Salam pembaca. Aku ni adik bongsu. Kakak abang aku kebanyakannya dah kahwin, aku sorang je tinggal. Aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pra-U ni universiti berhampiran rumah, jadi kebanyakan hujung minggu aku habiskan di rumah.
Walaubagaimanapun, aku tahu ape jadi dekat rumah sebab aku dan mak aku selalu call each other. Dan dah lama sebenarnya aku fikir benda ni, dari sekolah rendah. Sekarang aku dah dekat universiti. Kakak abang aku suka letak (hantar) anak-anak diorang dekat rumah parents aku. Aku bukannya benci, kadang-kadang aku rindu jugak.
Tapi sampai satu tahap buat aku rasa nak melenting. Masalahnya anak-anak depa tu dahla nakal, lepastu dilepaskan begitu sahaja dekat parents aku. Almost every occasion yg babysitter diorang tak boleh jaga, depa hantar kat parents aku. Aku pun jadi mangsa, kadang-kadang nak study pun tak sempat. Lagi satu yang aku tak faham, parents bukannya one side je, belah sana ada jugak tapi kenapa tanak hantar yg di sana. Oh mentang-mentang parents dia tak kerja, dia letak sini. Parents kitorang dah tak muda, dah melepasi had umur warga emas tapi masih jugak nak hantar.
Ye aku tahu, mesti korang fikir macam-macam. Tapi mohonlah fikir parents tu dah tak muda. Tenaga dah berkurang. Kesabaran dah berkurang. Dia tolong pun sebab fikir korang tu anak dia. Ustaz aku pernah cakap “Mak bapak korang tu dah penat jaga korang, ni kau hantar anak korang dekat dia. Fikir lah sikit.” Aku selalu jugak nampak mak aku ni menangis makan hati. Korang ape tahu? Tahu hantar anak je.
Jadi aku mohon sangat-sangat, bukan dekat abang kakak aku je tapi semua yang terasa dengan submission ni, fikirlah mak bapak korang tu. Masa-masa macamni biarlah diorang habiskan dengan beribadat, bukannya nak jaga anak orang. Korang buat orang lain pulak yang kena jaga.
Sekian.
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment