Tuesday, 19 September 2017

Kita Bukan Mereka

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt, admin dan readers. Harap admin approve sebab rasanya saya takda medium yang luas nak menulis bagi satu malaysia tau hampir satu malaysia baca pandangan saya. Thanks readers yang sudi baca, boleh share juga. Nama aku intan syazana, my real name, memang nak guna nama sebenar, sebenarnya nak tulis kat wall fb, tapi aku nak bagi ramai-ramai kita ni, sama-sama reflect.

First of all, takziah dan bersabar pada keluarga mangsa-mangsa tahfiz. Takziah dan mohon bersabar juga kepada keluarga suspek. Yes, intro pun korang dah taukan, aku nak tulis apa. Ini berkenaan dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Qur’an Ittifaqiyah. Tajuk aku? Tajuk aku tu,reflection untuk kita. Muhasabah sama-sama. Meh!

Start dari tahu berita Pusat Tahfiz Ittifaqiyah terbakar, emosi aku tak berapa nak stabil. Sedih sangat. Aku tak tengok pun video-video dan gambar. Baca je, dah rasa aura sedih yang macam rasa ngilu di hati. Sampai kawan-kawan cerita diaorang tengok video dan gambar, aku pun tengok tapi off sound. Tak sanggup. Series sedih, kalau duduk sensorang, memang teringat. Sampaillah, update pasal tangkapan tujuh suspek. Actually,dua hari lepas waktu malam nak tidur baru buka fb sebab petang dan malam busy dengan kelas and meeting. Bukak-bukak jer, newsfeed kat fb keluar , orang share siap ada gambar dan kronologi. Aku baca kronologi then, tengok gambar one by one. Waktu ni, aku tak rasa marah ke, bengang ke, nak menyumpah macam kebanyakan orang buat. Tapi, aku rasa sedih. Sedih sangat. Sedih yang bertambah dari mangsa-mangsa Pusat Tahfiz.

Sebab apa? Sebab budak-budak tu sebaya dengan adik-adik aku. Adik aku yang mana 11 tahun, 12 tahun masih menangis bila kena kacau. Menangis bila, kerja rumah tak dapat siap. Masih tidur dengan mak. Masih manja-manja dengan aku. Adik aku yang 15 tahun masih menangis bila tak dapat hafal Qur’an. Menangis bila tak dapat selesaikan masalah math. Adik aku yang 17 tahun masih sedih sebab rasa tak cukup preparation nak SPM. Mereka sebaya dengan adik-adik aku, yang bila makan nak kakak dan mak siapkan. Bila pergi bilik air, nak berteman. Bila belajar nak ada guide dari kakak. Mereka sebaya dengan adik-adik aku yang bila nak beli barang minta, “mak nak duit, nak beli barang…”, “along, nak duit nak beli makanan…”, “mak, nak duit belanja…”. Mereka masih sebaya dengan adik-adik aku yang bila demam, cari mak. Menangis kerana panas. Bila demam, dimanjai mak. Kerana mereka itu sebaya dengan adik-adik aku, dan pasti kerenah dan ragamnya juga seakan sama. Aku sedih. Menangis.

Malam first dapat tahu, dan tengok gambar 7 suspek, pukul 4 aku tidur. Sebabnya, nak tidur, menangis. Aku bayangkan, bagaimana keadaan yang paling kecil, bila tanpa mak ayah disisi, dia dibawa ke balai, disoal siasat, aku percaya abang-abang polis tu baik. Mereka pun mesti sedih bila soal budak-budak ni, (memahami tak? hehehe…) Aku terbayangkan yang si kecil tu, apa perasaan dia? Mesti dia takut, rasa nak nangis. Sedangkan adik-adik aku kalau orang marah dan cakap bukan-bukan pun, muka merah, hati terasa habis, balik rumah mengadu, inikan budak ni. Ya Allah, aku tak dapat bayangkan. Sedih sangat, aku dapat rasa ketakutan budak-budak tu. Mesti, disudut hati, insaf dan rasa bersalah, diaorang pun tahu, berapa ramai mangsa kebakaran. Takut, mesti punya. Mesti, risau kan keadaan keluarga. Mesti terfikir mak ayah. Allahu!

Bila baca komen, timbul rasa marah, bukan pada budak-budak tapi tukang komen. Kepada yang rasa komen pedas-pedas tu, silalah taubat. Mendoakan sesuatu keburukan pasal orang lain, sebelum kau usaha nak perbetul semua. YES, point aku adalah, kita! Aku nak tanya, yang komen macam korang bukan pendosa, korang pernah deal dengan budak bermasalah ke? Kalau tanya aku, yes, aku pernah. Pernah tak korang tahu latar belakang keluarga? kenapa budak-budak ni jadi macam ni? Pernah tak korang tahu, tahap kesedaran sivik, moral, nilai murni anak-anak ni? Pernah tak korang sendiri train anak-anak orang awam yang korang jumpa tengah jalan, train nilai murni? Kalau tanya aku, aku pernah. Pernah tak terlintas dalam fikiran korang, apa salah aku? Apa tugas aku? Instead korang nak salahkan mak ayah, cikgu dan anak-anak ini, (ini dia dah masuk isu lain, isu pembangunan modal insan dalam institusi keluarga dan pendidikan.)

Ada yang paling teruk salahkan Pusat Tahfiz dan keluarga mangsa. Ini memang tahap, aku doakan hidayah datang kat korang dengan cepatlah. Dan aku nak tanya, pernah tak dalam doa korang doa untuk anak-anak muda islam? Masyrakat islam? Umat islam? Pernah tak korang cuba selami kehidupan orang yang kau orang rasa pendosa sangat tahap dewa?Pernah tak korang cuba laksanakan, usaha laksanakan syahadatul hak korang, ‘Laillahaillallah’, ingatlah, sesiapa yang mengucap ‘laiilahaillallah, maka dia ada lah daie. Aku nak tanya, korang dah sebarkan bahgia? Dah sebarkan cinta bagi masyarakat kurang cinta dan kasih sayang? Ke tahu sebarkan dendam dan mengapi-apikan keluarga mangsa jer?

Mereka adalah anak-anak yang tersalah pilih jalan. Kerana, jalannya tidak ditunjukkan. Kerana manusia pandang budak-budak yang tak pergi sekolah, budak-budak miskin, sampah masyarakat! Tapi sebenarnya, kita nilah pembawa busuk sampah masyarakat! Sebab? Setiap hari, kita fikir nak kenyangkan perut kita, setiap hari kita fikir nak penuhkan poket kita, sampai terlupa maknan rohani untuk ummah, sampai terlupa bahawa dunia ini kekurangan kasih sayang tapi penuh dengan kebencian dan hasad dengki! Kasihan kan? Dan kerana sikap kita, anak-anak ini, yang jadi mangsa, mangsa cetek ilmu kita, mangsa kerakusan kita, mangsa hasad kita, mangsa nafsu kita yang asyik dengan hiburan. Meraka adalah mangsa. Anak-anak Pusat Tahfiz Ittifaqiyah adalah mangsa, 7 orang suspek juga adalah mangsa. Jadi aku nak tanya, siapa pembunuh sebenarnya? Allah, aku rasa seram nak taip, dan hanya mampu sebut dalam hati, kita muhasabah balik. Masih ke nak terus terleka atau sama-sama bangun?Kasihan pada keluarga Pusat Tahfiz, kasihan juga pada keluarga 7 suspek. Masyarakat yang berada dekat dengan keluarga suspek, aku harap korang bagi semangat, bukan cacian, kasihanilah mereka yang hanya menjadi mangsa keadaan. Semoga Allah selamatkan anak-anak muda kita. “Tidak ada masa depan tanpa dosa silam, dan tidak ada pendosa yang tiadak ada masa hadapan.” Hidayah itu milik Allah, bukan manusia. Doakan yang baik untuk orang lain, kalau rasa nak doa buruk, doakan dri kau jelah, okay? Sekian, maaf emosi.

INTAN SYAZANA

– Intan Syazana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.