Terima kasih admin sebab post my confession. Harap semua tak memyampah sebab ni memang typical confession. Currently aku menyewa rumah dengan segelintir perempuan yang kat luar nampak alahai sucinye cantiknye tapi bila kat rumah pengotor tahap cipan. Pinggan dah makan tak basuh berkurun abad dalam sink sampai la sorang ni yang kena basuhkan semua sekali sebab dah tak boleh pakai sink dah. Periuk nasi jangan cakap sampai berkulat baru basuh. Sampah dah berulat-ulat baru buang.
Aku memang tak boleh blah dengan yang sorang ni tudung bukan main labuh weh dengan lelaki pemalu lahai jaga adab aurat bagai tapi kat rumah nauzubillah perangai. Study table dia tak serupa meja penuh buku sampah baju dah pakai etc. 24 jam asyik tengok korea je kerja. Lagi satu perangai dia, she takes forever time mandi, orang lain pun nak guna toilet juga weh. Korang bayangkan kelas pukul 8 pagi ni, dia mandi dari pukul 6.15 tak siap siap pukul 7.45 baru terhegeh-hegeh keluar toilet. Kesian orang lain tak dapat mandi, basuh muka and gosok gigi je. Pastu tak minta maaf ke apa. Aku ada jugak terfikir nak tanya “kau buat apa weh lama-lama dalam toilet, masturbating ke?” tapi karang gaduh pulak. But honestly aku memang tak boleh go on dengan perangai dia.
Ada yang sorang ni pulak tak boleh nampak orang lebih, dia je yang kena nampak hebat. Orang lain tak boleh. Setiap minggu pergi usrah tapi bila bercerita asyik berlagak je. Lepas tu pendapat kau semua tak valid yang betul pendapat dia je. Lagi sorang ni pulak tengah musim bercinta tak habis habis facetime, otp sume. Sampai geli la kalau dengar convo dia. Tak salah pun nak menghayati musim bercita ke apa tapi nak otp tu pun agak-agak la kau borak sampai pagi dalam bilik pastu camne aku nak tido dengan tenang. Dulu aku dengan budak yang gigih bercinta ni rapat je tapi bila tahu dia ni banyak muka rasa malas dah nak rapat. Depan kau baik je elok, tapi kat twitter hah bukan main mengutuk kau. Lagi pun dia cakap aku ada penyakit hmmmm so karang takut penyakit aku berjangkit pula dekat dia. Yang lain tu pun dua kali lima je perangai.
Setakat ni je confession aku, kepada housemate aku yang mandi lama nak mampos tu sudah-sudah la ubah la perangai. Sebab kau la aku tak mandi pergi kerja hari tu. Kepada semua student uni yang menyewa rumah ingat rumah tu rumah semua bukan rumah kau sorang je. So, bertimbang rasalah sentiasa.
– Bertabahlah Diriku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment