Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUMC. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan saya yg tak berapa luahan ni.
Ok terus kepada point. Tak perlulah pengenalan diri, ye.
Aku sekarang tinggal di kuarters percuma bersama 4 orang rakan sekerja termasuk seorang yang telah berkahwin dan mempunyai anak 3 orang berusia 3, 5&6 tahun. Dua yang besar tu lelaki.
Sebelum aku lupa, ye kawan kami yg dah jadi ummi orang tu berpjj, suaminya berkerja di luar negara, so jarang la dia jumpa laki dia. Dia ada rumah sewa sendiri, tapi jauh dari tempat kerja kami, jadi bila suami dia balik je baru dia ke rumah sewa sebab ada tukang drive. Ni dia kata. Dan mmg bahaya pun sebab masa drive, anak kecik dia suka2 je menyusu dengan dia, beriba dengan dia. Aku takut sebenarnya naik ngan dia tp kami yang lain xboleh drive, so ikut je la.
Ok. Balik to point. Rumah kami ni ada 4 bilik, masing2 semua mempunyai bilik sendiri kecuali dua orang yang berkongsi bilik utama. Tapi kami ni jenis tak kisah pun, kadang2 kitorg tidur suka2 hati je kat bilik mana2 terutama malam hujung minggu, selagi tuan bilik tu ada dan tak menceroboh hak peribadi kawan2.
Anak kawan kami tu pun dah mcm adik2 kami je, kadang bila ummi diorang keluar beli barang ke hujung2 minggu, tak pun kena ke tempat kerja, kami jaga je sebab diorang bukan jenis kuat menangis. Banyak cakap je la, tapi tu ok je.
Cuma budak2 ni kami tak bagi masuk bilik kami sebab nanti habis semua barang jadi “mainan”. Terutamanya bilik aku la, banyak stok makanan, n teddy bear, paper crafts, sticker 3d, frame gambar, projektor utk tgk movie sekali dgn skrin lcd, karpet kartun2 n banyak la sebab aku suka buat benda merepek2 ni. So selalunya kami jaga diorang dalam bilik ummi diorang, atau di ruang tamu je. Selamat.
Tapi yang tak bestnya, bila kami takde, anak2 dia ni jadi xmakan saman, suka2 masuk bilik kami main barang kami. Si mak orang ni jenis tak marah anak. Habis2 dia cakap “Along, Angah, jangan, nanti acik tu marah”, tu pun alahai, aku rasa kalau aku jadi budak tu, bunyi macam mak tengah cakap time tido je nadanye. Kalau kami ade, mmg budak2 tu behave sangat, sebab semua garang. Haha.
Kadang kalau kitorg keluar ke, balik kg ke, ade je message dari member tu, kata hero2nye masuk bilik kitorg. (bilik kitorg takde tombol pintu) Terpecahkan itu. Makan ini sampai habis. Koyakkan benda tu. Air manis tumpah atas katil/karpet. Bergayut kat langsir sampai patah railnya. Sepahkan baju dalam almari. Agaknye kalau ada ladder, lampu siling ngan kipas pun boleh janam janam janam dapat kat diorang.
Ok kalau dia jenis melarang anak dia tapi anak dia degil, takpe. Kalau hyperaktif lun kita faham. Dimaafkan. Tapi anaknye narmal, sihat. Ditambah pulak dia ni yang jenis biar anak dia. Aku tau la mak dia akan ganti. Tapi kalau tak pun aku bukan kesah pun barang aku tu, sebab seringgit dua ringgit je kalau setakat hiasan kat meja, sticker aku smua tu. Yang aku geram mak dia jenis biar macam yang aku cakap tadi.
Bukan kitorg tak tegur member tu. Tapi dia pegang prinsip mak2 moden yang “Takkan marah anak, takkan tinggi suara kat anak sebab nanti anak tu rosak emosi”. Hei geram pulak aku. Haihhh aku pun tak tau la nak letak tajuk ape ni, min.
– Tulip Kantan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment