Assalamualaikum.. Salam jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini..
Terima kasih IIUMC approve confession aku.
Aku Syaidatul. Umur aku, 25 tahun. Semoga apa yang aku nak sampaikan ni menjadi iktibar untuk adik beradik yang lain diluar sana. Aku anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Aku hanya ada sorang kakak. Dari kecil, aku tak pernah rasa keikhlasan kasih sayang daripada seorang kakak. Walau sekelumit kasih sayang, aku tak pernah rasa…. Yang ada, hanya kebencian terhadap aku…Tanpa aku tahu punca aku dibenci..
Kakak, sentiasa menganggap aku pembawa malang dalam kehidupan dia. Aku sedih… Hanya Allah yang tahu macamana perasaan sedih yang aku tanggung sejak dari kecil hingga sekarang. Dari kecil, aku sering dipukul oleh kakak. Aku disisihkan, aku dihina, dicaci maki tanpa belas kasihan. Aku hanya mampu menangis. Apa sahaja yang aku buat, semua tak kena pada pandangan kakak. Ibu sentiasa menyebelahi kakak. Sampai satu tahap, aku rasa aku disisihkan oleh Ibu kandung sendiri dan aku tak diberi peluang untuk rapat dengan ibu seperti kakak… Aku sayang Ibu.. Aku juga nak dapat peluang untuk bermanja dengan Ibu….
Sejak kecil, Kakak sentiasa memarahi aku tanpa aku tahu punca. Setiap kali aku bercakap dengan Ibu, pasti kakak akan memandang aku dengan sinis. Sampai satu tahap, aku putus asa. Kami berkongsi Ibu yang sama. Takkan aku tak ada hak langsung untuk bercakap dan berkongsi rasa sedih, gembira dengan ibu? Allahu.. Seringkali airmata aku menitis mengenangkan apa yang telah kakak lakukan. Aku sering ditinggalkan bersendirian. Setiap kali ibu keluar ke bandar, kakak mesti akan mengikuti Ibu. Kakak sentiasa menghasut ibu untuk meninggalkan aku bersendirian di rumah. Terkadang, bila aku menangis mahu ikut Ibu, kakak akan memukul aku, sepak terajang aku.. Aku hanya mampu pasrah dan redha…
Sejak daripada peristiwa itu, aku mula bangkit dan berdikari sendiri tanpa perlu memikirkan apa yang telah kakak lakukan pada aku. Setiap masa, aku berdoa pada Allah. Hanya mampu mengadu pada Allah.. Aku sentiasa berdikari sendiri tanpa mahu menyusahkan ibu dan abah.. Aku telah terbiasa disisihkan dan menyendiri.. Sejak kecil aku cuba mengemis kasih dari seorang Ibu dan Kakak.. Tapi, aku redha… Aku anggap ini sebagai ujian untuk aku terus kuat.
Setelah aku berjaya menamatkan pengajianku di sebuah Universiti Awam, kakak menghina aku… Dengan mengatakan bahawa, “Orang yang ada degree belum tentu cerdik”. “Orang yang ada degree belum tentu dapat kerja bagus”. Aku hanya mampu tersenyum dan pasrah. Bagi aku, kakak sengaja menyakitkan hati aku dengan perbuatan dan lisan. Takpe. Aku yakin, rezeki Allah itu luas. Man Jadda wa Jadda. (Sesungguhnya, sesiapa yang bersungguh-sungguh, akan berhasil).
Sehingga dewasa, kakak berkelakuan begitu terhadap aku. Aku rasa seperti berlaku penderaan emosi apabila kakak menghina aku. Kakak mengumpat aku bersama Ibu dibelakang aku. Aku hanya mampu diam dan berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku. Walau kakak bersikap talam 2 muka, aku tetap layan kakak dengan baik. Layanan yang sama aku bagi seperti adik-beradik yang lain. Kalau aku belikan adik bongsu kasut baru, aku akan belikan untuk semua adik-beradik yang lain kasut. Sebab, aku nak kakak tahu aku sayangkan semua adik-beradik aku. Sehingga sekarang, aku kuat disebabkan abah. Abah yang sentiasa memahami aku. Abah yang sentiasa tolong dan tenangkan aku apabila aku menangis di atas semua perbuatan kakak. Allah, kuatkan aku.. :'( Man Shobaro Zafiro (Siapa yang bersabar akan beruntung)…..
Sehingga sekarang, aku masih belum ada jawapan yang menyebabkan kakak membenci aku. Ayat “Pembawa Malang” sentiasa meniti di bibirnya sehingga kini..
Akhir kata, kepada pembaca diluar sana, hargailah adik-beradik yang kita ada. sayangilah mereka dengan sebaik mungkin. Jangan pernah ada sifat benci, iri hati dan dengki terhadap adik-beradik…. Sesungguhnya mereka adalah amanah Allah.. Sayangi mereka selagi masih ada waktu dan kesempatan… Seandainya aku diberi pilihan, aku takkan minta untuk lahir ke dunia jika kelahiran ku hanya menimbulkan kebencian kakak terhadap aku.. :'( Tapi, apakan daya.. Aku takkan mampu mengubah dan mempersoalkan takdir hidup yang telah ditetapkan. :)
Seandainya tiba waktu aku dijemput Ilahi, aku nak Kakak tahu, yang ku maafkan segala hinaan dan caci maki yang telah kakak hamburkan kepada aku sejak dari kecil. Aku maafkan segala umpatan mu terhadap aku. Semoga engkau sentiasa berada dalam lindungan Allah. Ketahuilah, aku hanya seorang insan biasa yang lemah, rapuh dan aku kuat kerana Allah s.w.t…
–
Adikkmu.
– Syaidatul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment