Wednesday, 20 September 2017

Hikmah Hutang

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih admin kalau sudi approve luahan ini.

a lil bit about myself, anak sulung, perempuan, lepasan stpm, adik beradik 6 orang termasuk aku. (ada sebab kenapa intro aku bagi details ni je tunggu akhir nanti)

apa aku nak cerita ni, macam mana penangan hutang bagi impak yang sangat besar dalam hidup aku sekarang. jujur, aku ni biasa je orangnya, bukan orang berada, kepandaian pun biasa sangat memang tak ada special tntg diri aku. result spm pun 2A je weh haha.

ya, aku lepasan stpm. dulu lepas habis spm, aku memang dah niat nak masuk f6 sebab aku minat, aku survey semua subjek subjek yang akan belajar masa stpm ni, aku jadi sangaaaat teruja sebab semuanya aku minat dan yang paling penting tak ada sub pengiraan (tapi sangkaanku meleset sikit rupanya pengajian am ada juga kira kira haih! yelah walaupun sikit hahaha) aku sangat anti dengan subjek pengiraan. bukan anti cuma aku lebih kepada teori bukan pengiraan. dipendekkan cerita, aku sangat bersyukur dan happy gila dapat masuk f6 dan pointer aku bwh 3.0 tapi atas 2.5 haha.

waktu berlalu, ujianku pun bermula, saban hari makin kuat dugaan datang. sampailah satu hari untuk daftar degree. aku apply, aku dapat iv di sebuah ipta (dia ada 2 peringkat aku lepas ujian komputer je bertemu panel tak lepas huhu) sudahnya satu tempat pun aku tak dapat jadi aku buat rayuan. sampailah rayuan akhir pun aku tak dapat. aku redha. aku ok je kalau kerja

tapi parents aku berkeras nak aku sambung belajar, pihak ipts pung pang call weh tak payah cerita la time tu aku rasa hotstuff sangat orang siap call hantar surat bagai cari kita hahaha.
inilah saat aku jadi tertekan.
sekeliling aku dah sambung belajar merata tempat, aku pula duduk rumah jaga adik adik aku, nak kerja tak boleh sebab tak ada nak jaga adik aku. tapi dalam masa sama parents suruh aku sambung belajar, apa fikir aku taknak sambung belajar ke? belum cerita lagimulut pedas sindir jiran makcik stranger habis semua tanya tak sambung belajar ke aku jadi serabut elok pada awalnya aku okay je redha bila orang sekeliling push soalan sama aku jadi rimas dan rasa diri aku bodoh sangat sebab tak dpt di ipta macam kawan kawan lain.

kalau kau tanya aku sekarang apa perasaan aku? aku tak ada rasa apa dah weh, aku kosong. aku follow the flow je. aku malas nak cakap pasal sambung belajar sedang mak aku ada hutang 150K tapi tak ada kerja tetap. ayah pula kerja kerani gaji dalam 3k nak sara kami sekeluarga. aku jadi sangat tertekan sebabkan hutang mak aku tu banyak sangat. aku sebagai anak sulung rasa terpanggil nak tolong mak aku settlekan hutang. tapi kenapa mak ayah aku tak faham dan masih nak aku sambung belajar? tahu tak dengan sambung belajar tu hutang kami sekeluarga akan bertambah? aku menangis teruk depan mak ayah aku sebab aku nak sangat kerja bantu keluarga aku, at this point aku dah tak kisah sambung belajar ke tak asalkan aku boleh tolong langsaikan hutang mak aku. aku ok je kerja hampir satu hari pun pulun banyak OT ke. serius aku ok, aku tak larat la tengok mak ayah aku sedih

hidup keluarga kami sekarang sangaaaaat jauh berbeza dari dulu. kalau dulu pakai sabun badan refill liqiud sekarang pakai sabun buku je sebab nak berjimat, barang barang lain kalau boleh catu ke apa buatlah selagi boleh tampung kehidupan kami. mak ayah selalu bergaduh sebab duit tak ada. mak aku sampai satu tahap nak jual rumah yang kami duduk sekarang ni mak aku pernah nangis depan kami sekeluarga sebab katanya tak ada support dari family sendiri, aku nak support dengan cara aku nak bekerja tolong bayarkan bulanan hutang mak aku tapi mak aku taknak.

aku sekarang ni pun tersepit nak sambung belajar ke kerja. nak buat pjj, parents aku larang keras ya Allah aku sangat serabut. orang kata “kau masuklah ipts mana mana asalkan kau sambung belajar”
honey it is not about ipta/s or whatsoever, it is about money. my family dont have it right now. sebab tu aku buat bodo je kawan tanya kenapa taknak sambung belajar sebab aku malas nak buka cerita sebab aku taknak diaorang fikir aku nak raih simpati. buat pinjaman? itulah sebolehnya nak elakkan, apply bantuan macam zakat ke apa semua tu? ya, itu tiada masalah memang kalau aku ada rezeki aku akan apply tapi duit permulaan untuk masuk belajar tu sendiri keluarga aku tak ada duit.

bayangkan je la sendiri, mak aku terpaksa bawa keluar duit ASD adik-adik aku, duit simpanan aku (tabung haji etc) habis semua bawa keluar sebab nak tampung perbelanjaan sementara keluarga kami takkan nak harap gaji ayah aku je. mak aku pernah terdetik nak pinjam ahlong ya Allah….
duit simpanan tabung haji ayah aku dah habis…aku sedih ayah aku kata dah habis terpaksa bawa keluar repair kereta bayar itu ini, sdg aku tahu ayah aku punya simpanan dah puluh puluh ribu!

mak ayah aku dah berkorban banyak sangat! jadi kau rasa aku sebagai anak sulung ni patut rasa apa? sebab tu aku nak kerja, biarlah aku tak dapat sambung belajar asalkan adik adik aku dapat belajar dengan tenang in shaa Allah masuk uni.

entahlah susah nak jelaskan keadaan aku sekarang tapi sungguh aku terima tamparan hebat sungguh Allah datangkan ujian ni dalam pelbagai hikmah “ditelan mati mak, diluah mati bapak”

doakan keluarga aku diberi kekuatan dan kemudahan untuk melalui dugaan seperti ini, aku percaya Allah sediakan sesuatu yang hebat di hujung nanti, aku sangat yakin ada lagi susah dari kami huhu.

ps : aku malas nak cerita apa mak aku buat sampai hutang 150K sebab cerita panjang gilaaaa tapi yg pasti itu hanya utk keluarga kami. nope kami tak pernah melancong ke sabah sarawak apatah luar negara. beg tangan berjenama? satu pun tak ada. sekadar beg beli tepi jalan. barang kemas? tak ada…keluarga aku bukan jenis berjalan sangat. (fyi la takut fikir hutang sebab nak beli barang branded ke apa)

– kakak sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.