Thursday, 21 September 2017

Bagi RM1 dapat RM500

PengakuanKu

Sebelum aku bercerita, let’s me introduce myself first. Aku seorang perempuan, baru beberapa bulan berkahwin dan alhamdulillah masih mempunyai kedua ibu bapa yang sihat. Buat masa sekarang, aku PJJ dengan suami dan setiap minggu aku akan balik jumpa suami di Perak dimana family aku dan family suami juga tinggal di Perak.

Balik kepada tajuk cerita aku, hari ni aku nak berkongsi cerita berkenaan apa yang terjadi pada diri aku bulan ni. Macam korang semua juga, bulan lepas gaji masuk sebelum cuti Aidiladha, so banyak duit yang telah dikeluarkan untuk raya. Dan tahun ni aku sekeluarga beraya di negeri orang di mana sepupu aku melangsungkan perkahwinan masa cuti Merdeka. Maka, korang pun boleh expect kan duit gaji yang mengalir bagai susu yang mencurah ke ladang gandum tapi tak jadi coco crunch. Ok melawak sikit.

Walaupun aku ada suami dan ayah aku masih bekerja, tapi bagi aku, aku bekerja dan mempunyai income sendiri. So kalau keluar bercuti bersama family sebelah aku, aku akan usaha untuk keluarkan duit sendiri dan ayah aku takkan keluarkan duit langsung. Kalau keluar dengan keluarga mertua selalunya suami aku akan bayar dan aku akan top up sikit. Untuk bulan ni, belum sampai tengah bulan duit aku dah habis. Selalunya paling koman pun, 15hb duit aku akan tinggal RM300, tapi kali ni baru 10hb duit aku tinggal RM200 lebih je. Dan minggu lepas, aku terpaksa balik kampung untuk bawa mak aku appointment hospital. Aku expect memang tak cukup, so aku keluarkan duit ASB lagi RM300 untuk duit minyak dan tol aku balik dari kampung ke tempat aku bekerja. Aku keluarkan duit hari jumaat, hari Ahad aku nak balik, aku hulur duit sikit kat ayah aku, aku bagi duit belanja pada adik aku yang nak masuk belajar sikit, isi minyak kereta dan topup touch n go, habis RM300!

Minggu ni paling tragis sebab duit dalam dompet aku habis terus. Tapi aku takde risau sangat sebab masih ada baki RM140 dalam akaun. So, semalam aku keluarkan RM100 untuk duit minyak dan tol aku balik kampung hari ni, esok kan cuti Awal Muharam. Keluar dari bank, aku tengok dalam dompet ada duit 1 ringgit sekeping. Dekat luar bank ada orang minta derma untuk madrasah apa ntah, aku pun bagi je duit seringgit tu sedekah. Aku fikir masa tak ada duit ni la kita kena sedekah untuk gandakan balik duit kita. Mana tahu boleh jadi macam Nabil Ahmad, dia sedekah seringgit dapat RM50,000. And true enough, pagi ni tiba-tiba bos aku panggil masuk office dia, dan dia bagi aku cek RM500 sebagai imbuhan sebab report yang aku buat bulan lepas lulus. Ya Allah, aku memang bersyukur sangat-sangat. Aku keluarkan RM1 semalam, hari ni dapat RM500.

Sebenarnya banyak lagi cerita berkenaan apa yang aku dapat dengan amalan bersedekah yang aku amalkan. Kawan-kawan office selalu tanya, macam mana aku still lagi boleh menyimpan duit bulan-bulan padahal setiap minggu balik kampung. Rahsia aku satu je, manjakan keluarga kita terutamanya ibu kita. Sedekah yang paling baik adalah kepada keluarga kita sendiri. Selagi parents kita masih hidup, usahakan bawak mereka ke mana saja mereka nak berjalan, dan usahakan bagi apa yang mereka teringin nak makan. InsyaAllah rezeki kita tak akan habis.

Moga cerita yang aku kongsikan ni boleh menjadi titip permulaan untuk korang mula bersedekah. Dan semoga semua yang baca cerita ni akan dimurahkan rezeki, Amin. Korang doakan aku dapat kerja di Perak ye, tak payah PJJ dengan husband lagi. Hihii

– Idzsha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.