Friday, 31 March 2017

Sijil Tinggi Tapi Rendah Budi

PengakuanKu

Hai semua. Kalau confession ni disiarkan, maka dapat la kalian baca. Kalau tak disiarkan, maka khas untuk admin je la. Apa-apa pun, terima kasih.

Aku perempuan, umur 24 tahun, alhamdulillah dah kerja kat salah satu syarikat swasta lebih kurang 3 bulan lepas grad bulan 10 hari tu.

Aku sedia maklum dengan tingkat pelajaran dalam kalangan masyarakat di mana, siapa yg lagi tinggi sijil dia, lagi la org sanjung. Tapi sebenarnya kita lupa yg, “Common sense and manner doesn’t comes with formal education.”

Aku perempuan dan sedang mencari pasangan hidup. So aku ada kenal 2 org lelaki. Masih dalam timbang tara. Yg sorg ni budak U aku dan sorg lagi budak tempat kerja aku. So umur dorg 24 dan 27 tahun respectively.

Pertama, aku tau tahap kematangan lelaki tak sama macam perempuan. So sama jugak la dengan situasi aku.

Yg 24 tu degree, engineer O&G, aktif sukan, baik agama, muka boleh tahan sedap mata memandang. Manakala, yg 27 tu amek diploma lepas tu drop then amek sijil, and sekarang jadi support bahagian admin.

Aku tanya dorg gaji, yg degree around 3K tak termasuk OT, and yg sijil 1.8K tak termasuk OT. Tapi subhanallah, aku tak sangka yg gaji 1.8K ni la yg selalu bagi aku sentap. Biasa je budaknye. Takde la nak tazkirah kasi hadis 40 kat aku. Humble sangat.

Gaji dia 1.8K, tapi die suka sangat belanje org. Aku ingat lagi dia cakap die kena bayar saman RMxxx, tapi malamnya boleh pulak dia belanje aku makan harga RMxx.xx. Dia kata, “Mak sy cakap, murah rezeki belanja OKU.” Dia bergurau je, aku bukan OKU.

Tapi yg gaji 3K ni masya Allah kedekut dia. Aku ni jenis suka test orang especially bakal husband. Nak tengok kedekut ke tak. Ada beza tau kedekut dengan cermat. Bang, nasik 2 org makan harga RM18 pon suruh bayar asing. Bukan la aku tak mampu, dah la ajak aku keluar.

Aku test je. Aku takde niat nak kikis sesiapa. Aku mampu. Aku tak pandang duit. Aku pandang sikap kedekut. Tau la banyak duit, tak payah la bermegah bajet hot. Matang la sikit fikiran tu. Nak kemana rasa besar tu.

Tak kisah la degree ke sijil, walau aku budak degree, aku akan pilih yg sijil tu ha. Mungkin masyarakat akan pandang serong, tapi peduli apa. Dari tahan telinga dengar org bermegah-megah, baiklah aku hidup dengan yg biasa-biasa.

Diulangi, aku tak ambil duit lelaki. Even yg makanan RM7x.xx tu pun, aku divide half-half sampai dia cakap, “Lepas ni, kalau keluar, kita tak payah makan. Kita sembang je.”

Oh dan, aku suka takutkan jugak laki, aku cakap, “Sebenarnya sy kaki kikis duit org.”
Yg 24 tahun reply, “Perempuan memang macam tu.”
Yg 27 tahun reply, “Kikis la. Sy bukan ade apa-apa pun.”

Selamat mengetest bakal husband korg. And for your info juga, aku dengan dorg ni takde declare apa-apa pun, dan aku dah inform kat dorg yg aku kawan je dan dorg takde hak nak kawal aku keluar dengan sesiapa dan aku tau batas agama.

Sebab, sepanjang aku kenal dorg, aku keluar sekali je sebab nak uji dorg dan aku takde janji bulan bintang dengan dorg. Dorg bebas dengan hidup dorg dan aku bebas dengan hidup aku. Tapi niat aku memang nak cari calon suami. Mak ayah aku suruh cari sendiri kot.

Sekian.

– Budak Degree

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kenapa Sekarang Baru Trending?

PengakuanKu

Salam.

Sekarang nie, kita tengok banyak sangat orang yang kahwin. Tak kurang yang cerai selepas itu. And mulut manusia memang tak pernah sibuk, asyik free je nak mengata orang. Kalau dah kahwin, mengata pakaian tak sesuai laa, buat terlalu mewah la, sentap tak dijemput la, makanan tak cukup la and the list goes.

Kalau bercerai, mengata pulak, perempuan tak reti nak bawak diri la, lelaki curanglaaa, mak mertua jahat laa, adik ipaq mulut laser laa. Macam kalian2 nie hidup sekali dengan pasangan pengantin tersebut. And kalau pasangan itu kahwin tapi tak menepati syariah, puncanya mungkin :

1) Tak diberi pendedahan agama secukupnya
Tak semua yang beruntung untuk dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan berpegang teguh kepada agama. Ada sesetengah itu dilahirkan dalam family yang susah dan tidak didedahkan dengan agama sejak kecil. Kan orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nie dari kecik lagi dah zero agama, bila besar mestila ada lompong2nya. Bersabarlah hidayah pasti akan menyusul.

2) Orang sekeliling
Kalau orang sekeliling dah tak betul, ada kemungkinan untuk kita mengikut cara mereka. Kawan2 dan orang sekeliling memainkan peranan yang penting. Apa yang kita kena buat adalah supaya Allah beri hidayah kepada orang sekeliling si polan tersebut supaya dia pun kembali kepada jalan yang benar. Jangan nak mengata jaaa.

3) Media social
Sekarang nie, media social memang power. Bab nak jatuhkan rumahtangga orang and nak porak peranda hubungan orang memang number 1. So bila si polan lihat dalam fb and insta, orang laen kawen pakai kain berderet2 dia pun nak. Orang kawen buat kat hotel beribu2, dia pun nak. Orang kawen panggil VIP buat persembahan, dia pun nak buat. Ukur kemampuan diri sendiri dulu.

And kalau pasangan itu bercerai, jangan la tambah garam ke luka mereka. Mungkin mereka bercerai kerana :

1) Hasutan orang sekeliling
Tuh yang cakap orang sekeliling memainkan peranan yang penting. Hasutan orang sekeliling bole membuat hubungan yang harmoni jadi kacau bilau sampai bercerai. So bila someone tuh bercerai jangan la assume bahawa salah tuh datang dari pasangan tersebut, sebab kita tak tahu pokok pangkal cerita.

2) Zuriat
Hah yang nie memang top sekali. Kalau perempuan gagal bagi zuriati terus nak bercerai. Apa perempuan ini machine buat anak ka? Yee memang lelaki nak pewaris keturunan dia, tapi selagi perempuan ada rahim selagi itu dia ada peluang untuk hamil. Jadi masing2 kena la tahu bahawa rezeki dari Allah. Bukan harini mintak esk terus dapat anak

3) Tak bersefahaman lagi
Masa bercinta bole laa nak sehidup semati. Nie bila dah tido sebantal baru tahu luar dalam pasangan tersebut. Mula la rasa annoying la, menyampah la, takleh pandang la. Hah yang nie terjadi kalau kita kawin based on rupa paras and harta. Kawen la based on keikhlasan pasangan kita, insyaAllah bahagia.

Semoga kita semua terhindar dari penceraian dan mampu membimbing rumahtangga ke arah yang diredhai Allah. Amin!

– Nadine

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Silat dan Mimpi

PengakuanKu

Aku perempuan bujang berumur 26 tahun.

Baiklah, aku mulakan dengan mimpi. Tak tahu semenjak bila aku mula dapat mimpi buruk yang menakutkan. Rasanya semenjak sekolah rendah lagi tapi tak ingat darjah berapa. Bermula dengan mimpi harimau putih. Semenjak tu aku mula dapat mimpi yang pelik, menakutkan dan kejam dengan kerap. Ada lagi, aku pernah mimpi satu tempat asing yang aku tak kenal dan berulang-ulang. Tempat tu tepi pantai tapi di tengah laut ada pulau. Walaupun cerita mimpi tu berlainan tapi ia berlaku di tempat yang sama berulang kali.

Cukup tujuh kali aku mimpi tempat tu, aku ceritakan pada emak dan emak bawa aku pergi berubat dengan seorang ustaz. Ustaz ni pun buat ‘scanning’ dan dia tanya, “Awak pernah jatuh motor kat mana?” Aku macam whattt dia tahu aku pernah jatuh motor. Tapi jatuh sikit je kat kawasan kelapa sawit. Tapi masa jatuh tu aku tingkatan dua. Aku mula dapat mimpi masa aku sekolah rendah. Then ustaz tu kata, ada sesuatu yang ikut aku semenjak aku jatuh motor tu dan kemungkinan sesuatu tersebut berasal dari tempat yang selalu muncul dalam mimpi aku. So ustaz tu bagi limau. Dia suruh aku perah limau dalam baldi berisi air dan mandi guna air tersebut kemudian buang kulit limau tu ke dalam sungai. Aku buat dan berkesan, aku dah tak mimpi tempat tu lagi. Selesai.

Tapi mimpi-mimpi yang menakutkan dan kejam tu hilang sekejap je then datang semula. Nak tahu aku mimpi macam mana? Banyak sangat tapi antara yang aku ingat, aku bunuh orang dan kisar daging orang tu guna blender dapur pastu buang daging orang yang aku blender tadi kat tempat pembuangan sampah. Mimpi orang disembelih sampai putus leher – beberapa kali juga lah sampai aku dah lali dengan mimpi macam tu.

Mimpi binatang (monyet, ular, harimau, serigala). Mimpi baby pun ada. Semuanya pelik dan buat aku terjaga dengan berdebar-debar. Pastu aku tidur lah semula peduli apa aku mengantuk kot, kacau je orang nak tidur. Aku kerap beritahu emak pasal mimpi ni pastu mak bawa aku pergi berubat dengan seorang so called ustaz. Aku tak percaya dengan yang kedua ni sebab karut gila cara dia ubat orang. First pasal dia picit jari kaki yang mana kalau aku buat sendiri pun aku rasa sakit yang sama lol. Second, pasal dia bercerita sambil judge orang lain siap kata orang tu masuk neraka! (ataupun aku yang salah faham?). Third, pasal sambil dia menerakakan orang tu, dia hisap rokok asap dok kepul-kepul fuh fuh kat aku. Aku tutup hidung pun dia buat muka selamba platipus.

Then mak bawak aku jumpa lagi seorang ustaz. Kali ni aku agak percaya lah sebab memang jelas dengar dia baca ayat-ayat ruqyah tapi aku rasa macam tak berkesan. Cumanya bila aku mention aku pernah belajar silat, dia tanya, Äda kena tidur atas kain putih selama tiga malam dan diberi potongan ayat untuk dibaca sebelum tidur?” Betul, ada. Katanya potongan ayat tu lah yang menyeru benda-benda macam tu berdamping dengan aku. Selepas rawatan, aku masih didatangi mimpi tapi dah tak sekerap dulu.

Sebenarnya, ada lagi satu tempat yang kerap aku mimpi. Tapi aku rasa ni macam permainan otak aku je. Sebabnya, tempat tu macam berkembang dari mimpi ke mimpi. Bermula dengan sebuah sekolah pastu ke kanan sikit ada highway, ke bawah sikit ada jalan besar yang ada traffic light. Aku rasa macam dalam pengembaraan. Dalam setiap mimpi aku akan meneroka tempat baru yang berhubung dengan tempat yang aku pernah mimpi. So tempat tu jadi macam sebuah bandar/daerah. Rasanya yang ni takde apa kot kan? Ada ahli psikologi yang boleh explain benda ni?

Sebenarnya tak faham apa yang aku lalui ni. Mimpi yang seram dan menakutkan dah jarang terjadi tapi masih terjadi. Aku tak tahu patut ke aku teruskan berubat dengan ustaz-ustaz? Ataupun biar je mimpi-mimpi ni datang mengganggu tidur aku? FYI aku tidur basuh kaki, ada wuduk, baca ayat kursi, ayat serbu dinar dan al-mulk siap. Tak cukup ke?

Tolong.

– Cik Kesum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Survival Kit Kewangan Pengajian Tinggi

PengakuanKu

Assalamualaikum

Terima kasih pihak IIUMC menyiarkan penulisan ini.

Ia berkenaan adik yang mengalami kesukaran melanjutkan pengajian tinggi sebelum ini kerana kekangan kewangan – Struggling Student –

Kami semua mendoakan adik dan siswa/siswi lain yang mengalami kesukaran sama dapat keluar dari permasalahan ni.

Hakikatnya Allah kemudian adik sendiri yang dapat angkat diri adik dari masalah sebegini.

Saya dan sahabat2 saya juga pernah mengalami kekangan kewangan kerana duit lambat masuk, biasiswa dipotong kerana menangguhkan pelajaran, masalah dalaman keluarga dan berbagai lagi.

Cuma abang ingin nasihatkan, jika adik mampu capai sampai tahap ni di dalam kursus adik tidak minati, bayangkan apa adik boleh capai bila sambung belajar apa yang adik minat,setelah habis kursus ni.

Please bite your tounge and give strong push for this final year ya.

Apa yang abang tulis ini hanya sekadar penulisan sederhana. Abang tidak pasti apa adik ada…

ie motor, kereta, basikal etv atau tempat belajar dimana. Tinggal dimana, rumah sewa/dorm.

Walaubagaimanapun penulisan ini berdasarkan hasil pengalaman abang dengan sahabat2 abang ya.

Skop penulisan ini adalah untuk bantu adik dari segi kos tempat tinggal, makanan seharian dan yuran pengajian.

Harap membantu.

1) Penjimatan kos tempat tinggal

– Jika adik tinggal di luar asrama uni awam pastikan adik tulis surat memohon untuk tinggal di asrama.

Pihak pengurusan suka bentuk permohonan dokumentasi surat rasmi beserta bukti sokongan. Abang dengan sahabat2 abang sedaya upaya tinggal di asrama uni kerana bayarannya hanya RM200 semester..kami tinggal kat sana sampai hampir habis pengajian. Murah kan.

– Jika di dalam uni swasta & lelaki, kami sedaya upaya tinggal beramai2 seperti imigran Bangladesh.Penjimatan sewa maksimum. Kalau wanita kaedah ini sukar. Ini pengalaman yang dialami semasa memberi sewa kepada siswi. Max 1 rumah 5 org sahaja.

– Cari juga rumah sewa di kawasan setinggan. Jika anda biasa di tempat orang sederhana.

*Kursus saya adalah ‘external based’. Kertas peperiksaan ditanda oleh orang luar bukan pihak uni. Oleh itu saya pernah bertukar dari kolej swasta ke uni tanpa menukar kursus. hidup uni dan kolej saya pernah alami.

2) Penjimatan makanan & sara hidup

– Biasanya saya & sahabat2 bekerja di catering services. Hal ini kerana

i. Makanan percuma

ii. Elaun harian tunai

iii. Boleh kerja di waktu malam atau hujung minggu tanpa ganggu waktu kuliah.

iv. Boleh kongsi dengan member makanan percuma. Nanti mereka sudi tolong anda dalam bentuk lain ya.

– Jadi tutor peribadi mengajar subjek sekolah rendah. Permintaan amat memberangsangkan dalam bandar ni. Pastikan jadual tutor tidak ganggu kuliah ya.

3) Menampung yuran pengajian

– Jika di KL, adik boleh cuba kerja di AJIS, syarikat stock take. Gaji sekitar RM1.5k-RM1.8k. Ambil sekita cuti semester ya. Kerja hanya dijalankan waktu malam sahaja semasa stoktidak bergerak. gaya hidup kelwara/musang nanti..tapi berbaloi.

Berikut merupakan alamat & nombor telefon syarikat tersebut

AJIS (MALAYSIA) SDN BHD (850497-P)

C-1-23, 8 Avenue,
Jalan Sungai Jernih 8/1,
Seksyen 8, 46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603 – 7955 5563

– Rundingan ansuran yuran pengajian
Selain itu, bawalah pensyarah yang boleh dipercayai dan menyokong adik untuk rundingan ansuran pengajian. Ramai pensyarah baik2 ni.

Dulu abang kena jadi helpers untuk sebuah majlis kongres. Pada waktu sama abang dapat hadiah konvo dari kolej abang.

Waktu tu abang xmampu bayar yuran konvo jadi abang pilih jadi helpers untuk dapat elaun. Alhamdulillah, pensyarah baik hati dan sudi simpan cek hadiah RM1k plus. Moga Allah rahmati para pensyarah yang baik.
……………………………………………………

Kaedah Unortodoks

– Saya menolong pakcik & makcik buka dan tutup warung. Umum siapa pernah kerja warung, waktu paling penat adalah buka & tutup kedai. Alhamdulillah dapatlah makanan percuma walau tak meminta

– Jalan kan bisnes pajak kereta. Jadualkan pelanggan kereta sewa dengan kereta pelabur anda. Makan duit komisyen sahaja.

– Berbasikal, naik bas atau jalan kaki ke kuliah. Pastikan pakai deodorant ya. Mudah berpeluh dengan iklim Malaysia ni

– Hidup sederhana. Saya tidak habiskan waktu membawa wanita bukan mahram ke hulu hilir ya. Jimat masa dan duit. Ada kawan saya siap beli bunga dan pinjam henset. Sampai kesudah tak bayar semula. Sabar jelah.

……………………………………………………………..

Tidaklah sia2 adik menggenggam segulung ijazah atau sijil ni. Percayalah dik, dunia kerja penuh pancaroba juga. Tanpa bukti taraf pendidikan, senang untuk majikan ambil kesempatan. Ada majikan yang baik tapi berhati2 itu lebih baik.

Ramai sahabat2 abang keciciran semasa pengajian abang. Bukan senang nak memotivasikan mereka berdiri teguh semula. Mohon kuat semangat ya.

Senarai di bawah adalah baik untuk adik amalkan untuk persediaan rohani.

1. Mintalah pertolongan dengan sabar & solat

– Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)

2. Kerap hubungi ibu bapa dan keluarga angkat. bukan untuk meminta tapi tanya khabar dan ambil nasihat.

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Bukhari no. 5985 dan Muslim no. 2557)

3. Banyakkan istighfar(mnta ampun) dik. Mujarab untuk lapangkan rezeki

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)
“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh)

4. Kurangkan meminta pada makhluk dan banyakkan doa kepada Rabb.

– Banyakkan do’a dik. Allah maha mendengar (As sami’), Maha pemurah ( Ar Rahman)

5. Bersahabatlah dengan orang yang serba kurang, sederhana atau jika kaya jenis merendah diri.

– Gaya hidup ditentukan oleh sahabat kita bergaul ya.

Oklah setakat itu sahaja. Harap bermanfaat.

Kami doakan baik2 kepada para siswa siswi yang tengah lanjutkan pengajian.

Salam A’laik.

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Awak Nak Tipu Siapa?

PengakuanKu

Trend anak melayu yang aku tak berapa berkenan adalah trend pakai baju kurung ketat, keluar phone oppo, cari angle and snap gambar. Edit sampai kau sendiri tak kenal ni gambar siapa dan putihkan gambar. Kalau kau tag lokasi “sebelah matahari” pun orang percaya sebab dinding coklat belakang kau pun dah jadi putih.

Lainlah kalau kau up gambar untuk jual barang sebab tu marketing, tapi untuk dapatkan perhatian lelaki hidung belang? Nanti kau jugak yang cakap semua laki tu sama.

Kau nak tipu diri kau, tak mungkin, sebab setiap kali mandi, kau sendiri nampak selulit kau dengan lemak yang berlipat-lipat tu. Setiap kali kau keluar kau prepare berjam2 sebab takut kantoi lain dr insta. Dari kau edit, baik kau diet. Tangkap gambar beribu letak dalam gallery sambil kau cari angle yang sorok flaws kau. Kadang-kadang sampai terswipe dua kali sebab jari kau tebal sangat.

Bagi aku, golongan yang betul2 lawa n sado ni dia jenis tak suka tangkap gmbar diri sendiri. Setiap cermin yang dia lalu tu lah gambar dia. Kalau tangkap pun cepat je sbb dia memang dah lawa.

Point aku di sini ialah tak salah nak anggap kita cantik, memang awak tu cantik sangat. Hati awak, peribadi awak. Tapi kenapa awak nak berbangga dengan benda yang awak belum/tak ada. Awak tahu tak kawan awak yang comment “sis ni tak pernah tak putih. Floless je kije”, bila member laki dia tanya pasal awak, dia lah yang cakap “oh sis X? Dia gemuk n hitam in real life. Haha”. Jangan salah faham, aku bukan “fatshame” orang, cuma aku lebih respek orang yang tak kisah tunjukkan kat dunia yang dia gemuk/kurus kering sebab dia percaya dan yakin pada personaliti dia.

Hakikatnya, semua orang ada jodoh masing masing yang akan tertarik dengan rupa awak. Orang lain cakap awak tak cantik, tapi pada jodoh awak, awak manis sangat. Tapi itulah, awak lebih suka nak bersaing untuk dapatkan lelaki yang mahukan bini floless. Pastu bila kalah awak salahkan semua lelaki nak yang perfect je. Hakikat yang awak pura2 jadi floless tu awak tolak bawah karpet. Dah, jadi diri sendiri k!

– Instaking

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Korang Nak Apa Sebenarnya?

PengakuanKu

Lately aku tengok banyak post tentang budak praktikal tular kat laman sosial. Kebanyakannya rungutan, keluhan dan aduan sepanjang menjalani internship. Some part, aku setuju. Some part, aku kurang setuju. Ini kisah budak-budak praktikal kat tempat aku. Korang hadam dan nilai lah sendiri.

Startingnya semua ok je. Aku bukan jenis kaki ragging budak praktikal. Dorang buat silap, aku kata takpe sebab korang baru belajar. Dari kesilapan lah kita belajar. Tapi aku start annoying bila kesilapan yang sama diulang banyak kali tambah pulak masing-masing mula tunjuk malas. Malas dalam segala hal.

Sekarang dah 4 bulan dorang praktikal kat sini, 10% kerja je yang dorang boleh buat. Walhal dorang semua ni belajar dalam bidang yang sama dengan lapangan kerja ni. So bagi aku paling kurang sepatutnya dorang dah tahu basic dan ethics. Kat sini dorang takde pun kena buli. Takde pun drama hari-hari kena sapu sampah, cuci tandas, kena fotostat, kena tengking ke, kena potong bawang ke. Takde semua tu. Kerja yang dorang kena buat kat sini adalah kerja yang berkaitan dengan bidang dorang sahaja.

Rutin harian praktikal dorang, masuk ofis, sarapan dalam sejam kat pantri. Lepas sarapan, perut kenyang, senang hati, then warming up dengan main fb dulu. Agak-agak dah selesa sikit tu, dorang akan pasang YouTube pulak. Kalau boss xde, dorang melalak karoke dalam ofis. Selain melalak, dorang jugak sangat suka ‘swearing’. Hari-hari ko akan dengar perkataan babi, bodoh, bangang dan yang seangkatan dengannya. Rasa mcm agak suara tu dah nak hilang, dorang pun gi lepak kat ruang rehat dalam ofis tu. Rasa macam mengantuk, tutup lampu, tidor. Lunch kadang2 tak masuk pukul 1 lagi dah berdesup masing-masing keluar. Masuk balik ofis, repeat benda yang sama. Waktu balik supposed to be 5.30 petang, kadang-kadang buat alasan sakit perut lah, period pain lah, family datang lah. So kadang-kadang sejam awal dah lesap. Itu tak masuk lagi drama bergaduh dengan boyfriend dalam phone. Sekejap kang bergayut kt situ, sekejap kang bergayut kat tepi tandas. Aduhaiiiii…

Kenapa tak bagi kerja kat dorang? Ok let me tell you this. Aku dah bagi kerja kat dorang. Report yang aku suruh dorang buat semua report yang aku dah siap buat. Aku siap cakap kalau kurang faham boleh refer report aku. Dan kalau dah keluar pergi site, balik memang wajib buat report. Situasinya dorang sangat kurang common sense dan pemalas. Pergi site, balik je ofis terus pergi kt ruang rehat, duk lepak kat situ. 2 bulan aku cakap kat dorang, ingatkan dorang yang kena buat report bila balik dari site. Masuk bulan ke 3, sori lah. Aku tak boleh kompromi dengan orang-orang macam ni. Buat kerja bila ada mood sahaja. Dik, ko sedar tak yang ini bukan company bapak ko?

Pernah jugak 2 minggu aku tak bagi kerja langsung kat dorang sebab nak tengok siapa yang ada common sense bila masuk ofis tapi tak ada kerja langsung. Sudahnya dorang bawak mulut, kata aku sombong, berlagak. Mentang-mentang aku staff, tak nak ajar dorang. Alahaiiii, awal2 aku bagi kerja korang malas buat. Bila aku tak bagi kerja korang kata aku sombong. Sekarang ni bila aku bagi semula kerja kat dorang , tahu tak apa jawapan dorang? Sori kak, boleh tak kalau tak nak buat lagi kerja tu. Kiteorang perlukan masa dan ruang. Masa dan ruang untuk apa, aku pun tak tahu.

Kenapa tak marah je dorang? Nak tengking-tengking ni bukan lah aku. Bagi aku korang dah besar kot. Ada yang lagi tua daripada aku yang praktikal kat sini. Pernah aku naikkan suara sikit, tapi bukan lah maki hamun. Masa tu salah sorang dari dorang tinggal barang company dekat site. Sudahnya boss marah aku sbb boss tak tahu cerita sebenar. Lagipun awal2 lagi dah ada orang lain yang backup dorang. Balik ofis, aku cuba cakap sehabis baik. Tolonglah jangan cuai. Respon dorang, dengar teguran aku sambil main fb n youtube, dengan buat muka tak bersalah langsung. Tuhan je tahu perasaan aku masa tu.

Itu tak masuk lagi bab kebersihan ofis. Aku masukkan bab cuci pinggan cawan sendiri je. Perangai masing-masing lepas makan, main biar je pinggan dan cawan yang dorang dah guna kt atas meja. Berbuih dah mulut aku ckap, tolong basuh pinggan n cawan yang korang dah guna. Sudahnya sampai sekarang ada lagi cawan dorang berlonggok kat atas meja. Ya Tuhan, moga korang berubahlah bila dah jadi bini orang nanti. Masing-masing macam dah tak sabar dah nak menikah. Aku harap korang berubahlah walaupun demi laki korang.

Kenapa tak report je kat boss? Boss aku ni dia tak ambil pusing sangat masalah budak praktikal sebab banyak lagi benda lain dia kena fikir. Janji prestasi company cun. Tapi last week aku dedahkan sikit je prestasi budak-budak praktikal kat sini. Masa tu dorang kena buat presentation laporan industri kat boss. So masa tu ada beberapa perkara berkaitan gerak kerja yang aku tegur. Tapi aku takde la jahat sangat pun. Aku komen pasal kerja dorang je. Itu pun sikit sangat yang aku sentuh. Sebab muka masing-masing dah tak puas hati. Tapi sekurang-kurangnya biar boss buka mata sikit. Paling tak boleh blah, dalam 5 keping slide presentation dorang tu, dalam suggestion masing-masing duk tulis nakkan ‘equal respect’ antara staff dan budak praktikal. Korang sibuk nak equal respect bagai, tapi bila boss tanya apa sebenarnya yang awak belajar masa kat kolej dulu yg awak praktikkan kt sini, menggelabah masing-masing tak tahu nak jawab apa.

Dik, staff kat sini semua nampak perangai korang. Kecuali boss je yang tak nampak sangat since korang sangat pandai mengampu boss. Ada staff lain yang tegur kenapa budak praktikal rilek sangat, tapi staff kemain busy buat kerja? Anak boss yang jugak staff dalam company tu pun tegur kenapa korang selamba sangat lepak dan tidor kt ruang rehat waktu office hours? Hari-hari kena dengar korang mengilai dan mencarut sesama sendiri. Aku faham korang darah muda, nak enjoy, nak chill out. Aku pun muda jugak. Tapi nak berhibur, nak berseronok biar bertempat. Tak perlu tunjukkan dalam ofis sisi gelap korang.

Korang nak equal respect kan? Tapi sekurang-kurangnya jagalah sikit adab dalam ofis. Sedar ke tak yang korang terlalu biadab? Sepanjang company ni ambil budak intern, aku rasa yang ni paling teruk. Paling takde effort nak belajar. Paling besar kepala. Paling pemalas. Paling tiada common sense. Aku berkata-kata bukanlah sebab aku di posisi yang atas. Aku risau kalau diteruskan lagi perangai macam tu, macam mana masa depan korang? Kat sini mungkin lah korang diberi muka. Tapi cuba kalau company lain? Ada ke company yang nak pekerja yang bekerja ikut mood, takde effort langsung nak sumbangkan sesuatu untuk company dan attitude dalam ofis zero.

Dah habis cara dah aku buat. Friendly meeting, open meeting, wassup, tegur direct, semua dah buat. Bila tanya ada masalah ke? Masing-masing kata takde masalah. Berubah 2 hari je. Tu kira lama lah tu behave 2 hari. Aku tak tahu apa masalahnya dorang terlalu besar kepala. Tak minat atau tak boleh pergi dengan bidang kerja ni? Then kenapa mintak intern sini? Takde life praktikal kat sini? Apa yang takde life pulak. Korang berhibur sepanjang hari kot. Apa yang tak seronok lagi? Tak pandai? Then, belajar dan mintak tunjuk ajar. 2 bulan pertama boleh lah aku suap korang. Tapi dah masuk 4 bulan kalau takde effort langsung nak belajar, siapa yang sanggup nak ajar? Tertekan? Stress tang mana? Kerja pun korang tak buat. Nak stress apa?

Dik, realiti kerja hari ni menyakitkan. Ramai yang tiada peluang pekerjaan. Korang pun tahu yang boss kat sini sangat mudah untuk offer peluang pekerjaan pada student praktikal. Tapi kenapa korang sia-siakan?

Korang nak apa sebenarnya dalam hidup korang? أفلا تشكرون

– Staff Confession

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Anak Kandung Yang Dianaktirikan

PengakuanKu

Hai readers. Nama aku haziq(bukan nama sebenar). Aku lahir dalam keluarga yang sangat besar. Ayah aku ada 6 adik beradik. Manakala Mak aku pulak ada 9 adik beradik. Cukup besar tak? Em. Aku ada 8 adik beradik. Aku anak yang ke 7. Aku berumur 18 tahun. Baru habis spm.

Nak dipendekkan cerita, sepupu belah ayah aku semua dah tua tua. Yang paling tua sebaya Mak aku. Dan yang paling muda sebaya akak aku yang pertama. Umur sepupu belah Mak pulak dalan lingkungan 28-5 tahun. Tak terlampau tua dan tak muda.

Dipendekkan lagi cerita, tahun 2011 aku menduduki peperiksaan UPSR. Dan alhamdulillah keputusan aku memberangsangkan. 4A1B. Tahun 2014 pulak aku menduduki peperiksaan PT3. Keputusan masa tu memang drop gila sebab 3 bulan tak pergi sekolah. Jaga ibu dekat hospital. Ibu disahkan meninggal dunia pada 31/3/2014 sebab kanser. Dan tahun lepas dalam bulan 7 ayah aku secara tibe tibe kata yang dia nak kahwin. Sedangkan dia baru je seminggu kenal makcik tu. Bila dia cakap gitu, aku bole accept. Sebab tu hak dia. Lepas ayah kahwin, ayah totally berubah 360° (kitaorang adik beradik smua memang tak suka bini baru ayah tu. Sebab dia suka sangat keluarkan duit ayah dalam bank tanpa pengetahuan ayah) dulu ayah pernah kata, kalau keputusan spm aku teruk, dia nak suruh aku ambil alih je restoran dia tu. Tapi bukan totally lah aku ambil alih. Aku okay je. Lagipun arwah mak memang suruh aku jadi chef. Dan tu memang cita cita aku dari kecil lagi.

16/3/2017 keputusan spm keluar. Alhamdulillah walaupun takde A, aku memperolehi 7B+ 1C+. Aku balik rumah aku tunjuk ayah keputusan aku. Ayah kata, ayah bangga dengan keputusan aku. Ayah suruh aku sambung je bidang yang aku suka. Lagipun ayah kata, lepas habis belajar, ayah nak suruh aku handle restoran dia. Aku okay kan aje lah. Lepastu ayah keluar pergi ambil bini baru dia balik kerja. Tak tahulah apa yang makcik tu cakap dengan ayah masa dalam kereta. Ayah sampai je Rumah, ayah ambil slip spm aku, ayah nak bakar. Ayah kata “takde A takde gunanya nak simpan bende ni. Bagi sini biar aku bakar je. Korang ni semua bodoh. Tak macam anak isteri aku. Pandai pandai belaka. Sorang tengah belajar hotel managment, sorang tengah belajar engineering. Korang nak jadi apa? Binatang?!” Aku terus capai kunci kereta, drive semahunya. Bila amarah aku dah reda barulah aku balik ke Rumah.

Sampai sekarang aku still tak isi upu. Aku tak tahu nak ambil bidang apa. Ayah kata, aku takde masa depan. Anak tiri dia semua ada masa depan. Tapi kalau tak silap aku, anak tiri dia ada sebaya adik aku. 15 tahun. Sekarang tak sekolah sebab kene buang sekolah. Duduk kampung. Kerja dia rompak Rumah orang, curi motor orang. Baru baru ni dia excident kaki putus baru lepas ragut orang. Mungkin ayah nak aku jadi macam ni baru dia rasa bangga kot.

Kepada bini baru ayah, tahniah sebab kau berjaya buat keluarga aku musnah dalam sekelip mata. Dan tahniah lagi sekali sebab kau dah habiskan duit dalam bank ayah aku. Dari RM 326,978.68 sekarang tinggal RM 1679.23 . sekarang aku terfikir aku ni anak tiri ayah ke anak kandung ayah…

– anak kandung ayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Politik Kerja

PengakuanKu

Assalam…pertama kali terima kasih aku ucapkan kepada admin page ini jika confession aku disiarkan.aku sekadar hanya ingin meluahkn apa yang aku rasa berkenaan hal yang berlaku di tempat kerja aku.mana lah tahu jika ada pembaca yang sudi memberi komen-komen positif buat aku.

Untuk makluman pembaca,aku bekerja di tempat kerja aku sekarang sudah masuk tahun ke-10..kerja aku buat sekarang tidak lah susah mana pun.cuma perlu latih golongan istimewa supaya mereka dapat berdikari dan melakukan perkara asas sepertimana manusia lain yang normal lakukan.setiap hari adalah satu pembelajaran baru bagi aku sebab aku memang mencurahkan segala usaha dan tenaga aku untuk lihat golongan seperti mereka boleh berdikari.

Tapi,aku mula rasa hilang keseronokan bekerja bila aku dapat bos baru  yang merupakan ank saudara someone dekat area aku ni yang tidak tahu apa pun mengenai golongan ini tapi buat2 tahu.ada perkara yang terjadi tapi tak perlu aku cerita disini sebab nanti confession ni jadi terlalu panjang.sebagai staff lama,bos mintak aku beri tunjuk ajar kepada dia..dan aku mengajar selayaknya ikut pengalaman aku.tiada niat aku hendak menunjuk2 pada bos..tapi apa yang terjadi selepas itu buat aku tersentak..cerita yang bertebaran mengatakan aku menunjuk pandai depan bos.walhal apa yang berlaku adalah sebalik nya.

Tahun berlalu,aku rasa kesabaran aku semakin menipis bila aku sentiasa diburuk-burukkan oleh bos aku sendiri.apa sahaja yang aku lakukan seolah menjadi kesalahan besar walaupun sebelum tu aku dah mintak izin dari dia terlebih dahulu.aku sedar sebagai orang bawahan aku tak boleh sesuka hati buat sesuatu perkara tanpa kelulusan bos aku.sehingga lah tahun ini yg baru beberapa bulan berlalu,masih lagi aku diburuk2kan dan beberapa perkara lain yang membuatkan aku mula rasa tawar hati dengan kerja aku sekarang.ada beberapa lagi hal yang terjadi tapi aku tak nak tulis tkut luka lama berdarah kembali.

Aku bukan jenis yang suka menyampaikan cerita tentang hal orang.pada aku tak guna aku buka aib orang sedangkan Allah tutup aib aku..adalah lebih baik aku perbaiki dulu diri aku.aku sedar siapa aku di tempat kerja,tak kuasa nak berlagak dengan pengalaman aku yang baru seciput ni jika banding dengan pengalaman orang lain yang lebih lama bekerja dari aku cuma berbeza tempat shj.

Cuma aku terkilan dengan sikap bos aku pada aku..aku seolah2 menjadi ancaman kepada dia sedangkan aku hanya lakukan kerja aku seperti biasa..mungkin aku ada lakukan kesilapan tanpa aku sedar…tapi aku pernah berjumpa berdua dengan bos..aku tanya adakah aku ada lakukan kesalahan terhadap dia kerana cara dia melayan aku seolah2 aku ini 1 ancaman kepada dia.jawapan yang diberikan ialah aku takde buat silap.

Aku terkilan kerana bukan sedikit usaha dan tenaga yang aku curahkan untuk bekerja dengan golongan istimewa ni.bermacam cara aku lakukan agar mereka2 ni boleh berdikari tapi akhirnya usaha aku seolah tak dihargai dan dipandang sepi.

aku sedih kerana politik yang berlaku di tempat kerja aku ni beri kesan pd khidupan aku.serius setiap hari aku kena positifkan diri aku untuk bekerja..aku bercakap dengan diri aku sendiri yang aku bekerja kerana mencari rezeki untuk keluarga aku,mereka2 yang istimewa ni masih perlukan binbingan aku.aku ingin kerja aku diberkati wang gaji nya..jadi,apa pon yang berlaku aku sabar dan serahkn pada yang maha kuasa.sebab aku percaya hanya Dia yang mengetahui apa yang terjadi pada aku selama ni.

Aku sayangkan golongan istimewa ni kerana aku juga belajar sesuatu dari mereka.dari mereka lah aku didik diri aku menjadi manusia penyabar.dari mereka juga aku menjadi manusia yang reti bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan pada aku.dari mereka juga aku belajar yang kasih sayang tu tak kenal beza kulit dan agama..kasih sayang tu untuk semua..aku terfikir jika aku mengalah dn berhenti kerja ni aku pasti akn merindui kasih sayang yang aku dapat dari mereka…pelukcium yng aku terima setiap hari dr mereka,pujukan mereka  tika aku bersedih,kegembiraan aku yang kami kongsi sama2.semua tu akan jadi kenangan terindah untuk aku andai aku mengundur diri dari kerja ni.

Kerja pon salah satu ibadah juga..jadi aku berharap agar aku terus istiqomah dalam kerja aku.mungkin masalah yang aku ceritakan ni tak sehebat masalah orang lain di tempat kerja.tapi ketahui lah yang hal2 macam ni sikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian aku.mungkin juga aku tak pandai kawal emosi tapi sejujurnya realiti yang berlaku di tempat kerja aku lebih dasyat dari apa yang aku ceritakan.

Aku tidak pernah mengharap diberi penghargaan ats usaha aku selama ini tapi betul la yang zaman sekarang ni kau takde kelulusan pon takpe asal kau ada link yg kuat untuk kau dapat kerja.kau tak tahu buat kerja pon takpe takde siapa yang akan marah kau lagi2 jika kau ada kaitan dengan somebody..orang akn hormat kau trmasuk la org2 atasan sebab takut kau guna kuasa somebody tu untuk tukarkn orang2 yang kau tak suka.

Tapi aku percaya,hal2 camni takkan bertahan lama.pangkat dan kuasa tu bila2 masa Allah boleh bagi dan Allah boleh tarik.jangan riak dengan apa yang kau ada.semua ni tak kekal lama.Akhir kalam,doakan aku semoga terus istiqomah dalam kerja aku sekarang ni..doakan agar aku diberi kekuatan untuk menghadapi hal2 mcm ni.kepada yang sudi memberi komen baik positif atau negatif terima kasih aku ucapkan.sesungguhnya yg baik itu dr Allah yang buruk itu dr aku..

– senah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kesedaran Tentang Menunaikan Haji

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t., terima kasih admin andai post aku di update, mohon hide nama aku, aku salah seorang anggota tabung haji. Confession ini sekadar dibuat untuk memberi kesedaran orang ramai tentang kewajipan menunaikan haji. Korang pun tahu dalam rukun islam ada 5 perkara dan haji merupakan rukun islam yang terakhir.

Dewasa ini, makin ramai kaum muda (generasi y) yang belum berdaftar haji dan ada setengah kadang-kadang aku pergi kempen, dia buka akaun tapi daftar haji nya tak mahu sebab kena deposit RM 1,300. Untuk pengetahuan semua RM 1,300 tu tidak di ambil cuma akan dibekukan. Sebagai contoh buka akaun dan membuat simpanan RM 2,000 dan daftar haji RM 1,300 maka wang yang available untuk membuat pengeluaran ialah RM 700 shj. Lagi RM 1,300 dibekukan dan sekiranya urgent untuk guna boleh pergi ke kaunter untuk batal daftar haji dan boleh keluarkan RM 1,300 tu.

Disebabkan RM 1,300 ini ramai yang tak berminat nak daftar haji. Jadi pihak tabung haji membuat alternatif lain untuk daftar haji melalui KWSP iaitu kakitangan swasta yang mempunyai penyata akaun KWSP hanya perlu bawak penyata dan daftar haji. Pihak Tabung Haji tidak akan menyentuh atau menggunakan wang KWSP anda, itu adalah jaminan.

Aku membuat confession ni bukan nya apa sebab sekarang daftar haji pun kalau daftar sekarang mungkin tahun 21XX baru dapat pergi, meaning to saya kalau katakan korang daftar sekarang umur 24 tahun, nanti umur 100 lebih baru boleh pergi haji. Agak korang larat lagi ke tawaf Kaabah tu???

Kadang-kadang kesian wei bila tengok pak cik mak cik yang bersungguh sungguh nak pergi haji sampai 10 kali rayuan haji diaorang buat, itu pun belum tentu dapat pergi. Tak lupa juga sebagai ibu bapa muda yang baru dapat anak tu cepat-cepat lah daftar haji untuk anak-anak korang. Kita pun tak tahu sampai bila umur kita, at least usaha lah untuk rukun islam yang ke 5 ni, sekian terima kasih.

– Qistina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Thursday, 30 March 2017

Kehidupan Pekerja Makan Gaji

PengakuanKu

Assalamualaikum…

Terima kasih admin sekiranya siarkan luahan hati sy.

Sy perkenalkan diri sy sebagai Miss N, sy seorg customer service di salah sebuah institusi kewangan di Malaysia. Pekerjaan sy ni sama macam kalau kat Maybank dorg panggil Greeters kalau Public Bank glamour sikit Customer service ambassador tp job scope lebih kurang sama je kot.

Sekarang ni kan semua transactions kurang dari RM5K STRICTLY performed via Self service terminal. Jujurnya, memang ramai customers yg xsetuju dgn implementation ni tp sy percaya high management da kaji pro & cons sebelum implment benda ni.

Sebagai pekerja yg makan mengharap kan duit gaji bulanan terpaksa la hadap segala pahit maung cacian & makian dari pelanggan yg xdpt terima perubahan dan x kurang hebat nya juga dari rakan sekerja yg xpaham scope kerja kita yg tahu nak mengata tapi bila suruh duduk kat meja inquiry tau tak nak. Sedih memang sedih. Stress jangan cakap, pernah sampai rasa macam aku ni tunggu mati je kat meja tu.

Sebelum ni ade confession tentang bonus banker kan, risiko sebelah kaki di penjara when you decided to be a banker. Sebelum dapat bonus tu tahu x ape yg banker tu lalui and how she/he praying hard utk jaga kaki yg lagi sebelah kaki tu?

Customer service ni bukan saja saja tau x nak bagi number kat customer, cuba la paham, kitaorg kerja makan gaji je ikut arahan pihak atasan nk cari makan untuk kelangsungan hidup utk keluarga & diri sendiri. Ape yg kitaorg buat semua nya ade KPI, bukan suka-suka. Kita org pun x suka kalau boleh xnk kene marah dgn customers. Colleague pun kalau boleh paham la Managers, officers & tellers, Your cooperation is highly appreciated. Kitaorg ni tersepit kat tengah tengah nak jaga hati customer nk jaga hati teller hati management lagi habis tu hati kitaorg ni sapa yg nak jaga? Bila branch performed semua pun dapat merasa habuan nya. Sedih tau kalau x dpt full support. Kalau kita sorg je yg beria mana berjaya implementation ni.

Frankly speaking, implementation ni banyak kebaikan especially utk customer itself. Seriously, really convenient. Sebenarnya kalau customer betul2 nk cepat & kejar masa internet banking la jawapan nya bukan kaunter bank. Fyi, charges kat kaunter lagi mahal dari charges via self service terminal. Bila korg da expert korg da x pandang da kitaorg kat bank ni smp nk masuk bank pun malas nk hadap jammed tunggu number yg boleh buat korg rasa nk jadi tantrum dlm bank lagi pulak muka staff yg hambar je.

Percaya la pada diri sendiri dari orang lain. Sebelum korg jadi mangsa fraud case oleh pekerja bank better belajar self service banking. Fraud case by tellers or officers even managers pun banyak korg je yg xtahu.

Contoh Transactions RM5K dan kebawah yg boleh pakai kaunter- Senior Citizen (60 Years old and above), Disabled person, arreas in loans, inactive account dan multiple denominations.

P/s : Maybankers & PBBankers share la macam mana korg handle situasi mcm ni.

Terima kasih sebab baca dan fahami.

– ~NAF~

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tolong Jaga Mak Bapak Sendiri

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih pada admin, sekiranya confession ini disiarkan.

Dari tajuk tu, aku harap para pembaca boleh ambil iktibar, dan tolonglah jaga mak bapak sendiri bila dah tua nanti.

Atuk & nenek aku yang besarkan aku. Dari sebelum tadika sampai habis spm. Masa aku tgh sambung degree, bila aku balik rumah. Aku akan selalu tidur rumah atuk & nenek aku. Teman dorang, tolong buat kerja rumah apa yang patut.

Aku tak berkira pon, sebab aku takde benda lain pon nak buat. Maklumlah, student. Komitmen bukan banyak pon.

Tapi semua tu berubah, bila aku dah start kerja. Bila aku oncall, mcm mana aku nak teman atuk & nenek? Nak tidur malam pon jarang nak dapat cukup 8 jam.

Things get worst bila nenek aku disahkan kena alzheimer & atuk aku kena dementia.

Aku cukup sakit hati dengan makngah & paksu aku. Mak bapak sendiri pon korang taknak jaga? Taknak masuk syurga ke? Masing-masing kerja dekat pejabat agama, pergi surau solat maghrib tak pernah miss. Siap jadi bilal lagi. Tapi, mak bapak sendiri taknak jaga? Berat 66.

Kenapa aku cakap dorang taknak jaga mak bapak dorang? Aku dengar sendiri dengan telinga aku, tak hingin nak jaga abah sebab abah (atuk aku) suka maki-mak.

Bila masa aku free, aku pergi lawat atuk nenek aku. Aku tengok dapur, lauk dah berulat. Baju kotor menimbun. Atuk nenek busuk, tak mandi. Mmg lebam2 aku kena pukul dengan nenek, luka calar balar kena cakar dengan atuk. Tapi, bila dorang waras, atuk nenek aku mengadu nasib dorang, masa anak – anak dia kecil. Dimanja-manja, bagi semua yang nak. Kenapa bila dah tua, takde yang sudi nak jenguk, apatah lagi nak jaga. Menangis aku wei dengar. Tak tahu mcm mana orang boleh buat mak bapak sendiri mcm tu.

Atuk & nenek aku dah meninggal dah pon pada 2014. Makngah & paksu aku menyesal kaw-kaw. Menangis kat kubur macam orang takde pedoman. Tiap2 hari menangis kat kubur. Hurm.

Sekarang ni, the same thing happened to my atuk & opah. Maksu aku pulak buat hal. Maksu aku ni ibu tunggal, dia takde suami, anak 6 orang. Dia & anak-anak dia, tak hingin langsung nak jaga mak bapak sendiri.

Haih. Deja vu ke apa ni?

Aku harap cerita aku ni dapat buka mata pada para pembaca yang kurang ambil berat pada mak bapak sendiri & buat ingatan untuk diri aku sendiri, jangan lupa untuk jaga saham syurga kita. Pergi haji 40 kali, buat rumah yatim dari malaysia sampai somalia, tapi layan mak bapak sendiri macam sampah. Jangan harap nak hidup senang, jangan harap nak tidur dalam keadaan tenang. Jangan. You have been warned.

Mak bapak kita berkorban macam-macam untuk kita. Korban duit, tenaga, masa, kerjaya untuk anak-anak. Aku tahu, sebab aku sendiri dah berkahwin & ada anak.

Mak bapak kita yang berjaga malam bila kita sakit. Takkan kita tak boleh nak jaga dorang bila dorang sakit?

Mak bapak kita suapkan kita makanan bila kita tak reti nak suap, takde selera makan. Salah ke kita suapkan dorang makanan, bilamasa dorang dah tak larat nak suap makanan sendiri?

Mak bapak kita yang ajar kita jalan. Tak boleh ke kita tolong pimpin dorang, bila dorang dah tua, tak larat nak jalan?

Jangan marah bila mak bapak kita asyik tanya soalan banyak kali @ cakap merapu. Kita pon sama je masa kecik, cakap merapu & saja tanya banyak kali. (Refer to iklan burung murai).

So, please. Please.

Mohon buka mata, buka hati. Bila kita makin tua, makin meningkat umur. Mak bapak kita pon makin tua. Tolong la jangan abaikan mak bapak sendiri. Kalau mampu nak upah nurse, alhamdulillah. Tapi, jangan lupa kena jaga juga emosi mak bapak kita. Kena berborak. Ambil keberkatan, sementara masa masih ada ni.

Hurm.

Akak emo.

– Akak Emo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Soalan Yang Orang Selalu Tanya

PengakuanKu

Orang selalu tanya, dah habis ganti puasa? Tapi jarang atau takda langsung orang tanya, dah habis ganti solat?

Haishh, panjang pulak tajuknya. Tajuk kah tu?

Ehhem. Ehhem. Assalamualaikum. Baru nak bagi salam. Hadeihh. Teruk ni. Perlu ke confess nama sekali? Ok, just call me, , , tengok lar nama kat bawah nti. Macam lar ada orang nak tahu aku sape? *sobs sobs*

Ok stop. Berbalik pada niat asal nak confess. Dah masuk bulan Rejab ni, bunyi perempuan berbisik punnn dah makin banyak. ‘Yu ….. Ta …..’ Petanda? Nak ajal dah kot. Ok gurau, Ramadhan dah dekat. Maka banyak lar peringatan supaya cepat² qadha (baca : ganti) puasa. Taknak sentuh part tu. Sebab itu dah lali dengar. Iyo dok?

Adik², kakak², abang². Umur I is pertengahan, so, okay lar kot tiga panggilan tu. Masing² ada zaman jahiliah, walaupun kita sudah berhijrah, banyak lagi yang kita kena berubah. Sebab . . . Kita manusia, bukan malaikat yang imannya statik. Kita punya iman? Roller coster weyyy. Kejap naik, tinggi melangit, bangun malam qiam, nangis². Fuhh mantop! Ada kala, menjunam kedasar tujuh petala laut. *wujud ka?* Time tu, dah amik whudu’, bentang sejadah, tangan still pegang fon walaupun waktu solat dah nak habis. *nangis bucu kubur*. Lari topik lagi. Adedede.

Dulu, lepas baligh, mesti ada lagi solat yang lompong² atau tak pernah solat langsung! Astaghfirullah! Kes ini terkecuali untuk keluarga yang dah memang terjaga dan faham agama. Ok jelez. Belum lagi part, pura² solat. Amik whudu’, masuk bilik, konyok²kan telekung, serabaikan rambut sikit/sikat rambut bagi kemas, lepas 5-7 minit, keluar dari bilik tanpa rasa bersalah. Dah lar tak solat, pura-pura solat pulak tuu. Fuhh, merecik peluh sihh. Belum part nak cakap tinggal solat subuh. Eihh, hawau lar confessor ni. Pasang ecm dekat badan aku ke? (Keadilan buat Aishah)

Dan awak tahu, solat juga hak Allah yang kita kena jaga. Sebab, solat juga, benda yang akan disoal. Insaf jap. Ganti lar solat.

Step dia, senang jaa, first doa dekat Allah, mudahkan urusan nak ganti solat. Second, melayangkan balik otak tu, buat kira-kira, berapa banyak nak kena ganti. Eih kau bab terobek kenangan monyet boleh plak? Takkan part solat tak ingat kott? Aku dulu? Subuh adalah dalam bawah 70x kali nak kena ganti. Zuhur- Isya’ tak banyak, dalam 10x. Alhamdulillah. So, bila dah tahu berapa amount yang kena ganti, buat timetable ganti solat. Bape haribulan nak settle ganti. Itu target. Penting tu. Caption paling mujarab nak habis ganti cepat? Kalaulah aku mati sebelum sempat habis ganti solat, aku nak jawab apa bila kena soal nanti?

Third, ‘zikir’ dan niat dalam hati, nak ganti solat. Dan Allah akan mudahkan. Dan last, masa nak ganti tu, amik yang mudah². Ganti subuh dulu, sebab dia 2 rakaat jaa. Dan hold dulu solat rawatib, buat solat ganti. Hold juga solat dhuha. Untuk waktu dhuha, atau lepas subuh, boleh amik solat yang 3 @ 4 rakaat untuk ganti. If tak rushing, sebab waktu tu, jarang nak rushing dan waktu tu masih segar bugar. InsyaAllah. Mood pun ceria dan rasa lagi dekat dengan Allah. Itu ja kott tips. Nak tips lain? Rajin² baca komen, InsyaAllah ada yang lagi pakar akan share. *kalau ada*

Ada ulama yang cakap, tapi ini pendapat yang keras, Allah tak terima amalan kita yang lain (amalan sunat) sebab solat tu wajib, tiang agama. So, kita nak buat solat terawih kan? InsyaAllah jika Allah pilih kita untuk beribadah dibulan Ramadhan.

Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan.

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

Eihh, kau, kalau aku tak habis ganti solat? Macam mana? Aku nak terawih gak. Sokay, boleh ja. Nti solat terawih, niat lar nak buat solat ganti. Kalau ganti isya contohnya, lepas imam bagi salam, kau jangan ikut imam bagi salam, terus bangun sambung lagi 2 rakaat. Gituuu~

Allahua’lam.

Hah, habis celoteh aku. Rasa ringan sikit bahu. Moga bermanfaat lar buat semua. Lepas ni, jangan lupa cubit sikit peha kawan, ‘Weyyy, kau dah habis ganti solat lom? Aku nak jumpa kau dekat syorga nanti.’ Adik beradik dan keluarga sendiri jangan lupa.

Sape aku? Aku bukan budak belajar agama, aku jurusan donnnyaaa. Maaf kalo aku silap.

p/s : Kau sentiasa upgrade apps kau, fon kau. Fashion kau. Tapi kenapa kau tak pernah nak upgrade solat kau? Apa yang kau belajar masa sekolah, setakat tu lar. Takda kau nak melabur duit dan masa tambah ilmu bab solat. Kalau ilmu solat tu dikira sebagai asset, dah boleh disposed tau! Dah boleh campak bagi anak rimau makan. (Aku sendiri sentap weyyyy)

Sincerely,
Cik Tupai.

– Cik Tupai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Berhenti Banding-Membandingkan Orang

PengakuanKu

Assalamualaikum and hi semua .terima kasih kalau disiarkan ,terima kasih jugak kalau tak disiarkan .hehe ,saja je sis nak meluah rasa yg disimpan dari umur 12 tahun .

Aku lahir dalam keluarga yg besar .beradik mak ramai ,ayah pun ramai .bila dah ramai-ramai ni ,mesti akan ada sepupu duapupu kupukupu yg sebaya dengan kita .best ,keluarga besar .seronok meriah .tapi yang tak bestnya ,bila kena banding .bukan dengan orang lain ,tapi dengan ayah sendiri .

Mula dari upsr .aku takdapat straight A’s .tapi sepupu dpt 5A .aku dpt 3A3B je .ayah marah ,dia ckp aku bodoh .tak macam sepupu aku pandai .takde otak .sedihnya masa ni .kau tahu kau dah cuba yg terbaik tapi seingat aku masa tu kertas penulisan aku lari tajuk ,hehe .padan muka dapat B .ayah langsung tak tegur aku ,atok dengan makcik yg pujuk bersungguh ,bagi semangat .ingat lagi masa ni aku baring kat riba atok nangis-nangis tanya dia kenapa ayah tak tegur aku .dia tak sayang aku sebab bodoh ke ?atok nangis sama ,huhu .sedih tu ,sampai sekarang boleh rasa bila ingat balik .makcik aku yg lain pun pakat sama bandingkan aku mmg mcm aku useless gila

Then ,masa pmr .masa ni aku nakal banyak .suka main main .org ckp aku pandai ,tapi aku jenis malas .sepupu lg sekali dpt 7A1B .aku dpt 3A5B je .bukan aku tak belajar .aku belajar .tapi rezeki masih belum ada or mungkin effort aku tak cukup .sekali lagi ayah perang dingin dengan aku .dia jeling .aku cakap dgn dia ,dia tak layan pun .dia cakap aku anak tak guna .tak macam sepupu aku yg masuk mrsm .tapi aku tak cemburu ,cuma aku rasa kenapa ayah buat anak dia sendiri macam tu ?anak orang lain ade je yang dapat lagi teruk .tapi diraikan .aku ?aku duduk berkurung dalam bilik ,menangis .pedihnya tu bila ayah sendiri ckp kita bodoh .org mmg semua pndang rendah kat aku sbb ,ayah sendiri merendahkn aku dpn org lain

masa spm ,aku belajar betul betul .ayah taknak dh teman ambik result sbb dia dh assume terok .atok yg teman .dpt result alhamdulillah cantik .nangis nangis pelok atok .atok pun nangis sama .dia ingat aku nangis sebab result teruk .dia ckp “bagus dah tu .nak nangis kenapa .atok bangga” ..aku ckp ,mana ada nangis sebab terok ,sebab happy tengok result cantik” ..then kami jalan kaki balik rumah .ayah tengok result ,lebih kurang macam sepupu aku .tapi masa ni aku dah tak rasa nak berkongsi dengan ayah .sbb aku tahu ,cantik mana pun result aku ,tetap tak cantik bagi ayah kalau masih semua tak A .tapi sebab kali ni cantik sikit ,ayah tak tegur aku sekejap je .tapi masih aku kena banding .xde masa depan la ,kahwin awalla bla bla bla .

rezeki aku ,aku dapat sambung belajar kat ipg .sepupu aku dapat sambung belajar dekat u .first sem aku dapat 3.89 .sepupu dapat 3.3 something .tahu apa diorang ckp “masuk ipg senang je .bkn mcm universiti .ade kuiz ,assignment ,final exam ,sebab tu susah nak skor” .yelah ,ipg senang .senang sangat .kenapa bila aku dpt lebih ,jd mcm tu ?sbb dari kecik aku diperkecilkan .jd baik mana pun aku dpt ,tetap bukan yg terbaik .siap ada yg ckp baru 3.89 ,belum 4.00 .baiklah

lepas tu ayah sakit .pointer drop .jadi 3.3 something .sebab masa ni aku mmg x fokus bljr .ulg alik jaga ayah yg kerap masuk icu .masa hari exam ,aku drive dari hospital direct ke dewan exam .lepas habis exam balik lagi ke hospital nk jaga ayah .bila ayh dh sihat ,dan keluar result ,ayah marah aku ,dia cakap aku bodoh ,takguna ,menyusahkan orang .masa ni aku dah habis sabar kot ,aku jawab ayah ,kalau adik takdapat habis belajar jangan salahkan adik .sebab ayah sendiri doakan adik jadi bodoh” ..ayah diam terus .taktahu la diam sebab marah atau terasa atau sakot dia dtg balik .tapi masa ni mak pujuk .mak ckp ingat Allah .jgn tinggal solat .jgn lupa ngaji .belajar ,jgn putus asa .buktikan ank mak boleh .biar kejayaan adik nnt yg diamkan mulut semua orang .

sekarang ni ,aku dah habis belajar .siapa yg paling gembira ?emak atok dan makcik .dah kerja dah pun .tapi sepupu aku masih belajar .sebab dia sangkut .doakan dia dpt habis belajar cepat .sedangkan masa kami belajar sama .dan dia dijangka habis awal .tapi perancangan Allah tu kita taktahu .yg bodoh takselamanya bodoh ,dan yg pandai tak selamanya pandai sbb tu semua milik Allah .aku bukan nak perlekehkan sepupu aku sebab dia belum habis belajar .tak ,aku cuma nak buktikan kadang-kadang yang hina pun boleh berjaya .masa ni ,tiap kali jalan dengan ayah baru dia ada ckp ,ni anak sy ,sekarang dia jd cikgu dh .masa ni xde lagi dah bunyi telefon hujung sem nak tny result aku brapa ,sbb dh xde alasan utk dibandingkan .

Mak ayah , sedara mara ,buanglah sikap suka membandingkan .lain orang ,lain kebolehan dan kemampuan dia .kita tak sama walau kita sedarah .kata-kata tu doa .raikanlah anak-anak walau apapun pencapaian dia .kita taktahu ,masa depan macammana .entah entah yg hina tu nanti ,yg cuci berak kencing kita .yg kita sanjung-sanjung tu jijik dengan kita ..

– adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Barakah Bekerja

PengakuanKu

Assalamualaikum admin & pembaca.

Sudah/baru 1 tahun saya bergelar ’employee’ di syarikat yg saya bekerja sekarang. Sudah atau baru, terpulang kepada pembaca. Masuk syarikat ni, saya tergerak utk confess tentang ‘keberkatan bekerja’ utk kita yg Islam ni. Anggap ini peringatan utk yg sudah bekerja (termasuk saya sendiri) dan yg akan bekerja, insyaAllah.

Main topik saya senang je, solat. Untuk pengetahuan semua, saya bekerja di syarikat bukan Islam, tapi Alhamdulillah surau cukup selesa dan dijaga. Jauh sikit, tapi yang penting, ada disediakan untuk kami. Yg concern nya, bukan permudahan, bukan persekitaran, tapi kita sendiri.

Saya fokus kepada kakak sama office saya je la, sebab itu yg saya memang pasti (dari 8am-5pm sentiasa bersama kan, jadi yg ni saya nmpak). Yg tak boleh dielak, deadline. Banyak kali la saya dpt kerja yg boss set, kena siap dlm X jam. Kdg2 baru angkat nak pegi surau, dipanggil boss masuk meeting. Last minute. Kakak2 lain lagi byk la kerja sbb jawatan pun besar dan tggjwb pun byk kan. Itu saya faham. Tapi, ini dijadikan alasan utk x solat. Contoh, boss bagi keja last minute yg deadline lebih kurang sama habis waktu solat.

Faham, tapi kalau sejam sebelum habis waktu boleh gossip gelak2, kerja tak sentuh, tapi bila diajak solat baru rush kata tak siap lagi, tu salah kita tak uruskan masa la kan. Lepas saya balik dari surau, tengok dah sambung gossip. Kerja dah siap dah, dia kata dengan senyum lebar. Akak dah solat? Dah lepas waktu dah kan, nantila Qada’ rumah dgn Asar skali. Dia kata. Saya mengaku jahil sbb saya tak fully tahu psl yg ni, tapi bagi saya, kalau saya Qada’ saya buat seawal yg saya boleh.

Selalu mereka kata masa takcukup. Memang, hampir sejam kalau pergi surau dengan kakak2 office. Bukan sebab solat, tapi sebab berdandan. Saya pakai lipbalm je, tu pun sebab bibir saya pucat. Kalau saya pakai makeup pun, bila saya dtg bulan. Saya ni pemalas sikit haha. Mereka, solat 5minit makeup 50minit. Sambil gossip, dalam surau. Saya pun excuse diri pegi dulu biasanya. Pernah kawan saya terdengar mereka mengata tentang saya. Wallahualam. Takpe, Allah ada.

Duit gaji kita tu berkat ke kalau berjam dihabiskan dengan gossip sampai ter/meninggalkan solat? Ada jugak yg kata tak sihat, pegi surau untuk rehat. Seharian. Gaji berjalan. ‘Alah kan tak sihat ni, sama la dengan ambk sick leave.’ Mereka kata.

Memang saya aware, bila jawatan besar, kita sibuk. Lagi2 bila boss bukan Islam. Mereka tak faham solat pukul brpa, etc kan. Dan itu bukan salah mereka. Saya anggap itu salah saya sendiri sbb takpandai membahagikan masa dan sbb tak terangkan saya perlu solat sebelum sekian2. Jadi saya solat awal waktu. Kalau takboleh sbb ada meeting ke, lepas meeting saya terus pegi solat. Sebelum dipanggil boss haha. Pecut. Pecut ke surau, bukan pecut solat. Kalau meeting lama sangat dari sebelum masuk waktu sampai habis waktu, saya excuse diri sekejap utk solat.

Oh lupa saya bagitau, saya slow talk dengan immediate boss saya in advance soal solat. Dia pun faham, dan dia respect. Sbb dia ada agama dia jugak kan. Yg sedih, dia ckp dia takpernah tau. Dia kata, yg lain (kakak2 office) takpernah pulak cakap nk pergi solat, walaupun dah byk kali seharian penuh diorg pergi inspect company lain. Saya anggap saja mungkin wktu tu mereka semua dtg bulan. Tapi kalau dah banyak kali pergi tp sekali pun xpernah boleh solat. Saya iye kan je la kan. Tapi sedih bila xboleh jawab bila boss tnya “Not all muslim pray ho?”. Okay lari topik jap. Tak tak, betul la tu. Kalau boss kita bukan Islam, kita slow talk dgn boss soal solat. Kadang2 bukan sebab mereka takbagi ambik masa solat, tapi sebab mereka tak tahu solat bila, sebelum pukul berapa sekian sekian.

Apa pun, kdg2 terpulang kepada rezeki kita juga. Mungkin dpt boss yg memahami, mungkin tidak. Saya doakan semua, dan saya minta doa semua utk doakan kita dipermudahkan dalam menunaikan solat dan dapat berkat bekerja. Duit yang berkat sumber rezeki yang halal untuk kita dan anak kita.

– Budak baru belajar/bekerja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Menjejak Ayah

PengakuanKu

Assalamualaikum.Cerita yang akan korang baca ,andai confession ini di approve oleh admin adalah berkisarkan tentang sahabatku.Harap pembaca setia membaca sehingga habis.Baiklah ,untuk penulisan ini, aku gelar kawan aku sebagai Ana. Ana ni coursemate aku di sebuah IPTA di Selatan Tanah Air dan dia juga housemate aku. Kami kenal rapat sampaikan aku tahu lah semua pasal sikap dia ,masalah dia, keadaan family dan beberapa perkara personal .Mungkin orang luar or even other coursemates didn’t know about those things. Sebelum aku masuk tentang tajuk di atas iaitu “Menjejak Ayah”,elok kiranya aku describe sikit latar belakang Ana supaya korang nampak jalan cerita dan masalah pokok yang aku nak sampaikan.

I will start with “Siapa Ana “.Ana seorang yang kecil molek.Kulit sawo matang. Mata agak sepet persis anak cina sikit. Ana baik akhlak dan ibadah nya. Fikrah aqidahnya juga jelas.Menjaga ikhtilat. Berniqob. Dan Ana adalah antara gadis berniqob yang paling aku hormati. She’s really suits the identity as a niqobis. Maaf kalau ada yang tak suka term niqobis tetapi ia sekadar nak mengelaskan golongan perempuan yang berniqob.Kerana dia mengangkat sunnah para isteri Nabi dengan kefahaman dan sangat rendah hati .Ana is totally different type of niqobis and I love her identity. Baiklah. Ana ni kalau kenal dia betul2, memang sempoi orangnya. Kenapa?Kerana Ana seorang yang “mudah”.Mudah nya dia sampai aku ni kadang2 nak gelak, kadang2 nak marah jugak sebab terlalu sempoi. Dia sangat bersederhana.
“Nak makan mana? ”
mana2 pun boleh
“Suka kaler apa ”
mana2 je
“Aku lambat lagi, boleh tunggu? ”
Boleh je
“weyh, submission assignment due lagi sejam ni ”
Rilek la.sempat .InshaAllah
Almost all the time.

Bukan tu saja. Kalau orang marah atau tegur dia, kenakan dia,cakap lebih kurang ngan dia ,dia just gelak2 kecil then… Let it go…
Dan dia jenis tak kalut. Ni yang buat kami, kawan2 dia ni bengang sikit la. Haha. Sebab kita boleh tunggu dia punya lama bersiap nak keluar rumah, dia boleh rilek lagi.Tapi nanti dia mintak maaf la. Fuh. Nak marah pun tak jadi. Aku cakap “bersiap ” bukan bermaksud dia melaram tau. Nope. Dia simple ja orangnya. Berbaju muslimah, tudung bawal kosong, kadang2 tudung labuh jahit tengah.Tetapi kenapa dia macam lambat bersiap? Hah. Nanti aku beritahu.
Ana ni pernah sekali,dua ja tengok dia tak sempoi, iaitu bila dia marah. Pernah sekali aku tak perasan terambik buku rujukan dia. Dia cari merata. Then masa aku pulangkan dan mintak maaf, dia rentap buku tu sambil merengus dengan kasar sambil gaya macam nak hayun buku tu kat aku dengan muka marah . Aku terkejut sampai terdiam. Then dia boleh gelak guys lepas tu, dan dia cakap dia just gurau saja,saja testing. Yang aku ni keras kejung dah sebab punyalah terkejut. Mau tak terkejut. Kawan dah la lembut, ayu, penyabar, tiba2 marah. Then aku cakap kat Ana yang aku tak suka dia melawak macam tu sebab aku takut tengok dia marah.Ana gelak ja.
Jadi, dah tau kan peribadi Ana. Sekarang biar aku bongkarkan “Siapa Ana” yang sebenar.Jeng3. Tak payah lah expect worst sangat guys .Ni bukan confession “Misteri Housemate ku Psycho ” ya . Huhu . Apa yang aku describe di atas memang personaliti Ana yang sebenar. Tetapi, tiada siapa yang menyangka seorang gadis selembut, sesempoi dan setenang Ana punya kisah kehidupan yang sangat perit dan menyedihkan.

Semua cerita ini tak semua kawan2 tahu. Hanya yang rapat sahaja yang tahu secara detail. Untuk pegetahuan pembaca, Ana seorang anak sulung perempuan. Dia ada 2 orang adik lelaki berumur sekitar 17-20 tahun. Ibu Ana kerja sebagai cleaner di sebuah sekolah rendah. Ayah Ana? Siapa ayah Ana? Sebenarnya ayah Ana merupakan seorang muallaf. Ayah Ana masuk Islam selepas berkahwin dengan ibu Ana. Ayah Ana asal dari Negeri Bumi Kenyalang. Baiklah.
Nak dipendekkan cerita, ayah Ana pernah ditangkap polis sewaktu umur Ana 4/5 tahun .Adik2 Ana masih bayi waktu tu .Jadi Ana sempat lah ingat serba sedikit tentang ayahnya. Barangkali ingat waktu ayahnya bermain dengannya di waktu kecil. Tak banyak. Itu sahaja yang sempat terakam dalam kotak memori Ana.

Ana juga acap kali teringat saat getir tika rumahnya dikepung oleh pihak polis dan ayahnya dibawa ke penjara. Senyum kelat Ana menceritakan kisah itu kepada kami, kawan rapatnya. Tiada pula air mata yang keluar bila dia menceritakan kisah ini ,tetapi air mata kami pula yang tak segan mengalir bila mendengar nya . Sejak peristiwa itu, Ana tak lagi lihat ayahnya. Hatta gambar ayahnya pun dibakar oleh ibu Ana. Ibu Ana telah bercerai selepas peristiwa itu melalui tuntutan fasakh.Lalu membesarlah Ana selama lebih berbelas tahun tanpa kehadiran ayahnya. Kehidupan dilalui tak seindah yang disangka.Kehidupan mereka 4 beranak hanya bergantung pada pendapatan ibu Ana.Alhamdulillah,tinggal di rumah pusaka di kampung di bahagian Pantai Timur, Malaysia.

Part yang agak menyedihkan dalam kisah Ana ialah tentang keluarga, sanak saudara Ana. Haruslah keluarga sebelah ibu. Kalau sebelah bapa, memang Ana tak pernah jumpa. Mereka bukan di semenanjung. Pernah sekali ja kalau tak salah, bercakap melalui telefon. Tak pasti mereka Muslim atau tak. Keluarga sebelah mak Ana bukan semua membantu keluarga Ana. Aku tak begitu memahami “family tree ” Ana. Yang aku pasti dan faham, Ana ada seorang Pak saudara yang selalu tolong transfer duit menanggung pengajian Ana. Ptptn pun kadang2 tak cukup. Belikan laptop untuk Ana dan sebagainya. Yang selalu disebut2 ialah berkenaan Makcik Ana yang menjengkelkan .Kenapa? Sebab Makcik ni tinggal sebelah rumah Ana. Dan dia ialah kakak ipar kepada Ibu Ana. Makcik Ana sangat tak senang dengan keluarga Ana. Rentetan daripada peristiwa ayah Ana ditangkap polis sampai sekarang, Ana dah besar panjang, takkan pernah hilang rasa meluat Makcik Ana kepada keluarga Ana. Nak diceritakan satu persatu mahu putus jariku menaip.So basically Makcik Ana sangat outspoken, mulut laser ,suka membanding2kan keluarga, berkira, suka menyakitkan hati 4 beranak ni. Apa saja yang dibuat, tak kena. Salah sikit, dihambur kata2 kesat.Diperli dan dikutuk di hadapan anak2 nya dan 4 beranak ni sudah lali dengan fitnah, adu domba serta ayat dari mulut Makcik Ana .Kering sudah air mata. Tebal sudah muka nak ditadah saban hari. Aku fikir ini zaman dulu2.Aku fikir ini drama. Rupanya wujud orang2 begini. Kalau barang hilang, ada kes dan sebagainya, selamba menuduh 4 beranak ini. Sehinggakan tiada lagi rasa hormat yang tinggal dalam diri adik beradik Ana kepada Makcik nya. Bukan sebab apa pun. Semua sebab masalah hati.Secara detail, tidak pula Ana ceritakan. Antara scene yang masih aku Ana cerita, waktu Hari Raya, Makcik Ana bawakkan kuih tetapi diberi dengan penuh rasa angkuh ,mengungkit dan menyakitkan hati.Dan Makcik turut memerli tentang baju Raya yang 4 beranak ni sarungkan dengan berkata seolah2 mereka tak layak dan sepatutnya pakai baju Raya pun dengan keadaan kewangan mereka itu. Entah apa masalah Makcik tu.Ana rasa sangat terhina dan sedih. Mereka memang ramai2 turun beraya di rumah Ana kerana ada moyang lelaki Ana tinggal bersama. Ibu Ana yang mnjaga moyang. Dan moyang sangat baik dengan 4 beranak ini. Moyang Ana meninggal tahun lepas.Ana menangis teruk waktu ni.Banyak lagi lah scene Makcik Ana yang tak puas hati dengan 4 beranak ni .

Masa tingkatan 1-3 ,Ana agak tersasar. Malu dia menceritakan kisahnya dahulu. Keluar rumah free hair dan couple.Waktu ni, Ana seorang yang sangat pemarah,perengus.Marah,lempar barang. Bengang, bergaduh ngan adik2.Adik pulak lelaki. Memang sakan lah bergaduh. Sungguh tak sangka. Ana yang ku kenal lemah lembut dahulunya begini hodoh perangainya. Haha.
Waktu ni, Ana memberontak. Bayangkan membesar dengan kata2 kesat dan dihambur Makcik nya memang bersarang api dendam kesumat. Tetapi Ibu Ana sangat baik, tak pernah ajar balas balik perbuatan Makcik Ana.Betulkah itu Ana yang dulu .Bagaimana Ana boleh berubah?

Begini ceritanya. Masuk tingkatan 4 ,Ana ke sekolah agama dengan kputusan cemerlang PMR. Ana lebih lurus di jalan agama.Alhamdulillah.Ana jaga solatnya,auratnya,Ana semakin berubah dan berhijrah sampai jadi Badar lah .Badar means Exco Kerohanian.Tudung semakin labuh dan lama kelamaan pakai niqob. Tetapi jangan ingat hijrah itu mudah. Perubahan diri Ana tak disenangi sanak saudaranya bila bab aurat .Kurangnya kefahaman menyebabkan mereka pandang sinis dengan penampilan Ana yang bertudung dan berbaju labuh bila deDepan saudara mara lelaki yang bukan mahram. “tak payah tutup2 lah. Family sendiri jugak “.Sebab tu lah bila sampai di kawasan mukim nya, Ana tanggalkan niqob. Malas mahu dengar perkara tidak enak lagi dari mulut orang kampung dan sanak saudaranya.
Ana pekakkan telinga dan hanya mampu menguntum senyuman. Ya. Ana sudah berubah. Dia sudah pandai kawal marahnya dan jadi penyabar. Hidayah Allah betul2 mengubah personaliti Ana. Ana sambung Asasi di sebuah pusat pengajian di utara tanah air. Di sini Ana diuji dengan emosi yang melampau kerana dia ditekan oleh Makcik nya yang mencabar kesabaran Ana dan dihimpit masalah keluarga seperti masalah kewangan dan masalah adik2 lelakinya . Lepas berbual di telefon dengan ibu, pasti air mata menitis. Di sini jugalah diuji masalah roommate yang buruk akhlak dan tidak solat dan sebagainya. Sunggguh. Ujian ini sangat berat bagi Ana. Ana teguh menghabiskan sisa pengajian nya dan dia menyambung ijazah di sebuah IPTA. Sedikit sebanyak menggembirakan hati ibu nya yang hampir putus harapan. Bayangkan, sudah lah ibu tunggal, anak2 lelaki pulak makin bermasalah ketika itu. Yang kedua dituduh mencuri ,yang bongsu pulak tak mahu belajar.

Mereka anak yang taat tetapi apabila dihimpit dan tidak dihomati oleh orang sekeliling, mereka jadi tak terarah. Ana sudah berubah .Tetapi adik2nya pula yang buat perangai. Hati ibu mana tidak gundah gulana. Nasib baik Ana berjaya sambung ijazah. Ada sinar harapan dalam keluarga mereka.Kalau ada yang perasan aku ada mention pasal Ana ni lambat bersiap. Actually sebabnya adalah dia banyak memikir. Kadang2 dia ralit tau. Pastu bila orang cakap, dia tak fokus. Bila orang tegur, dia baru sedar. This happened frequently.Yaa.Sebab masalah dia berat sangat. Dan begitulah Ana melalui jalan hidupnya. Sekarang, Ana merupakan seorang pelajar tahun akhir yang sedang menjalani praktikal. Sedikit sahaja lagi bakal menamatkan pengajian. Adik Ana yang bermasalah pulak seorang dah kerja tanpa sambung belajar. Kerja nya tidaklah tinggi gaji nya tetapi berkat kerana sempat menghulur kepada Ana dan juga ibunya. Seorang lagi pula juga tidak sambung belajar tetapi, selepas melalui fasa “pulih “,si adik minat menyambung belajar di sekolah pondok. Pasti senyum lega di wajah si Ibu. Duit boleh dicari, janji anaknya berubah dan mahu berhijrah .Pasti Allah bantu. Ana kini semakin penyabar, tidak cepat marah, tenang bila berhadapan ujian. Dan kini persoalanku terjawab. Kenapa Ana boleh berubah? Kerana liku2 kehidupan nya yang pahit buat dia jadi lebih kuat dan teguh imannya. Kalau korang jumpa orang yang positive, tenang, rilek, mesti dia seorang yang pernah melalui detik sukar dalam hidup.Dan aku sudah jumpa orangnya.

Baiklah, selesai bercerita tentang Ana. Sekarang masuk kepada main asbab confession ni ditulis. Berkenaan ayah Ana.

Situasi :Ana sudah berumur 20++ .Naluri sebagai anak yang semakin matang dalam pemikiran, mahu menjejaki ayahnya, tambahan pula Ana sudah ada calon suami yang menyebabkan Ana bertambah risau tentang isu wali. Target berkahwin lagi 2 tahun. Ana mahu mencari ayah nya tetapi perbuatan nya tidak disenangi oleh ahli keluarga iaitu Pakcik2 nya. Ana pernah post ayat pencarian ayahnya waktu di tahun 2 ijazah. Terus dibangkang oleh sanak saudaranya. Terus Ana delete post berkenaan di Facebook .

Sebab bangkang : Sanak saudaranya tak boleh menerima lagi ayah Ana rentetan daripada apa yang berlaku 20 tahun lalu.Detail sebab tidak dikenalpasti. Ayah Ana juga tidak pulang2 kerana mungkin takut menghadapi keluarga ibu Ana.

Status Ayah Ana :Tidak pasti Muslim atau sudah tidak Muslim. Hidup atau sudah tiada. Tetapi Ana dan adik2 nya yakin ayah mereka masih hidup

Masalah :
1.Ana tak tahu sama ada mahu terus mencari kerana Ana terhimpit dengan larangan sanak saudaranya.Ana mulai risau dan stress memikir perkara ini, recently. Sampai Ana pernah meluahkan “aku dah penat. Aku dah tak nak cari ayah lagi “.Adakah Ana harus mengabaikan larangan sanak saudaranya atau meneroskan misi pencarian.
2.Ana tak tahu medium yang sesuai mahu mencari ayah nya kerana dia bimbang diketahui oleh sanak saudaranya.
Apa yang harus Ana lakukan.

Aku tak suka post saja2 ,share benda2 personal life seseorang .Walaupun identiti dirahsiakan. 1 saja aku harap ada yang tolong bagi pendapat apa yang patut Ana buat dan medium yang terbaik patut Ana ambik. Aku dah lama nak post benda ni. Tapi tak tershare sampailah tadi Ana pm wasep tanya pendapat aku secara personal. Yaaa kami selalu bincang tentang benda ni dalam grup wasep kecil tentang solusi ni tapi kami pun buntu .Then I guess,Ana sangat mengharapkan idea dan pendapat aku dan kawan2 sebab tu dia pm certain orang yang dia percaya dan rapat Dan tahu detail kisah pasal dia. Aku dah mintak permission Ana untuk siarkan kisahnya dengan syarat identiti dirahsiakan. So guys, atas niat persaudaraan dalam Islam, sila tinggalkan pendapat anda. Much appreciated. Jazakumullah khairun katsir.

– Alice

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Masanya Akan Tiba

PengakuanKu

Umur aku 24 tahun dan bujang. Baru habis belajar dari satu universiti awam. Dari keluarga yang besar dan adik perempuan dah berkahwin.

And yes, bila adik kawin dulu daripada aku yakni kakak dia semestinya ramai makcik-makcik yang concern tentang aku. Pada awalnya aku sangatlah tak kisah soal langkah bendul ke ape sebab jodoh ni mana kita tahu datang nya bila. Emak aku pon siap suruh adik aku mintak izin dekat aku sebelum nak kawin ( nampak tak betapa kuatnya pengaruh aku, lulss). Tapi seriously aku tak kisah sebab soal jodoh, rezeki, ajal dan maut ni semacam misteri sebab kita tak boleh nak jangka. Alhamdulillah, mak bapak dan adik beradik open minded sangat dan memang takde isu langkah bendul ke, tak laku ke , lagipon aku baru habis study nak carik keje lagi so ade point la aku nk jawab kat makcik-makcik yang tersangatlah cakna dan peduli dengan aku ni.

Ayah dan emak pon tak pernah pressure and soal bila aku nak kawen, ada kawan laki tak masa kat U dulu sebab makcik-makcik selalu tanya benda ni. Hehh, ingat ni drama petang-petang ke jatuh cinta sebab terlanggar bahu then buku jatuh bersepah, bertentang mata jatuh ke hati, bercinta dan happy ever after. Nonsense okay realitinya takde pon kalau jatuh bangun sendiri tu ada. And to be honest, 24 tahun aku hidup memang tak pernah bercinta lagi, kadang rasa bangga dan tak tipu jugak bila aku rasa macam loser.

Berbangga sebab bakal suami nanti pastinya bertuah sebab dia cinta pertama aku nanti dan aku harap aku pon sebegitu. Aku memang suka cinta yang konservatif dan tradisional macam emak aku dulu-dulu. But, even ko dah bercinta kali yang ke 28 kali pon ending dia yang penting kan. Rasa loser bila kadang tu terdetik jugak bila tgok wassap sunyi dan sayu selain group-group sekolah. Hodoh sangat ke aku, sombong ke aku ni. Aku ni pulak kategori gadis biasa-biasa, member cakap macam Mia Ahmad, itu member yang cakap..kalau dia tipu makna nya aku tipu korang lah.

Sekarang ni pulak adik aku dah mengandung anak sulung, bertambah-tambah la suara sumbang ” adik ko tu dah mengandung dah ni.. kakak nye bila lagi”..ya ya ya aku tahu lah adik aku tengah pregnant, dah tu takkan aku nak mengandung jugak. Mengandungi lemak boleh lah makcik . Bila aku sorang, datang pulak bisikan shaitoon menyucuk, tipulah kalau aku tak jeles tengok adik aku bahagia, ada suami dan akan datang anak sebagai pelengkap hidup. Tapi aku tahu itu adalah ujian untuk aku dan bahagian adik aku yang Allah dah aturkan untuk dia.

Masanya akan tiba nanti. Cepat atu lambat je Allah nak tunjuk. Mungkin ni kemanisan yang adik aku dapat bila dia beralah tak sambung study sebab nak habiskan aku punya degree dulu. Dia penah cakap yang dia tak nak susahkan mak ayah, biarlah mak ayah tanggung study aku dulu sampai habis . Bila dia cakap macam ni, MasyaaAllah terharu gila sebab tak sangka dalam dia punya childish tu ada sisi kematangan dia.

End up, sosial life dia lagi laju lah sebab habis sekolah dia terus kerja, kakak dia ni pulak bergelumang dengan assignment dan kelas. Bila dah habis study and tengah bekerja ni kawen bukan priority bagi aku, kumpul duit beribu riban belanja mak ayah, travel, beli kereta, beli rumah, pastu kumpul aset berkoyan-koyan itu lah goals aku sekarang. Saving pon hidup segan mati tak mahu, kononnya saving duit gaji masuk tabung la, bila tengah bulan aku korek balik, ermm faham-fahamlah macam mana duit nak beranak pinak.

Bila fikir balik, aku yakin apa yang Allah aturkan untuk aku adalah yang terbaik, tepat pada masanya dan orangnya. Mungkin sebab aku ni tak pandai menyimpam, boros menyoping, tak cukup berdoa dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik, Allah tak titipkan lagi jodoh dan rezeki untuk aku. Aku cuba positif dan apa yang aku selalu letak dalam mindset, bersangka baik dengan Allah, bersyukur bila rasa susah dan lebih ingat mati daripada jodoh.

Ada yang bujang umur lewat 30an atau 40an tapi mak ayah masih hidup masih boleh berbakti untuk mereka, ada yang kawen awal tapi tak bahagia, ada yang 10 tahun kawen tapi belum ada rezeki anak lagi, ada yang kaya raya tapi bercerai berai dan ada yang hidup miskin tapi bahagia dan cukup walau sedikit. Itu yang aku cuba serapkan dalam diri dan yakin Allah maha mengetahui, sabar, dan selalu bersyukur, ini semua soal masa. Dan masanya akan tiba, pasti tiba.

Jadi buat yang senasib, yang masih ada mak ayah time bujang ni lah spend time dengan mereka, ajak holiday, belanja makan, even kita duduk berborak pon dah dapat pahala. At the end, tanpa aku sedar lama-lama aku jadi sangat menghargai apa yang aku dapat sekarang dan aku tahu satu masa nanti ada bahagian untuk aku. Jodoh, rezeki, pertemuan dan ajal maut pasti tiba tepat masanya. Mungkin dah basi, mungkin juga cliché story line yang macam ini. Tapi aku percaya ramai yang rasa serupa. InsyaaAllah ada hikmah tersembunyi dan aku juga doakan yang baik berkekalan untuk pembaca semua.

“Mungkin apa yang buruk bagimu adalah yang terbaik untukmu dan begitulah sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya”.

Terima kasih sudi baca.
– Si Gadis

– Si Gadis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Beauty & The Beast dan LGBT

PengakuanKu

Thanks kalau admin post.

Alright, harini, B&B keluar wayang kan? I bet ramai gilos pergi sebab nak tengok gay moment. Yela, dah jadi isu kan haritu, tiba2 jadi masuk pulak. Haha.

I personally strongly support the decision to ban the movie from our cinemas. Ramai yang bangkang keputusan LPF ni, dengan alasan, “ban? Sebab nyanyi tu je??” Walaupun skrg dah lulus plak, tapi at least aku nampak effort LPF tu, tahniah! Lagi bagus kalau kau ban sampai sudah, biar meroyan teruk rakyat Malaysia ni.

Well, isunya adalah gay, LGBT, homoseksual. The director himself told us that the scene is a gay moment. Bila director tu dah kaitkan scene tu dengan idea of gay, LGBT, mmg kena ban lah. Bukan nak ban movie tu, tapi sebab movie tu bawa skali idea gay, menormalkan gay, die ban lah.

Aku tak heran kalau non-muslim yang marah benda ni. Diorang tak baca Quran. Tapi aku pelik sangat bila muslim muslimah sendiri yang meroyan bila tak dapat tengok B&B. Dan amatlah mengerikan bila statement2 diorang ni(muslim muslimah) yang seolah2 menghalalkan gay, semata2 xdapat tengok B&B yang korang dah tau jalan cerita dengan ending skali tu?

Kau kene ingat, dalam Al-Quran, clearly stated pasal kisah gay, homoseksual pada zaman Nabi Luth, bagaimana hidup diorang, dan bagaimana mati diorang. Betapa Allah laknat benda ni sampai dihancurkan bumi diorang. Macam kiamat dah. Dan betapa Allah nak kita ambil pengajaran, bukan setakat dirakam dalam Quran, tapi tersimpan lagi bukti sampai hari ni, yang mana ada penemuan kaum Nabi Luth yg ditemui dalam keadaan berpelukan. Korang rasa bende ni benda kecik ke?

Aku takut sangat, bila tengok masyarakat kita sekarang ni dah seolah-olah menerima kehadiran LGBT ni. Korang rasa lah, dengan cara pemikiran korang sekarang, kalaulah, sekarang korang hidup zaman Nabi Luth, korang rase korang boleh terselamat tak dari azab Allah tu? Dengan pemikiran,

“alah, biarlah diorang tu, bukan buat ape pun, nyanyi je(sedangkan kita tau die gay, diorang sendiri mengaku)”

“perasaan homoseks ni mmg boleh jadi, akui je la kewujudan diorang ni”

Dan ada beberapa lagi komen lain yang aku pnah baca, kalau korang fikir macam atas ni, boleh selamat tak dengan Nabi Luth?

Pendek kata, aku mohon sangat2, aku, kau, kita semua ni yg Islam, please lah, jangan terpengaruh dengan idea2 yang menjadikan kita rasa ‘ LGBT tu is ok, diorang pun manusia, kita patut terima diorang.’ Sekecil2 perkara yang korang boleh buat sekarang, benci lah benda tu.. Effect dia mugkin bukan pada kita, tapi pada generasi kita nanti. Anak2 kita nanti. Diorang yang akan hidup dalam zaman yang dibentuk kita. Kalau zaman yang kita bentuk sekarang adalah zaman yg menormalkan LGBT, ya, diorang akan hidup dalam mindset yang LGBT is normal. Please, kalau Allah laknat benda tu, kenape korang taknak benci? Tak takut ke?

Ok, aku nak sentuh sikit bab LGBT ni. Sape2 yang dah malas bace boleh stop sbb ni bukan B&B dah.

Bile aku cakap pasal menolak LGBT ni, bukanlah maksudnye kau kene pegi rejam sampai mati pulak orang2 yang ada kecenderungan kat gender yang x sepatutnya ni.

First of all, kau kene ingat, perasaan ni boleh wujud, boleh terjadi. Tapi tak bermakna bile bende tu wujud, bende tu halal. Macam babi, wujud, tapi haram dimakan. Kau akui babi tu wujud, tapi kau tak boleh makan. Kau tak boleh makan tak bermakna kau boleh dera babi tu suka hati kau. Eh, btw aku tak cakap orang LGBT ni babi okeh, korang jangan fitnah plak. Aku cuma sebut babi sebab die wujud tapi haram. Paham?

Berbalik pada LGBT ni, perasaan ni wujud, tapi haram untuk diterjemahkan pada perbuatan. Personally, diulang, PERSONALLY, aku anggap golongan yang ada ketidaknormalan nafsu, adalah orang yang sakit, orang yang diuji Tuhan, yang boleh diubat, dirawat. Macam orang yg ade mental disorder, bipolar, anxiety disorder, schizo, bagi aku diorang ni sama dengan orang yang ade ketidaknormalan nafsu ni. Golongan2 ni adalah golongan yang perlu dirawat, diberi sokongan, bukan kecaman. Dan orang yang mengalami, mesti berusaha untuk berubat.

Macam orang schizo, kite kene tolong die, bantu die, lawan halusinasi die, kau tak boleh perjuangkan ‘hak’ die untuk bunuh orang(kalau tu bisikan die). Macam tu jugak homoseksual, biseksual, kite kene bantu diorang lawan nafsu diorang, bukan memperjuangkan ‘hak’ diorang untuk jadi LGBT. Diorang diuji, kite pun diuji, Allah pun nak tengok sejauh mana kite benci perbuatan ni, dalam masa sama, sejauh mana kita tolong saudara Islam kite.

Akhir sekali, lelaki dan wanita kat luar sana, kalau korang nampak ade member macam dah nak join LGBT, jangan kecam die, ejek pulak die, the least u can do is doakan die, or lg bagus nasihatkan die, tolong die.. Ejek2 ni besar effect die, silap haribulan orang tak gay pun boleh jadi gay sebab korang provok die. Korang bukan budak kecik nak ejek2 orang ni kan?

Untuk mereka yang membaca ni, dan sebenarnya ada masalah nafsu songsang ni, believe me, ape yg korang rasa dalam hati, tak berdosa pun. Yang penting, jangan buat! Dan WAJIB! Wajib cari bantuan, paling utama, mintak tolong dari Allah, lepastu mungkin kau boleh cari orang yang dipercayai untuk bantu kau.. ustaz ustazah ke.. dan jauhkan diri dari orang2 yang mungin boleh buat kau nak go with the flow ngan nafsu kau tu. Ingat! Allah takkan uji kalau kau tak mampu.

Lastly, thanks yang sudi baca.. harap apa yang aku tulis ni ada manfaat untuk kita bersama. Aku doakan kita semua, moga diberi kekuatan untuk menolak kemungkaran, dan celik hati dalam menilai yang mana betul, yang mana salah. Amiin

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Open Up Your Mind

PengakuanKu

Assalamualaikum. So, ini first time saya hantar confession ke ruangan ini. Isu yang bakal saya ketengahkan ni memang terlalu cliché dan sangat popular dan evergreen.

Bermula isu nilai hantaran, bercinta sebelum dan selepas nikah, majlis kenduri kahwin, true color of your spouse sehinggalah tinggal sebumbung dengan mertua. Isu isu ini sangat popular dikalangan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu yang beragama Islam, khususnya.

Saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya yang baru 7 tahun berumahtangga ini. Saya dilahirkan dalam keluarga yang kecil, terdiri daripada 2 orang adik beradik sahaja. Hidup dalam keadaan yang agak mewah, yelah, adik beradik tak ramai, nak apa sahaja pasti dapat. Mak ayah saya berpendapatan agak tinggi dan kami sekeluarga hidup didalam rumah yang agak selesa.

Ayah saya seorang yang sangat tegas. Kami tak dibenarkan bercintan cintun, heart feeling bagai masa sekolah. Even manjangkau umur 20an pun perkara itu masih dianggap taboo dalam keluarga kami. Dipendekkan cerita saya berkenala dengan seorang lelaki (yang mana sekarang merupakan suami saya), dan alhamdulilah kami berjodoh.

Perwatakan ayah saya yang tegas tadi, berubah 100% apabila suami saya datang untuk menyatakan hasrat dia memperisterikan saya. Mulanya saya ingatkan ayah mahu meletakkan hantaran yang tinggi dan menguji suami saya dengan pelbagai soalan, tapi rupanya ayah saya hanya mahukan seorang lelaki yang berani untuk bertemu dengannya dan ‘meminang’ saya dengan cara yang, pada ayah, cukup gentleman.
Ayah saya tidak meminata sebarang hantaran, malahan wang belanja kahwin sekalipun. Bahkan nilai mas kahwin juga, terpulang pada kemampuan suami pada ketika itu.

Sumpah saya terkejut dengan permintaan ayah. Tapi ayah hanya senyum dan berkata,

“Ayah taknak bebankan bakal menantu ayah, dia bakal pikul tanggungjawab ayah terhadap kamu selama ini. Itu sudah cukup menggembirakan ayah. Ayah juga pernah muda, tahu betapa payahnya nak kumpul duit untuk menghalalkan sebuah perhubungan. Jadi, ayah taknak dia rasa terbeban untuk berbuat perkara yang dituntut Rasulullah.”

Ya Allah, tak terkata saya pada ketika itu. Dalam hati saya hanya bersyukur dan berharap agar perkahwinan ini bakal menggembirakan ayah.

Sejurus selesai bernikah, saya berhijrah tinggal bersama mertua. Oh ya, suami saya mempunyai keluarga yang sangat besar. Amat berbeza dari keluarga saya. Adik beradik dia 8 orang. Haha! Sekali sekala, ipar duai dan adik beradik suami pulang ke kampung.

Rumah mertua saya juga terletak di kawasan kampung. Cakap saja, ayam, itik, kambing, sayur sayuran semuanya ada disekeliling rumah mertua saya. Nak makan ikan? Pegi kolam, memancing. Haha! Sekali sekala kami turun ke pasar, untuk membeli ikan laut. Dunia saya berubah 180 darjah, bak kata orang putih, upside down! Haha. Saya langsung tak reti kait kelapa, sembelih ayam, lapah daging, tapi disini ye, itulah rutin mereka.

Sungguh, pada mulanya saya sendiri terkejut dengan cara kehidupan sebegini. Tapi, lama kelamaan seronok pulak. Haha. Selepas setahun, kami berpindah ke rumah sendiri. Oh ya, punca saya tinggal bersama mertua selama setahun adalah kerana pada masa itu, saya masih belajar, tetapi suami sudah bekerja. Jadi rumah mertua dekat dengan universiti tempat saya belajar. Jadi, untuk memudahkan urusan ulang alik saya ke universiti, kami sepakat untuk tinggal disana buat sementara waktu.

Setelah kami berpindah keluar dari rumah mertua, lain sungguh rasanya kehidupan. Sunyi!! Ya, Sunyi!! Memang ada privasi, memang ada ruang sendiri, selesa dan sebagainya. Tapi saya sunyi dari nasihat seorang ibu, didikan dan bimbingannya. Lama juga untuk kami membiasakan diri hidup sendiri. Alhamdulilah, makin lama semuanya makin baik. Dah beranak sendiri, barulah hilang rasa sunyi itu.

Berdasarkan pengalaman saya ini, ingin saya nasihatkan adik2 yang bakal atau baru berkahwin, janganlah fikirkan yang negatif sahaja bila sebut pasal mertua, ipar duai. Adik, mereka jua ibu bapa kita. Baik dan ikhlas layanan kita pada mereka, ikhlas juga mereka pada kita. Memang tak mudah untuk membiasakan diri dengan rutin yang totally the opposite of our normal routine di rumah keluarga kita. Tapi, pandai pandailah bawak diri. Yang paling penting, cuba enjoy life dan jadikan ia sebagai pengalaman baru yang mungkin tak dapat dirasai ditempat lain. Open up your mind. Jangan terlalu selesa dalam comfort zone awak. Ya hidup bersama keluarga kita sangat selesa tapi bukankah kita yang mengambil keputusan untuk keluar dari kehidupan itu dengan berkahwin?

Tolak tepi soal mental, fizikal, emosi kena ready sebelum bernikah. Kita takkan tau bila masanya kita betul2 ready selagi kita belum melalui sesuatu fasa itu. Pokok pangkalnya, cuba have fun dengan setiap pengalaman baru dalam hidup. Anggap semua yang terjadi sebagai pelajaran baru dalam hidup. Paling penting, stop mintak pendapat dari kawan2 yang entah apa2 ni. Maaf cakap dik, ramai kawan yang sebenarnya tanpa sedar telah menyebabkan kawan dia bergaduh suami isteri dengan pertanyaan dan cerita cerita yang kadang2 tak perlu kita ambil tahu pun. Tak semestinya perkahwinan si polan tu begitu, kita juga akan jadi begitu. Stop being too paranoid dan percaya bulat2 pada cerita orang lain.

Pasal hantaran mahal ke murah ke, bahagia ke tidak rumahtangga selepas itu, itu semua kerja Allah dik. Kita toksah pening kepala fikir yang bukan2. Mahal ke murah hantaran awak terpulang pada persetujuan awak bersama pasangan. Disitulah bermulanya detik awak menjalin persefahaman diantara satu sama lain, bagaimana nak bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu perkara sebelum awak hidup bersama sebagai suami isteri. Toksah pikir apa orang cakap, yang penting awak dengan pasangan sama2 tahu kemampuan masing2 dan berusaha untuk memuaskan hati kedua pihak. Kalau pasangan mampu nak bagai hantaran 30k, bagilah. Itu hak dia dan awak. Kalau dia cuma mampu bagi RM 22.50 sahaja (nilai terendah mas kahwin), terima jelah, asalkan awak redha. Tak jadi masalah.

Masalah orang kita ni, terlalu dengar cakal orang. Terlalu ambik hati dengan komen dan pandangan orang. Terlalu percaya dengan cerita dan pengalaman orang. Cepat sangat menilai dan paling bahaya, suka pukul rata semua orang sama. Dik, jalan hidup kita semua lain. Sedangkan cap jari kita pun semua lain2, inikan pulak cerita hidup kita. Allah maha adil. Semuanya Allah dah atur baik, cantik je. Bersangka baiklah dengan perancangan Allah. Kalau buntu, balik pada Dia, sujud. Dia yang kurniakan sesuatu masalah, maka dari dia juga segala penyelasaian. Jangan jadi paranoid.

Doa yang baik2, cakap yang baik2, InshaAllah nanti datang yang baik2.

Wallahualam.

– Salida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Cerita Tentang Solat

PengakuanKu

Selepas terbaca confession tajuk kenapa tak solat? Aku terpanggil untuk cerita pengalaman aku jugak…

Tapi pengalaman ni terjadi ketika aku masih belajar di sebuah ipts di semenanjung malaysia. Tapi sekarang Alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai liku-liku, aku telah pun graduate tahun lepas.

Masa aku mula-mula jejakkan kaki kat situ, malam pertama tinggal di asrama, sebelum tidur tu aku solat isyak dulu. Masa tu aku dah rasa pelik sebab dalam bilik tu ada 6 orang termasuk aku, tapi aku tengok tak ada seorang pun yang solat. Kiblat pun aku tanya budak bilik sebelah. Masa tu aku husnuzon je, mungkin diorang ‘cuti’. Nak tegur diorang aku tak berani sebab masa tu aku jenis pendiam dan tak mudah bergaul dengan orang.

Lepas hampir berminggu aku sebilik dengan diorang, baru aku tahu yang diorang ni memang tak solat. Masa tu aku terkejut jugak, sebab aku orang kampung tinggal di pantai timur ( jarang keluar bandar), memang tak pernah hadapi situasi macam ni. Sebab zaman sekolah dulu, kawan-kawan aku semua solat, kalau tak pergi solat, walaupun lewat sedikit, ustaz atau ustazah memang dah pegang rotan (aku bukan budak sekolah agama, hanya budak sekolah harian biasa). Jadi, boleh dikatakan kat sini aku terkena ‘kejutan budaya’ tengok diorang macam ni. Sepanjang aku belajar kat situ, hanya Allah yang tahu betapa susah untuk aku cari kawan yang solat cukup 5 waktu. Bukan hanya setakat 5 waktu, 2 waktu pun susah apatah lagi 1 waktu.

Budak-budak kelas aku pun ramai tak solat. Masa tu aku memang rasa sedih sangat-sangat. Aku nak tegur perangai diorang, tapi aku tak berani sebab aku hanyalah selemah-lemah iman yang mampu menegur hanya dalam hati. Tapi aku selalu solat depan diorang dan berdoa semoga diorang terdetik untuk berubah. Kadang-kadang aku menangis sorang-sorang sebab tak boleh nak hadap dengan situasi ni. Masa tu aku fikir, suasana kat situ bukan dunia aku.

Ada juga, bila salah seorang kawan mereka yang free hair pakai tudungbila nak keluar, diorang akan ketawakan kawan diorang tu dan cakap ‘weh, malam ni kau jadi ahli syurga ek, okay, siapa-siapa yang jadi ahli syurga pergi naik motor dengan ahli-ahli syurga, yang ahli-ahli neraka naik motor sama-sama ahli neraka’, sambil bergurau. Yang pakai tudung tadi jawab ‘bod*h la kau ni’ sambil gelak-gelak.

Bila duduk rumah sewa, pernah satu ketika, aku solat tepi tv masa diorang tengah layan akasia. Diorang slowkan volume tv, tapi tak beranjak pun dari situ. Kadang-kadang diorang gelak-gelak tengok aku solat dan boleh bergurau cakap diorang geng-geng setan sebab tak solat. Ya Allah, benda macam tu pun diorang boleh bergurau?

Dan sepanjang aku belajar dekat situ, terus terang aku cakap, kawan-kawan aku yang lain dah habis teroka negeri tu sepanjang belajar kat situ 3 tahun. Sedangkan aku, hmmm, berapa kerat je tempat yang aku pergi. Alasannya satu, sebab bila aku keluar dengan diorang, betapa susahnya untuk aku solat, sebab kadang-kadang bila aku suruh berhenti dekat mana-mana masjid, diorang angguk kepala, tapi kesudahannya arahan aku hanya dibawa angin lalu…diorang tak berhenti pun. Mesti korang kata kenapa aku tak tegur perangai diorang, macam aku kata kat atas tadi, aku ni jenis pendiam dan tak ada keberanian untuk menegur. Aku mengaku, tu memang kelemahan aku, dan aku tak tahu macam mana nak ubah perangai aku ni. Dan aku hanya lega kalau diorang pergi mall sebab dekat mall aku boleh curi-curi pergi surau untuk solat.

Dan pernah aku kena handle satu dinner bawah fakulti aku dekat hotel 5 bintang. Pagi tu, team aku dah kena ada dekat sana untuk setup semua perkara. Tapi aku sampai kat hotel selepas waktu zohor sebab aku pegang position tak penting sangat waktu tu. Masa tu aku nervous jugak sebab tak pernah melangkah masuk hotel 5 bintang. Hahaha, kelakarkan…Nasib baik masa tu, pengurus kat situ ada bagitau surau ada dekat tingkat 8 tak silap aku. Majlis sebenar berjalan pukul 8 malam. Masuk je waktu asar, mata aku dah melilau nak cari mangsa temankan aku solat sebab aku tengok budak-budak lain sibuk bergelak ketawa dengan team masing-masing. Nak naik lif sorang-sorang aku takut. Akhirnya aku beranikan diri tanya salah seorang team aku yang aku tahu dia ni jenis solat tak solat (asalnya dia solat cukup 5 waktu, tapi sebab bergaul dengan orang tak solat, solat dia selalu berlubang).

Masuk je pukul 6, budak-budak perempuan team aku dan team yang lain semua dah sibuk berkumpul dalam tandas untuk tukar baju dan make up. Disebabkan aku dah solat asar dekat surau, dan suraunya memang selesa, luas, ada aircond dan tandas + bilik air yang bersih (dah namanya 5 bintang kan), aku ambil keputusan untuk tukar baju dekat situ je sambil tunggu waktu maghrib bersama dengan kawan rapat aku. Masa tu aku dan kawan aku sepantasnya tukar baju dan make up (light make-up) sebab bimbang nanti berebut dengan budak-budak lain nak solat bila dah masuk je waktu maghrib nanti. Kesudahannya, sampai la kitorang settle semua benda dekat surau tu, tak ada seorang pun yang masuk dalam surau untuk solat. Hanya aku dan kawan aku dari tadi. Masa tu aku dah fikir, kat mana diorang solat sedangkan surau hanya ada dekat tingkat 8 ni je. Rupa2nya, dari petang tadi diorang bersesak2 dalam tandas macam sardin dan tak solat sebab sayang nak ambil wuduk sebab muka dah make up (lagi satu, rupa2nya diorang tak tahu kewujudan surau tu sebab memang diorang jenis tak solat). Dan aku hanya geleng kepala sebab aku dan kawan aku dengan selesa dan senang lenangnya dalam surau serta tak payah bersesak2 dalam tandas dengan diorang. Mungkin Allah tolong aku sebab aku solat kot. Hehe…

Bila dah sem akhir, budak kelas aku rancang nak buat barbecue dekat tepi Pantai. Tegahari tu dah ada yang pergi setup barang dan tempat. Aku bertolak pergi sana lepas asar… Sampai sana diorang dah mula membakar. Masuk je waktu maghrib, aku pergi solat dengan salah seorang budak kelas aku. Nasib baik surau hanya depan pondok tempat kitorang berkumpul. Lepas solat, aku jeling-jeling jugak budak kelas aku yang mana solat dan tak solat. Hmmm, kesudahannya yang solat hanya aku dan kawan aku tadi. Kecewa jugak aku tengok budak-budak lelaki kelas aku yang akan jadi bakal ‘imam’ suatu hari nanti, tak pergi solat. Budak perempuan kelas aku apatah lagi. Diorang sibuk melantak. Memang aku kecewa giler masa tu tengok perangai diorang.

Dan benda yang paling aku sedih, kawan aku sejak sekolah dan belajar sama ipt dengan aku, yang sama2 dengan aku pergi solat dekat surau sekolah dulu-dulu, dah mula tinggalkan solat. alasan sebab malu nak solat dan rasa macam tunjuk baik pulak. (sebab geng bilik dia tak ada yang solat) jadi, aku harap korang doakan kawan-kawan kita yang perangai macam ni untuk berubah ke arah kebaikkan.

Oleh itu, aku nak nasihat dekat korang semua. Solat lah walaupun malas. Sebab lama-lama korang akan terbiasa dengan sendirinya sebab bila tak solat, automatik korang rasa hati korang tak tenang. Mungkin korang cakap korang tak menyusahkan orang lain sebab bila mati kubur asing-asing. Tapi hello! kalau keranda kau berat masa orang angkat nak pergi kubur, siapa yang terseksa? Orang yang angkat keranda kau tu jugak. Pastu, siapa yang gali kubur kau kalau bukan orang lain? Ke kau bangun gali sendiri, dan tanam diri kau sendiri? Fikir2kan lah… Dan maaf atas karangan panjang aku ini… Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

– Cik Elle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kurang Keyakinan Diri

PengakuanKu

Assalamualaikum. Thanks to admin kalau post cerita aku ni (maaf menggunakan bahasa aku ni supaya senang nak bercerita)

Kalau tengok tajuk, ya itu lah diri aku. Aku sangat kurang keyakinan diri. First sebab aku agak berisi(70kg pada umur 22tahun) dan tinggi aku pula hanya 145cm. Seorang yang pendek dan kena tampung badan seberat 70kg.

Itu masalah pertama. Masalah kedua pulak aku mempunyai masalah kulit sensitif (acne breakout). Masalah jerawat aku sangat banyak penuh satu muka sampaikan takde ruang langsung untuk kulit bersih. Bertahun tahun aku cuba cari cara untuk hilangkan masalah jerawat ni. Daripada guna duit sampai beratus ratus hinggalah hanya guna barang di dapur sahaja. Tapi tetap jugak tak hilang. Berkurang sekejap je lepas tu naik balik jerawat makin banyak.

Ramai kawan kawan, sedara mara, jiran jiran suruh pakai produk itu ini. Tapi aku mmg tak berani pakai apa apa produk hanya pencuci muka je (aku pakai cetaphil). Dan dah lama jugak aku tak makeup hatta bedak compack sekali pun aku tak pakai semata nak jaga kulit punya pasal. Tapi still tak berkurang.

Malu! Sangat malu bila nak berhadapan dgn orang. Aku tak bekerja. Hanya duduk rumah dan jual barang online. Sebab tak berani nak cari kerja kat luar dgn muka yg teruk macam ni.

Bila kawan kawan ajak keluar, aku lebih senang hanya beri alasan dan duduk rumah dari keluar dgn muka yg teruk dan tentunya aku akan malu. Kawan kawan semua muka lawa, kulit putih gebu. Aku je yg muka teruk. Dalam adik beradik pun aku sorang yang muka penuh jerawat.

Jujur aku katakan aku takde confident nak upload gambar muka aku yang teruk. Aku akan edit dulu bagi hilang jerawat baru upload. Kadang sumpah aku malu bila ada yang komen “comelnya, cantiknya, lawanya”. Aku malu sangat. Sebab diaorang taktahu kenyataan nya muka aku penuh jerawat.

Pernah pada umur 19 tahun aku kenal seorang lelaki dari facebook. 8bulan kawan and kami decide nak jumpa. Macam macam alasan aku buat semata nak elakkan perjumpaan tu tp terpaksa jugak pegi. First time jumpa lelaki tu senyap je tak banyak cakap, jalan pun agak jauh dari aku. Aku tahu dia malu bila jalan dgn aku. Aku pulak lagi lah malu bila kena macam tu. Sebelum jumpa konon nak belanja makan katanya. Bila dah jumpa dia bayar makan untuk dia je. HAHAHA malu betul aku bila ingat balik.

Aku pernah ada sekumpulan kawan yang juga berkenalan dari facebook. Bertahun juga kawan (6tahun sekarang). Bila dah lama berkawan memasing ajak jumpa nak buat gath konon nya. Macam biasa aku cuba elak kan dari berjumpa diaorang tp tetap takboleh jugak sebab tempat gath dekat dgn rumah. Jadi pegi lah aku dengan tidak penuh keyakinan ni.

First impression diaorang, memasing terkejut sbb muka aku tak sama macam dalam gambar. Malu betul aku bila ramai yang tanya kenapa dalam gambar lawa bila depan buruk. Aku hanya mampu senyum je sebab tak mampu nak jawab soalan diaorang. Ada yang perli kata aku fake dan ada juga yang masih boleh terima aku jadi kawan.

Baru baru ni aku upload satu gambar dekat insta. Aku baru lepas makup time tu. Semestinya bila dah makeup and tambah pulak dgn filter camera, automatik gambar jadi lawa kan. Aku tak edit apa apa pun. Lepas upload tu ada sorang kawan aku fb yg aku penah jumpa time gath komen “kenapa tak tunjuk muka penuh tatoo tu”. Sumpah demi Allah aku betul betul terasa dengan komen dia tu. Aku terus padam dan tutup akaun instagram aku.

Aku malu! Mereka tak faham apa perasaan orang yang ada masalah jerawat ni. Beruntung nya kalian yang muka bersih tanpa sebiji jerawat pun. Bukan aku mintak pun muka teruk macam ni. Bukan aku tak usaha untuk hilang kan masalah ni. Korang tak faham korang senang cakap, senang perli, senang kutuk.

Jika beri kesempatan, aku nak sehari je korang try rasa ada masalah jerawat yang sangat teruk lepas tu try berhadapan dengan orang yang mulut longkang. Tengok sakit ke tak sakit perasaan korang.

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.