Thursday, 1 September 2016

Jiran Yang Baik Hati

PengakuanKu

Aku ada baca confession sebelum ni pasal jiran macam firaun dan geram dengan jiran, haha aku tak terkejut pun sebab aku pernah je dengar cerita yang lebih kurang macam cerita confesser sebelum ni. Jiran yang jenis tak boleh lebih kurang, yang berkira semua benda tapi kalau hak kita hampeh jadi hak dia jugak.

Tapi, cerita jiran aku 360 degree berbeza. Aku pun tinggal dekat tanah lot, belah kanan aku ada rumah dan belah kiri aku kebun kelapa sawit tapi owner dia buat rumah dekat tanah yang sama cuma jauh sikit dari rumah aku. But still boleh nampaklah rumah dia dari rumah aku. Yanh aku nak ceritanya, jiran-jiran aku jenis tak kisah. Itu aku bersyukur sangat.

Nak dijadikan cerita, rumah aku ni banyaklah pokok yang memang dah wujud sejak aku lahir dekat-dekat dengan jiran belah kanan aku tu. Pokok rambutan lah ,pokok nangka lah, kelapa lah macam macam lah senang cerita. Mak aku ni pulak ambik upah menjahit, so kalau jahitan banyak memang mak aku tak sempat sangat nak sapu daun kering ke, bakar sampah ke. So, jiran aku ni punyalah mulia kalau dia sapu sampah dekat luar rumah, mesti dia sapukan sekali halaman aku. Allahu, baik kan? Ok itu baru satu, kadang dah sapu tu siap dia bakar sekali. Sampai kilat dah halaman rumah tu takde sampah langsung.

ok next, mak aku ni pun ada bela ayam kampung macamtu, so kalau siang tu memang mak aku lepas je ayam-ayam tu, sama jugak macam jiran aku tu. So kadang ayam dia datang makan kat rumah aku, ayam aku pun datang makan rumah dia. Kami tak pernah kisah, kadang ayam dia takmau balik reban dia, dia pergi tidur reban ayam aku. Takde lah kami bising-bising alhamdullilah. Kalau bab kucing lagi lah jangan cakap. Kucing aku dengan dia memang member baik betul siap buat anak lagi hahaha. Taik kucing memang merata atas tanah tu tapi bau kejap je, lama-lama hilang. Bab makanan kucing tu kami kadang share je lah tak kisah. Makhluk Allah jugak kan. Kalau rumah aku takde orang, jiran tolong bagi makanan. Senang kerja kan?

Ok seterusnya pasal ampaian. Kadang kalau hujan tu kalau kami lambat angkat ke atau memang kami takde kat rumah, memang jiran kami tu lari terkedek kedek pakai payung angkatkan baju kami. Ya tuhan, siapa je tak sayang jiran macamni kan? Belum masuk bab makanan. Memang kalau ada masak lebih ke memang kami bungkus sikit bagi org sebelah. Kadang tu siap exchange gitu je. Haha. Lagi, kalau kami takdak kat rumah kan pergi bercuti ke memang kami percaya 100% kat jiran kami tu. Suruh tengok-tengokkan rumah. Alhamdullilah setakat ni memang diorang jaga dengan baik tak pernah lagi ada masalah dengan jiran belah kanan ni.

Masuk pulak jiran jauh belah kiri ni. Dia memang mcm jauh, tapi sebenarnya dekat je dalam hati kami. Dia lelaki tua, duda takda anak. Harta jangan cakaplah, makan sorang tak habis langsung. Kebun berhektar-hektar, hasil tiap bulan memang lumayan. Ok tak, aku bukan nak cerita harta dia hahahaha. Aku nak cerita kebaikan dia. Ok tanah kebun dia yg sebelah rumah aku ni memang besar dan jarak rumah aku ke sempadan kebun dia tak jauh weh, dekat je. Memang tahu sempadan antara rumah kami dgn kebun tu, tapi dia sikit pun tak kisah kalau kami amik sikit tanah dia hehehe. Eh bukan sikit, banyak weh. Ayah aku ni pulak dulu suka bawak balik barang banyak, macam kayu ke, batu ke semua tu ayah aku letak dalam kebun dia. Sebab nak letak dekat halaman rumah aku macam tak nice nanti halang jalan.

Tapi ayah aku jumpa owner tu lah cakap nak tumpang letak barang, kau tahu dia cakap apa “Allah..jakun lah mintak izin bagai ni, letak jela takpayah mintak izin”. Tapi yela, kita nak menumpang kena cara baik. Dia ni memang pemurah lah senang cerita. Contoh kan, kalau dia nak pergi bercuti ke apa ke, nak tinggalkan rumah kosong, dia akan datang rumah aku mintak tolong tengok-tengokkan rumah. Kami ok je, kalau siang pi matikan lampu luar, dah malam hidupkan balik. Simple je. Tapi, tiap kali dia balik je rumah memang buah tangan menimbun untuk kami. Katanya as upah. Allahu, baikkan. Makanan jangan cerita lah berapa banyak dia bagi. Mahal-mahal pulak tu, yang untungnya mesti lah aku hehehe.

Banyak je lagi kebaikan jiran-jiran aku ni hah. Tapi yela kalau cerita semua belum tentu korang nak baca. Tapi aku bersyukur lah dapat jiran yang baik, yang bertoleransi. Tak kedekut dalam semua hal. Bila hidup dalam suasana yang macamani, sekaligus buat aku rasa macam tak nak tinggalkan rumah. Yelah, susah nak jumpa jiran yang sebaik ni sekarang. Kalau dekat aku belajar, aku sewa rumah kat luar kampus. Ya ampun, jiran-jiranku macam bayangan halimunan. Sikit pun tak nak tegur. Biasa aku senyum jelah, lantak lah nak senyum balik ke tak itu hak dia. Tapi buat dua confesser yang ada masalah dengan jiran tu, banyak-banyakkan lah bersabar. Aku doakan hubungan korang akan harmoni sampai masa nanti. Ingat, jangan balas kejahatam dengan kejahatan jugak ye kalau tak sampai bebila tak akan aman hahaha. Kill ’em with kindness gitu. Assalam

– Jiranmu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.