Assalamualaikum. Kalau post aku ni disiarkan terima kasih daun keladi kepada para admin.
Benda yang aku nak luahkan ni aku ni takdelah berat mana pun cuma aku nak tanya pendapat korang. Kalau orang HR yang beri pendapat pun bagus jugak. Aku kerja dengan sebuah syarikat gergasi di Kuala Lumpur. Syarikat ini mengamalkan flexible hours kepada semua staff tidak kira pangkat; asalkan mencukupi 7 jam bekerja.
Yang jadi masalah bila kita kerja dibawah boss yang kononnya workaholic. Dia sentiasa berdedikasi dan semangat yang lain macam bila buat kerja sampai hari sabtu ahad pun turun kerja walaupun dah berkeluarga. Pastu masuk kerja hari biasa nanti dia akan cerita kat semua orang yang dia kerja weekend tu. Semua kerja dia nak buat masa tu jugak, walaupun deadline jauh lagi. Hasilnya kerja dia haru biru. Okay maaf dah lari tajuk pulak. Aku just nak cerita betapa workaholic nya dia.
Bila dia sakit (demam, selesema, batuk) yang tahap teruk pun dia still turun kerja. Batuk dan bersin tak henti, dengar bunyi dia tarik hingus je pun dah tau selesema dia teruk. Pejabat aku ni memang sejuk so kalau dia sakit dia siap bawak selimut & pakai stokin tebal lagi. Dah tahap macam tu pun taknak ambik medical leave lagi alahaiiii. Nampak tak dia punya berdedikasi?
Kitorang dah banyak kali suruh dia ambik mc, dia kata dia larat lagi nak kerja, demam je pun takkan nak cuti katanya. Kalau dia sorang je sakit takpe lah jugak, ni tak, kitorang satu division ni pun jangkit ngan dia. Bukan sekali dua tau, dah banyak kali. Mula-mula kena kat colleague aku, beberapa hari lepas tu aku pulak kena. Aku dah lah tengah pregnant 7 bulan. Punya lah kuat penangan virus tu sampai aku kena jangkitan air kencing (Urinary Tract Infection). Aku yang jenis minum air 3-4 liter sehari ni pun & jarang sangat demam, boleh terjangkit dengan dia. Doctor bagi aku cuti sakit 3 hari suruh aku rehat sebab badan panas & takut effect baby. Aku bagitau dalam group whatsapp kitorang, tapi boss aku tak respon apa-apa masa tu. Esoknya colleague aku pulak message kat group bagitau dia cuti sakit. Boss aku tu hantar message ceramah kitorang panjang2. Cakap kitorang tak pentingkan kerja, setakat demam sikit terus nak cuti sakit. Pastu dia sound aku sebab cuti sampai 3 hari. Nasib baik colleague aku back up aku. Orang pregnant ni memang banyak kelebihan dia kan hehehe. Ada sorang colleague aku jenis cakap lepas, dia cakap dalam group tu, ‘boss kalau you cuti sakit hari tu takdelah orang lain semua sakit sampai 2-3 orang cuti. I ni pun kalau teruk sangat flu & batuk memang I balik boss’. Terus boss aku left group hahaha.
Tu kali pertama, kali kedua dia sakit pun sama, division kitorang kena dulu dalam minggu pertama tu, yelah sebab meja paling dekat dengan dia. Tapi disebabkan pernah kena sound sebelum ni kitorang semua tabahkan hati kuatkan iman pergi kerja jugak. Masuk minggu ke 2, aku tengok satu department dah batuk, selesema. Ada beberapa orang cuti sakit sebab demam. Batuk dan bersin bersahutan. Ada sorang kakak ni sampai sekarang batuk dia tak baik2 lagi (dah 3 minggu). Dia kata dia memang selalu camtu, susah nak dapat batuk tapi sekali dah dapat susah nak baik pulak. Nampak tak betapa hebatnya penangan virus boss aku ni ? Yang best nya, dia buat tak tau je, tanpa rasa bersalah siap boleh gelak-gelak bila orang cakap dia lah penyebar virus. Dia tak perasan ke orang perli dia?
So pembaca-pembaca pulak, apa pendapat korang? Patut ke tak patut ambik cuti sakit untuk demam yang pakej sekali ngan batuk & selesema ni. Walaupun kita masih rasa mampu untuk bekerja, tapi kita perlu fikirkan orang lain jugak betul tak?
– Ina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment