Assalamualaikum admin dan semua pembaca. first, thanks untuk admin kalau admin siarkan. i really appreciate it. aku kenalkan diri aku sebagai nana (bukan nama sebenar) aku masih muda. awal 20-an dan sedang belajar di u di sekitar malaysia.
aku cuma mahu ceritakan tentang atuk aku. akibat rindu yg menggunung terhadap beliau, aku ingin cerita sedikit demi sedikit tentang sejarah aku bersama beliau.
atuk aku meninggal pada belasan tahun lepas. waktu tu aku masih kecil. berumur 8 tahu. akibat umur yg kecil, aku tidak dapat ingat semua kenangan terindah aku bersamanya.
kenangan yang aku paling ingat bila aku menjejakkan kaki ke rumah atukku di johor. semangat bila balik kampung hanya Allah je yang tau. sampai sampai di kampung aku tidak fikir lain tetapi terus memeluk atukku dengan erat. atuk yang sedang makan tersedak lalu segera minum air. apa yang aku tau masatu hanyalah gelak. apabila beliau cuba untuk mencubit ku, aku mula lari satu rumah. atuk ku hanya ketawa melihat gelagatku. waktu tu aku rasa dunia ni best gila!
aku akan balik ke kampung setiap minggu dan selama 2 hari. 2 hari sgt bermakna buatku. apabila aku dimarahi cikgu, mahupun cerita yg terjadi di sekolah, aku akan bercerita dengannya. beliau tidak pernah mengeluh semasa mulut kecilku berceloteh. dye hanya tersenyum dan mengangguk. tidak sah rasanya kalau setiap minggu balik ke kampung aku tidak melekat dengan atuk ku.
tetapi, segalanya berubah bila atuk aku diserang sakit jantung. aku masih kecil jadi aku tidak tahu apa yang berlaku. tiba tiba ibuku bercakap dengan kakaknya yg keadaan atuk nazak. aku masih kecil. aku tidak paham apa itu nazak. ibuku memandangku dan terus memeluk ku erat. aku pelik. apa yg sedang berlaku?
malam 22 April merupakan hari yg berpuaka bagiku. aku sedang tidur tiba tiba ibuku mengejutku dan berkata “jom kita tengok atuk. cepat siap, kak” aku hanya menurut. sepanjang perjalanan ibu hanya beristigfar sambil menangis. mulut kecilku bertanya “mama knp nangis?” “atuk kak… atuk” ibu tak menghabiskan cakapnya malah menangis semasa memandu. (ayahku bekerja sebagai polis dan perlu bekerja di waktu malam).
aku pelik. knp rumah atuk terang sgt ni? kelihatan byk selipar di hadapan rumah. aku tanya ibuku. pukul berapa sekarang? ibu menjawab pukul tiga pagi. aku semakin pelik. apabila kaki kecilku melangkah masuk kedalam rumah atukku, kelihatan nenek ku menangis manakala sepupuku yang sebaya dengan ku menangis di ribaan ibunya. apabila melihat sekujur tubuh sedang terbaring di hadapan sambil dilitupi dengan kain, aku tergamam. adakah itu atuk?
“mama tu atuk ke”
“ye kak, tu atuk”
baru aku mengerti atuk ku sudah tiada. air mata mengalir membasahi pipi. tidak dapat ditahan. walaupun masih kecil, aku kenal erti kehilangan kerana aku pernah mengalami kehilangan apabila sepupuku lemas di kolam dan menyebabkan dia meninggal.
akibat kejadian tu, kehidupan aku selepas balik ke kampung tidak sama. tidak ada org yang mahu bercerita, yang akan sergahnya bila dia sedang makan, dan tidak ada pelukan hangat seorang lelaki bernama atuk.
kenangan bersama atuk aku simpan di satu tempat khas yang aku takkan lupa sampai bila bila. rindu. perkataan rindu itu aku dapat rasakan sekarang ini. teramat rindu. andai diberi pilihan, aku ingin jumpa atuk ku dan memeluknya erat dan mengatakan aku sangat sayangkannya dan sgt merinduinya. walaupun sekejap, aku tersangat bersyukur. akhir sekali, aku harap atuk aman disana. atuk tunggu tau! nanti kita dtg jumpa atuk kat sana. rindu sangat!
– -cucu yang rindukan datuknya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment