Assalamualaikum saudara/i admin yg lawa dan hensem. Terima kasih andai confession saya disiarkan, jika tidak terpilih maka sedih lah saya, sebab 2 confessions sebelum ini tidak disiarkan. HAHAHA. Apa yang saya nak kongsikan disini, ikhlas dari hati saya yang sarat dengan salur darah ini, berdasarkan pengalaman sendiri dan perasaan sendiri. Semoga ada ibrahnya InsyaAllah.
Sorry tulisan aku takda nak bunga bunga, sebab aku suka layan cerita aksi dari akasia. Huhu. Secara tuntasnya, nama aku nur berusia lewat 20-an. Beberapa tahun sudah, aku belajar di salah sebuah IPTA di selatan tanah air dan ditakdirkan aku sebilik dengan org yg sama selama 4 tahun, dan of course kami jadi kawan baik sejak dulu sampai sekarang, and still counting insyaAllah. Dah namanya sebilik 4tahun,confirm laa segala baik buruk senget benget dah tahu kan, perangai moody masing masing dan alert bulan mengambang masing masing. HAHAHA. Just call this special girl as Nurul.
Nurul ni anak sulung dari 5beradik, which is semua perempuan dan hanya ada emak. Al-fatihah untuk arwah ayah beliau. Aku tahu ayah dia dah takda dari mulut orang lain, aku tak pernah sentuh langsung pasal arwah dia melainkan dia yg cerita sendiri. Classmates aku dulu semua suka dia, sebab dia ni jenis gila gila tapi blur, so ramai suka usik dia. Aku sangat kagum dengan mak dia, didik semua anak dia semua pandai dan solehah semua.
Sepanjang belajar, aku ni kategori suka study last minute so pointer pun last minute jugak laa. HAHA. Nurul ni last minute study jugak, masalahnya dia otak Ferrari berdesup ilmu masuk, walhal aku berdesup krohh krohh. Nurul ni semua budak kelas suka dia, pegi mana pun ramai kawan, pandai, cantik, lawak, dan solehah. Dia selalu baca Quran tiap hari, takda pakwe, ada kereta sendiri, dan boleh dikatakan semua yg dia nak dia akan dapat. Tapi setiap kali dia cerita dengan aku, mesti akan ada ayat ni ‘sama macam apa yg aku doa’. Semua ni merangkumi semua benda, dia doa nak pointer tinggi, doa nak itu nak ini, bah kan dia doa nak sebilik ngan aku, itu pun dapat. HAHAHA.
Siang berganti malam, malam berganti siang (jamal abdillah) aku mula merasakan seakan ada satu perasaan halus tapi berbisa terhadap Nurul, aku cemburu! Yes, aku cemburu dengan segala apa yg dia ada, tapi aku tak dapat. Tapi itu tak bermaksud kami renggang, tetap ting tong macam biasa, kiranya tahap terkawal. Aku selalu call mak aku mengadu susah study, susah nak paham, ada masalah ngan lecturer, dan aku selalu bandingkan dengan Nurul. Ada sekali Mak aku cakap ‘ada buat apa yg tak elok ke belakang umi? Allah tahu. Biarlah Nurul itu rezeki dia, dia dah laa takda ayah kalua Allah uji study lagi, kesian dia. Nur ada ayah lagi’ Aku masa tu tersentak, sebab masa tu aku ada buat sesuatu yg tak elok, astaghfirullah. Dan aku yakin Nurul tahu tapi dia tetap jaga aib aku. Apa yg aku buat biarlah rahsia, aku sedang berubah.
Lama lama, aku mula muhasabah diri. Aku perhati Nurul dengan mata hati, tanpa spek aku. Satu yang jelas, dia sangat sangat dan sangat meyakini Kekasih abadinya, ALLAH swt. Semua masalahnya diluah langsung kepada DIA, dengan aku sendiri pun dia jarang berkongsi melainkan masalah itu sgt rumit. Dia tak pernah jemu berdoa, dan terus berdoa. Bila tak tertahan, dia baca Quran sampai nangis. Kedua. menyanjungi ibu nya. Bila dia call ibu dia, macam gayut ngan pakwa, sedang kan aku? Gayut ngan pakwa macam cakap ngan umi sendiri. HUHU. Ketiga, dia tak pernah lokek ilmu. Dia sudi ajar aku yg otak ala ala kereta mr bean ni sampai paham. Keempat, dia takkan dengan mudah menyakiti hati kawan, walau hati sendiri bocor. 2point penting, dia jaga hubungan dengan Allah, dia jaga hubungan dengan manusia. Lalu aku terdetik, tidak layakkah dia mendapat semua yang dia ingin kan? Allahu Akbar!
Dulu, apa yg aku Nampak semua kelebihan dia, semua yg dia ada aku takda. Tapi sesungguhnya aku memang nyayuk, ibarat osteoporosis di otak. Otak reput untuk melihat sisi dia yg lain. Aku terlupa saat dia mengikat perut berjimat duit tanpa ptptn, sedangkan aku takda masalah kewangan. Aku terlupa saat dia risaukan emak dan adik adik di kampung, saat takda ‘hero’ yg menemani mereka. Mak dia ni ada sakit, pernah pengsan dekat tempat kerja, adik dia yg takda lesen yg drive kereta pergi hospital. ALLAH, sedangkan aku? Ayah sentiasa menjadi driver yg setia Saat dia menangis sendirian. Dan plg aku lupa, Saat dia rindukan ayahnya.
Itu titik mula aku berazam nak cemburu disertai iman. Apa yg dia nikmat dia perolehi, itu adalah sebagai hadiah atas segala apa ujian dia. Aku ada mak ayah lagi, duit takda masalah, mak sakit demam sikit ayah dah bawak pegi klinik, dan sepanjang study family aku byk kali pergi melawat pantang aku cakap homesick, jadi salah kah dia mendapat apa yg di inginkan? Jika dinilai dengan mata hati, antara aku dengan dia, nikmat kami sama, Allah Maha Adil. Apa yg membezakan adalah iman aku yg senipis kulit bawang, seringan debu hama, dan sekepam kain buruk. HUHU. Aku tak pernah dengar Nurul mengeluh atas apa jua ujian dia, apa yg aku sering dengar hanyalah ‘aku nak cepat kerja nak tanggung family. Aku selalu doa dapat keja cepat, nak mak aku rehat’ Dan berkat doa itulah dia sudah dapat pekerjaan yang baik sekarang, alhamdulillah.
Alhamdulillah aku sempat diberi peluang untuk cemburu beriman sebelum lemas lagi jauh ke dasar. Bila aku dah rasai nikmat cemburu beriman ni, bila Nurul ceritakan pasal kerja dia sekarang, yg mana kalau menurut pada pandangan aku zaman dulu, aku akan cemburu! Tapi sekarang semua berbeza, ibarat otak dan hati aku berpisah. Otak aku mengatakan cemburu, tapi hati mengatakan syukur untuknya. Bahkan turut mendoakan kebahagiaan yg lebih lagi untuknya. Dia dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah, hanya ada satu ayat yg sama tiap kali bercerita ngan aku ‘sama macam apa yg aku doa’. Berdoalah semua, Allah mendengarkan mu.
Aku rasa cukup setakat ni, rasa macam dah panjang, hehe. Aku sudahi dengan “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).
– nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment