Terima kasih IIUMC approve confession aku.
Aku Lin. Bukan nama sebenar. Tengok tajuk dah tahu kan? Aku lah tu, salah seorang diuji dengan mental illness. Baru 6 bulan. Mula dengan Anxiety, dapat tahu 6 bulan lepas, baru baru ni dapat Bipolar pula.
So aku nak tulis surat terbuka kepada mereka yg mempunyai insan tersayang, tak kira rakan mahupun keluarga yang diuji dengan mental illness.
Kepada korang,
Dalam korang bersama yg tersayang yang teruji dengan penyakit ini, aku pasti adakalanya korang terpinga-pinga, kurang faham apa yang mereka ini hadapi.
Begitulah penyakit ini, hanya yang mengalaminya saja mengerti. Oleh itu, ingin aku coretkan sedikit di sini, moga sedikit sebanyak membantu korg memahami orang yg korg kenal, yg diuji dengan penyakit ini.
1. Mereka sangat menghargai, menyayangi korg walaupun adakalanya mereka tak mampu menyayangi dan menghargai diri mereka sendiri.
Segala usaha yg korg lakukan, kasih sayang dan keprihatinan korg, sangat mereka hargai. Mereka sangat bersyukur kerana adanya korg di sisi. Walaupun mereka ni adakalanya “mengada ngada”, drama, kadang moody, tapi korg tetap sabar melayan mereka. Tiada kata terima kasih yg mampu mereka ucapkan atas setiap kesabaran dan sokongan korang.
Bukan mereka pinta untuk jadi begini. Yang kadang moody, kadang risau terlebih, kadang overprotective, kadang nangis benda yg kecik, overthinking…ia menyerang tanpa mereka pinta. Dan ia bukan sesuatu yg ada suis on off untuk senang kawal fikiran mereka apabila ia menyerang. Kadang, bila ia menyerang, nak bangkit dari katil pun…payah. Huhu.
Terima kasih sekali lagi.
2. Walaupun mereka ni tahu korang ada sedia membantu, kebanyakan masanya mereka hanya diamkan saja ketika ia menyerang mereka, selagi tidak ditanya. Maka, cuba tanyakan khabar mereka ok tak ok..dengar cerita mereka tanpa sebarang judgement dan prejudis.
3. Mental illness comes in package with physical illness.
Sakit sakit badan, kebas kaki tangan, sakit pinggang, sakit kepala berpanjangan, sesak nafas, tak boleh tido, telebih tido, angin segala tok nenek sakit…semua itu pakej sekali dengan mental illness yg mereka hidapi. Bersabarlah ye kalau mereka mengadu itu ini. Dan ada sampai satu tahap mereka ni terfikir nak bunuh diri. Bila mereka mengadu dengan korang pasal nak bunuh diri, jangan abaikan. Pls take it seriously. Ajak mereka pada Tuhan. Sebab lintasan lintasan nak bunuh diri tu mereka tak boleh kawal, tapi kerana takut tuhan lah yang banyak mengekang mereka daripada benar benar bunuh diri.
4. Korang kalau kawan korg mengadu, tak perlu susah susah nak selesaikan masalah dorg, atau bagi nasihat, dengar saja sudah sangat mencukupi. Be with them. It would be comforting for them. Yakinkan mereka yg mereka akan ok. Akan sihat. Dan korg akan bersama mereka.
Aku rasa cukup je kot setakat ni. Ketahuilah, penyakit ini ialah real. Ketahuilah benda ni bukan weakness, tetapi illness yg perlu dirawat.
Sama pentingnya sepertimana kita care dgn org yg sakit fizikal.
Kebanyakannya kita takkan perasan pun mereka ni ada penyakit ni , tak perasan struggle dengan diri mereka. Ya, mungkin mereka ni tampil dengan senyuman, perwatakan happy go lucky, mereka orang yg berjaya. Tapi begitulah..realitinya tak semestinya seperti apa yg kita nampak. Tuhan saja tahu struggle mereka hari hari. Moga dikurniakan kekuatan kesabaran kepada korg, dan ganjaran yg sebesar besarnya. Moga dikurniakan juga kepada kami kesembuhan. Amin
– Lin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment