Thursday, 21 September 2017

Stop Being A Whiner

PengakuanKu

Hai. Kenalkan, aku Sailormoon.

Dua tiga menjak ni, selalu naik dekat newsfeed fb aku pasal soalan2 budak darjah satu (atau sekolah rendah) yang dikatakan susah dan tak sesuai dengan mereka. Ada yang di-up-kan oleh guru, ada yg ibu bapa sendiri yang adukan. Kemudian akan ada pinggan tambah.

Dalam post2 tu, kebanyakan akan cakap soalan ntah apa2, soalan terlalu tinggi, soalan tak berpijak di bumi. Actually kan, semua orang yang pernah belajar math / addmath mesti akan ingat quote ni: “alah, belajar x y z ni nak guna masa ikan dengan sayur ke? Sin? Cos? Tan? Berguna ke pecahan, ratio etc masa nak beli biskut meri?”

Kita lupa, ilmu yg kita malas2 belajar masa zaman sekolah, sampai satu masa anak kita pulak tanya kita minta ajarkan. Atau anak murid. Tapi walau 20 tahun berlalu, kita masih mengekalkan mentaliti yg sama, – soalan tu tak berguna buat apa kau belajar – ditambah kata2 untuk menyedapkan hati: soalan tu salah, dan kritikan2 lain yang kita boleh baca di ruang komen…

Secara peribadi, saya fikir itu pendapat masing2. Ibu bapa kenal sendiri keupayaan anak mereka. Tapi kemuncaknya bila tadi nampak orang up kan pasal soalan spa (tempat mintak kerja gomen) yg susah. Soalan interview susah.

???

Berhentilah jadi whiner. Berhentilah mengeluh dan mengadu di media sosial bahawa soalan anak kita susah, soalan kita nak kerja pun susah. Bukan cikgu tak nak bagi markah tinggi, bukan gomen tanak amik kau kerja, tapi itu kriteria mereka, itu kpi mereka. Kalau kau tak komplen masa zaman belajar dulu, sanggup susah payah belajar utk faham, willing to give extra effort, in shaa Allah kau boleh ajar anak kau bila dia tanya soalan. Mcm kau tanya mak ayah kau dulu soalan matematik…ada diorang komplen soalan tu susah? Kalau diorang tak tahu atau tak pernah belajar, diorang tetap suruh kau cari jawapan sampai dapat..bukan suruh mengadu mengeluh dll.

Nasihat aku utk persediaan nak interview, rajin2 lah buat IQ test di internet. Atas daripada 70 alhamdulillah kau tak sindrom down. Even para pesakit sindrom down pun boleh tambah tahap IQ mereka jika persekitaran dan mood mereka membantu. Buat iq test banyak kali daripada main kuiz bila saya akan berkahwin, adakah lee min ho itu jodoh anda, apakah kereta idaman anda? IQ test. Google. Takpun bykkan main riddle.

Past is past. Tak ada org berhak judge u, but dont make them have to. Kalau pernah komplen soalan ntah apa2 etc, aku harap lps2 ni newsfeed aku meriah dengan “eh, jom discuss soalan spa nih, tadi aku tak dapat jawab lah” “anak aku punya soalan nih sapa dapat tlg aku cari jawapan?” etc. Hashtag masyarakat idaman.

Sekian. Maaf jika terpanjang. Take home message, stop being a whiner.

– sailormoon yg nampaknya aku juga jadi si pemkomplen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.