Sambungan kisah http://ift.tt/2xxmFtV
Kisah benar, sebab takde kerja aku nak menipu korang dengan akaun fb pakai-buang ni. Spoiler alert, aku dibayar dekat 5 angka Singapore dollar dan dapat bonus saham bernilai 2 bulan gaji tiap tahun. Nak tau camne, boleh baca kat bawah.
Kan hari tu aku berangan nak kerja di Australia, tapi lepas dapat offer dan buat kira2 sikit memang tak berbaloi. Dari gaya hidup upper middle class di KL, turun jadi middle class di Brisbane. Tapi, aku nak jugak merasa kerja luar negara. Lagi2 dengan keadaan ekonomi sekarang ni. So camne? Singapura la jawapannya…
Langkah pertama, kena cari website iklan jawatan kosong. Aku pakai glassdoor je sebab selain dari description dan review dari ex-employees, dia juga ada bagi rating kat syarikat2 yang tawarkan kerja tu.
Petua2 pakai glassdoor pulak.
Unless ko terdesak, jangan apply kerja dengan syarikat yang dapat rating bawah 3.5. Nanti tak dan setahun dah bising nak tukar kerja. Rasanya la. Dari awal lagi itu la syarat utama yang aku pegang.
Sambungkan akaun glassdoor dengan linkedin nanti senang diorang nak baca testimoni dari orang lain. Masa apply pun boleh suruh glassdoor tarik resume dari linkedin je. Senang.
Aku bidang IT, maknanya aku tau sangat kepakaran aku kat mana. Tak payah la buang masa diri sendiri dan interviewer apply kerja yang kita tak konfiden nak buat. Dan jangan sesekali tipu resume. Masa interview nanti macam2 problem diorang boleh suruh ko settlekan depan diorang berbekalkan whiteboard & marker sahaja. Laptop dan fon tak dibenarkan. Apa agaknya perasaan interviewer kalau dalam resume cakap pakar python, tapi list comprehension atau decorator pun tak tau?
Petua seterusnya, nego gaji dengan wakil HR selepas 5 jam interview dengan boss2 dan senior2 kat situ. Sebenarnya yang ni aku lemah sikit. Ayat aku lebih kurang begini je: To be honest, I’m not that familiar with the standard of living over here. You know how much I’m paid in KL, so I guess I’ll be willing to accept the same number but in Singapore dollars. Diorang nego2 akhirnya aku setuju dengan potongan 10% dari nilai awal tu.
Ok, offer dah dapat. Nak kena cari tempat tinggal pulak. Yang ni ada banyak pilihan harga dari $200 tapi kongsi bilik dengan orang China sampai la $1200 master bedroom dok sorang2. Aku guna iProperty dan easyroommate.sg, pilih bilik sorang sebelah toilet muat2 je katil bujang, almari dan sejadah. Jalan kaki 10 minit dah sampai ofis. $500 sebulan dah termasuk api air dan wifi. Better la dari colleague aku dari vietnam. Sewa bilik 2 katil $600 tapi dalam rumah dia ada 6 bilik, majoriti penyewa lain kerja tak senonoh. Hampir tiap malam tidur dia terganggu sebab bunyi katil bilik sebelah langgar2 dinding. Eww…
Apa lagi… ok, macam mana perasaan kerja kat syarikat mnc dan ko sorang je muslim. Kat pantry syarikat pulak disediakan tiger beer, merlot dan jack daniel sebelah air coke dan vitagen. Orang sebelah pukul 3 petang dah start minum sambil coding. Busuk. Tapi dari segi lain, diorang respect religion. Tiap kali event mesti ada menu halal or at least vegetarian. Sambil makan sambil tengok orang sebelah makan pork knuckles dan ribs. Bilik pam susu badan diorang convert jadi surau kecik. Tapi nanti bila colleague balik dari maternity leave, kena gilir2 la kot. Tiap jumaat aku dapat extra sejam untuk pergi masjid.
Kos sara hidup kat sana pulak. Kat Singapore ni banyak hawker center merata. Setiap tempat ni mesti ada at least 2 kedai muslim. Harga nasi lemak ayam atau mee rebus dalam $3.5, nasi beriani ayam $5.5. Senang citer takde la setinggi yang orang lain dok cakap. Kos MRT untuk jarak 6 stesen lebih kurang $1.5 je kalau off peak. Bas dari Jurong Eaat ke Larkin $4. Aku nyer total kos bulanan masuk sewa bilik dalam $1k je kot.
Tahun 2018 nanti lepas kontrak bilik sewa tamat aku nak beli motor start berulang dari JB. Dah puas kaji dah ni. Disebabkan kerja bidang IT, takde masalah masuk kerja jam 11am dan balik jam 8pm. Dapat elakkan jem kat imigresen. Kalau ada meeting dengan geng kat SanFran boleh je masuk jam 6am balik jam 330pm. Janji kerja siap. Tiap jumaat pulak work from home.
Bab cukai aku sendiri tak pasti. Baru la jugak join so tahun depan baru kena bayar. Tapi ikut cakap colleague lepas tolak itu ini tak sampai pun 10%. Tengoklah macam mana nanti.
Akhirnya, aku dah kehabisan idea. Dah la tak pandai mengarang. Siapa2 yang gigih baca sampai sini aku ucapkan tahniah. Semoga korang berjaya dapat kerja di Singapura juga.
– abam kampung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment