Assalamualaikum readers. Nama aku Ali dan benda yang aku nak ajak korang bahaskan ialah punca jodoh lewat bertandang. Hah gituwww ! Harap semua boleh hujah dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran.
Sejak domenjak ni, kerap jadi isu naik dekat news feed aku mahupun kawan kawan sekeliling aku pasal rungutan atau perlian terhadap teruna dan dara yang masih belum berkahwin. Dan kita semua sedia maklum bahawa jodoh pertemuan ajal maut rezeki tu semua di tangan Allah tapi kita sebagai hambaNya tak salah kalau berusaha. Berusaha di sini bukan hanya searching for jodoh tapi berusaha jadi diri sendiri yang berkualiti sebelum harap jodoh sampai dekat engko ! Ye abang tengah emosi ni, dik.
Satu tips abang untuk yang masih bujang, sebelum engkau tanya si dia sudi tak nak kawin dengan kau, kau tanya dulu diri sendiri, kau sudi tak nak kawin dengan orang yang ada perangai macam kau. Faham ? Senang sembang, will you marry yourself la. Yela, kalau engkau sedar diri engko tu perangai macam jibake, kau rasa orang nak ke kawin dengan kau ? Kau nak ke kawin dengan orang yang perangai macam jibake ? Pergi berdiri depan cermin sana, tanya diri sendiri. Jodoh kita cerminan siapa diri kita. Jangan hipokrit.
Nak dijadikan cerita, abang ni dah kawin (sorry ye anak dara sekalian, tapi kuota abang ada tiga kosong lagi. wakakak) dan ada adik ipar perempuan. Dua orang. Sorang ni elok, cantik, baik persis bidadari abang umur dia 25 baru habis belajar tengah tunggu kerja. Yang tu okay la, malas abang nak cerita sebab perangai dia, bagi abang yang lelaki ni tak ada masalah kalau nak jadikan bini. Tapi yang lagi sorang ni, nau’zubillah. Bukan abang nak mengata tapi benda nyata depan mata. Yang nau’zubillah ni umur 29, lepas habis stpm terus kerja tu pun kerja bini aku yang rekomen. Mula mula jadi kerani je tapi sekarang dah naik pangkat jadi branch manager dan tocang dia pun sama sama naik. Kedai vendor biasa je, engkorang jangan expect dia manager company oversea pulak. Haha. Okay, abang called her F la.
Engko kalau tengok dia based on rupa, not bad. Pandai bergaya, fesyen up to date. Barang mahal mahal, yelah dah berkerjaya kan. Kalau dekat facebook pulak, post post dia amboi bukan main baik, sopannn je. Kalau dia share pasal kucing, caption tak mau kalah dik, seolah macam dia spesis manusia paling penyayang. Kalau orang tengok mesti akan kata ‘ee dia suka kucing la, cantik penyayang pulak tu. comelnya’. Ah comel pakhang ! Engko taktau macam mana perangai dia dekat rumah. Dah macam zionis. Lepas tu, merenyam dok update sana sini pasal encik jodoh yang tak kunjung tiba. Eh kalau abang pun, bukan setakat kunjung, nak singgah kejap pun takmau la dekat perempuan puaka macam hang.
Bini abang ni ada lima adik beradik, yang sulung ni lelaki dah berkawin tapi rezeki dia kurang daripada kami. Mungkin rezeki dia kurang di dunia tapi melimpah di akhirat. Abang ipar abang ni tak ada kereta, cuma ada motor. Ada anak kecil dua orang. Pernah abang ipar ni call F minta tolong hantar anak dia pergi klinik sebab hujan since rumah abang ipar dengan rumah mertua abang ni dekat je tapi engkorang tau apa respon si F lepas dia off call ? Uish abang dengar pun tak sampai hati. Dia kata ‘dah tak ada kereta, sibuk nak ada ramai anak. Tak habis habis nak menyusahkan aku je.’ Abang ada dekat rumah mertua masa tu so, abang dengar la. F ni kalau dengan abang dia, memang panas hati betul, ada je yang tak kena pada mata dia. Dan yang jadi mangsa, anak abang ipar tu la. Abang pernah nampak sendiri dikkk si F tu tarik rambut anak buah abang. Sejak tu abang tak berani nak lepaskan anak abang berdua je dengan si F tu. Perangai dah macam mak tiri yang kejam. Memang patut la kud Allah tak jumpakan jodoh dia lagi. Bini abang pun abang dah warning jangan lepaskan anak dekat si F tu. Lantak la bini nak terasa ke apa dah memang adik dia perangai macam hantu.
Jangan kata dengan abang dia je, dengan mak abah dia pun mulut dia puaka dik. Setakat respon dengan nada kasar tu, dah selalu sangat dengar. Bini abang ni antara yang terapat dengan F. Dah selalu sangat tegur tapi end up mesti gaduh tak bertegur. Ingatkan kalau gaduh, boleh la berubah tapi harammmm. Kadang bini abang cerita dekat abang yang si F ni ada pakwe tapi dorang tak lama pun bercinta. Macam mana nak kekal lama kalau relationship tu fake ! Plastik. Hipokrit. F ni kalau cakap dengan pakwe bukan main lembut. Siap gelak manja. Alahai. Tapi kalau bercakap dengan mak abah atau adik beradik, fuhh ! Macam petir. Maki adik dia macam adik dia tak ada perasaan. Pernah dia masak dekat dapur, mak mertua abang pergi dapur tanyadia masak apa, dia respon ‘orang masak sikit je. kalau nak masak sendiri eh’. Allah, sakitnya hati abang dik. Memang patut laa kau tak dibagi jodoh lagiiiii.
Abang bukan tak tegur dia, abang pernah juga tegur kalau dia cakap kurang ajar dengan mak abah tapi dia boleh perli kata ‘orang luar tak payah sibuk.’ Kejadahnyaaa. Memang tak la abang nak tegur lagi. Kang tak pasal sebab dia abang gaduh dengan kakak dia si bini abang. Abang kadang rasa macam dia ni fikir dunia dia sentiasa cerah tanpa mendung. Dia nak tolong adik beradik yang lain pun berkira, abang tak dapat bayang kalau dia susah nanti siapa yang dia nak minta tolong. Kalau abang, memang tak la. Sila mendiang engko sana.
Bayangkan la, dengan adik beradik sendiri pun macam tu, kalau dengan adik beradik suami, ipar duai biras macam mana lagak dia. Dengan mak abah sendiri tak reti hormat, macam mana nak hormat makbapak mertua. Nak jodoh mudah sampai, sama sama la usaha. Usaha untuk permudahkan urusan jodoh. Berbuat baik pada orang lain pun salah satu cara untuk dimudahkan segala urusan kita. Kita tolong orang, Allah tolong kita.
Aku tau adik ipar aku tu follow page ni. Minta readers sekolahkan dia kejap. Aku tau korang bukannya semua cikgu tapi kalau nak sekolahkan orang, korang memang nombor satu. Kan ? Kahkahh. Nak sekolahkan abang pun abang okay je. Okay, sila silaaa.
By the way, thank you sudi baca luahan dan pandangan abang. Assalamualaikum.
– Alimunan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment