Assalamualaikum wbt. Greetings. I really hope admins would publish this confession. If they really do, I will be very grateful to them. Aku share sini sebab terlampau sensitif untuk ditempek ke wall FB peribadi.
Gentle reminder; cerita ini sangat panjang dan ada technical jargon. So readers discretion is advised. Nama aku Frankie. Haruslah bukan nama betul. Alumni Finance UiTM Shah Alam tahun 2012. Aku bekerja sebagai ‘deal-maker’ di Maybank Investment Bank. Aku buat dealing in Futures and Options. So basically I am a dealer. Bagi student atau alumni Finance/Accounting, Futures and Options atau Derivatives adalah ‘killer subject’. Dalam Business School UiTM pun tak ramai pensyarah yang sanggup mengajar apa-apa topik berkaitan Derivatives. Aku pun dulu dapat C. Habis tarik CGPA aku. I promised myself, I would never seek a job related to ‘Futures and Options’ after finishing my first degree. But Allah knows better. You don’t choose your job, the job chooses you. Aku ditakdirkan berada semula dalam bidang ini sejak 4 tahun lepas. That brings me to my real confession.
Masuk tahun kedua bekerja sebagai dealer, aku terasa nak sambung buat Masters kat UiTM. Kenapa aku nak sambung? Sebab tu career path aku. Aku nak ambik PhD sebab nak naik another level of the career ladder. Aku nak jadi Financial Markets Researcher atau Economist. So aku cari balik tok guru aku. Dalam UiTM Shah Alam masa tu cuma ada 3 pensyarah yang betul-betul core dia adalah Futures and Options; level Professor dan Professor Madya; dan tesis PhD mereka adalah berkaitan Futures and Options. Malangnya sorang nak retire, sorang pergi sabbatical. So tinggal sorang lagi. Aku namakan dia sebagai Prof Madya Dr A. Aku call dia nak jumpa, dan bagitau aku nak buat Masters by Research sebab aku tak pasti boleh commit kelas atau tidak. Dia OK untuk jadi supervisor aku dan call bekas student PhD dia yang sekarang mengajar di UiTM cawangan jugak untuk jadi co-supervisor. For start, penyelia aku suruh aku baca academic research article, cari knowledge gap. buat proposal sebelum daftar. Aku cuba buat. This was on February 2015. Ya.. gap.. Dr. Othman Talib (UPM) pun pening kenapa penyelia suka suruh postgraduate student cari gap? Tapi tak apalah. Buat saja. Aku cuba baca dan akhirnya decide untuk buat pasal Financial Market Interdependence yang menggunakan Econometrics (Time Series) Modelling. Modelling tu apa pun aku tak tahu.
On September 2015, aku daftar sebagai pelajar Sarjana (Penyelidikan) di UiTM Shah Alam. Then only my real trouble starts. Aku tak ada background research. So I didn’t know for my research nak guna method apa? Tanya supervisor, “Read (the article) more..” Itulah yang diulang-ulang selama satu semester. Aku buat proposal, submit, dia check, komen sana-sini. Tapi tak bagi jalan penyelesaian. Kerja dia cuma check dan tunjuk mana diperbetul. Aku lost. Aku tau ada kesalahan dalam proposal aku tapi macam mana nak betulkan? Dia tak pernah tunjuk. Satu semester habis macam tu saja.
Masuk semester kedua, Mac 2016 aku masih lost. Academic research proposal basically has three chapters; Introduction, Literature Review, and Methodologies. Selama dua semester, aku hempas pulas nak betulkan Literature Review. Reseach method aku camne? Pigi mampus. Tanya supervisor? Jawabnya, “You don’t read enough articles..” Wakluuu.. Archive Mendeley aku sampai seribu artikel kau cakap aku tak cukup membaca?? Semester kedua pun habis macam tu saja..
Semester ketiga, September 2016; aku diugut supervisor aku. Aku kena defend proposal dalam semester tu kalau tak Master’s candidacy aku revocable. Aku dah mula ‘kan cheong’ (nervous). How in the hell am I suppose to defend my research proposal while I have absolutely no idea about my research methods? Jadi lauk aku nanti depan panel dan pengerusi. Beronok-ronok depa nanti hentam aku. So how? Dalam kesibukan bekerja, aku cuba siapkan yang terdaya. Chapter 3 (Research Methods) aku cuma letak general methods. Aku siapkan, aku submit kat penyelia (1st and 2nd supervisor), and they texted me saying my proposal was good to go. Esoknya aku submit ke pejabat Fakulti.
Not long after that, October 2016, aku dipanggil untuk defend proposal. Seperti yang dijangkakan, aku kena hentam. Lastly they asked me, “Are you working?” Aku jawab “Yes, I am. As a Dealer in Maybank. ” Kesemua 5 panel termasuk chairman tersandar. Kata chairman, “You have a good understanding of the subject but your flow of thoughts berterabur. Your methods were all cincai bocai. How did your supervisor permits you to go for a defence?” Aku jawab aku tak tahu. Aku cuma ikut penyelia aku. Dia kata ok, pergilah. Sami’na wa atho’na. Kami dengar, kami taat. Aku macam dah rasa akan kena major correction. Turned out it was only a minor correction. “Kita tengok weightage contribution awak.. Kita tak selalu dapat student research buat pasal Derivatives Market.” Kata mereka. Aku balik, sujud syukur.
Mac 2017; dah 2 tahun aku jadi pelajar Sarjana tapi progress? I didn’t understand my work, I didn’t understand my research objectives, I wasn’t even sure my research methods! Jumpa penyelia, “Read more, Frankie..” Aduyai.. Rasa nak quit pun ada. Tapi aku scholar MyBrain15. Mati aku nanti kena bayar balik. So aku tabahkan hati, redah!
April 2017, aku decide untuk attend Time Series Regression workshop kat School of Mathematical Science, USM Penang. Aku sanggup bayar RM1100 untuk 4 hari kelas. Aku cakap kat bos aku, aku nak cuti 4 hari, aku nak pegi kursus kat Penang. Jauh aku merantau sebab penyelia aku tak boleh mengajar aku tapi taknak mengaku tak reti mengajar. Sesi pertama workshop aku diajar oleh Dr. Eng Yoke Kee (UTAR). Nak tau dia ajar apa? For the first one hour, diajarnya Y=mX+C!! Ya tuan-tuan, abang kakak sekalian. Kami, pelajar Sarjana dan Kedoktoran yang buat research berkaitan Time Series kena belajar balik Matematik Moden Tingkatan 4. Kami kena buat latihan topik Garis Lurus dan Kecerunan. Sebab katanya kalau y=mX+C pun tak faham macam mana nak faham Econometrics model yang lebih kompleks? Long story short, selepas y=Mx+C, kami belajar buat Persamaan Algebra. Yaa.. Matematik level PMR/PT3! Kenapa? Sebab Econometrics adalah gabungan 3 cabang disiplin ilmu; Ekonomi, Matematik dan Statistik. Kami kena refresh balik Algebra factorization, Index and Logarithm dalam Matematik dan Matematik Tambahan untuk memudahkan kami buat modification kepada methods ikut kesesuaian research objectives masing-masing. Habis belajar level PMR/PT3, pengajar lain masuk. Nama dia Dr. Zainudin Arsad (USM). Diajarnya asas Time Series Regression sampai la ke modified Econometrics modelling, iaitu method yang aku akan guna dalam tesis aku. Aku puas hati. 4 hari berkampung di USM, bermalam di Pusat Islam USM, aku puas hati! Selepas 2 tahun berhempas pulas nak faham halatuju kajian aku, akhirnya ada guru di USM yang sanggup memahamkan aku yang terkial-kial.
Aku balik KL, aku siapkan Chapter 3 aku. Benda yang ambik masa aku 2 tahun untuk aku faham, aku siapkan dalam 2 minggu. Lepas tu aku terus run Eviews, terus tulis dan buat ulasan dapatan kajian (Chapter 4 Findings and Analysis). Semuanya ambik masa 4 minggu. Habis tulis kedua-dua chapter, aku submit ke penyelia aku. Dia diam tak terkata tengok betapa detailnya aku buat Chapter 3 aku. Setiap equation aku terangkan satu persatu teori di sebaliknya. Aku sertakan hujahan kenapa aku pilih kaedah tu berbanding 10 kaedah yang lain yang selalu digunapakai oleh penyelidik akademik yang ditunjukkan dalam research article. Aku jelaskan semuanya dalam tesis aku! Dia ambik masa 3 bulan untuk baca manuskrip aku. Cari kesalahan agaknya. Akhirnya cuma Chapter 2 (Literature Review) yang dikomen sebab flow of thoughts berterabur. Ahhh itu kerja senang! Susun saja! Aku senyum. Aku cakap “Give me 5 weeks. I’ll revert everything to you including Chapter 5 ( Discussion and Conclusion).” Itu pun bulan Ogos baru dia bagi balik suruh aku betulkan.
September 2017, semester baru. Maksudnya dah 2 tahun setengah aku jadi pelajar Sarjana. Penyelia aku Whatsapp; katanya Masters candidate has to present and publish at least ONE academic article, sebagai syarat graduasi. Aku cakap aku takde duit nak pegi present kat conference. Dia kata takpe, dia akan cari geran. Masa tu aku terbayang dah.. orang seluruh dunia akan buat citation nama aku like ‘According to Frankie (2017) bla bla bla..’ Aww yess.. Aku akan ada nama dalam dunia akademik. At least ada satu artikel. Rupanya artikel tu kena letak penyelia nama Penyelia Utama dan Penyelia Bersama sebagai corresponding author. Lorhhh.. Maksudnya ada 3 nama dalam satu artikel? HELL NOOO.. Co-supervisor aku haram tak pernah ajar apa pun cara buat kajian kat aku! But that argument was just in my mind. Aku taknak kurang ajar dengan guru. Sami’na wa atho’na. Kami dengar, kami taat.
Mid-September 2017, this truly reveals the dark side of the academic world in Malaysian public universities. Sekarang aku faham kenapa UiTM takkan boleh menyaingi UTM dan USM sebagai top research university dalam Malaysia. Nak dijadikan cerita, penyelia aku call, bagitau geran aku dah lulus. Tapi disebabkan aku student part time dalam fakulti, artikel tu kena letak nama Penyelia Utama sebagai main author, aku sebagai second author, Penyelia Bersama aku sebagai third author, DAN Ketua Jabatan tersebut sebagai fourth author. Sweet rutabaga pie.. that was ridiculously hilarious! Aku yang penat 2.5 tahun menaip tesis, habiskan duit fly ke Penang belajar research methods, akhirnya 3 orang akan jadi penumpang setia artikel aku atas alasan aku pergi conference guna peruntukan UiTM? Bloody hell?! Aku lagi sanggup letak nama kedua-dua pensyarah yang ajar aku Econometrics research methods dari UTAR dan USM (Dr. Eng Yoke Kee dan Dr. Zainudin Arsad) sebagai corresponding authors! At least they tried hard to make me understand my research methods! Penyelia aku lepas tu whatsapp aku, ok tak jadi co-author dan presenter dalam conference? Aku reply “Do I have any other choice? Tak kan? So proceed je lah as long as I can finish my Masters in UiTM.” Dia blue tick, senyap. Aku tau dia terasa dan boleh agak aku kecewa dengan political playground yang membuli pelajar postgraduate UiTM.
So this is it. For prospective Master by Research candidates, fikir baik-baik. Buat Master by Coursework lagi senang. Setahun je habis. Then can proceed do your Doctorates. Here, I want to officially validate all the statements by Dr. Othman Talib (UPM); kau join je postgraduate, migrain kau yang pertama adalah kena cari ‘gap’. Penyelia kau takkan habis suruh kau cari ‘lompong-lompong pengetahuan’ untuk disumbangkan kepada body of knowledge. Migrain kau yang kedua adalah kau akan jumpa penyelia yang tak reti apa-apa pasal kajian kau tapi taknak mengaku! Dear lecturers/supervisors, kami sebagai calon Sarjana dan Kedoktoran tak pernah expect pun anda tahu semua benda. Tapi kami lebih suka kalau anda mengaku dari awal; “I am not really familiar about your research (methods), but I would strongly support if you want to find seminars out there in order understand more about your research.” Cukup! Kami akan faham. Migrain kau yang ketiga dan bukan terakhir adalah kau akan jadi co-author untuk artikel yang kau taip dan usaha sendiri. Kalau dah terrrrr-daftar jadi calon Sarjana Penyelidikan, godspeed, I wish you best of luck.
– Frankie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment