skin, silk, or wool. Anyway no worries bout the soap base. Hihi

3. Toner
I made my own toner by using rose petals. I will also make sure that the roses that i picked or buy contains no chemicals or harmful pesticides. How to do that? Make sure the flowers are certified organic. You guys just google ways to make rose water okay?  It’s so simple and pretty easy. I applied this everytime after i cleanse my face. Toner is very important to neautralise your skin PH after cleansing. Be sure that your toner does not contain ALCOHOL, PARABEN, BUTYL/METHYL/PROPYL PROPYLENE and PARFUM.

4. Argan Oil
I bought argan oil from XAARA which is much more affordable and cold pressed. RM79.90 for 30ml. You guys might say “Seriously, that’s what you call affordable?”  Actually it is so long lasting because I just use 2-3 drops twice a day. Love it! Fast absorption and very good for acne and scars! In a week, my scars and acne slowly diminish. I also used it for my hair because i have hair fall problem. It makes my hair more strong and shiny  Some of you might say “You already have oily skin. Are you nuts by adding more oil to your skin?” Girls, oil doesn’t make my skin becomes more oily because the function of argan oil itself is to normalize the oil production so you don’t need to be so anxious bout it.

5. Organic Coffee Scrub / Lips Scrub
I don’t buy kilo coffee scrub. I studied where’s the coffee comes from first before buying the product. So, I decided to buy this coffee scrub from my senior. I trust her because I know her. She’s a super nice woman. She sold me her Irissential coffee scrub which is super good for my skin. It’s home made too. Hihi.. It contains olive oil, almond oil, organic sugar and coffee which makes my skin not just moisturize but brighter after one apply. Hihi. Super amazing right? I apply scrub 2-3 times per week. It’s important to remove dead skin cells and also to ensure that all the nutrients are fully absorbed into my skin. I use brown sugar to scrub my lips because i also wear lip cream, lipstick and lip balm. Especially the one that is long-lasting and matte makes my lips dry. I hate it! I need a smooth lips! So what do I do? I scrub my lips every night to peal off any dry skin and lipstick residue. It’s very important guys.

That’s all for my daily skincare routine. Really simple right? You don’t need to wear 6-10 things because too much skincare appliance can cause damage to your skin too. Let’s keep it simple and easy. During night, after i cleanse my face, i just use argan oil as my moisturizer and night cream  Keep it simple!

As for makeup, i don’t wear that much makeup because I don’t like too much chemicals penetrating into my skin. So i will also keep it simple like sunscreen, foundation, loose powder, lip cream and eyeshadow only. It’s so simple for a girl who wears makeup right? No mascara and no eyebrow touch because my eyebrow is already thick and cute. Specially designed and created by Allah swt  i’m so proud of myself! Haha

Eventhough skin care routine and makeup are important but inner beauty is what matters most. Be generous with smile and positive vibes. Unleash your confidence! That’s the true beauty

Love, potato

– K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.