Assalamualaikum wbt.
Saya pernah belajar di sebuah ipta dan merupakan seorang pencinta dakwah dan saya merupakan orang kuat sebuah persatuan agama. Jujur saya katakan, kalau nak organize event agama, susah sangat nak dapat approval pihak atasan universiti. Kalau approve pun macam2 kerenah. Apatah lagi nak dapat dana, telan air liur jela nak berharap unless ada sokongan kuat dari rektor.
Tapi, kalau ada program hiburan, konsert dan apa sahaja program melalaikan, senang sahaja universiti approve malah senang juga dapat dana ! Perkara ini betul2 membuatkan saya rasa marah dan geram dengan pihak atasan universiti.
Bagi saya, pihak atasan lah yang bertanggungjawab mencorakkan sahsiah diri dan akhlak para pelajar. Mereka boleh sahaja mengehadkan aktiviti hiburan dan memperbanyakkan program keagamaan dan kerohanian .
Lebih menyedihkan, mereka tahu kebenaran tentang masalah sosial yang teruk di kampus kami. Saban hari ada sahaja berita pelajar perempuan mengandung anak luar nikah, pelajar kena tangkap basah, pelajar bunuh diri, tapi semua berita ini dirahsiakan dan tidak dihebahkan demi untuk menjaga nama baik universiti. Bahkan, setiap malam penuh pelajar berpeleseran dan berdating berdua-duaan di tempat yang gelap dan langsung tiada tindakan diambil oleh pihak universiti.
Universiti sedia maklum masalah akhlak para pelajar, tapi masih lagi berniat untuk memperbanyakkan lagi program yang melaghakan yang makin menggalakkan pelajar untuk buat kemungkaran (program konsert artis misalnya). Masalahnya yang tukang approve program2 sebegini ni bukan calang2 orang. Namanya ada “Haji”, anak-anak perempuan bertudung labuh lagi tapi diri sendiri yang merosakkan para pelajar dengan program lagha. Padahal dia sedia maklum bahawa pelajar sangat dahagakan ilmu agama dan program2 kerohanian. Malah masih ramai pelajar yang tidak tahu solat!
Saya pernah bersua muka dengan tuan haji tersebut dan bertanya secara terus kepada beliau tentang usaha universiti dalam medan dakwah, sekurang2nya universiti boleh menerapkan nilai2 sahsiah yang baik kepada para pelajar menerusi program keagamaan. Tapi tahukah anda apa jawapan tuan haji tersebut? Tuan haji tersebut merupakan barisan tertinggi kepimpinan atasan universiti tersebut
Ini jawapan beliau “tugas dakwah ni tugas para ustaz dan ustazah. Bukan tugas saya, bukan tugas awak dan bukan tugas universiti. Serahkan sahaja usaha dakwah ini kepada ustaz dan ustazah”
Shame on you tuan haji ! Maka silalah tuan haji bertanggungjawab di akhirat kelak kenapa tuan haji tidak menggunakan kuasa tuan haji untuk berdakwah kepada para pelajar sedangkan tuan haji mampu ! Silalah juga bertanggungjawab kerana telah merosakkan para pelajar dengan program2 yang melalaikan sehingga pelajar masih melalak di konsert sehingga jam 12 am dalam gelap bersama pasangan masing2 (what do you expect to happen after this programme?)
Shame on you juga tuan haji kerana anda adalah orang yang tahu agama dan anak2 semua sekolah agama tapi langsung takde ciri orang yang berugama
Shame on you juga sebab you ingat ustaz ustazah ni cukup ke nak dakwah kat semua pelajar? Mereka tiada kuasa ke atas pelajar anda. Ustaz ustazah yang ada dekat universiti pun hanya mengajar mengikut silibus sahaja, bukan ajar untuk mendidik dan mencorakkan sahsiah pelajar.
Maaf saya teremo sebab jawapan tuan haji tu sangat riak. Dengan ekspresi wajahnya yang berlagak. Duhhh sakit hati saya memikirkan para pelajar yang tenat pada hari ini. Anda bertanggungjawab tuan haji di akhirat kelak. Keep my word.
– Abdullah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment