Saturday, 30 September 2017

Perempuan Bujang vs Yang Ada Anak

PengakuanKu

Thanks admin kalau kau approve cerita ni.

Straight to the point mcm kat tajuk. Aku ni baru je 24tahun, kawin awal tahun lepas. 3 bulan lepas tu aku disahkan pregnant. Masa tu aku happy gila weh. Yela nak dapat anak siapa tak happy. Tapi asal aku scroll fb, ig semua kwn kwn aku duk jalan jalan. Yela, umur umur mcm kitorg ni kan, mmg ramai tgh nak menerokai dunia. So dlm masa yg sama, aku sedar aku tk dpt nak buat perkara yg aku buat masa bujang mcm travel ke sana sini, snorkelling, diving, hiking mcm kwn kwn aku tu. Tapi takpe, aku ckp kat aku, rezeki org lain lain. Aku dpt kawin dulu. Dorg tk dpt merasa nikmat kawin mcm aku tgh rasa. Kahkah. And dpt anak lg power kot. Ada je org lain yg lmbt. Aku ni kira cepat.

Bulan berganti bulan, anak aku pun lahir, dan membesar bak juara. Bangga gila aku ada ank comel mcm tu. Cuma, bila aku buka socmed, aku scroll feeds, aku nmpk lg kwn kwn aku, sorg kt Kashmeer, sorg kt Gunung Kinabalu, sorg kt perkampungan apa tah (tapi cantik gila) kat Denpasar, sorg diving kt Bali. Hati aku berdetak detak, kecewanya aku tk dpt buat semua ni lg. So benda yg sama la aku ckp, rezeki org lain lain. And rezeki tu tak pernah salah alamat. Gitchewwww

Sampai la pada satu hari, ada sorg kawan baik aku ni, bujang lg, ajak aku keluar makan, bukan nak keluar p mall tau. Aku pun ok la. Sbb anak aku dah lepas pantang, dah cukup kuat utk aku bawa keluar, kenal dunia ni. And aku dgn kwn aku set la nk keluar pukul berapa. Dia ajk keluar tgh tgh hari rembang buta tu. Aku ckp la, kesian weh anak aku nak keluar tgh tgh hari buta mcm tu. Hangpa tahu tak kawan aku bls apa “Sampai bila kau nak simpan anak kau weh”.

Wehhhhhhhhhhhh! Aku ckp kat korg perempuan bujang weh. Kau jgn sekali kali ckp mcm tu kt org yg dah ada anak. Especially perempuan yg first time ada anak, and anak dia masih kecik lg.

Sumpah weh aku sentap gila kawan aku ckp mcm tu. Korg tak faham weh perasaan dah ada anak ni. Bila dah ada anak, anak jadi no 1. Tak fikir benda lain. Kita fikir kesihatan, keselamatan dia. Tgh tgh hari buta tu nak bawa anak kecik, tak sampai 6bulan lg keluar, nt dia berpeluh apa semua, dah menangis tak selesa. Naik ruam apa semua. Mcm mcm lg weh.

So pls, perempuan bujang kt luar sana. Tlg jgn ckp mcm ni. Naluri blm kuat mcm kami yg dah ada anak.

And go, enjoy ur single life. P travel, hiking apa semua. Bila dah kawin, apa kau buat semua tertakluk bawah laki kau. Ok sekian. Bye.

– Perempuan dah ada anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Doktor Tak Layak Buka Klinik

PengakuanKu

Di sini sy bukan nak cop semua doktor kurang bijak maybe segelintir sahaja atau hanya doktor ITU SAHAJA. Mungkin cerita ni agak panjang.. Tetapi sebenarnya ini info berguna untuk para wanita yang bakal mengandung.

Jumaat lepas selepas check UPT, 2 line naik mencanak. Saya tak expect sebegini cepat sbb anak saya baru 1 tahun 8bulan. Dan saya memang tak plan nak ada baby lagi. Cukup 2 orang dulu.. So dlm terperanjat mcmana boleh ‘lekat’ sy tetap bersyukur & happy.. Ini dinamakan rezeki terpijak & surprise ! Nanti, ada lagi surprise.

Siang tu saya pergi ke satu klinik utk scan 2d berdekatan rumah. Sebenarnya, saya pernah pergi klinik ni utk scan 3d 4d tahun 2015 dulu utk scan baby 16weeks tak silap. And husband dah tak bagi pergi situ dah sebab doctornya agak kurang pandai scan.. Saya namakan dia, Doctor A. Bayangkan imej scanner dia bentuk blok mcm Lego tu. Petak-petak. Lepas tu dia keep on tunjuk ini mata ini hidung..Padahal tak nampak apa pun sbb bertindih macam lipatan usus saje. Okey, maybe mata kitaorang laki bini tak tajam. Bila tanya apa jantina, dia cakap tak boleh nampak sebab kecil lagi..Last2 suami sound n cakap xnampak apa benda pun, petak2 aje.. Then doc tu mcm down & kami tak perlu bayar.. Lepastu kami pergi klinik lain, elok saje scan nampak muka & bebird baby.. Okey itu cerita 2015 yg pada masa tu klinik ni bernama Klinik M*****.

Lepas beberapa bulan, sy tengok signboard klinik tu dah jadi Poliklinik A-****. Oh maybe dah tukar owner! So sebab itulah saya datang ke sana semula coz bila search Poliklinik ni, sgt byk branch n mcm professional. Tapi kelmarin, bila sampai sahaja saya tengok signboard dah jadi Klinik I******..

Dah siap daftar di kaunter, saya tanya staff tu, klinik baru ke? . Dia cakap, ” Tak, tukar nama je”. And betul macam saya jangka Doctor A yang sama 2015 dulu assist saya..

Okey di sini bermula.. Bila scan tu dia tengok memang ade 1 kantung dkt bhagian atas skrin.. N bila dia scan bawah perut sikit dia ckp, oh puan ada lagi 2 dekat bawah ni.. Mcm ada 3 baby.. Saya yang terperanjat sbb baru detect mengandung jadi bertambah terperanjat sebab sekali dapat kembar 3. Macamana saya nak handle 4 babies serentak.. Kitaorang gelak2 lucu masa tu.. Sebab doctor tu jenis peramah. Tapi dia cakap sebab dah bawah sangat dia kena check semula nanti samaada betul baby atau cyst. Dia tunjukkan saya bulatan rahim (yang ada 1 kantung).. Dia cakap yg lagi 2 ni dah bawah sangat.. Saya tanya, boleh ke kembar tu jauh2 macam tu? 1 kantung atas sangat + 2 kantung bawah sangat? Dia cakap “eh, boleh puan. Dia xperlu dekat-dekat..”.. Dia cakap sebab baby masih kecil, tak nampak lagi so lagi 2 minggu saya kena datang balik nk confirm betul x baby / cyst.

Balik rumah saya nangis2 + tunjuk dekat husband kertas scan 2d tu. Husband tak faham.. Saya cakap, ini kembar 3. Masa tu saya nangis cuak + ketawa.. Sebab sangat kelakar ..Husband pun tergelak + cuak.. Kitaorang call family masing-masing & semua terperanjat sebab kedua family terdekat tak de salasilah kembar. Kembar 3 pulak tu.. Malam tu saya google2 imej 2d scan… Imej saya tu lebih kepada cyst / fibroid / kanser.

Esoknya saya tak puas hati. Nak pergi Naluri tutup pulak. Sebab di Naluri doctornya memang profesional.Call klinik o&g sekitar Ampang semua doctor lelaki. Last2 ada 1 doctor perempuan bertugas dkt 1 klinik o&g di Ampang point. Saya namakan Doctor B.

Saya cerita tentang kembar 3 tu & kalau cyst / kanser boleh doktor tahu tak? And Doctor B cakap tak apa kita check.. Sekali check Doctor B tu terus cakap ” ini cyst, bukan baby”. Saya tanya, yang atas tu pun bukan baby ke? Sebabnya cyst memang akan buatkan UPT boleh jadi positif. False pregnancy..

Doctor B cakap, “Bukan.. Yang atas ni memang baby.. Dia memang duduk dalam rahim.. See, ini heartbeat dia.” Doctor bunyikan heartbeat dia kuat2. Ceh! Doctor A semalam, langsung tak check heartbeat & cakap kecil lagi.. Kalau check heartbeat memang dia boleh tahu itu baby atau tak. Dia cakap tak dapat nak tahu lagi sbb masih kecil. Padahal 6 weeks memang dah ada heartbeat.. Takkan doctor tak tahu tentang hal ni. Saya pulak terlupa nak tanya, sebab assume memang kecil lagi sebab kantung macam kosong . So saya pk memang tak de heartbeat plus terpana sebab kembar 3.

Doctor B cakap, yang 2 di bawah tu tak boleh jadi baby sebab dah di luar rahim.. Rahim bulatan ini.. Yang bawah ni bukan rahim dah.. Memang yang bawah ni bila scan masuk sekali tapi itu bukan dalam rahim… baby kena duduk dalam kawasan bulatan ini je..

Macamana Doctor A cakap, ” yang 2 ni diluar rahim”.. Kemudian boleh cakap “dah di bawah / hujung-hujung rahim”? (Pening kan nak faham.. Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Di luar rahim atau dalam rahim tapi dah hujung-hujung? Dia sendiri confused sebab penerangan tak konsisten. Saya yang tak tahu apa lagilah confused.. Saya pun pikir, bila dah hujung skrin tu means dah hujung rahim.. Doc boleh baca macam itu jugak.Itu yang saya tak faham.. )

Maksudnya, Doctor A tu sebenarnya tak tahu lokasi organ peranakan wanita.. Jika betullah 2 itu kantung baby, dia dah kena remindkan kepada saya yang itu Ectopic Pregnancy sebab diluar rahim & bahaya! Ini dia cakap yang bulatan sac lagi 2 tu di bawah / hujung rahim sebab dekat skrin , imej 2 kantung tu dah hujung-hujung display.. 2 kantung tu dah tak termasuk dalam kawasan bulatan rahim yang sebenar macam kantung 1.

So kami gelak- gelak sebab fikir kelakar kalau kembar 3.. Padahal itu lokasi yang bahaya / luar biasa kalau ada kantung baby melekat dekat situ. Bukan masa untuk ketawa lagi klu ectopic pregnancy.

Then Doctor B cakap, itu dah diluar rahim dah pun. And yang 2 kantung itu confirm cyst .Bukan baby..Dan cyst tu dah 4cm besar dia. If cyst tu bertambah jadi 5 cm, saya kena operate sebab takut bahaya kepada baby. Maybe kena buat laparoscopy.. So disebabkan cyst ni, saya kena monitor saiz cyst ni sebab takut dia pecah / berpintal…Risau ovari pecah. Tapi cyst boleh jadi kecut sendiri jugak katanya.. Tapi semuanya kena monitor.. Jangan tak monitor sebab boleh jadi bahaya cz hanya 1cm je saiz dia nak jadi 5cm!

Tengok, rupanya kehamilan saya berisiko tetapi disebabkan tersalah pergi klinik yang sengal, nyawa saya and baby dlm kandungan terancam.. Saya tak faham kenapa Doctor A tersebut, tak tahu baca scanner & tak tahu anatomi organ pembiakan wanita tapi buka klinik sendiri. Maybe sebab itulah kenapa kliniknya dah tukar nama 3 kali..

So kepada wanita diluar sana, if rasa tak puas hati dengan penerangan doctor tu better pergi klinik lain. If rasa pelik better tanya pendapat doktor yang berbeza.. Dan kepada bakal atau yang telah jadi doktor, silalah banyak buat kajian & belajar lagi sebelum buka klinik sendiri. Anda boleh bahayakan nyawa orang lain disebabkan anda. Jika masalah kesihatan yang rumit contoh doctor tak dapat detect sebarang penyakit sebab tak nampak imej atau xtau simptomnya tak apa. Tapi kalau bahagian luar & dalam rahim pun xtau, baik tutup saje klinik! Atau tak payah buat servis scan pregnant bagai! Buat servis untuk demam je..

– Puan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sepertiga Malam

PengakuanKu

Korang, aku nak share amalan yang aku buat. Yang aku rasa, semua orang perlu buat. Tak kira paksa atau rela. Sebab dari paksa lama lama insyaAllah dengan sendirinya kita rela untuk buat. Apatah lagi bila kita boleh nampak dan rasa kebaikannya. Ye daq?

Okey bila sebut sepertiga malam, mesti korang dah agak kan aku nak cerita pasal apa. Qiamulail. Ya betul macam apa yang korang teka tu. Aku nak cerita pasal qiamullail. Amalan yang sangat sangat sangat istimewa. Bagi aku. Dan bagi korang jugak seharusnya.

Sebab apa aku kata istimewa? Mana taknya, siang hari kita punyalah sibuk sangat dengan dunia kita. Dari celik mata pagi pagi sampailah tutup mata semula, sebenarnya kita ni banyak sangat dah lupa kat Tuhan. Time solat pun kadang hujung waktu, itupun nak cepat siap, asal buat je. Kan? So aku kata tadi qiam ni special sebabnya masa ni lah kita boleh refresh balik iman kita. Masa malam sunyi. Orang lain tidur dibuai mimpi. Kita pulak sanggup je bangun ambik wuduk walaupun air sejuk kadang sampai pucat biru tangan. Waa menipu sangat ni haha. Bangun pulak bukan sebab nak cek wassap, nak cek fb ig segala. Bangun sebab kita nak cerita kat Allah apa kita dah buat sepanjang hari tu. Ape kes nak cerita cerita pulak, bukan ke Allah tu Maha Tahu? Eh come on guys, Allah tu kan sangat lah suka hamba Dia mengadu memintak kat Dia tau tak? Allah tu malu bila hamba Dia mintak dan Dia tak kasik. Jadi kita nak tunggu apa lagi, mintak la sungguh sungguh kat Allah masa qiam tu. Sebab time siang dah banyak dah kita lalai, kadang tak sedar kita bermaksiat. Masa qiam tu lah kita nak mintak ampun nak mintak tu nak mintak ni.

Aku pun awal awal dulu kena paksa diri gak. Pastu dulu aku duk rumah sewa. Kira semua geng dalam umah tu dah biasa sangat dah qiam, solehah belaka (kof kof) Sampai satu tahap aku jeles tengok orang qiam tapi time tu aku tak buat sebab cuti khas kaum wanita atau kadang tu sebab penyakit malas haha. Dan jeles tengok orang buat baik ni bagus sebenarnya sebab boleh buat kita semangat nak buat baik jugak. Mat arab kata fastabiqul khairat-lumba lumba buat baik. Haa gituh.

Sejak aku dah keje ni. Aku memang tekad nak jaga qiam aku. At least dalam seminggu tu mesti ada jugak bangun. Paling teruk pun aku akan bangun berdoa sambil tutup mata. Hahaha sayang tidur sebab penat. Dan alhamdulillah bila kita dah start istiqomah, semua jadi mudah lepas tu.

Pastu aku nak share ngan korang. Ni kawan aku cite time study dulu. Cara nak bangun qiam. Aku rasa tips ni sangatlah bagus sebab sampai sekarang aku duk amal. T.kasih kawan, semoga pahala buatmu. Tipsnya ialah, sebelum tidur kita doa dulu mintak ngan Allah; “Ya Allah, tolong kejut aku bangun tahajud”. InsyaAllah percayalah kat aku, korang mudah je bangun macam ada orang datang kejutkan. Mungkin Allah kirimkan malaikat ke, taktau la tu kan. Tapi kan, masa doa tu jangan pulak kita duk bermain main dalam hati “em kalau tak ngantuk, baru aku bangun” Nak tahu tak sebab apa? Sebab Allah tu Maha Mendengar la guys. Korang cakap dalam selimut ke dalam hati ke dalam usus ke, Allah dengar. So hati hati part doa tu, kena ulang banyak kali kasi clean and clear.

Pastu aku nak suggest kat korang buat list doa. Lagi bagus kalau korang ada skrip penuh apa yang korang nak mintak ngan Allah time qiam tu. Yela kalau siang time sibuk biasanya kita sempat baca doa pendek pendek je kan. Tu pun kita tak sedar pun apa kita baca, sedar sedar dah ameen. Sebab apa aku suggest ada skrip, sebab nak bagi kita ingat la. Satu lagi, bila kita baca apa yang kita nampak kat buku catatan tu insyaAllah kita rasa lebih segar. Kalau terlelap pun, kita tahu nak baca apa bila sedar semula tu. Amboi khusyuknya korang berdoa sampai terlelap. Haha. Bagus bagus.

Bab doa tu kan, pastikan mintak ampun dulu tau korang. Jangan tiba tiba ya Allah aku nak kereta sebuah. Banyak cantik muka korang. Mintaklah maaf dulu, kan kita ni hamba hina banyak dosa. Pastu baru mintak. Nak mintak tu pulak, doakanlah dulu untuk orang lain. Kan bila kita doa untuk orang lain, malaikat yang suci tak ada dosa tu akan doakan untuk kita benda yang sama. Tak ke rugi kalau kita tak ambik peluang tu? Lepas dah doa untuk orang tu lah baru kita fokus doa untuk diri sendiri. InsyaAllah satu persatu doa kita akan makbul. On the spot, akan datang atau Allah akan bagi yang lebih baik dari yang kita mintak tu. Yang penting, yakin tau korang!

Korang nak tahu tak sebab apa aku beria sangat cerita pasal qiam dan doa ni kat korang? Sebabnya, tadi aku nangis tau. Sebab doa aku yang baru aku tulis dalam buku beberapa hari lepas (tak sampai seminggu pun lagi) dan aku baca time qiam tu termakbul. Korang boleh bayang tak perasaan aku? Menangis tau. Sebak, terharu, gembira semua ada. Sebab baru mintak, Allah dah kasi. Inikan pulak yang kita selalu mintak, takkan lah Allah tak kasi kan. Sob sob

Korang nak tau tak doa apa yang termakbul dalam masa beberapa hari tu? Em kalau post ni dapat sambutan, insyaAllah nanti aku story lagi eh. Sebab ada banyak lagi nak share kat korang. Rugi rasanya kalau simpan sorang je.

Okey korang, selamat beramal!

– Kheir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kisah Hijrah

PengakuanKu

السلام عليكم
Terima kasih admin, semoga confession ini memberi pengajaran kepada yg lain.

Aku, kini menginjak ke usia 30 tahun. Aku yg penuh dosa ni sekarang sedang bertaubat. Jujur kata, bertahun tahun lalu aku memang dalam sesat, maksiat yg nyata.

Sebutlah apa pun dosa besar. Tak pernah aku tak buat. Aku seorang pendosa besar. Ouh ya, aku seorang perempuan. Nabi dulu angkat darjat wanita, aku ni sungguh memalukan!

Takde yg salah dlm didikan ibu bapa kpd aku. Didikan agama, perhatian, kasih syg cukup, institusi kekeluargaan yg utuh, keluarga yg sederhana, keluarga yg dihormati. Yg salahnya yg aku terjebak jadi seorg pendosa besar ialah diri aku sendiri. Nafsu aku sendiri. Dengan, dunia yg penuh tipu daya ni. Pengaruh kawan pun tak sebabnya aku sendiri yg membawa diri aku kat dosa tu. Diri aku sendiri.

Segala dlm hidup aku sempurna. Nikmat Tuhan yg mana lagi aku nak dustakan? Tapi, itulah aku. Aku berpalit dgn dosa besar bertahun tahun. Sebutlah apa jua maksiat, apa jua dosa. Malaikat kiri kanan aku menjadi saksi. Segalanya direkod dlm buku amalan tak kira baik atau jahat!

Aku menjadi munafik dgn masyarakat. Masyarakat memandang aku sbg si solehah sedangkan aku si pendosa besar. Sekali kau da terjebak, memang. Seronok kat dunia ni memang takkan puas. Ada je benda baru. Ada je kau akan buat.

Astaghfirullah al azim. Betullah, kau takkan boleh lupa apa yg kau buat, kau takkan boleh lupa dosa dosa kau, kau takkan lupa orang orang sejahiliyyah dengan kau!

Alhamdulillah, aku da ikut family pergi umrah pada awal tahun 2015. Masa abah bagitahu family, aku mcm berat hati sangat. Mana taknya, diri ni kan da biasa seronok dgn dosa, pergi sana, kena taubat nanti. Aku tak puas lg nk enjoy kt dunia ni! Apa pulak nk pergi umrah nak jumpa tuhan dgn diri yg kotor macam tu?

Tp takkanlh nk lawan abah kn. Ikut jugaklh. Tu pn rasa susah hati. Sbb apa? Sbb tahu diri bnyk dosa. Takut. Takut kt sana, dpt balasan. Malu. Risau. Bermulalah perjalanan pergi umrah.

Aku ni hidup dgn maksiat tp kan aku kata masyarakat kenal aku sbg si solehah. Sbb sembahyang, sbb tutup aurat. Aku sang hipokrit. Betul.

Pergi umrah. Mcm biasa. Sembahyang. Dan masa tu sebenarnya baru jugaklah break up dgn bf. Jadi hati tu broken. Biasalah, patah hati cari allah. Senang hati lupa allah. Pendek cerita, masa umrah aku banyak doa yg allah heal my broken heart. Taubat tu ada jugaklah tapi mcm tu je.

Balik umrah, aku masih lagi si pendosa. Takde makna pergi umrah. Sbb hati aku sgt hitam. Kotor sgt. Ramadannya pula, terima kasih, allah. Aku mula taubat betul betul. Yelah masa ramadan mana ada kau nak pergi club, mana ada kau nak arak, balut semua tu. Control la jugak. Hormat ramadan.

Cuba. Boring. Nak jadi org yg tak buat dosa besar ni, sumpah aku cakap kau, boring namatey. Sebenarnya masa ramadan aku pegang, baca quran. Quran is the best company. Sehelai dua helai sepuluh helai. Kau jadi addicted. Tak faham. Tajwid hancur. Lidah da keras nak alun pun. Tapi ramadan. Bulan ibadah. Aku nak pahala jugak. Asyik cari dosa je jadi carilah pahala pulak kan.

Sumpah boring. Tapi tu permulaan nk hijrah. Salam hijrah, semua! Ayuh hijrah kpd allah, kpd nabi, balik kat agama, landasan kita.

Aku yg sekarang lain. Terima kasih allah. Cukup syukur. Kdg aku fikir aku dlm circle yg sempurna tetapi knp aku boleh jd sang pendosa besar? Aku pun taktahu aku kejar apa dlm dunia ni.

Skrg, aku ialah yg sedang bertaubat. Belum lagi tinggal semua maksiat ni. Ia da sebati dgn kau, susah nk buang. Bila dapat kawal nafsu tu, mmg betullah hadis psl kawal nafsu tu. Jihad. Fuh. Tp bila kau nk buat, kau teragak. Eh, aku da taubat. Nk buat ke. Lama lama kau sendiri jd tawar hati. Da takde keseronokan semua tu. Takde apa. Kosong.

Aku syukur. Allah tarik aku dari gelap. Ya aku sesal sebab jd mcm ni tapi ada satu masa aku syukur juga sbb bila aku jumpa org org yg sama dgn aku, aku je faham perasaan tu mcm mana. Yg pernah alami je faham. Kau takkan senang nak judge. Kau takkan rasa jijik. Kau akan tahu hati kosong tu mcm mana, kau je tahu mcm mana kau lemas dgn semua tu.

Dari si solehah aku jadi si pendosa besar jadi yg sedang bertaubat. Perjalanan masih jauh. Nak pergi akhirat kan. Dosa dosa inilah yg bantu kau jadi tak leka dgn dunia. Kau nak happy sikit, lepas tu kau akan takut. Kau hidup dgn takut kat azab allah. Kau hidup dgn takut mati macam mana. Ampun dosa tak. Kau hidup untuk sibukkan diri pasal mati, pasal amalan. Benda ni tarbiyah aku. Terima kasih, tuhan. Jangan putus asa dgn rahmat allah, allah itu maha pengampun dosa. Tapi, aku pun takboleh jadi dlm comfort zone sgt yg allah terima taubat. Sedang bertaubat. Taubat sampai mati. Takkan stop taubat. Taubat hari2. Tinggal semua tu. Perlahan lahan. Boleh buat. Kena buat. Nak masuk syurga kan? Mustahil nak masuk neraka. Rasa tak layak diampun dosa pun, takkan sanggup nak masuk neraka.

Orang kita, freehair sikit pun da cop mcm2. Kesian, benda ni risau tapi kau tak nampak masalah umat yg lebih besar masalah tu.

Aku sekolah agama. Pakai tudung labuh handsock semua. Dulu. Sekarang aku lain. Tapi aku tak letakkan tudung labuh, sarung tangan dan socks itu sebagai tanda untuk berubah, untuk taubat. Tak. Aku lain. Aku masih seperti sekarang. Pakai biasa biasa.

Pernah kawanku ditegur, tutup aurat. Ya tutup aurat wajib. Aku pun pakai biasa biasa tapi cuba tutup aurat. Solat? Solat macam mana? Kita kadang sibuk jaga luaran. Tudung semua tu. Dalaman kita lupa. Amal ibadah. Taubat.

Dulu aku fikir, aku taknak pakai tudung labuh sbb aku da dosa macam ni, tak layak. Skrg, mindset da betul. Aku layak pakai tudung labuh sbb tu islam punya. Tapi, aku sendiri taknak. Sbb, aku nak jd biasa je. Aku taknak buat benda tu sbg syarat untuk taubat, untuk ubah. Tak. Aku lain.

Aku pesan kat kawan segolongan, islam ni mudah so jgn beratkan. Tp jgn ambil mudah. Mentang2 mudah, nak ambil mudah. No ok.

Kalau nak ajak dakwah, eloklah. Betulkan.

Tu kata. Yg da alami je faham. Susah sgt, susah. Doakan umat. Kita skrg akhir zaman ni tau.

Apa2pn terima kasih allah. Kita semua pendosa & pendosa yg baik yg bertaubat. Taubatlah.

Hidup makin singkat. Menuju akhirat, kpd allah. Kita akan pulang 1 hari nanti.

Doakan aku & umat Islam

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Nak Berjaya Kena Usaha

PengakuanKu

Assalamualaikum semua,

Memangkan saya banyak terbaca confessions dan luahan perasaan rakan-rakan sebaya yang sedih atau kurang bersemangat dengan realiti hidup lepas habis belajar, saya terdetik untuk berkongsi success story saya sendiri agar menjadi motivasi untuk rakan-rakan yang mencari inspirasi untuk mendapat pekerjaan yang bagus dalam dunia corporate.

Sebelum tu, saya harap rakan-rakan tidak jelak dengan bahasa Melayu saya yang kurang sempurna ye. Saya agak jarang bercakap bahasa Melayu sekarang tapi saya cuba kurangkan bahasa rojak dalam post ni.

Jujur saya ceritakan, saya bukanlah orang yang bercita-cita tinggi atau selalu berangan-angan untuk mendapat hidup yang senang lenang. Tapi bagi saya, saya harus buat yang terbaik dalam setiap yang saya lakukan. Dan insyaAllah, tahun depan pada usia 24 tahun, saya akan dinaikkan pangkat sebagai assistant manager dalam syarikat antarabangsa yang sangat terkenal. Tetapi, sebelum saya sampai ke tahap itu, banyak usaha dan kesusahan yang saya lalui.

Saya selalu memikirkan bagaimana saya boleh menjadidikan diri sendiri sebagai aset yang bernilai agar ada syarikat yang akan berminat mengambil saya bekerja. Saya mahu menjadi calon yang “special, flexible dan multi-talented”. Oleh itu, saya banyak berusaha untuk fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Walaupun waktu sekolah dulu saya selalu diejek dan dipinggirkan kerana berbahasa Inggeris (cikgu pun ada yang menyampah sebab saya lebih fasih daripada dorang), saya nekad berlatih untuk menjadi sefasih native speaker. Waktu sekolah adalah waktu yang paling sedih buat saya kerana tak ramai orang yang akan acknowledge kelebihan kita malah suka memburuk-burukkan nama kita kalau kita ni berbeza daripada umum. Alhamdulillah, sekarang saya fasih bahasa Inggeris dan Mandarin dan sedang cuba belajar Cantonese dan Hakka (hanya saya seorang dalam keluarga yang fasih berbahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Cina). Amat penting untuk kira bertutur dengan fasih dalam kerjaya kita kerana kita harus selalu berkomunikasi dengan pelbagai stakeholders yang berbeza dan kamahiran bahasa ini akan memberikan kita banyak kelebihan berbanding calon lain.

Selain dari belajar bahasa, saya juga banyak buat part time jobs semasa di universiti dulu. Saya banyak bekerja sebagai promoter dan juruacara/MC. Semasa saya menganggur pun, saya banyak mengelilingi Malaysia dan bekerja sebagai MC dan promoter untuk mendapat pelbagai jenis pengalaman. Bayangkan, seorang gadis Melayu berhijab menjelajah Malaysia sorang-sorang. Hari yang saya tinggalkan kampung untuk cari pengalaman ni, saya hanya ada RM740 dalam bank, RM40 beli tiket bas dari Kedah ke KL. Waktu ni, kadang-kadang saya homeless, menumpang rumah kawan, hostel bajet dan asrama universiti. Kadang-kadang tidur dalam bas. Dua bulan saya hidup berbekal beg galas saya untuk cari pengalaman. Waktu saya interview dengan syarikat yang saya bekerja sekarang, panel temuduga sangat kagum dengan hal ini dan mendengar kisah saya dengan penuh teliti walaupun pengalaman kerja part time ni takde kena mengena pun dengan kerja yang saya apply. Hal seperti ni menunjukkan yang kita sanggup bersusah payah, berdikari dan berani mencabar nasib sendiri.

Selain itu, saya juga bergaul dengan bermacam-macam orang. Bukan saja orang yang sama kaum dan sama usia dengan saya, malah orang yang berlainan bangsa, agama, pegangan politik, berbeza usia dan berbeza kenegaraan. Bergaul dengan ramai orang dari latar belakang berbeza membolehkan kita memahami cara pemikiran orang lain dan membuka mata kita akan kehebatan ciptaan tuhan. Dunia ni penuh dengan perbezaan dan kelainan. Bila kita berani menerima hakikat itu, kita juga akan berani berfikiran terbuka serta “dare to be different”. Apabila kita memahami pelbagai jenis pemikiran orang lain, kita juga akan menjadi lebih matang dalam cara kita melihat dunia, dan kematangan ini akan membolehkan manager-manager kita mempercayai kita dengan tanggungjawab yang lebih besar. Selain itu, kita juga akan lebih selesa bekerjasama dangan orang lain dan menjadi “people manager” yang lebih baik.

Alhamdulillah, dengan semua usaha yang saya lakukan untuk develop bakat dan attitude saya, saya mendapat kerja dengan gaji basic yang tinggi dan bakal dinaikkan gaji lagi tahun hadapan. Sacara pendeknya, apa yang membuatkan company berminat mengambil saya bekerja ialah keberanian saya untuk menjadi unik, kesanggupan saya menerima cabaran dan tanggungjawab, serta usaha saya untuk memperbaiki diri. Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya banyak menerima feedback dari manager-manager saya. Sepanjang 9 bulan saya bekerja dengan syarikat ni, banyak perubahan yang saya lakukan untuk memperbaiki diri. Dari orang yang selalu datang lambat, kurang berdisiplin dan tak cukup matang (saya banyak terima feedback ni dari ramai managers!), kini saya banyak menerima acknowledgements daripada dorang tentang peningkatan saya. Alhamdulillah juga, kini saya berada dalam syarikat yang mempunyai “feedback culture” yang sangat constructive serta managers yang selalu membantu merangka langkah masa hadapan saya. Saya sangat bertuah kerana saya berjaya mencari dan memasuki syarikat seperti ini. Budaya iri hati dan bermain politik hampir tidak di sini, sungguh berbeza dengan 22 tahun hidup yang saya lalui sebelum saya menyertai syarikat ini, dimana setiap pencapaian saya akan dikritik dan saya terpaksa ignore kata-kata pematah semangat yang selalu didengari. InsyaAllah, jika anda berani untuk mencabar norma dan selalu memperbaiki diro sendiri, banyak kemajuan yang boleh anda capai! Saya tidak pernah mengubah personaliti saya, cuma saya sentiasa memperbaiki attitude saya. Oleh itu, saya harap rakan-rakan semua boleh berusaha untuk menjadi “better versions of themselves”.

Akhir sekali, inilah kata-kata pendorong saya selalu saya ungkap kepada diri sendiri bila rasa mahu berputus asa dalam tanggungjawab saya:
1) Complain less, work harder!
2) The outcome of what you do has to be better than average. What else can you do differently here? Do it!
3) Nobody wants to do this. I should do it then!
4) It’s not good enough. I must make it better!
5) I don’t want to leave tomorrow’s meeting/event/discussion with everyone feeling that everything was “just okay”, do I? What would make them think, “Wow, that was amazing!”?
6) Stop thinking about how difficult this is and get moving!

Sebagai penutup, ingin saya ingatkan bahawa “berjaya” bukanlah bermaksud kita bekerja dengan jawatan besar dalam company terkenal. Berjaya adalah apabila kita gembira dengan pencapaian kita. Selalu saya lihat post dan gambar rakan-rakan saya yang berjaya dalam instagram dan facebook. AdaI yang berjaya dalam menjual makeup, yang berjaya dengan bisnes buat biskut, bisnes jual tudung, social media influencer, berjaya sebagai suri rumah yang membesarkan dan nurture bayi mereka dengan hebat dan lain-lain. Saya selalu berasa kagum dan bangga atas kemampuan dan ketekunan mereka dalam bidang masing-masing, dan saya juga menjadikan mereka inspirasi kerana saya tahu saya sendiri tidak mampu melakukan apa yang mereka lakukan.

Itu saja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca post saya yang panjang berjela ni. Selamat berjaya dalam journey masing-masing!

– Optimist

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Masih Takut

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada semua yang sedang membaca. Saya seorang student di universiti tempatan yang bercita-cita tinggi untuk capai apa yang saya nak. Masalahnya, saya sendiri ragu2 dengan diri saya. Luarannya, orang hanya memandang saya sebagai seorang perempuan yang suka marah dan sombong, tetapi sebenarnya tak pun. It all started masa zaman sekolah saya. Saya ni anak cikgu dan semua orang selalu berbaik dengan saya sebab benda tu. Jadi, saya pun ‘anggaplah’ diorang memang suka kawan dengan saya.

Masa saya form 1, saya masuk sekolah agama dan mak saya cikgu disiplin. Seperti biasa, diorang masih nak berkawan dengan saya tapi masa tu lah saya nampak ada beberapa kawan sekelas saya yang tak menyukai saya. Tetapi saya tak kisah sebab bagi saya, cukuplah saya fokus dekat orang yang suka saya daripada yang tak suka saya.
Masa saya form 2, saya dapat jadi pengawas. Macam biasalah, ada yang kutuk saya, cakap belakang as if saya dapat jadi pengawas sebab mak saya bagai. Saya diam je sebab saya masih pegang pada prinsip saya tu sehinggalah saya form 3 (saya bersekolah agama form 1 – form 3)

Masa saya form 4, saya berpindah ke sekolah harian biasa (smk) dan saya pindah sebab sekolah saya ada 2 kelas je untuk pelajar aliran sains dan saya pula jenis yang tak suka belajar dalam kelas yang ada 40 student ke atas. Saya ambil kelas aliran agama dan alhamdulillah pelajar yang ada dalam kelas tu tak sampai 30 pun, jadi senanglah cikgu nak bagi perhatian hehe. Saya pun berniat nak jadi baik dekat semua kawan saya and perbaiki diri saya supaya kawan2 saya semua senang nak kawan dengan saya. Tapi, masih ada juga yang cakap belakang. Tapi saya still dapat tahan lagi. Masa form 5, saya jadi ketua kelas dan masa tu saya diamanahkan untuk bahagikan kerja dekat kawan saya tu. Saya cakaplah yang due kerja tu next week and diorang pun faham je. Next week tu, saya pun minta lah kerja diorang tapi semua buat bodoh je. Semua palau saya. Saya bagitau cikgu kelas saya tapi saya pulak yang kena marah. Hari jumaat tu, lepas je perhimpunan, cikgu kelas saya datang dekat saya dan marah saya depan semua orang sebab lewat hantar kerja tu. Classmates saya siap tanya dekat saya, nak teman saya ke tak. Saya suruh diorang masuk kelas je sebab tak nak cikgu yg nak mengajar tu marah kalau diorang masuk lewat. Lepas dah kena marah tu, saya masuk kelas balik and cikgu tak masuk lagi tapi tak ada siapa yang datang minta maaf dekat saya lepas kejadian tu. Lepastu, makin lama makin ramai yang tunjuk perangai masing2. Ada yang saja mengumpat saya sampai saya dengar. Ada yang kutuk depan2 cakap saya ni annoying lah queen control lah. Instead of saya perbaiki diri, saya jadi ego. Saya tak dengar semua tu and still fokus dekat org yg suka dekat saya je. Sejak hari tu, saya tekad tak nak jumpa sesiapa dah kawan saya dekat sekolah tu.

Lepastu saya pun masuk uni, tempat uni saya jauh dri rumah so senanglah saya nak buat fresh start sebab most probably tak ada orang yang saya kenal. Saya masuk uni and jadi friendly dengan semua orang. Alhamdulillah semua bagi feedback yg positif. Sampailah ada satu malam tu, saya buat satu kesilapan yang besar yang mengakibatkan semua student kena marah. Esoknya, saya minta maaf dekat depan semua orang sebab salah saya tapi diorang diam je. Takpelah, saya pun diam je lah. Minggu depan tu, sem 1 dah start belajar. Ramai yang macam tak nak kawan dengan saya sbb apa yg saya buat dekat diorang. Saya terima je lah sbb mmg dh salah saya, and saya pun try lah blend in dengan diorang. Alhamdulillah last2 diorang semua terima. Saya pun happy lah tapi happy tu sekejap je. Sebulan lepastu, saya dengar ada yang cakap belakang pasal saya, mengumpat pasal saya bagai. Ada yang cakap saya ni selfish. Seriously saya tak faham kenapa diorang semua suka cakap buruk pasal saya, sampailah satu malam tu.

Saya ws kawan lama saya yg dekat sekolah agama tu. Saya tegur sebab saya rindu, rindu nak luah semua masalah saya dekat dia. Pastu sambil tanye khabar tu saya ceritalah masalah saya sekali. Tapi everytime saya cerita, dia point out semua salah saya and cara dia tegur tu as if macam saya ni jahat sangat. Saya pun cakaplah dekat dia yg dia tak faham saya. Lepastu, for the first time, dia marah saya balik. Dia cakap saya ni menyusahkan dia lah sampai dia kena reply ws malam2 untuk saya. Dia marah saya sangat2 masa tu. Dia list kan semua salah saya dengan jelas. Dia cakap semua orang berpura2 je baik dengan saya sebab diorang tak nak buat saya sakit hati kalau diorang tegur salah saya and benda yang paling sedih dia cakap ” aku terseksa dengan kau selama aku menghadap muka kau. Bila kau dah pergi tu, aku rasa bebas ”

Dunia saya gelap. Apa yang dia tulis dalam list tu betul. Tapi, yang buat saya terkilan is, kawan saya, yang saya tak pernah cakap buruk pasal dia cakap ayat tu dekat saya. Sejak itu, saya tak percaya orang. Saya jadi sombong. Saya benci orang. Saya tak bercakap dengan orang sangat. Mulut saya jadi sangat kurang ajar dengan orang. Masih ego dan tak nak berubah.

Tapi lepas setahun kejadian tu, saya mula berubah. Saya buang ego saya jauh2. Saya cuba belajar terima nasihat daripada orang dan jadi yang lebih baik sampai sekarang. Kalau diikutkan, saya sudah ada kekuatan untuk bangkit dan tunjuk diri saya yg lebih baik. Tapi, saya masih takut. Saya masih takut kalau setiap apa yang saya buat, orang masih cakap belakang, mengumpat, kutuk saya. Saya takut kalau orang memang masih tak suka dekat saya. Sejujurnya, setiap kali saya cuba nak berkawan dengan orang, ayat tu asyik keluar dalam kepala saya.

Apa yang saya patut buat untuk hilangkan rasa takut tu ?

– Salty Sugar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Miskin Hina Pun Boleh Berjaya

PengakuanKu

Assalamualaikum.
Dear pembaca setia IIUM confession.
Aku juga merupakan pembaca setia IIUM confession. Aku tengok dan nilai IIUM confession adalah tempat confession yang berkualiti setakat yang pernah aku baca. Banyak cerita cerita yang bersifat inspiring aku selalu dapat di sini. Tahniah IIUM confession. Tapi tujuan aku tulis ini bukan saja saja nak ucap tahniah haha. Seperti orang lain, aku juga punya kisah hidupku sendiri… Barangkali orang lain pernah mengalami pengalaman sepertiku namun dalam masa dan fasa yang berbeza. Ini aku tujukan buat anak-anak dan adik-adik yang rasa tiada harapan untuk berjaya kerana kemiskinan. Jangan putus asa dan kalah dengan ego masyarakat. Barangkali kritikan mereka membina. Barangkali sekadar untuk merendahkan kita sebab taraf harta kita tak seberapa berbanding mereka. Orang macam ni masih wujud. Sombong. Cuma masyarakat sekarang aku berharap terdidiklah untuk sentiasa rendah diri dan menghargai setiap golongan masyarakat.

Aku di antara golongan yang pernah tersisih dari segi harta. Pernah diketepikan kerana harta. Ditunjukkan sebagai anak kurang berada yang tak punya harapan untuk berjaya. Sering kena kritik. Namun aku tak putus asa untuk jadi manusia berguna. Setiap pagi aku bangun aku tengok kehidupan keluargaku, aku selalu menetapkan cita-cita untuk mengubah keadaan keluarga. Menangis? Tipu aku tak kata tak pernah menangis. Sepanjang membesar tak pernah tidur atas empukan katil. Aku lahir daripada keluarga yang sederhana. Bukan sederhana kaya tapi sederhana miskin sebab boleh beli beras lagi untuk bagi kenyang seisi rumah. Walaupun aku hidup miskin, bukan bererti orang orang miskin ini tak pernah punya harapan untuk kaya dan berjaya. Untuk mengubah tahap kemiskinan keluarga, aku perlu fikir apa yang aku perlu buat. Boleh kata aku ini anak harapan. Masa sekolah aku dah membuktikan aku boleh berjaya dengan telah meraih kejayaan akademik dan kokurikulum walaupun aku hidup miskin, belajar bawah lampu kuning tiap-tiap malam. Nak kata aku punya struggle sebab dalam hati dan kepala ada cita cita, aku sampai tak kisah kesihatan diri. Aku kena calazion pada mata tak berhenti sampai sekarang. Satu penyakit kelenjar mata terkumpul&membeku. Namun syukur ia tak membahayakan sangat.

Aku bersyukur juga semangatku tak pernah goyah masa sekolah. Berpanas berhujan semata mata nak gigihkan diri menuntut ilmu lebih daripada orang lain kerana aku tahu aku tak punya banyak sumber untuk mengulangkaji pelajaran. Orang lain masa itu dah ada komputer dan telefon canggih untuk mendapatkan maklumat. Sedangkan aku perlu berulang alik ke perpustakaan. Itu pun orang pertikaikan tindakan aku. Katanya ‘Setiap hari belajar siang malam pagi petang, tak dapat juga straight As’. Aku masa itu masih darjah 6 nak masuk tingkatan 1. Dengar sahaja ayat sinis itu, aku jadi down, rasa celaka dan kecewa. Bukan apa Tuan-Tuan, ia dipertuturkan di hadapan ibuku. Beliau hanya diam dan sedar diri masa itu miskin tak boleh nak kata apa. Nak melawan ‘orang kaya’,konon, pun akan sia-sia dah memang aku tak dapat straight A. Ibu dan bapa aku tak marah atau downgrade aku masa itu. Cuma masyarakat sekeliling yang melampau tahap tak jaga emosi kanak-kanak sepertiku ketika itu. Aku apa lagi, koyak dan aku pun menangis sepuas hati di dalam bilik. Teruk dan hampa.

Dengan Kuasa Allah, aku tidak tahu bagaimana, ada satu perasaan yang membangkitkan aku ketika itu. Barangkali juga ibu dan bapaku yang tak pernah putus beri semangat&harapan. Anak harapan siapa tak sayang. Aku teruskan belajar di sekolah biasa. Itu yang termampu aku pergi dengan keputusan 3A2B. Zaman itu keputusan seperti itu amat hina dan kurang pandai. Aku redha masuk kelas B di mana rakan rakan masa darjah 6 semua masuk kelas A. Masa di tingkatan satu Tuan-tuan, aku teruskan semangatku. Aku lemah Bahasa Inggeris aku belajar. Baca buku, pegi perpustakaan dan bertanya guru. Aku mula biasakan diri menonton filem dengan seni kata English. Seperti kebiasaan sekolah rendah aku belajar siang malam pagi petang. Belajar perlahan lahan. Alhamdulillah result cemerlang dengan dari awal semester sampai habis tingkatan 1 kedudukan no 1 aku pulun.

Apabila mendapati aku tidak layak duduk di kelas B sebab tak bagi peluang budak lain dapat tempat pertama, guru sekolah sepakat memindahkan aku ke kelas A. Dalam kelas itu, kalau nak ukur kepandaian dengan harta, akulah orang terakhir sekali di belakang. Kelas budak pandai dan anak orang kaya. Sekali lagi aku tak gentar. aku teruskan belajar sehingga aku mampu bersaing mengatasi rakan lain bangsa yang dikatakan memonopoli akademik sekolah ketika itu. Aku berada di Tiga teratas dalam tingkatan. Pada Tahun 200+ aku dianugerahkan sebagai Pelajar Harapan sekolah satu satunya! Siapa bangga? Aku tak bagi sesiapa bangga, aku bagi ibu bapa aku bangga. Setiap masa aku berazam untuk membuktikan kekurangan harta tak menghalang cita citaku.

Jika tanya aku tips, aku tiada tips gila-gila. Cukup aku kata, Allah berikan aku ujian kemiskinan kerana Dia mahu aku belajar menghargai harta dan ilmu. Aku turun sekolah tak naik kereta. Kadang naik motosikal second hand, kadang berjalan kaki. Aku tetap seronok kerana di dalam hatiku tetap ada cita-cita dan harapan. Hidup miskin bukan halangan. Adik-adik dan anak-anak yang aku cintai kerana Allah, jika ada di antara kalian yang pernah merempat dan susah, jangan pernah asingkan diri dengan dunia pendidikan. Carilah ilmu kerana ilmu tak perlukan wang. Wang yang terhasil kerana ilmu. Apabila aku melihat pendidikan diberikan dengan bayaran, aku sedih gila sebab pastinya ada golongan yang akan mengundur diri untuk mendapatkan pendidikan di sekolah. Dan aku lagi sedih bila jejak mereka tak dijumpai untuk diberi bantuan. Sedih gila.

Cerita aku banyak lagi sebenarnya. Kisah di mana aku berterusan mencapai zaman kegemilangan dalam pelajaran dan dugaan yang menghimpit diriku bukan sahaja wang malah keadaan keluargaku sendiri. Kisah adikku sendiri kena downgrade sebagai orang tiada harapan untuk ke mana. Itu sebab PMR punya result. Dan kisah di mana kepandaian aku sebenarnya telah dirobotkan dalam aku tak sedar. Begitu juga kisah aku mendapat Hidayah untuk mendekatkan diri pada Allah. Kepala tak matured, ilmu masih suam suam kuku. Apa saja yang aku fikir? Aku nak berjaya walaupun menulis dengan sebatang pensel sahaja. Tapi Hanya Allah Maha Tahu, sepanjang kesusahan ini, ia banyak memberi kesan pada emosiku dari sudut baik dan buruk. Aku tak cerita sudut baik. Nak kata kesan buruknya aku terkadang jadi sering buruk sangka pada orang sekeliling. Mana tidaknya ketika aku masih di usia kanak kanak sudah dikritik teruk, disisih dan diperlekehkan. Belum lagi aku cerita tentang buruknya perkataan masyarakat kita ini terhadap anak-anak. Aku pernah menerima ayat bodoh dan menghina sebegini : “Kau tu anak sindrom. Ayah kau anak angkat!”. Orang dewasa harus tahu berhati hati dan tidak semberono membodohkan akal sendiri. Sampai sekarang aku ingat dan bila melihat keadaan orang itu sudah hampir tua penghujung usia, aku maafkan kejahilannya dulu. Semoga Allah ampunkan dosa kami.

Walaupun sudah bertahun tahun kisah itu berlalu, ia tetap membekas. Aku belajar menghargai. Bila aku lihat orang susah, aku jadi sensitif untuk membantu baik dari segi harta dan ilmu. Aku nak mereka kenal Tuhan juga kerna aku lihat anak anak yang tak kenal Tuhan, ditambah lagi dengan hidup susah ,mereka terpesong jalan. Sesat dan tertekan. Aku belajar juga untuk kental dan memaafkan keburukan yang diperlakukan baik ke atasku, keluargaku dan orang yang senasib denganku. Aku hidup untuk membantu.

Yang berlalu biarkan berlalu meskipun membekas. Aku kini bakal menjadi Educator untuk anak didik tak kira peringkat. Aku nak mereka berjaya dan menghargai diri sendiri dan orang lain. Dan azam untuk menyelamatkan keluargaku daripada belenggu kemiskinan&kejahilan tetap membara! InsyaAllah.

-Shinichi Kudo Muslim-

– Shinichi Kudo Muslim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Current Generation

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, terima kasih admin kalau approve nak publish cerita saya ni. Minta maaf kalau susunan ayat tunggang terbalik. Yelah masa SPM, tak dapat A untuk BM. Huhuhu. Aku hanyalah seorang hamba ALLAH dalam lingkungan umur 20an, duduk negeri sembilan. Aku just nak share pengalaman aku baru-baru ni. Kenapa? sebab aku rasa benda ni penting untuk dijadikan pedoman untuk kita semua. Ada dikalangan kita yang dah ada anak or bakal jadi ibu bapa in the future, or jadi makcik/pakcik pada anak buah masing2. Sekarang pulak, tengah hangat pasal kes anak pukul ibu, bapak datang sekolah bergaduh dengan cikgu sebab cikgu denda anak (kalau tak silap). Kisah aku yang nak share ni ada berkait sikit dengan kes-kes tersebut.

Beberapa hari yang lepas, pada waktu petang, lepas habis kerja. Aku temankan kawan aku, dia nak makan KFC. So kami pergi KFC berdekatan dengan rumah kami. Bila sampai di KFC, aku just lepak duduk, sementara kawan aku yang pergi beratur. Tak ramai pun orang dalam tu, mungkin semua baru nak balik kerja/sekolah. Meja tempat aku duduk tu paling dekat dengan pintu masuk. Pintu entrance kan jenis kaca, boleh nampak siapa yang keluar masuk, or jalan² dekat luar KFC/ kawasan parking situ. Lepas tu aku perasan ada sorang budak lelaki ni, pakai baju sekolah petang, umur aku rasa dalam 8-9 tahun macam tu kot, dia berjalan dengan aku rasa nenek dia kot. Tengok rupa makcik tu pun macam baya² mak aku. Dari tempat parking, berapa meter dari bagunan KFC ni aku nampak budak tu tunjuk² dekat KFC tu, tapi nenek dia just geleng kepala jer, sesekali aku bertembung mata dengan makcik tu. Tapi aku buat² tak nampak je la.

Aku tengok budak tu merengek² nak KFC, dia tarik tangan makcik tu, ikut budak tu sampai depan KFC. Aku boleh dengar makcik tu cakap, “Nanti lah dulu sayang. Nenek tak bawa dompet ni, tunggu ayah keluar kejap lagi” . Si budak ni terus menangis , terbaring dekat depan pintu. Aku perhati pun kesian pada makcik tu. Tengok dalam KFC, ada yg pandang, siap gelakkan budak tu. Budak ni makin lama makin kuat nangis dia, siap mencarut “b***,b****”. Terkejut jugak aku, yelah budak lagi, tapi dah pandai mencarut segala. Makcik tu dah berapa kali cuba nak angkat budak tu. Tapi faham sajalah, budak umur gitu, berat badan pun korang dah boleh agakkan. Takkan larat punya makcik tu nak angkat dia. Nak pulak budak meronta-ronta, hentak kaki lagi. Memang tak terdayalah makcik tu. Aku terdetik nak keluar. Nak panggil budak tu masuk dulu.

Aku bangun nak ke pintu. Masa aku bukak pintu. Betul² depan aku, budak tu tendang makcik tu sampai makcik tu jatuh terduduk. Nasib tak jatuh masuk ke longkang yang betul-betul sebelah tempat makcik tu jatuh terduduk. Seriously, aku tergamam sangat. aku jadi geram dengan budak tu. Aku keluar tolong makcik tu bangun. Lepas tu aku pergi pada budak tu, suruh dia bangun sekarang jugak. Aku cakap pergi minta maaf pada nenek dia. Budak tu just diam. Memang masa tu aku rasa nak marah budak tu, yelah tendang orang tua. Walaupun budak sekalipun. Sekali datang ayah budak tu, dia datang terus marah aku. Kata apahal aku sibuk² nak ajar anak dia. Aku pun cakap lah, “anak encik tendang makcik sampai terjatuh, nasib tak masuk longkang”.

And his respond is , “Biarlah, nama pun budak². Mana diorang faham. Yang kau sibuk nak jaga tepi kain orang dah kenapa l*****”. Then, dia terus tarik anak dia pergi tempat parking. Masa tu, aku memang tak mampu nak cakap apa. Sebelum pergi, makcik tu pegang tangan aku, minta maaf pada aku. Nampak muka dia sedih sangat masa tu. Macam tengah tahan nangis. Aku jadi sebak sangat. Seriously tak boleh terima. Biar pun dia budak sekali pun, dalam usia macam ni da pandai tendang orang yang lagi tua. Mencarut lagi. Kalau betul budak, macam mana dia boleh cakap benda² tu. Maksudnya dia belajar dari persekitaran dia lah agaknya.

Zaman dulu, bila buat salah sikit, nakal sikit, menjawab sikit, dah kena rotan, kena sebat dengan hanger, getah paip dengan mak ayah kita. Even kalau tak kena rotan sekali pun, mak ayah kita tegas dalam mendidik anak-anak. Bila di sekolah, cikgu rotan pun, mana ada mak ayah datang mengamuk bagai, nak saman cikgu sekolah. At the end, tengoklah, korang jadi “manusia” jugak bila dewasakan. Tapi zaman sekarang. Seriously, bukan setakat rotan, jentik pun jadi kesalahan BESAR. Mak aku cikgu sekolah menengah, cikgu disiplin lagi. Dia sendiri cakap sekarang budak2 makin dasyat perangai. Ada kes tahun ni, berapa orang pelajar positif consume dadah. Bila pihak sekolah panggil ibu bapa, mereka salahkan cikgu pulak. Kata tak buat kerja, tak mengajar diorang anak betul2. Seriously bagi aku, sangatlah pathetic.

Kalau ada antara korang yang ada anak, bakal ada anak, ke anak sedara ke. Perhatikanlah anak-anak betul. Tak ada rasa takut ke tengok sekarang ni banyak kes,yang melibatkan budak² bawah umur. Jangan sebab sayang, kita butakan mata bila mereka buat salah. aku ada baca satu artikel, “Perangai anak² sebenarnya cerminan didikan kita. Kalau betul sayang, didiklah anak betul2. ” Jangan pandang pada akademik saja. Adab n akhlak pun kena didik juga. Melentur buluh, biar dari rebungnya. Jangan ambil mudah, takut nanti seribu kali kesal kelak. Bukanlah nak suruh pukul anak sentiasa. Sekarangkan banyak medium untuk kita belajar cara didikan yang betul. Takpun, tengoklah ibu bapa kita sebagai contoh. Contoh terbaik, Rasulullah dan para sahabat.

Aku share cerita ni bukan nak pin point kesalahan semata. Aku harap biarlah perkara ni jadi pengajaran untuk kita semua. Aku pun takut sangat kalau benda ni jadi pada aku nanti. “Semoga keluarga kita semua terpelihara dari benda² negatif ni. Semoga zuriat keturunan keluarga kita lahir menjadi anak yg soleh dan solehah” (Quote dari kawan aku). Terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis dan minta maaf juga kalau ada yang tak puas hati dengan cerita aku ni. Assalamualaikum..

– Makcik Kepoh Kot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Friday, 29 September 2017

Hinakah Tidak Bekerja?

PengakuanKu

Assalamualaikum dan hai admin. Terima kasih kerana sudi siarkan kisah saya kali ini. Nama saya Hana dan saya sudah berumur 23 tahun dan tidak bekerja.

Saya merupakan bekas graduan di sebuah IPTA sejak 2 – 3tahun yg lalu. Setiap semester saya merupakan pelajar paling cemerlang untuk kos tersebut dan dikenali dikalangan pelajar lain. Selepas tamat pengajian saya memohon lebih 3kali untuk menyambung ke peringkat seterusnya namun tidak berjaya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di IPTS. Namun semuanya musnah kerana ketika itu keluarga saya menghadapi masalah kewangan teruk dan akhirnya saya berhenti selepas sebulan. Selepas pulang kerumah saya mula memohon pekerjaan, setiap hari mencari kerja menghantar resume ke mana saja yg sesuai biarpun hanyalah kerja sebagai krew di restoran francais.

Selepas hampir sebulan tiada respon semuanya, saya pasrah dan membuat keputusan untuk menolong keluarga saya berniaga. Sambil itu tetap saya mencari kerja pergi interview berkali tetapi tiada respon. Saya anggap masih belum rezeki saya hingga saya akhirnya diterima bekerja di restoran francais sebagai krew untuk mengambil order menghantar makanan dll. Alhamdulillah selepas 3 bulan bekerja saya ditawarkan kerja lain lebih baik dengan gaji yg lebih berbaloi. Namun agak kecewa kerana saya hanya mengantikan tempat pekerja disitu yg cuti bersalin sahaja. Selepas 4bulan saya kembali menolong keluarga saya semula.

Sedar tak sedar sudah dalam setahun saya hanya pergi interview sambil berniaga namun masih belum diterima dari mana pun. Saya anggap mungkin bukan rezeki saya dalam pekerjaan. Saya asingkan diri saya dari rakan lain yg sudah berjaya kerana malu disoal. Orang sekeliling hanya memandang saya peniaga jalanan sahaja malah ada yg menganggap saya tidak bekerja kerana tidak lulus semasa belajar dahulu. Akhirnya saya bertekad untuk fokus kepada berniaga sahaja kerana sudah pasrah hidup begini. Alhamdulillah kehidupan kami baik dapat makan pakai cukup setiap bulan malah boleh makan diluar lagi hujung minggu. Betul orang cakap susah dulu senang kemudian semuanya berubah setelah ibu saya mendapat pembahagian harta keluarga. Kami selesaikan semua hutang jika ada dll kemudian mulakan bisnes baru yg lebih baik sehingga ke hari ini walau masih ada pasang surutnya.

Saya masih berharap jika masih mendapat pekerjaan namun masih berbisnes lagi. Orang sekeliling masih menganggap saya tidak bekerja hanya berharap kpd keluarga. Sijil saya masih elok disimpan. Saya juga masih dihiraukan rakan cuma tinggal 3 4 orang sahaja masih yakin dengan saya memberi semangat. Bila berkenalan dengan lelaki saya hanya memberitahu tidak bekerja dan akhirnya senyap sepi hihi. Saya anggap mereka tidak suka jika bakal isteri tidak bekerja mungkin. Apa yg saya nak sampaikan ialah kuatlah walau dikata apa pun kerana yg menyuap ke dalam mulut kita bukan mereka. Hinakah jika tidak bekerja walau masih ada pendapatan lain ? Biarlah apa pun saya yakin ini rezeki saya yg ditetapkan. Walaupun saya tak bekerja mcm rakan lain tapi hidup saya juga bahagia semuanya masa sendiri.

Yakinlah rezeki kita semuanya ada walau berbeza cara. Alhamdulillah kini saya sudah berjumpa dgn lelaki yg dapat menerima bakal isteri begini hihi. Keluarga saya masih boleh makan sedap2 jalan jauh2 walau tidak banyak tapi cukup. Dan saya yakin suatu hari nanti saya akan lebih berjaya untuk keluarga saya. Cuma satu saya nak pesan tolonglah jangan pandang seseorang tu rendah dari kita jika kita pembeli dia pula penjual. Saya rasa istilah tak bekerja sudah tidak perlu disoalkan lagi pada masa kini.

Kita hidup bukan zaman dahulu jika tidak bekerja hanya membuta sahaja. Kerana semua orang ada kerjanya masing2 mungkin dia tidak bekerja keluar balik penat semua tu tapi masih ada sumber pendapatan lain spt mengasuh mengambil upah apa2 menjual barangan online membuat delivery makanan dll. Ubahlah persepsi anda terhadap orang tidak bekerja terutamanya melayu. Apa yg kita ada sekarang tak semestinya kekal. Mungkin suatu hari nanti keadaan memaksa awak pula untuk berniaga dll. Ambil sudut positif orang cina jika berniaga mereka kagum. Bukan melayu bekerja merasa bangga.

Maafkan saya jika ada terguris hati sesiapa. Saya hanya meluahkan sahaja. 10Q.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lets Make Our Grass Greener

PengakuanKu

Assalamualaikum admin. Terima kasih kalau approve nukilan saya ni. Nama saya Elle, umur 36 tahun, seorang isteri dgn 5 org cahayamata. Suami saya Alhamdulillah seorang yang berpendapatan tetap, kami sekeluarga hidup sederhana. Tak terlalu mewah. Pendek kata makan pakai semua cukup. Alhamdulillah.

Tahap pendidikan saya sehingga sarjana. Lepas kahwin, sambung master, mengandung, ikut suami berpindah randah ada sehingga ke luar negara, duduk rumah jaga suami dan anak. Suami ada menyatakan agar saya bekerja namun bukanlah untuk membantu menyara keluarga tapi utk kepuasan saya sendiri. Kerana suami sedia maklum saya punya cita-cita sendiri, punya minat sendiri dan ada impian sendiri.

Sewaktu sekolah dan belajar di universiti, saya memang merupakan seorang yang gemar beraktiviti,pegang jawatan,tiada masalah nak bercampur dgn sesiapa pun. Saya berkawan dgn semua org dan saya memang seorang yg kuat pendirian. Saya amat berminat dalam bidang yg saya pelajari dan memang saya ada cita-cita hendak belajar sehingga tahap PhD.

Namun setelah berkahwin dan mempunyai anak, saya merasakan selesa dan bersyukur dapat membina keluarga dgn air tangan sendiri dan melihat anak-anak membesar depan mata. Cita-cita saya, saya pendam selamanya. Hajat nak sambung sampai PhD pun rasanya berkubur sebab anak lagi keutamaan pada saya. Saya ada juga memohon pekerjaan di sekitar tempat tinggal saya ni tapi setakat ni belum ada yg berhasil lagi. Tapi saya sgt positif kerana pada saya jika benar rezeki saya ada di luar sana, maka ia juga rezeki utk suami dan anak-anak. Namun, jika saya tidak diterima bekerja, saya tahu ia rezeki anak-anak juga dapat saya besarkan mereka depan mata saya.

Saya ada juga mendapat peluang temuduga sebelum ini namun saya lupakan sahaja sbb semuanya memerlukan saya menetap jauh dari keluarga. Di tahap ini saya memang mengelakkan hubungan jarak jauh dgn suami dan anak-anak. Jadi saya kekal sebagai seorang surirumah yg berijazah.

Saya pernah juga terfikir utk berniaga tetapi saya bukanlah seorang business minded. Haha. Ramai rakan kata just try tapi saya kata mungkin satu hari nanti bukan sekarang ini. Anak-anak sangat perlukan perhatian saya. Mungkin juga saya terpengaruh dgn hasil didikan ibu bapa. Ibu bapa saya sangat sibuk dahulu. Saya tidak katakan saya hidup terbiar tanpa kasih sayang ibu bapa. Namun saya selalu berazam utk tidak membiarkan anak-anak saya hidup seperti saya lagi-lagi kalau ditakdirkan saya berkahwin dgn lelaki bekerjaya yg memerlukan dia bawa pulang kerja ke rumah.

Saya yakin di luar sana ada juga wanita lain yg seperti saya. Punya pendidikan tinggi namun hanya menjadi surirumah. Kadang kala, jika saya melihat kehidupan rakan-rakan melalui media sosial, rasa iri juga melihat mereka punya kerjaya, mendalami bidang yg mereka gemari, ada kehidupan di luar selain dgn anak2 dan dapur sahaja.

Namun, saya percaya Allah tak akan beri perkara yg kita mahu. Sebaliknya kita dapat apa yg kita perlu. Saya tidak bekerja namun keluarga saya bahagia Alhamdulillah. Anak2 menceriakan dan membesar dgn bijak. Saya punya masa di rumah berbual dgn anak-anak. Suami terjaga makan dan pakainya. Bila difikirkan itu semua saya sangat bersyukur kerana ini ketentuan Tuhan buat saya.

Ada orang yg hebat bekerjaya mendaki tangga-tangga gaji namun masih belum berkahwin. Ada yg sudah berkahwin sentiasa punya masalah urusan rumahtangga anak-anak terbiar. Ada yg sudah berkahwin bertahun-tahun belum direzekikan anak. Ada yg hebat bekerjaya sehingga outstation sini sana tapi menangis kerana selalu berjauhan dgn anak. Ada rakan-rakan yg iri melihat saya dapat membesarkan anak sendiri. Sedangkan mereka bergelut hantar anak ke nursery atau terpaksa ambil cuti ketika anak sakit dan berdepan dgn majikan yg kurang memahami. Mereka tidak tahu terkadang saya juga mahu berada di tempat mereka. Punya kerjaya dan mempunyai kedudukan di organisasi tempat kerja.

Biasalah manusia tidak pernah merasa cukup. The grass is always greener on the other side of the fence org putih kata.Tiap kali saya merasa ketidakcukupan itu, saya selalu beristighfar dan memandang semua nikmat yg Allah kurniakan pada saya. Benar, saya tidak punya kerjaya seperti yg saya inginkan. Saya tidak betul2 dapat kembangkan bakat saya. Namun, saya punya keluarga yg bahagia. Itu sudah cukup buat saya gembira. Saya tidak perlu berkejar2 tiap hari mengabdi diri menunaikan tuntutan kerja manusia. Saya tidak ada dateline yg perlu saya patuhi setiap masa.

Memang jadi surirumah sangat penat sebenarnya. Namun saya ambil positif sahaja. Semua pun ada nilainya di akhirat kelak. Melihat anak-anak gembira, dapat makan sebelum ke sekolah, dapat bawa bekal untuk ke sekolah, sudah cukup menggembirakan saya.

Bagi wanita-wanita di luar sana, baik yg sama seperti saya atau yg bekerjaya, lets make our grass greener regardless apa org nak kata. Bersyukurlah dgn pemberian Tuhan pada kita. Ingatlah kita bukan dapat apa yg kita mahu tetapi kita dapat apa yg kita perlu. Bersyukurlah. Usah pandang apa yg kita belum perolehi. Lihatlah apa yg kita sudah kecapi. Walau seperit mana pun kita menempuh kehidupan hari ini, sebenarnya sudah byk rezeki yg Allah beri kepada kita. Hanya kita saja yg mahu melihat atau tidak dgn mata hati.

Berdoa dan usaha agar kehidupan kita bertambah baik di zaman yg penuh pancaroba ini. Usahlah kita cuma mengeluh dan iri dgn kehidupan org lain yg kelihatan bahagia dari kita. Bahagia itu kita yg rasa, kita yg cari. Bahagia itu bukan boleh dijual beli. Jadilah hamba yg bersyukur. InsyaAllah hidup kita akan merasa cukup.

Elle 

– Elle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Repeater

PengakuanKu

Hi. Aku Dee. 22 tahun. Aku belajar disebuah kolej swasta. Tujuan aku tulis confession ni, aku nakkan pendapat atau nasihat korang. Secara ringkas, waktu aku semester 3, aku telah dipulau oleh kawan kawan aku sendiri sebab dorang dah ada team negeri sendiri.

Asalnya dorang ni best friends aku. Tapi mungkin sebab aku tak se hipster dorang, aku ditinggalkan. Kulit aku tak secerah dorang, aku tak pakai skincare/supplement untuk cerahkan kulit. Aku tak pandai bergaya. So dorang anggap aku ni macam old school.

Tak lama lepastu datang pulak fitnah. Aku sedih dan sangat stress dengan fitnah yang dorang cakap pasal aku. Disebabkan fitnah tu, aku putus dengan ex aku. Aku hilang kawan, aku hilang bf. Aku jadi takut untuk menghadap muka kawan kawan aku. Teringat waktu pembentangan individu dalam kelas, dorang mengejek dan gelakkan aku depan classmate yang lain. Oh,fyi kelas aku jenis berpuak puak dari semester 1. Jadi,bila aku cuba untuk bekawan dengan orang lain, dorang seolah tak dapat nak terima kehadiran aku. Masalah lain yang timbul bila nak buat assignment berkumpulan. Kalau boleh, aku nak je buat individu,tapi tugasan memang memerlukan berkumpulan jadi terpaksalah aku menghadap dorang. Kerja dah siap, masing-masing buat haluan sendiri.

Waktu tu memang aku selalu ponteng kelas. Aku hampir kena barred beberapa subjek. Aku memang takde semangat nak belajar dah. Aku cuma fikir nak jauh/ lari dari dorang. Dalam masa yang sama aku kecewa sebab tak mampu kuat dan buat yang terbaik untuk impian dan cita cita aku. Masa cuti semester, result pun keluar. Aku failed 3 subjek. Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu tu.

Sekarang, kawan kawan aku tengah praktikal. Aku pula masih di kolej repeat subjek yang aku failed. Kelmarin, first paper aku untuk final exam. Aku dah usaha sehabis baik. Tapi, aku rasa soalan tu susah. Aku takut aku gagal lagi. Time ni jugak la aku diuji dengan kesihatan yang kurang baik. Sampai sekarang aku masih tak tenang fikirkan soalan dan result yang akan keluar. Kadang kadang aku rasa, kalau hidup asyik gagal baik mati je. Tapi, aku masih waras dan tahu dosa pahala.

Aku hilang keyakinan diri. Aku perlukan kata semangat dan nasihat bagaimana untuk pulihkan emosi. Mohon doakan aku mampu grad sebab aku dah rasa putus asa nak belajar. Doakan juga aku mampu melupakan dan memaafkan kawan kawan aku.

Aku tahu semua yang terjadi ni ada hikmah. Semoga aku dipertemukan dengan hikmah dan redha dalam ujian ini. Sekian.

– Dee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jom Minta Hidayah Allah

PengakuanKu

assalamualaikum semua…

Meh aku kenalkan diri sikit keh. Aku berasal dari Pantai Timur. Sekarang aku dah kerja dah. Dulu aku belajar pun kat ipta kat Pantai Timur jugak. Kehidupan aku biasa-biasa je tapi penuh dengan best things. Alhamdulilah.

Dulu aku takdelah nakal sangat. Aku okey-okey jer. Belajar pun okey. Pernah best student jugak and hidup penuh dengan kenikmatan. Alhamdulilah lagi sekali.

Aku kan masa kat universiti dulu, selalu gak pakai handsock and stoking. Masa tu, bukan niat nak cover aurah sangat puntapi more kepada tak nak kulit sunburn. Kesian kat diri sendiri kan?

Tapi satu aku nak cerita aku budaklah budak alim sangat tapi aku still ada iman. Aku punya sikapkan, setiap kali kepas solay,aku confirm akan paksakan diri aku mengaji even sehelai muka surat and normally memang sehelai je pun aku baca. Rasanya tak pernah miss and aku memang setiap kali lepas solat aku mesti minta ” ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku hidayahMu!” Doa ni memang always aku lantungkan pada sang pencipta.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku dilandai masalah. Berat sangat. Beratttt and berat jugak untuk aku sharekan kat sini. Cukup aku bagitahu kat korang yang aku ada terkena sakit misteri. So, daripada situ Allah tarik aku makin dekat dengan dia. Which is mulanya aku tak perasan pun. Suatu hari, lepas aku layan dengan zikir and a few nasjid songs, aku dah tak tahan sangat-sangat dah. Rasa terbeban sangat. Masa tu roomate aku dah tidur semua. So, aku macam automatik tau pergi toilet, ambul wuduk and masuk bilik hampar sejadah and aku solat tahajud dua rakaat. Masa sujud last tu, aku sujud dan menangis sedu-sedan tau. Langsung tak hirau dah kat roomate aku.

So, aku rasa start daripada tu, Allah memang makbulkan doa aku. Allah dah susun cantio sangat. Masa tu, rasanya dah last sem dan sem depan course aku dah kena pratikal. So, aku dapat pratikal kat Selangor kat area Subang Jaya. Aku pulak kena duk sesorang keh dan aku menyewa pun seseorang jugak. So, memang aku membawa diri betullah kat sana.

Rumah yang aku duduk tu, ada tiga bilik. Dua orang lagi tu, aku tak kenal pun siapa tapi balik pub jejarang je kat rumah. So, boleh kira aku macam madam besar lah kat rumah tu. Suka hati aku je nak buat pape. Nak tengok tv ke hape. Sebab even tinggal bertiga tapi sebenarnya macam aku tinggal sorang.

Satu hati masa aku tunggu pak saudara aku datang ambil aku kat stensen bas. Tiba-tiba lalu kat depan aku seorang perempuan pakai baju tali halus and seluar sekerat. Hati aku tetiba berdetik ” ya Allah, seksinya. Tak lawa langsung pakai macam tuh.” Aku tengok lah that girl tu sampai dia hilang dari pandangan mata.

Tetiba datang pulak sekumpulan muslimah. Berjubah, bertudung labu, berhandsock and ofkos pakai stoking. Korang tahi, dia parking sebelah aku. Ralik aku tengok. Hati aku kata lawanya lah. Aku masih ingat lagi salah seorang tu pakai jubah bunga-bunga warna koko dan jilbab warna kuning cair.

Lepas tu aku rasa berkobar-kobar sangat nak pakai macam tuh. Takde ribut takde hujan. Hati aku telah Allah sentuh! Alhamdulilah. Terima kasih Allah.

Satu hari cuti, so aku balik kampung. Masa balik kampung tu, aku dah tekad dah. Masa tu aku pergi bandar pi cari tudung bidang 60, handsock and stoking. Masa mula-mulakan, ofkoslah trend tudung labuh aku tak tahu sangat. Aku pakat hentam je. Okey, adalah beberapa helai yang aku beli.

Masa first time aku pakai tu, subhanallah. Aku dapat rasa tenang dan selamat sangat and buat aku rada terharu jiwa aku seakan mengiyakan perubahan fikrah tu sebab aku rasa sangat aku lah. Soul aku macam serasi sangat. So, aku memang 100% happy.

Bermula dengan pakaian, Allah ubah aku 500% tau. Allah lembutkan hati aku solat sharp time. So, azan je memang terus kat tikar sejadah. Dhuha, alhamdulilah, aku gembira untuk terus buat and daripada tak ingat doa, sekarang dah ingat dah. Tahajud, rasa macam tak lengkap kalau tak buat. Rindu! Al mulk dan al waqiah, alhamdulilah sampai dah boleh ingat even tak tengok quran dah. Tapi takdelah perfect sangat.

Allah memang betul-betul ubah diri aku menjadi seorang muslimah. Even Allah tak izin dah memana radio lain selain ikim.fmmenjadi halwa telinga aku. Aku macam serabut sangat kalau dengar lagu yang ntah pape. Allah bagi aku hobi baru, which is aku suka sangatlah dengan hobi ni, iaitu membaca dan bacaan aku sekarang lebih kepada keagaam and motivasi. Aku jugak memang macam takde feel nak tengok ramcangan tv yang melalaikan. Tv aku al-hijrah, oasis dan tv 9.

Sejujurnya, aku memang sangatlah suka dengan perubahan ini. Kalau dulu aku bahagia, now aku rasa lebih bahagia. Masih banyak lagi yang aku hajatkan dalam hidup ni and ofkos aku nak seimbang, nak dunia and akhirat jugak.

So, nasihat aku kat semua gegadis kat luar sana. Setiap kali lepas solat, jangan sombong untuk berdoa. Mintalah pape yang kau nak. Allah ada, Allah itu maja penyayang, Allah itu maha mendengar. Allah suka sangat kalau kita minta kat dia dan yakinlah aturan Allah itu sangat hebat. Even kau rasa sakit, beban dan tak larat sangat. Satu nasihat aku yakinlah dengan sepenuh rasa keimanan yang halqu yakin bahawa takdir Allah akan indah tepat pada masanya.

– Budak bertuah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Keberkatan Duit Gaji Dalam Hidup

PengakuanKu

Hai warga IIUM. Nama aku ilya, umur 26 tahun. Aku bekerja di salah satu hospital swasta di bahagian selatan. Sebenarnya aku nak confess ni sebab aku dah tak tahu nak lepaskan pada siapa. At least aku confess dkt sni, takde orang yg kenal aku. Dan staff2 dkt hospital aku pun tak ramai yg follow IIUM ni. Diorang rajin scroll page baby2 dgn KRT je. (Aku single tak kawin lagi, sbb tu tak follow sgt page tu.) A very long story, sbb byk benda aku nk lepaskan ni. Sorry guys.
Ceritanya bermula di sini..

Dekat department aku tu, ada beberapa org yg boleh di kategori kan sebagai super senior. Aku ni baru je menapak kat situ, junior lg. Yang buat aku bengang terlampau sakit hati hari hari pergi kerja ialah diorang ni pemalas. Pemalas tahap dewa langit ke 7. Aku admit bukan ke 5-5 orang macam tu. Tapi ada la 2 drpd 5 org senior ni perangai nauzubillah.

Dia akan mengelat buat kerja selagi wujudnya junior dekat situ. Kalau di tempatkan aku dgn senior pemalas tu dkt station tu, hahaha kau tak yah cakap la, maknanya mmg minggu tu kau kerja sorang la. Mcm kau tak ada partner. Apa dia buat dpd pagi smpai balik kerja? Scroll handphone, message scandal, scroll page KRT. Sampai la dia rasa bosan. Kalau dia rasa nak buat case, dia buatlah. Kalau dia tak rasa nak buat, maknanya aku buat la sorang.

Mengadu? Nak mengadu kt siapa? Superior aku? HOD aku? Hmm ibarat mencurah air ke daun keladi jela. Tu semua geng2 dia yg sama2 pemalas. Dia punya EL sebulan tak yah sembanglah. Kalau boleh 20hari bekerja pun dia nk EL. Kdg aku pun tak faham apahal dia nak EL, datang jela kerja macam biasa sebab dia datang kerja pun dia bukan buat kerja. Haha.

Alhamdulillah. Walaupun dia pemalas. Kerja sebulan tak pernah la tak cuti. Mesti ada EL sehari dua. MC sakit itu sakit ini, mereka ni masih lagi diberikan bonus lebih dri sebulan gaji. Alhamdulillah kn. Sebab apa? Sebab mereka adalah senior. Appraisal mereka di isi di antara mereka2 sahaja.. mcm mne aku tahu lebih sebulan gaji. Aku tahu la diorang sembang masa makan, aku terdengar.

Sumpah aku rasa company aku skrg mmg tak pernah nk appreaciate junior2 macam aku dan kwn2 seperjuangan aku ni. Kalau junior yang buat je, semua benda nk complaint, semua benda nk condemn (especially doctors). Padahal aku tengok senior pun buat mistake yg sama, boleh je doktor tu hehehehehe.. tapi kalau junior yg buat mistake tu, kau kena maki xyah cakap, dia report kt SEMUA seniors aku, end up appraisal kau turun, bonus kau zero. Ibarat kau kerja hempas pulas setahun tu, kau takda bg 1 benefit pun dkt company dn doktor2. Yg diorang ingt “Hari tu doktor ni complaint you buat mistake ini ini ini, sebab tu appraisal u, i tak boleh kasi banyak.” Hahaha.. Hadap la awak2 semua duit bonus berlima. Makan la berlima bagi ank bini laki cucu cicit menantu sedara mara makan.

Paling aku tak puas hati sekali, bila waktu rehat. Each station akan ada org standby even waktu lunch. Kalau A rehat B kena stay. Nanti diorang akan tukar pulak. Tapi biasalah geng, kerja swasta, kau senior kau berhak buat apa sahaja. Kau dominant kau berkuasa. Pukul 12.30 dah pergi rehat, tinggalkan aku terkontang kanting sorang settle kan form2 patient yang ada.
“Bye ilya jangan nangis ye. Kami nak keluar lunch tau..”
Hmmm, sebab kau junior, apa kau boleh buat? Senyum dalam amarah dan memaki hamun dlm hati. Then, balik lunch pukul 2.30ptg. 2jam weh rehat, bonus dapat jugak. Jgn risau.. bukan sekali aku kena tp dah berkali kali. Geram punya pasal, aku dah tak tahan, aku terus ambik beg, aku rehat lagi 2jam. 4.30 ptg aku masuk kerja, pukul 5 aku balik.

Senior tanya aku, lamanya kau rehat.. Aku ni memang mulut panas plak. Aku pun jawablah..
“Eh yeke? Taklah mana ada lama, sama je macam akak rehat tadi. Hihih.”

Puas hati aku. Balik kerja aku terus pergi karaoke, aku jerit sekuat hati. Dia nak complaint aku rehat lama? Aku melawan senior? Apa aku kisah, aku pun dah nak pindah. Lgpun aku buat baik pun increment aku tetap ciput, bonus aku tetap TAK ADA. bukan sikit ye. Tapi TAK ADA.

Jadi, aku harap sangat kalau aku jadi senior nanti, aku tak buat perangai macam diorg. Sebab aku tahu, hari2 mesti kena ngumpat kena caci kena kutuk rezeki tak berkat. Tolong lah guys, appreaciate la kami yg junior2 ni dalam compang korang. Kami ni tak memberi keuntungan langsung ke kepada company? Kami ni hari hari buat mistake ke? Kami ni tak pernah buat something y bagi benefits ke? Atau kami memang menyusahkan. Serius sedih. Sayonara la company ni, insyaAllah aku akn berpindah tak lama lg. Sebab tu aku selamber je buat kepala sendiri. Sebab dah berapa lama aku asyik dipijak dan dibuli.

Bekerja bukan kerana wang ringgit. Tapi minyak dah naik, barang dah naik, wang ringgit itu perlu untuk kami survive dalam kehidupan kami. Carilah rezeki yang berkat dan diredhai. InsyaAllah..

– ilya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Penyesalan

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Terima kasih admin kalau cerita saya ni di publish. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kalau cerita ni agak membosankan dan terlalu panjang. Saya tak pandai nak mengarang ayat menjadi sebuah cerita. Saya selalu membaca di iium ni, dan nak meminta semua pendapat kat sini. Tolong laa bagi moral support dekat saya. Hati dah terlalu rapuh.

Apa yang saya nak cerita disini adalah tentang keputusan yang dah terlanjur dibuat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata menyesal taksudah. Okay, saya berumur 20an. Sudah pon bekerja. Kerja sekarang adalah kerja yang ke-4 selepas tamat belajar pada penghujung tahun 2015. Selepas final exam, saya buat keputusan terus balik ke kampung untuk kerja disana dengan niat nak membantu mak dan ayah. Alhamdulillah, selepas seminggu bersenang lenang dirumah saya terus dapat kerja. Bab kerja saya tak memilih disebabkan niat asal bekerja.

Hari pertama bekerja saya ditawarkan quarters disebabkan jauh dari rumah. Dan saya pertimbangkan nak tinggal di quarters ja, kat sini dah boleh berjimat. Lagipon elaun makan disediakan rm100 selama sebulan, 3x sehari pulak tu. Bayangkan tempat kerja yang jauh, seawal 8pagi dah kena keluar rumah. Perjalanan selama 30-40minit. Btw, disini tiada jammed. Alhamdulillah. Dan, saya berbincang dgn mak ayah. Mereka cakap, no! Ulang alik rumah-tempat kerja. Jauh jauh macam tu apa apa jadi susah. Okay, saya turutkan demi kebaikan. Sebulan bekerja, saya tender resign letter dekat manager. Walaupun kerja yang cukup enjoy.

Kerja kedua dapat selepas tanam anggur kat rumah selama sebulan. Alhamdulillah rezeki untuk bekerja tu murah dengan berkat doa mak ayah. Tapi, saya cuma mampu bertahan selama 6bulan. Pekerjaan saya yang kedua, skop kerja 90% berdepan dgn macam macam jenis orang. Takkira lelaki dan perempuan. Disini, mak minta untuk resign. Mak taknak fitnah orang. Dan saya turutkan untuk resign. Walaupun kalau saya bersabar, gaji masa tu boleh cecah 5angka berkat usaha. Saya masih pegang kata kata, tanpa restu mak ayah, suatu kerja yang kita lakukan takda keberkatan.

Alhamdulillah, saya masih diberi rezeki dalam pekerjaan apabila ditawarkan bekerja sekali lagi. Dan, saya juga resign selepas 1tahun bekerja. Tanpa restu mak ayah, gaji tak berkat. Inilah bermulanya penyesalannya. Dan, ni pekerjaan yang saya paling enjoy dan serasi dengan jiwa saya yang suka kan cabaran. Selepas 3bulan probation period, gaji dah start naik hampir setiap bulan. Saya cuma fresh graduate tanpa satu pengalaman untuk run sesuatu bisnes tapi masa ni saya dah dapat arahan dan kepercayaan untuk buat keputusan tanpa melibatkan manager. Semuanya berjalan lancar sampaikan pada bulan puasa something happen. Duit petty cash yang sepatutnya saya bagi dekat manager takda dekat tempat yang sepatutnya. Salah saya sendiri sebab tak bagi dekat manager. Keesokannya teruk kena marah dgn manager, dan dia cakap cari sampai jumpa. Nak cari dekat mana lagi pon dah tak tahu. Bukan sikit duit yang hilang tu. Bila ptg baru tahu duit tu sebenarnya dah jumpa awal pagi lagi. Dan orang yang jumpa tu senyap dan simpan tanpa pengetahuan manager. Masa tu saya rasa betul betul lega sbb dah jumpa tapi kecewa sbb boleh jadi macam ni. Dan,.. saya luahkan perasaan kecewa dengan mak, sekali lagi campur tangan mak ayah. Mak nasihatkan untuk berhenti. Mak tak nak jadi sekali lagi melibatkan wang yang lebih besar lagi. Dan saya turutkan jugak demi mak ayah. Sedangkan karier saya baru saja bermula. Dalam saya tak begitu yakin dengan keputusan saya, saya tetap tender resign letter 24hour dekat manager. Dan, mentah mentah manager tolak resign letter saya. Sampaikan manager cakap ambil masa untuk cuti dulu. Tapi, saya tetap dengan keputusan untuk resign. Hari tu jugak saya kemas semua barang dan bawa balik.

Bila dah resign, saya dipanggil balik ketempat kerja untuk ambil gaji. Walaupon saya anggap gaji dah burn masa resign. Alhamdulillah saya diberi majikan yang masih ada hati dan perasaan. Takmungkin saya akan jumpa majikan yang prihatin tentang kebajikan pekerjanya cth surau. Dan sesibuk mana pon kerja, solat lebih penting. Pesan majikan saya, kerja takpernah habis. Solat lah dulu. Sekarang saya memilih untuk bekerja dengan gaji yang 3x lebih rendah dengan kerja sebelom ni. Tapi Inshaallah, saya masih percaya dengan rezeki ajal jodoh di tangan Allah. Segala yang terjadi mungkin ada manisnya selepas ini Inshaallah.

Sepanjang tempoh bekerja Alhamdulillah saya boleh membantu mak ayah saya. Seronoknya saya bila terasa keberkatan dengan merasa cukup gaji bulanan tu sendiri. Barang dapur, bil api air, wifi, bil telefon, duit belanja mak ayah saya, makan diluar, kereta mak dan ayah saya rosak saya boleh hulur bagi. Bab duit saya langsung takberkira dengan mak ayah. Tapi, bila resignnya saya mak mula bising. Masa ni saving digunakan untuk membayar segala bil bil. Saving dah tinggal sikit untuk next month. Masa ni jugak asbf yang saya mohon semasa bekerja lagi dah lulus. Bulanan commitment asbf dah rm350. Dengan takbekerja masa ni, macam macam commitment bulanan yang saya kena hadap. Mak terus menerus salah kan saya dengan berhenti kerja mengejut. Sedangkan mak banyak mendengar cakap cakap orang lain untuk saya resign. Masa ni saya cakap dugaan apakah yang saya kena hadap. Saya betul betul menyesal dengan kerja sebelom ni. Tapi tetap percaya ada manisnya selepas ni.

Tolong lah bagi nasihat untuk saya terus kuat. Kalau sesiapa ada kerja tolong lah bantu. Saya nak keluar dari rumah, dan kawasan saya untuk berhijrah.

– Cik bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sengsaranya Anak Sulung

PengakuanKu

Hai dan assalamualaikum semua! Oh ya admin thanks kalau siarkan. Aku A. umur aku awal 20 an dan sedang belajar di universiti sekitar malaysia.

kalau korang baca tajuk pun dah tahu kan? ya aku kakak yang sulung. mak ayah aku masih sihat alhamdulillah dan aku masih ada 2 org adik dan masih belajar.

aku ingin ceritakan pengalaman aku selama menjadi kakak sulung kepada 2 orang adikku. bawah aku, adik lelaki dan adik bongsu adik perempuan.

dulu, masa awal tahun 2000, aku mendapat adik lelaki. umur aku berapa tah tapi aku sudah bersekolah rendah.

as you know, as kakak, mesti la kita kena kemas and so on kan? masatu aku ingat lagi, aku baru lepas sapu sampah di halaman rumah. dengan panasnya, baju berpeluh, tiba2 ibuku panggil “kakak!” “ye ye jap” aku masuk ke dalam rumah. dengan taksemena mena ibuku marahku “tengok! apa adik dh buat! bersepah! knp tak kemas? buat apa kat luar? peluh peluh ni? hah? adik buat sepah tu takkan tak nampak? tau main je!”
aku terpanar. kenapa nak marah aku sampai begitu? ya aku faham dia masih kecil dan tidak mempunyai akal tp kenapa sampai nak marah aku begitu? aku ingin membuka mulut tp ibuku terus berlalu. sungguh, pelbagai rasa sudah muncul, marah, sakit hati, kecewa semua menjadi satu. aku memandang adikku dengan pandangan tajam. aku tidak berdaya ingin membuat apa2. hanya merenungnya dengan sakit hati. sepanjang satu hari, ibuku tidak bercakap denganku. apa salahku? perlu ke marah aku sampai begitu? kadang2 pernah terdetik di hatiku, mama tak sayang kita lagi ke?

setelah beberapa hari, aku main dengan adikku. tiba2 dia terjatuh sebab terpijak mainan. aku pun cakap lah “hah! kan dah jatuh!” aku menolongnya untuk bangun. tangisannya sgt nyaring. aku cuba tenangkannya. tiba2 ayahku dtg dye tanya adikku “kenapa ni?” adikku nangis lagi. ade kesan merah kat kaki dia. tiba2 ayahku marahku “kakak pukul adik ke? sampai merah2 macam ni?” aku sentap. pulak dah salah aku lagi? tidak nangis tapi sakit hati.

selang beberapa tahun, adik ketiga pula muncul. benda yang sama terjadi. aku makin menginjak remaja jadi aku balas kata kata ibuku yang ingin marah aku. aku bukan tinggikan suara. takkan sama sekali. cuma suara yang kecewa aku keluarkan buat ibuku. ibuku taktau yang seharian aku kemas rumah tapi adik adik ku sepahkan semula. dia marah aku sebab kenapa tak kemas rumah. aku menangis depan dia. ” kenapa taktanya dulu sebelum mama cakap macamtu? mama taktau kita kemas rumah. kalau rumah ni ade kamera ma, dah lama kita tunjuk mama. ini mama taktau, mama taktau. ” aku gelengkan kepala kepada ibuku. aku melangkah kecewa ke bilik aku.

di situ aku menangis semahu mahunya. teringat masa aku kecil dimarah kerana adikku. aku semakin meraung. sungguh perit ini aku tanggung seorang diri. ibu dan ayahku busy dengan adikku yang baru melangkah 4 tahun. melihat kemanjaan adik lelaki dan adik bongsu, aku cemburu. mereka merajuk ada orang pujuk. bukan aku. kalau aku merajuk, pandai pandai la pujuk sendiri. aku tidak pandai nak menangis depan orang, termasuk ibu ayahku. aku bukan malu. cuma aku sedar. kalau aku menangis pon bukan mereka ambil peduli. mereka kisahkan adik2 ku.

apabila aku menulis di sini, aku masih terasa peritnya sehingga ke dasar hati. tangan aku terketar ketar kerana menangis. kenangan lalu menerjah semula ke dalam kepala aku. sungguh aku terlalu sedih.

aku bukan manja. aku takpandai merajuk. aku takpandai nak luah perasaan dekat ibuku. semua rasa sakit hati aku pendam sorang sorang. selagi aku boleh tahan, aku tahan. tapi bila aku menangis, benda itu sangat menyakitkan aku. perasaan ini hanya anak sulung sahaja yang alami. bukan semua yang rasa. kadang2 ada je anak sulung yang tak rasa seperti aku.

aku ingin ckp skit, mesti korg ingat ibu ayahku pilih kasih kan? tak mereka tak macamtu. kadang kadang je. mereka tak pilih kasih, cuma mereka hanya tau aku anak sulung dah mereka mesti marahku kerana adik adik ku semua masih kecil dan tidak mempunyai akal.

oh ya terima kasih sebab baca. aku cuma tergerak hati ingin menulis di sini.

Assalamualaikum!

– – kakak sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

The Past Critical 7 Months

PengakuanKu

Assalamualaikum & Salam sejahtera . Nama aku Cik Bulat dan nak ceritakan pengalaman kerja yang singkat , iaitu 7 bulan . Ye , memang sangat singkat . Tapi waktu yg singkat itu pun dah cukup banyak bagi pengajaran untuk aku .

Aku diterima kerja walaupun hanya baru sebulan Graduasi . Alhamdulillah , dalam tempoh yg singkat kalau nak dibandingkan dgn lepasan2 graduasi yg lain . Aku tau betapa “struggle” mencari kerja , lagi2 dengan pengalaman kerja yg tak seberapa (dlm resume hanya ada pengalaman kerja utk internship (latihan industri) dan juga kerja2 sambilan masa cuti semester). Betul2 struggle jugalah sebab dapat tempat kerja yg boleh dikategorikan jauh dari rumah (lebih 20km) . Tapi nak buat macam mana lagi , dah cuba cari tempat yg dekat dgn rumah , tapi Allah dah tetapkan rancangan yg lain . Apa yg aku nak ceritakan ni diharap dpt sedikit banyak beri pengajaran kepada mereka2 kt luar sana yg tengah mencari kerja . Bukan bertujuan nak aibkan sesiapa , tapi cuma nak berkongsi pengalaman.

First of all, aku bekerja sebagai Kerani Akaun utk salah satu retailer yg namanya boleh dikatakan besar . Bekerja dalam bidang swasta , mmg salah satu idaman aku . Lagi2 bila Boss berbangsa Cina (please do not relate my post to rasicm yaa , its just a story of mine). Sebab bagi aku , mereka mmg sgt pro, lagi2 berkaitan ekonomi . Dan aku sgt berharap dapat bekerja dgn kaum Cina, sebab masyarakat Melayu “kebanyakannya” jenis tak boleh tengok ada org lain yg dpt lebih dari mereka . Tapi ada kelemahannya juga, ofis tak sediakan surau utk Muslim . Jadi nak taknak, aku kena keluar waktu rehat tengah hari utk solat Zohor , dan solat Asar lepas waktu bekerja . Walaupun boleh pegi jalan kaki, tp struggle juga waktu hujan . Basah lencun tu benda biasa bagi aku .

Awal2 bekerja , boleh dikatakan smoot jugak la masa tu , yelah sebab taktau keseluruhan “cerita” dlm company . So awal2 masuk kerja , belajar semua benda dari awal . Lagi2 pasal akaun , so banyak term&step yg aku kena belajar .
Lepas 2 bulan pertama aku kerja , policy office ditukar . Firstly waktu bekerja office yg semakin dipendekkan . Takde OT tambahan , so kiranya makan gaji basic aje . Memang aku rasa stress jugak, iyelah mana nak cari duit lebih utk duit minyak sedangkan jarak tempat kerja dgn rumah tu sangat jauh . Dah cuba hantar surat resign, tapi boss tolak . Puas dipujuk, dan aku tewas . Aku teruskan kerja . Tapi lama kelamaan , kerja aku makin bertambah . Bayangkan , mcm mana nak siapkan kerja yg begitu banyak dalam tempoh waktu bekerja yg singkat ?

Bukan setakat itu aje , “office bully” pun aku kena hadap juga . Senior2 yg aku anggap sangat friendly, yg byk ajar aku itu ini, diorang lah yg buli aku . Pantang nampak aku relax sikit , dah mula “tolong akak buat ini, tolong akak susun itu” . Jujur, takde sapa akan rasa dibuli kalau “pertolongan” tu diorg nak maybe sebulan sekali . Tapi kalau tiap bulan mintak bantuan yg sama ? Siapa yg tak akan tertekan ?

Alhamdulillah , stress yg aku terima tu Allah balas dengan benda yg lebih baik . Lepas berhempas pulas siapkan kerja dlm tempoh yg Boss nak, gaji aku dinaikkan . Bersyukur yg amat sgt pada masa tu . Tapi malangnya , ada yg dendam/dengki dgn kebahagiaan aku . Aku dpt rasa senior2 mula bash aku, sindir aku itu ini . Rasa down . Sangat down . Lagi2 kata2 tu keluar dari mulut senior yg aku hormat mcm ahli keluarga sendiri . Dan lebih sedihnya lagi, diorg mengata aku depan mata&telinga aku sendiri (alamak ayat ala2 sinetron gituu hehe) .

Pada mulanya memang sedih sgt . Mana taknya , tkde siapa yg berbual dgn aku kt office, itupun berbual kalau perlu berkaitan kerja . Dan aku cuba pujuk diri aku sendiri , tak perlu hiraukan diorg . Baguslah sendiri , daripada terus dlm kelompok mereka yg cuma tau mengarah itu dan ini . Cuba bertahan , dan aku tewas . Entahlah mungkin hati aku tak cukup kental nak hadap semua ni, buat aku berani utk hantar surat resign yg kedua .

Surat dah pun aku bg pada Boss . Aku ceritakan masalah sebenar aku. Pasal mereka2 yg tak suka dgn aku, mereka yg suka buli aku itu ini . And macam biasa, boss cuba pujuk, kata setiap company memang ada manusia jenis2 tu, tapi aku dah takdapat tahan lagi dah . Keputusan aku dah bulat . So lepas luah semua tu , aku rasa lega, seolah2 macam satu beban yg saaangat besar aku dah lepaskan . Aku rasa happy sgt . And guess what ? Lepas hantar surat resign tu, senior2 mula berbual dgn aku macam biasa . Aku dpt rasa yg diorg mmg taksuka dgn aku, so bagi aku, undurkan diri dari company tu bukan satu benda yg sia2 . Rasa lega sebab takperlu ada dlm kelompok manusia yg pendengki tu .

Dan sekarang ni, aku cuba utk cari kerja lain . Dengan semangat baru, dengan kekuatan yg baru . Semoga Allah ganjarkan aku dengan perkara2 yg lebih baik . Aaminn.

So based on my story, aku harap sesiapa pun diri kita ni , sama ada tua muda, senior junior, sama2 dpt jaga hati dan perasaan masing2 . Memang bagus bila bercakap jujur, tapi lebih baik kejujuran tu diluahkan dengan cara yg baik. Dan berharap juga, pada sesiapa yg tgh cari kerja (for myself too), pastikan company ada sediakan surau(kalau tkde surau pun asalkan ada space yg selesa utk solat) utk mudahkan kita solat . Ingat, ada masa kita jadi hamba pada manusia, tapi jangan lupa kita ni hamba Allah yg satu

:)

– Bulat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Kena Scam Dengan Pinjaman Berlesen

PengakuanKu

Assalamualaikum, aku harini terpanggil untuk share post pasal scamm nih, pengalaman aku sendiri jugak dan aku nak share supaya org lain sedar dan tak akan tertipu dengan mudah. Tapi jalan ceritanya aku bukanlah mangsa penipuan sebab aku nih jenis yang suka cari sampai akar umbi. Oh itu jenis aku, aku takkan semudah ABC nak bulat-bulat percaya org, tapi setiap kali aku cari pasal sesuatu aktiviti scam ni mesti aku jumpa mangsa-mangsa yg dah kena tipu. Korang mesti tertanya, scam apa lah yang aku dok pong pang ckp nih, aku nk sentuh pasal scam ‘pinjaman berlesen’ yg mana hari-hari mesti korang nampak dekat FB Ads sponsored ads pops up naik pasal pinjaman itulah, inilah dan macam-macam lagi. Ya adik-adik, abg-abg, kakak-kakak, scamers nih dah pandai main online ads sekarang tau. Otak depa berkembang ooo sekarang nih, berkembang ligat nak tipu orang.

Okay, itu tadi pengenalan, meh kita masok isi-isi…hehe. Aku macam org lain yang desperate nak pakai duit. Yalah bukan selalu kita desprate nk pakai duit banyak, ada kadang-kadang situasi yg mendesak. Jadi takkan nk pinjam mak ayah and family kot? Kalau mak pak dato ka takdak lah cerita desprate nih. So sebab kita pon bukan org senang, jadi sbg manusia biasa kita confirm putaq ligat dalam kepala otak nak cari duit pi mana. Lagi dramatik kalau nama kita pon jenis blacklist sana sini. Tu yg jadi payah nk pinjam bank dan sebagainya. So kita mula lah cari second option yang mana cerita pasal scam nih lah mula dok jadi nih. Scamers sekarang ada macam-macam MO, MO ni modus operandi lah cik bang, cik kak na. Tapi semua konon trademark depa satu ja “Pinjaman Berlesen” -mudah lulus, 2 jam dapat duit, takpayah gerentor, tak payah mcm-mcm lagi lah kan- Aku jumpa banyak nama lah dalam line-line pinjaman berlesen nih yg claim diri depa bukan along. Dak…betol lah depa mmg bukan along pon, depa penipu baq ang…Along bagi duit kat org, hampa tak bayaq mampoi lah…ini depa dak, ambil duit hampa dulu, duit nk pinjam takdpt, duit sendiri pon habeh…tu lagi mampoih. Ok berbalik semula lah ya…Setiap yang baca artikel nih mesti ada aih yang dok cari depa-depa ni. Hampa mesti nampak dalam iklan-iklan kat FB kan? tak pon hampa dok cari dalam majalah.com? tak pon hampa google? semua tu nak habaq cerita 1 dalam sejuta pon belum tentu betol. Nak cari yang betol-betol berlesen lani susah weh, taktaulah depa nih wujud ka dak. Sebab apa? banyak kadang along pon pakai status berlesen nih jugak, scammers2 nih lagi lah. So kalau governement bawak keluar list-list pinjaman berlesen nih mungkin lah kita boleh cek kot kan? sebab kalau hampa mintak kat depa license no bukan depa bagi pon.

Okay, 1st MO yang sering kali popular scammers nih pakai. Lepas hampa contact depa melalui FB Ads yang pengiklanan berjaya tu. Depa akan call/WhatsApp hampa. Terpulang lah pada budget depa kot, kalau depa ada kredit depa call lah haha. So now, depa akan mintak dokumen hampa ic,bil letrik, payslip, bank statement, epf dan sebagainya bergantung kepada status kerja hampa la. Bestnya depa nih, hampa blacklist ka apa boleh loan tau…CONFIRM LULUS weyyy. Tudia, kita sambong balik. Depa akan bagitau dokumen akan submit dalam masa beberapa jam, nanti mereka akn call balik jika approve. Cehhh nampak? ‘system’ weh konon-konon. Padahal propa baq ang… So next step, dalam 1-3 jam depa akan whatsapp bagitau loan berjaya, lepas tu tampil kan sekali surat approval megatakan tahniah loan anda dah approved, dalam surat tu akan tulis berapa hampa pinjam, berapa taun, berapa bulanan dan sebagainya itu shj. Lepas tu cerita scamm dia mula laaa, depa akan msg hampa bagitau kena bayar 700lebih ka 800lebih ka untuk proses stamping dan ada jugak untuk deposit lah dan sebagainya. So yang ni sis kena tau, tapi sis tak bagi sesen pon. Kesian dia. Meh sini sis cerita, mula-mula sis ada tanya nama company dia, weh laju naw dia sebut sampai tak berbutir apa pon. So aku buat taktau jelah, nanti jelah aku tanya len kan. So yes, bila surat tu dia tunjuk, mestilah ada company nama semua. So aku nampak nama syarikat tu, aku usha la google. Tp tulah pelik tak pelik dlm surat official dia tu kononnya, takada pon ssm registration number, license pinjaman berlesen tu apatah lagi lah. So aku buat rileks je, aku start google, cari sampai aku puas hati, dan hasilnya menemukan seorang mangsa nih, dia ada post dkt FB dia, tp syg benda tu viral. Jadi sapa yang cari betol-betol baru lah jumpa. So sb dia public kan post tu, aku boleh baca. Wehhhh…sebijik dik non…sebijik sama betoi dengan surat yang aku terima dlm whatsapp tu. Kening akk ada terangkat sikit bila baca dengan lebih lanjut. Dalam post dia nih ada cerita yang dia nak pinjam 45k, so dia kena byr stamping 700 lebih, duit insuran pon kena bayar, dan ada satu benda lain duit proses yang dia kena byr. Kesian weh mangsa ni, dia bayar tau. Dia byr semua duit yang pinjaman berlesen tu mintak, total semua dekat 7k… nampak dak? Last sekali tu dia kena byr lagi untuk buka joint acc dalam 3k, mangsa nih dah tak syok so dia cancel lah. Dia xnk buat, sebab depa ni keluarkan cek keatas nama mangsa untk jumlah yg dia nk pinjam tu, tapi nama penerima cek tu depa tulis salah…Nampak dak gi? saja nk buat lengah. So bila mangsa tu takmau buat, dia nk cancel, jadi pinjaman berlesen tu ckp akan pulangkan semula lah duitnya. Tunggu punya tunggu, duit refund sampai la pon takdpt lagi. Mangsa tu dh pergi buat report. Tapi firasat aku mengatakan peluangnya tipis untuk dapat balik duit tu semula. Percayalaaa.

Aku personally tau contact mangsa tu, so aku cerita yg aku sedang berkomunikasi dgn syarikat pinjaman tu skrg nih, so aku pas dia contact-contact number yg aku ada pada mangsa tu. Jadi ending dia aku ckp dekat agent pinjaman tu, hakak tak jadi pinjam dik non…so sis kan screen capture post2 mangsa tu, so sis forward kat dia…tak jadi pinjam sebab hang penipuuu…haha. Dia terus senyap block sis…grrrrr…itu baru story pertama…nih nak sambong lagi? mau kalau sambong kena start order kopi…cerita makin syok nih…makin panjang ..haha…ok nih masok bab MO kedua. So sis pon dalam masa yang sama ada contact satu lagi syarikat pinjaman berlesen. So org tu pon mintak benda yg sama dokumen semua lah. Dan keesokkanya dia call sis, cakap permohonan sudah berjaya… tapi ini mohon dengan **** ***** bank (kiranya bank loan lah), bulanan kena bayar rm400 plus untuk 5 tahun. Dia tanya sis mau ka dak… gila bank loan kalu mau la…sapa takmau tu wire putus la kot. Tp sis mcm was-was, yelah kalau aku nih dh boleh lepas buat loan bank dah lama aku apply weh. Nasib tak lepas sbb kredit payment pon tak cantik mana. So bila dia habaq kata dpt loan dgn bank, nalaaaaa punya terkejut lah kita. So sis dgn excitednya syok lah nak lah kan…ok mai part ni hat potong terus nih…dia ckp okay sekarang akak kena bayar dulu deposit rm700 kepada company, harini kita akan keluarkan agreement letter dan malam nanti sy bawak agreement jumpa akak untuk sign semua dan sy akan bagi balik deposit akak by hand cash rm700. Pelik la sis tanya lah pasepa pulak, dia kata sb nk elakkan pemohon dari cancel loan bila agreement dh keluar dan duit pon dah masok. Ini pelik, duit dah masok dalam akaun macam mana nak cancel kan? So aku tnya dia, kalau mcm tu tunjuklah bukti yang bank tu dah bagi dokumen agreement utk aku sign kalau betol lulus kan. Dia jadi tak senang duduk lah sb aku banyak celoteh kan. So dia ckp akn send whatsapp skrg, so dia send agreement dgn gambar ic dia sekali. Nak bagi sis caya nih, so aku tengok agreement tu pelik lah, nih bukan bank punya agreement nih company hang punya agreement. Aku nk ori aku punya. Dia mcm nak bebai, dia kata nanti dia tnya bos dlu. So esok tu pulak baru dia msg aku ckp, akk kalau sy agreement dlm masa 30 minit akk kena bank in duit deposit bagi kita pon. Aku terus call bank berkenaan, tnya pasal application aku semua. Bank ckp takda apa-apa permohonan loan ats nama aku pon dan bank suruh hati-hati sb depa suspek scammers. Anddd that’s what i thougt ceq oiii…sb tu call hampa tanya. So aku ckp kat agent tu, kata tak jadi, cancel. Dia tnya pasaipa cancel. Aku bagitaulah yg dak call bank semua, mana ada dokumen submit utk loan ka approve ka apa…mana ada…so time ni dia dh mrh aku dah…dia ckp mmg la belom ada sebb mereka baru accept loan, you nanti bayar baru approve. Haaaa…aku sound tepekkkk je, hang bukti apa takdak nk bagi aku kata loan approve, smlm ckp approve harini baru kata accept, hang berani nk mintak aku byr deposit bagi hang pulak. ceq nak bayar parking pon kena ada tiket na, kalau tiket hilang kena dena…haha…dia tak puas hati…dia tnya la nih you buat loan sama bank ka sama kita… nih banggang…aku pon malas nk layan panjang-panjang. Aku tak reply, tu dia ckp, dia rasa macam dia sedang diperbodohkan. Sb apa yang hang rasa mcm tu? sb aku tak makan tipu helah hang…sb tu rasa mcm org bodo…cuba kalau aku termakan tipu helah hang..tepuk tangan la hampa sb aku bodo? takpaaaaa….

Haaaa amacam? panjang kan? wehhh banyak lagi nih…dak aih…nih satu last cerita sis nk share kat hampa… ini baru terjadi tadi nih… ok sis bangun tido dalam pukul 12 tngari, sis tengok hp ada msg masok. Cakap permohonan anda telah diluluskan, sila hubungi ********* untuk makluman. Okay, sis pon call lah, dia ckp nama sis, akaun maybank sis semua…and dia ckp permohonan lulus, bagi dokumen dkt dia skrg melalui whatsapp so dia akn bank in duit terus…wowww… belom apply dh lulus? sis layankannn…so sis bagi lah dokumen apa semua…monthly murah gila, murah dari bank. untuk 7 tahun dan bayar pemotongan secara autodebit…lawak kan kalini punya scamm? so dalam setengah jam camtu dia kata ok sudah lulus nih nak masok duit dlm bank, suruh sis pi bank maybank terdekat…sb sis punya akaun maybank…dia kata mesti maybank shj ya. So aku pon ye kan aje, dah sampai bank aku call, dia siap bagi tutorial lak cmne nk masok kan kad atm, tekan pin, tekan itu tekan nih…lawak kan? ingat aku nih budak 5tahun kot. Aku ikot kan je, game dia tu…so dia suruh tekan pindahan akaun pihak ke3, jadi aku pon buat jelah. Dia suruh masokkan akaun no aku, untuk pindahan akaun ke 3 tu, lepas tu masok jumlah nk buat pindahan tu rm**,****.** haaa pandai-pandai lah kira berapa angka…hehe ok, lepas tu atm ckp tak boleh buat transaksi sb melebihi had pindahan harian 1k. So dia suruh aku masokkan 1k dalam akaun aku, baru lah duit itu akan floating masok dalam akaun aku…skrg nih duit tu tergantung lagi…gantung kat mana taktau lah… lawak dak? serius lawak lah. Ok, so dia kata bank in duit tu dlm akaun,nanti duit yg floating tu akn masok. So aku pon yeke aje…hampa mesti pelik kan, kalau aku dah tau benda tu scamm…pasepa yang aku dok ye kan aje…bodoh ngat ka sampai dok ikot semua dia suruh buat…nihhh sis nk tau sampai habes game dia tu mcm mana, apa lagi dia nk tipu…sb ni lain dr yang lain nih. So sis kena amik tau jugak, supaya sis boleh dpt pengalaman dan share dgn hampa…tu sis tnya dia…hai, takkan agreement ka apa semua takdak kot? hampa bank in duit cmtu ja? takdak sign agreement apa semua? dia kata lepas duit masok baru sign agreement. Perghh cmtu lak, duit masok baru sign agreement naaa…fakta atau auta… so ptg sikit camtu, sis pon call dia ckp okay sudah bank in. Kalini sis dkt rumah, dan sis acah2 je, so dia kata ok masokkan kad atm semua pergi kepada akun blah…blah..mcm awai tadi… so dia suruh sis bacakan apa yg tertera, sis pon ckplah nk masokkan acc no semua. so dia ckp, sis takdak dekat bank nih, sis tipu…hahaha pandai dia noh…sis katalah sis ada dlm kereta dkt luar bank…u kena bagitau lah nk buat apa nih…satgi buatlah kan…oh dia mrh dia kata sis tipu…sis kata habeh hang taktipu org? tadi habaq masok 1k duit terus masok…ini suruh pi bank lagi nk buat transfer bagai apa semua… dkt atm tu ckp aku takleh pindah kan duit lebih dari 1k ja…bukan kena masok kan 1k, pasepa hang kata tak lepas duit hang masok sb kena masokkan satu 1k betoi dak? haaa nampak ngat buhung… ohh dia dok bebel apa dia tau…pasto ckp takpalah takpayah buatlah, dia kata dia akn block dulu akaun maybank aku sb duit sudah floating dlm akaun aku, aku gelak…aku ckp block la kalau boleh block…haaa nk ckp dgn pengawai bank pon boleh hahaha…dia bengang sb sis tak cuak…tup2 sis mintak akaun dia pulak…sis tanya, haaa u pakai bank islam, apa no akaun? meh sini i nak cek. wehhh kelam kabut dia tak mau bagi…oh sy tak percaya sama u…bodoh dah hang menipu…nak pecaya tak pecaya apalagi…hahah dia kata sy ada ic u, sy akan viral u tipu…dia kata sis tipu baq ang…haha sis kata viral pi lah…pi lah viral…marah dia…hahah for your info yang call sis tu tadi bangla…itu sis lagi syok nk dengaq penipuan dia tu…

So itulah dia diantara MO-MO yang sis dpt detect sepanjang pengalaman sis…sis cerita untuk hampa refer supaya jgn terkena. Org nak tipu mcm2 cara, jgn sabit kita desprate nk duit, sampai tak sedar kena tipu…ingat tu… dokumen pon make sure setiap dokumen hampa palang, jgn bulat2 bagi dokumen tu mcm tu ja…semua kena palang tau. So setakat nihlah perkongsian sis…hampa jangan jadi mangsa tau…sebelom proceed nk pinjam ka apa , siasat betol2…google 2 hari 2 malam pon takpa…janji puas hati.
Terima kasihlah sb baca sampai habeh naaaa…

– Girlonfire

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.