Thursday, 30 March 2017

Masanya Akan Tiba

PengakuanKu

Umur aku 24 tahun dan bujang. Baru habis belajar dari satu universiti awam. Dari keluarga yang besar dan adik perempuan dah berkahwin.

And yes, bila adik kawin dulu daripada aku yakni kakak dia semestinya ramai makcik-makcik yang concern tentang aku. Pada awalnya aku sangatlah tak kisah soal langkah bendul ke ape sebab jodoh ni mana kita tahu datang nya bila. Emak aku pon siap suruh adik aku mintak izin dekat aku sebelum nak kawin ( nampak tak betapa kuatnya pengaruh aku, lulss). Tapi seriously aku tak kisah sebab soal jodoh, rezeki, ajal dan maut ni semacam misteri sebab kita tak boleh nak jangka. Alhamdulillah, mak bapak dan adik beradik open minded sangat dan memang takde isu langkah bendul ke, tak laku ke , lagipon aku baru habis study nak carik keje lagi so ade point la aku nk jawab kat makcik-makcik yang tersangatlah cakna dan peduli dengan aku ni.

Ayah dan emak pon tak pernah pressure and soal bila aku nak kawen, ada kawan laki tak masa kat U dulu sebab makcik-makcik selalu tanya benda ni. Hehh, ingat ni drama petang-petang ke jatuh cinta sebab terlanggar bahu then buku jatuh bersepah, bertentang mata jatuh ke hati, bercinta dan happy ever after. Nonsense okay realitinya takde pon kalau jatuh bangun sendiri tu ada. And to be honest, 24 tahun aku hidup memang tak pernah bercinta lagi, kadang rasa bangga dan tak tipu jugak bila aku rasa macam loser.

Berbangga sebab bakal suami nanti pastinya bertuah sebab dia cinta pertama aku nanti dan aku harap aku pon sebegitu. Aku memang suka cinta yang konservatif dan tradisional macam emak aku dulu-dulu. But, even ko dah bercinta kali yang ke 28 kali pon ending dia yang penting kan. Rasa loser bila kadang tu terdetik jugak bila tgok wassap sunyi dan sayu selain group-group sekolah. Hodoh sangat ke aku, sombong ke aku ni. Aku ni pulak kategori gadis biasa-biasa, member cakap macam Mia Ahmad, itu member yang cakap..kalau dia tipu makna nya aku tipu korang lah.

Sekarang ni pulak adik aku dah mengandung anak sulung, bertambah-tambah la suara sumbang ” adik ko tu dah mengandung dah ni.. kakak nye bila lagi”..ya ya ya aku tahu lah adik aku tengah pregnant, dah tu takkan aku nak mengandung jugak. Mengandungi lemak boleh lah makcik . Bila aku sorang, datang pulak bisikan shaitoon menyucuk, tipulah kalau aku tak jeles tengok adik aku bahagia, ada suami dan akan datang anak sebagai pelengkap hidup. Tapi aku tahu itu adalah ujian untuk aku dan bahagian adik aku yang Allah dah aturkan untuk dia.

Masanya akan tiba nanti. Cepat atu lambat je Allah nak tunjuk. Mungkin ni kemanisan yang adik aku dapat bila dia beralah tak sambung study sebab nak habiskan aku punya degree dulu. Dia penah cakap yang dia tak nak susahkan mak ayah, biarlah mak ayah tanggung study aku dulu sampai habis . Bila dia cakap macam ni, MasyaaAllah terharu gila sebab tak sangka dalam dia punya childish tu ada sisi kematangan dia.

End up, sosial life dia lagi laju lah sebab habis sekolah dia terus kerja, kakak dia ni pulak bergelumang dengan assignment dan kelas. Bila dah habis study and tengah bekerja ni kawen bukan priority bagi aku, kumpul duit beribu riban belanja mak ayah, travel, beli kereta, beli rumah, pastu kumpul aset berkoyan-koyan itu lah goals aku sekarang. Saving pon hidup segan mati tak mahu, kononnya saving duit gaji masuk tabung la, bila tengah bulan aku korek balik, ermm faham-fahamlah macam mana duit nak beranak pinak.

Bila fikir balik, aku yakin apa yang Allah aturkan untuk aku adalah yang terbaik, tepat pada masanya dan orangnya. Mungkin sebab aku ni tak pandai menyimpam, boros menyoping, tak cukup berdoa dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik, Allah tak titipkan lagi jodoh dan rezeki untuk aku. Aku cuba positif dan apa yang aku selalu letak dalam mindset, bersangka baik dengan Allah, bersyukur bila rasa susah dan lebih ingat mati daripada jodoh.

Ada yang bujang umur lewat 30an atau 40an tapi mak ayah masih hidup masih boleh berbakti untuk mereka, ada yang kawen awal tapi tak bahagia, ada yang 10 tahun kawen tapi belum ada rezeki anak lagi, ada yang kaya raya tapi bercerai berai dan ada yang hidup miskin tapi bahagia dan cukup walau sedikit. Itu yang aku cuba serapkan dalam diri dan yakin Allah maha mengetahui, sabar, dan selalu bersyukur, ini semua soal masa. Dan masanya akan tiba, pasti tiba.

Jadi buat yang senasib, yang masih ada mak ayah time bujang ni lah spend time dengan mereka, ajak holiday, belanja makan, even kita duduk berborak pon dah dapat pahala. At the end, tanpa aku sedar lama-lama aku jadi sangat menghargai apa yang aku dapat sekarang dan aku tahu satu masa nanti ada bahagian untuk aku. Jodoh, rezeki, pertemuan dan ajal maut pasti tiba tepat masanya. Mungkin dah basi, mungkin juga cliché story line yang macam ini. Tapi aku percaya ramai yang rasa serupa. InsyaaAllah ada hikmah tersembunyi dan aku juga doakan yang baik berkekalan untuk pembaca semua.

“Mungkin apa yang buruk bagimu adalah yang terbaik untukmu dan begitulah sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya”.

Terima kasih sudi baca.
– Si Gadis

– Si Gadis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.