pertama sekali, sebab untuk aku menulis ni bukan nak meratapi nasib, tpi lebih kepada utk bagi motivasi kepada diri dan kawan-kawan serta mohon kata-kata motivasi daripada para pembaca sekalian
aku rasa semua yang bergelar fresh grad akan merasa benda ni kecuali yang certain cases Allah pilih rezeki dia laju je – dapat kerja cepat. aku tak tahu nak salahkan ekonomi atau iman aku yang makin menipis, tapi wallahi, setiap hari aku rasa tertekan memikirkan kerja.
aku yakin rezeki tuhan tu akan datang pada masanya dan tidak pernah salah alamat. cuma yang menjadi masalah ialah bila kita compare hidup kita dengan orang. Yes, aku baru je grad. aku rasa msalah aku tak setanding pon dgn org yang Allah uji macam-macam lgi. tapi, sebagai manusia biasa, aku pun ada hati dan perasaan. Sedangkan ranting pon bole patah, apatah lagi hati
aku sedih sangat, bila dpat tahu ramai kawan-kawan aku dh secured job. lagi menyedihkan aku bila kawan baik sendiri dalam diam dh bergelar executive syarikat gergasi di msia ni. tak yah cite syarikat apa, korang boleh google sendiri syarikat msia yang dh jd among Global Fortune companies. Ye, rezeki dia. Aku takleh bangkang sebab itu datang dari Allah
Aku penat nak jawab persoalan orang kampung ” kau bila nk kerja? kerja part time restaurant je ke?’ . Serious, aku rasa antra sebab kenapa aku stress jugak ialah mulut-mulut manusia. Setiap kali diorang tnya je, mesti aku akn rasa sebak. sebab aku sendiri pon tak tahu bila aku akan dapat kerja. Ye, boleh jadi esk, bole jadi minggu depan, boleh jadi bertahun-tahun lagi (na’uzubillah)
setiap kali aku bangun pagi, aku berharap aku akan dapat call/email daripada syarikat yang aku tunggu-tunggu. Tapi utk masa ni, hampa. Dan pada masa yang sama, kawan-kawan aku sibuk nak tweet/status ” yes. no more unemployment’ . waktu tu la, syaitan nk cucuk-cucuk buat aku rasa jealous dengan rezeki diorg, Dan as usual aku akn nanges, mintak kat Allah semoga Allah bagi aku dapat merasa nikmat yang sama
nota kaki : people, jgn show off sgt, ada org yang tgh struggle. tak semua org dpt nikmat yang sama kau rasa
Aku harap kalau ada kawan-kawan pembaca yang ad cerita inspirasi, tolong share dengan aku . In need of motivation. Nak bagi hadis dalil pun takpe. Most welcome.
Btw, memang aku dh baca kisah2 inspirasi kt iium confession ni pasal rezeki. cuma sekarang aku perlu tips utk sabar. Anyone can help me?
– Hamba Ilahi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment