assalamualaikum, terimah kasih admin kerana upload artikal saya. Sebelum saya mulakan saya ingin minta maaf jika sepanjang pembaca baca artikal saya agak susah nak faham & banyak ejaan salah, etc, sebab bahasa Bm saya agak lemah..
Saya tahun ni sudah masuk 20 tahun, alhamdullillah selepas habis stpm saya terus dapat kerja, dan dapat bekerja dekat bahagian office which is for me like a jackpot for me. Ya, saya tahu usia seperti saya baru nak mula mengenal dunia baru, berlajar mengenal alam perkejaan. ya saya bersyukur sangat mula mula dapat bekerja terus selepas habis saja last paper stpm, dan sepanjang bekerja itu memang saya sangat nervous hampir mahu dekat 2 bulan kerana pertama kali dapat bekerja dalam office dan menghadap pc 12 jam non-stop. Dan lagi buat saya nervous bila saya dapat bahagian yang melibakan invoice, duit, tax etc of customer. Bagi saya semua tu sangat terlalu baru and saya memang struggle sensorang. Sebab saya dapat tahu selama ini dari saya first day kerja saya seorang saja yang incharge buat kerja itu dalam bahagian logistic, dan managment saya memang semuanya jenis lepas tangan, baru ajar separuh basic sudah sibuk mahu balik ke hq, bila ada salah, kiraan tak betul laju semua tunding jari padahal saya buat based pada apa yang diajar. Bila tanya semua senyap buat bodoh dengan saya. Tapi alhamdullillah sepanjang 10 bulan ni saya dapat catch up kesemuanya biarpun banyak yang salah juga.
Seminggu selepas saya bekerja di logistic office, saya dapat tahu kawan saya pun ada pergi interview sini dan dapat untuk bahagian manage transport, since office pun kecil saya sebab ada 6 orang dan meja pun share, tambahan logistic sini hanya terima perempuan saja untuk bahagian office, jadi memang senang riuh perempuan dalam office. tapi syukur kakak-kakak dalam office bukan jenis yang suka gossip yang burukkan orang lain. Mereka jenis yang suka kalau perkara ini boleh bawa dibincang so bincang saja dengan elok. Very matured since one of them already married. Apa apa saja saya akan minta nasihat dengan mereka. Selepas 10 bulan saya kerja sini recently, ada juga saya mencuba mencari kerja yang baru sebab saya sedar yang saya perlu sentiasa upgrade diri saya, apa yang saya maksudkan saya nak juga cari pengalaman yang baru, tapi ikutkan situasi ekonomi negara macam ni saya cuba take it slow, saya biasakan diri saya membaca buku, cari hobi baru, biasa hadirkan diri kursus seperti business, self build, learn how to social right , etc semua tu. Saya sekarang pun sedang biasakan study language, tajamkan english & chinese language saya. semua tu, saya cuba sedaya upaya sibukkan hari biarpun waktu cuti sebab setiap kali saya duduk termenung saya asyik terfikir sampai bila saya nak kerja dengan zero knowledge? satu soalan saja dah boleh buatkan saya jadi sangat nervous, sebab saya tahu saya bukannya dapat result yang bagus dalam stpm, pointer tidak sampai 2 pun.
Bila saya disoalkan oleh aunty-aunty bawang bila mahu sambung berlajar saya tertanya pada diri saya layakkah saya sambung degree? dengan pointer macam ini? Layak ke saya sambung berlajar dan sanggup makan tidur duit masih lagi bawah tanggungan parent lagi? Lagipun saya tak nak sambung berlajar hanya sebab ramai kawan saya dah sambung berlajar, saya belum ada sebab yang kuat untuk saya sambung berlajar. Saya sedar saya banyak buat kesilapan masa saya habis spm saya terdesak sangat ingin sambung berlajar tak kisah diploma atau stpm dengan terburu-buru disebabkan ikutkan kawan kerana takut dilabelkan oleh kawan as failure spm student. Tambahan juga saya kalau boleh saya nak sangat elakkan jauh jauh daripada berhutang ptptn cukuplah saya terima pengajaran daripada older siblings saya. Kalau boleh saya ingin sambung berlajar dengan niat yang ikhlas dalam keadaan ekonomi kelurga saya stabil, saya nak niat yang betul bukan sebab kawan. Saya tak nak ulang benda yang sama. Jika saya ada rezeki, insyaallah saya tak nak lagi sia-sia peluang saya ada seperti dulu.
Saya pun dapat tahu yang kawan sekerja saya pun sedang cari kerja lain since dia ternampak saya sedang scroll jobstreet, Tapi motif dia lain, dia mahu cari kerja yang sama dengan gaji yang lagi tinggi, ya saya akui managment company saya memang sangat lemah, salah satunya gaji sentiasa bayar lambat, allowance kami memang sentiasa dipotong tanpa sebarang explain, tak dibenarkan ot, cuti seperti public holiday awal muharram, raya, deepavali company tak ambil (which is weird)(Im working in chinese company), etc. banyak lagi, ya memang benar kadang-kadang hati tu sentiasa tak aman mostly sebab gaji hr boleh salah kira, 2 bulan hr boleh bagi gaji bulat bulat tanpa ada potongan sok sok etc semua tu.
ya memang sangat lemah jadi saya faham kalau kawan saya pun sedang cari kerja juga, tapi apa yang saya kurang faham apa yang kawan saya nakkan. Dia mahukan kerja possition yang sama tapi gaji yang lebih tinggi. Bagi saya ada sebab kenape sesetengah kerja gaji dia lebih tinggi walaupun possition yang sama. Seperti ada sesetengah security guard mahal gajinya dan ada juga gajinya murah semua berdasarkan faktor keadaan tempat dan kadang kadang disebabkan pengalaman seorang individu. Bagi saya, dengan pengalaman 10 bulan ini tidak melayakkan saya mendapat possition yang tinggi ataupun gaji yang tinggi. Lagi-lagi bila kita just fresh-graduate..
saya just tak tau macam mana nak sampaikan pada kawan saya, dan saya sendiri tak sure apa yang saya fikir ni pun betul ke sebab dengan keadaan saya yang masih lagi keliru dan kabur dengan masa depan saya. Saya cuma tak tahu kemana sebenarnya saya nak pergi, dan saya tak tahu macam mana nak maturedkan fikiran saya, macam mana nak think out box dan what kind of person should I be? Semuanya persoalan yang saya tak tahu nak jawab..
Saya rasa sampai sini saja apa yang saya luahkan, saya nak mintak maaf sekali lagi jika ada terkasar bahasa dan ada salah eja dan ayat terbalik. Saya taip apa yang sedang main dalam fikiran saya, apa yang terbuku dalam hati saya. Saya tak tahu macam mana nak describe all in one sentences..
sekian terimah kasih
-THE END-
– Maria
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment