Assalamualaikum. Aku nak ucap terima kasih Admin kalau confession aku ni tersiar. Aku S, 20 an. Dah habis degree. Aku datang dari keluarga yang sederhana. Tak susah sangat, tak mewah sangat. Ok straight to the point. Aku tulis ni sebab aku buntu sangat dah. Aku cuti dah lama tapi mak ayah aku busy, jarang ada kat rumah.
Memandangkan aku anak yang besar dan tengah cuti, komitmen untuk uruskan adik2 yang lain tu memang serah kat aku la. Boleh dikatakan semua urusan kat rumah ni aku yang kena buat.
Dari bangun pagi aku hantar adik pergi sekolah sampai lah ambil adik balik dari sekolah, then siapkan makanan untuk diaorang. Kadang tu kalau malas aku goreng megi je senang keje. Malam pulak memang ko boleh dengar la pung pang pung pang aku membebel. Mana taknya dengan nak suroh adik2 aku siapkan kerja sekolah, dengan nak masak lagi, seterika baju adik lagi. Fuhh benda ni kalau buat hari2 boleh bebal jugak wei.
Mak ayah aku kalau dalam seminggu tu dalam 4 ke 5 hari jugakla tak ada kat rumah. Aku tahu ko mesti pikir mak ayah aku lepas tangan kan? Taklah. Mak ayah aku selalu je hello2 aku, tanya kabar adik2. Aku ok lagi setakat ni, tak de nak merungut beriya sebab aku cuba paham situasi mak ayah aku.
Duit poket memang mak ayah aku bagi. Dari situ la aku beli segala sayur ikan udang untuk masak bagi adik2 makan. Dari duit tu jugak aku guna untuk isi minyak kereta. Ko boleh faham la berat hati nye macam mana time nak bawak keluar duit tetambah masa minyak tengah naik. Susah hati wei. Yelah nanti laju je duit aku habis. Duit poket yang aku dapat ni cukup2 pulak tu. Memang aku takleh nak bermewah2 sangat la cerita dia. Kang kalau cepat sangat habis jenuh aku nak kena jawab kat mak ayah aku.
Lagi satu aku tak tahu kenapa aku rasa segan kalau nak minta duit lebih dari mak ayah aku. Contoh aku nak beli skincare. Ko tahulah skincare sekarang bukannya murah sangat kalau dah tambah2 tu melengung jugak la aku tengok harga dia. Sebab macam ni la aku kalau boleh tak nak minta duit lebih dari mak ayah aku.
Banyak pulak aku mention mak ayah dalam tulisan aku ni. Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal mak ayah yang berjauhan ke apa atau deritanya duit tak cukup atau tak boleh kerja sebab kena jaga rumah dan adik.
Aku sejak dua menjak ni tak tahu la kenapa otak aku ligat duk pikir macam mana aku nak buat duit dari rumah since aku tak dapat nak kerja lagi buat masa sekarang.
Aku dah baca satu confession pasal side income. Selain tu, aku ada jugakla tanya member2 kerja apa yang bagos untuk orang yang macam aku ni. Dalam banyak2 jawapan, aku berminat pulak nak jadi dropship.
Aku pilih dropship sebab ko tak perlu modal besar compare kalau jadi agent. Aku ni boleh join kategori bengap jugak la kalau nak sembang pasal bisnes. Tapi bezanya aku punya cita2 yang tinggi untuk maju dalam bisnes satu hari nanti. Cewah sembang kan. Serious talk, aku perlukan bantuan korang yang dah baca confession aku ni.
Ada ke antara korang yang pernah jadi dropship dan apa cabaran yang korang dah lalui? And ada tak antara korang yang dah jadi dropship, at the same time ada kerja tetap? Kalau ye, aku nak tahu jugak korang boleh ke handle dua komitmen dalam satu masa? Korang buat dropship barang apa? Boleh tak siapa2 suggest kat aku barang apa patut aku pilih kalau nak jadi dropship? Aku buntu taktahu nak jadi dropship skincare ke T-shirt ke sneakers ke ataupon aku patot jadi dropship handbags atau baju muslimah macam T-shirt labuh? Atau jubah? Atau tudung? Ok kenapa dah gaya macam aku buat survey pulak ni. Aku cuma nak tahu pendapat dan pandangan korang sebagai pembeli atau pelanggan ni, barang jenis macam mana yang korang suka (highly demand) dan yang possible korang akan beli. And kalau korang rajin aku nak minta tolong korang mention sekali range harga yang korang expect untuk setiap barang2 tu. Terima kasih sangat2 sebab korang sudi baca confession aku dan aku harap sangat korang dapat bantu aku yang sedang buntu ni.
– Aku yang buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment