Salam 1 malaysia
Aku nak kongsi tentang kepelikan yang melanda diri aku dari kecik sampailah sekarang, yang mana aku rasa ciri-ciri kepelikan pada aku ni sampai sekarang aku tak faham kenapa ..
Dari darjah 1, aku mula masuk sekolah macam pelajar lain. Tapi aku jenis yang tak boleh duduk lama dalam kelas. Bukan sahaja tak boleh duduk lama, tapi aku juga tak boleh duduk statik. Paling lama pun 15 minit je aku boleh bertahan lepas tu aku dah gelisah. Kaki aku rasa macam nak cramp, rasa lenguh satu badan dan selagi aku tak bergerak aku rasa macam nak mengamuk. So, setiap 15 minit aku mesti dah macam cacing kepanasan.. pusing kanan pusing kiri.. kadang2 cakap nak gi toilet padahal aku just nak jalan-jalan je. Masa dapat berjalan tu Ya Allah nikmatnya! Leganya! Kalau tak memang aku terseksa yang amat atas kerusi tu
Disebabkan faktor badan aku yang tak boleh duduk diam tu, fokus aku dalam kelas terganggu. Hanya 15 minit pertama je fokus lepas tu dah rimas dan rasa terseksa. Then kalau dapat bangun dan berjalan, aku boleh fokus balik . Then another 15 minutes aku akan start balik rimas-rimas macam tadi. Aku bukannya hyper active ke apa, actually aku sendiri pun tak faham kenapa aku macam ni. Disebabkan aku selalu sangat ke tandas, aku selalu kena marah dengan cikgu. Padahal cikgu tak tahu yang aku terseksa tahan diri kat kerusi. Aku try gerak gerak badan dan kaki pun tak jadi apa. Aku tetap kena bangun dan berjalan untuk legakan badan aku balik.
Masalah tak boleh statik ni berterusan sampailah aku masuk sekolah menengah. Masalah ni tetap teruk dan masih sama. Paling aku sengsara sebenarnya ialah masa exam. Bayangkanlah masa exam takkanlah setiap 15 minit aku nak ke toilet? Memang aku tahan. Aku paksa diri aku untuk tak bangun dan gerak ke mana-mana. Seksa ! Memang seksa ! Sampai dalam dewan exam tu aku selalu tengok orang dah terdetik ‘kenapa orang lain rilek je duduk lama-lama? Kenapa aku tak boleh?’.
Masalah kedua aku ialah aku ni sejenis yang agak lembap. Aku jenis lambat pick up, lambat faham dan susah mengingat. Masalah slow learner aku ni bukan biasa-biasa sebab aku jenis yang perlu ulang banyak kali untuk ingat sesuatu. Contoh cikgu mengajar dalam kelas, cikgu cerita tentang sejarah merdeka contohnya. Aku cuma sempat catch up beberapa ayat terawal cikgu je sebenarnya. The rest aku dah tak leh nak pick up sebab otak aku masih digest baki baki ayat cikgu yang aku tak sempat catch up tadi. Boleh dikatakan otak aku ni sangatlah loading. Cikgu dah cerita muka surat 2, tapi otak aku masih di muka surat 1 dan akan terus stay di muka surat 1 sehinggalah aku faham. Then baru otak aku move on. Tapi selalunya sampai ke sudah aku akan stay di tempat yang sama dan sampai ke sudah jugaklah aku tak faham. Kadang kala aku tanya je kat cikgu suruh ulang balik apa dia cakap tadi sebab aku selalu tertinggal kereta api. Tapi alih2 aku yang kena marah sebab cikgu kata “kan cikgu dah bagitau tadi!”.
Disebabkan aku tahu aku lembap, aku try belajar sendiri kat rumah. Aku memang lambat dan susah sikit nak faham sesuatu dari pembacaan sebab kalau aku baca buku, aku mesti stuck dekat ayat yang sama sampai berjam-jam gara-gara nak fahamkan ayat tu. Ya Allah complicated betul diri aku ni. Itu sebab aku banyak belajar dari video dan gambar. Aku tak membaca sangat. Kadang2 aku mintak kawan ajarkan satu persatu dari A to Z. Itu pun kawan aku membebel jugak sebab aku suruh dia ulang ayat sama berpuluh kali sampailah aku berjaya catch up dan faham.
Disebabkan aku ni ada effort yang tinggi, akhirnya spm aku boleh tahan juga. Cikgu terkejut juga dengan result aku sebab exam sebelum2 ni tak score mana pun, tercorot je selalu. Lepas tu aku masuk matrikulasi.
Penyeksaan aku ada sambungannya.. masa kat matrik ni, ko bayangkanlah kami belajar tutorial dalam kelas kecil yang mana semua pelajar jenis yang fokus dan serius. Sedangkan aku, macam cacing kepanasan kat meja. Time pensyarah mengajar, aku selalu jugak curi-curi bangun dan duduk. Tapi aku pastikan masa tu pensyarah tu tengah menulis kat whiteboard supaya dia tak nampak aku tengah bangun duduk kat meja. Kawan-kawan lain pelik gak dengan aku tapi lantaklah. Depa bukan faham pun derita aku
Tapi bila dalam kuliah, aku okey sikit sebab aku bebas bergerak. Kadang2 aku sekejap2 duduk meja sana kejap2 beralih ke meja sini. Aku bertukar2 meja tu dalam satu subjek tau. Maksudnya masa lecturer kimia tengah mengajar tu, aku curi-curi bangun dan berpindah ke meja lain. Kadang2 aku bangun dan menggeliat dan berjalan2 kat belakang then aku duduk balik. Kadang2 aku lunjurkan kaki kat kerusi panjang then aku baring pastu bangun balik.
Dalam kuliah ni aku lagilah macam keling sebenarnya. Kan aku ni slow learner, memang dalam kuliah selalunya aku tak faham satu habuk pun lecturer cerita apa. Aku masa tu macam ‘bahasa alien apa lecturer ni guna?’. Bila aku tak faham so aku rasa sia-sia aku duduk dalam kuliah tu sebab satu habuk pun tak faham. So last2 aku tidur dalam kuliah. Aku suka duduk seat paling belakang sebab selalu seat belakang takde orang, kerusi pun panjang. So aku tidur berlunjur kat situ sampailah lecture habis.
Bila habis kelas mulalah gelabah minta kawan ajarkan. Nasib ada kawan yang rajin melayan kerenah aku. Tapi tu lah, yang tukang mengajar aku ni semestinya kena ada kesabaran yang tinggi sebab kalau ajar sekali aku pun bukannya faham terus. Kena ulang banyak kali benda sama sampailah aku faham. Haha
Lepas tu berkat kerajinan kawan2 yang rajin ajar aku, aku punya result pun not bad mana lah. Okey lah cukup makan. Bolehlah masuk u.
Then aku sambung degree. Penyeksaan aku masih belum berakhir. Aku masih lagi sama. Tak boleh duduk statik. Tapi masa degree ni kerap jugaklah aku ke tandas sebab aku memang takleh tahan dah duduk lama2. Disebabkan selalu ke tandas, memang lecturer cop aku kaki tandas pun. Kadang2 aku berdiri tiba2 pastu berjalan mundar mandir kat belakang kelas time lecturer tengah mengajar. Disebabkan aku dah selalu sangat buat macam ni, lecturer pun nasib baik tak marah aku. Malah dibiarkan aje.
Oh ya, satu lagi benda pelik tentang aku ialah, aku jenis tak boleh menulis lama. Aku paling benci menulis sebenarnya. Dari sekolah rendah sampailah sekarang. Benda paling aku benci ialah karangan. Ya Allah terseksanya aku bila nak menulis karangan ni . Bukannya aku tak suka menulis, tapi jari tangan aku cepat penat. Tak sampai 20 minit or 30 minit camtu jari jemari aku dah cramp sampai aku langsung tak boleh menulis dengan betul. Aku istilahkan diri aku ni sebagai cacat sekejap sebab tak boleh menulis lepas 30 minit camtu. Tapi syukur Allah bagi aku kelebihan. Bila tangan kanan aku penat, aku terpaksa menulis dengan tangan kiri. Then bila tangan kiri pulak penat, aku sambung tulis tangan kanan balik. Nak kata tulisan tangan kiri tu lawa, tak lah lawa mana tapi boleh dibaca lah. Tidak lah cakar ayam, tapi sudah semestinya tulisan tangan kanan aku lagi better sebab aku right hand side. Serius aku derita betul bab menulis ni. Sebab tu kalau assignment aku lagi suka type guna computer sebab aku kenal jari aku cemana.
Semua benda yang aku cerita ni sampai sekarang masih berlaku. Sekarang aku dah habis degree pun dan dah kerja. Tapi di tempat kerja ni aku selalu kena marah dengan bos. Bos selalu cakap aku lembap. Padahal dia taktahu betapa aku berjuang untuk fight kekurangan diri aku. Tapi aku tak mampu. Aku hanya mampu katakan dalam hati “yes i was born as a lembap and yes till now i masih lembap dan i tak tahu macam mana nak atasi masalah lembap ni. But i’ll try hard to be better and please give me chance. Dont insult me’
Kalaulah aku boleh cakap camtu kat bos aku kan. Sadisnya takde sape boleh faham aku. And one more, bila aku duduk lama sikit pinggang aku dah selalu sakit sangat2 sekarang dan satu badan memang lenguh sampai ke malam. Effect dia makin jelas terasa sekarang berbanding dulu. Padahal duduk bukan lama pun, setengah jam camtu je. Duhhh mengapa begini dong
Aku nak tanya pendapat korang la, apa masalah aku ni ya? Nak kata ada penyakit, entahlah sihat je aku ni. Korang ada tak yang pernah kena macam aku? Nak kata syndrome apa2 ke, entahlah. Kadang2 aku rasa aku ni kategori separa cacat. Tapi aku tak tahu nak claim cacat macam mana. Hmm anyone please advise me. Tq
– Si pelik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment