Assalamualaikum.Cerita yang akan korang baca ,andai confession ini di approve oleh admin adalah berkisarkan tentang sahabatku.Harap pembaca setia membaca sehingga habis.Baiklah ,untuk penulisan ini, aku gelar kawan aku sebagai Ana. Ana ni coursemate aku di sebuah IPTA di Selatan Tanah Air dan dia juga housemate aku. Kami kenal rapat sampaikan aku tahu lah semua pasal sikap dia ,masalah dia, keadaan family dan beberapa perkara personal .Mungkin orang luar or even other coursemates didn’t know about those things. Sebelum aku masuk tentang tajuk di atas iaitu “Menjejak Ayah”,elok kiranya aku describe sikit latar belakang Ana supaya korang nampak jalan cerita dan masalah pokok yang aku nak sampaikan.
I will start with “Siapa Ana “.Ana seorang yang kecil molek.Kulit sawo matang. Mata agak sepet persis anak cina sikit. Ana baik akhlak dan ibadah nya. Fikrah aqidahnya juga jelas.Menjaga ikhtilat. Berniqob. Dan Ana adalah antara gadis berniqob yang paling aku hormati. She’s really suits the identity as a niqobis. Maaf kalau ada yang tak suka term niqobis tetapi ia sekadar nak mengelaskan golongan perempuan yang berniqob.Kerana dia mengangkat sunnah para isteri Nabi dengan kefahaman dan sangat rendah hati .Ana is totally different type of niqobis and I love her identity. Baiklah. Ana ni kalau kenal dia betul2, memang sempoi orangnya. Kenapa?Kerana Ana seorang yang “mudah”.Mudah nya dia sampai aku ni kadang2 nak gelak, kadang2 nak marah jugak sebab terlalu sempoi. Dia sangat bersederhana.
“Nak makan mana? ”
mana2 pun boleh
“Suka kaler apa ”
mana2 je
“Aku lambat lagi, boleh tunggu? ”
Boleh je
“weyh, submission assignment due lagi sejam ni ”
Rilek la.sempat .InshaAllah
Almost all the time.
Bukan tu saja. Kalau orang marah atau tegur dia, kenakan dia,cakap lebih kurang ngan dia ,dia just gelak2 kecil then… Let it go…
Dan dia jenis tak kalut. Ni yang buat kami, kawan2 dia ni bengang sikit la. Haha. Sebab kita boleh tunggu dia punya lama bersiap nak keluar rumah, dia boleh rilek lagi.Tapi nanti dia mintak maaf la. Fuh. Nak marah pun tak jadi. Aku cakap “bersiap ” bukan bermaksud dia melaram tau. Nope. Dia simple ja orangnya. Berbaju muslimah, tudung bawal kosong, kadang2 tudung labuh jahit tengah.Tetapi kenapa dia macam lambat bersiap? Hah. Nanti aku beritahu.
Ana ni pernah sekali,dua ja tengok dia tak sempoi, iaitu bila dia marah. Pernah sekali aku tak perasan terambik buku rujukan dia. Dia cari merata. Then masa aku pulangkan dan mintak maaf, dia rentap buku tu sambil merengus dengan kasar sambil gaya macam nak hayun buku tu kat aku dengan muka marah . Aku terkejut sampai terdiam. Then dia boleh gelak guys lepas tu, dan dia cakap dia just gurau saja,saja testing. Yang aku ni keras kejung dah sebab punyalah terkejut. Mau tak terkejut. Kawan dah la lembut, ayu, penyabar, tiba2 marah. Then aku cakap kat Ana yang aku tak suka dia melawak macam tu sebab aku takut tengok dia marah.Ana gelak ja.
Jadi, dah tau kan peribadi Ana. Sekarang biar aku bongkarkan “Siapa Ana” yang sebenar.Jeng3. Tak payah lah expect worst sangat guys .Ni bukan confession “Misteri Housemate ku Psycho ” ya . Huhu . Apa yang aku describe di atas memang personaliti Ana yang sebenar. Tetapi, tiada siapa yang menyangka seorang gadis selembut, sesempoi dan setenang Ana punya kisah kehidupan yang sangat perit dan menyedihkan.
Semua cerita ini tak semua kawan2 tahu. Hanya yang rapat sahaja yang tahu secara detail. Untuk pegetahuan pembaca, Ana seorang anak sulung perempuan. Dia ada 2 orang adik lelaki berumur sekitar 17-20 tahun. Ibu Ana kerja sebagai cleaner di sebuah sekolah rendah. Ayah Ana? Siapa ayah Ana? Sebenarnya ayah Ana merupakan seorang muallaf. Ayah Ana masuk Islam selepas berkahwin dengan ibu Ana. Ayah Ana asal dari Negeri Bumi Kenyalang. Baiklah.
Nak dipendekkan cerita, ayah Ana pernah ditangkap polis sewaktu umur Ana 4/5 tahun .Adik2 Ana masih bayi waktu tu .Jadi Ana sempat lah ingat serba sedikit tentang ayahnya. Barangkali ingat waktu ayahnya bermain dengannya di waktu kecil. Tak banyak. Itu sahaja yang sempat terakam dalam kotak memori Ana.
Ana juga acap kali teringat saat getir tika rumahnya dikepung oleh pihak polis dan ayahnya dibawa ke penjara. Senyum kelat Ana menceritakan kisah itu kepada kami, kawan rapatnya. Tiada pula air mata yang keluar bila dia menceritakan kisah ini ,tetapi air mata kami pula yang tak segan mengalir bila mendengar nya . Sejak peristiwa itu, Ana tak lagi lihat ayahnya. Hatta gambar ayahnya pun dibakar oleh ibu Ana. Ibu Ana telah bercerai selepas peristiwa itu melalui tuntutan fasakh.Lalu membesarlah Ana selama lebih berbelas tahun tanpa kehadiran ayahnya. Kehidupan dilalui tak seindah yang disangka.Kehidupan mereka 4 beranak hanya bergantung pada pendapatan ibu Ana.Alhamdulillah,tinggal di rumah pusaka di kampung di bahagian Pantai Timur, Malaysia.
Part yang agak menyedihkan dalam kisah Ana ialah tentang keluarga, sanak saudara Ana. Haruslah keluarga sebelah ibu. Kalau sebelah bapa, memang Ana tak pernah jumpa. Mereka bukan di semenanjung. Pernah sekali ja kalau tak salah, bercakap melalui telefon. Tak pasti mereka Muslim atau tak. Keluarga sebelah mak Ana bukan semua membantu keluarga Ana. Aku tak begitu memahami “family tree ” Ana. Yang aku pasti dan faham, Ana ada seorang Pak saudara yang selalu tolong transfer duit menanggung pengajian Ana. Ptptn pun kadang2 tak cukup. Belikan laptop untuk Ana dan sebagainya. Yang selalu disebut2 ialah berkenaan Makcik Ana yang menjengkelkan .Kenapa? Sebab Makcik ni tinggal sebelah rumah Ana. Dan dia ialah kakak ipar kepada Ibu Ana. Makcik Ana sangat tak senang dengan keluarga Ana. Rentetan daripada peristiwa ayah Ana ditangkap polis sampai sekarang, Ana dah besar panjang, takkan pernah hilang rasa meluat Makcik Ana kepada keluarga Ana. Nak diceritakan satu persatu mahu putus jariku menaip.So basically Makcik Ana sangat outspoken, mulut laser ,suka membanding2kan keluarga, berkira, suka menyakitkan hati 4 beranak ni. Apa saja yang dibuat, tak kena. Salah sikit, dihambur kata2 kesat.Diperli dan dikutuk di hadapan anak2 nya dan 4 beranak ni sudah lali dengan fitnah, adu domba serta ayat dari mulut Makcik Ana .Kering sudah air mata. Tebal sudah muka nak ditadah saban hari. Aku fikir ini zaman dulu2.Aku fikir ini drama. Rupanya wujud orang2 begini. Kalau barang hilang, ada kes dan sebagainya, selamba menuduh 4 beranak ini. Sehinggakan tiada lagi rasa hormat yang tinggal dalam diri adik beradik Ana kepada Makcik nya. Bukan sebab apa pun. Semua sebab masalah hati.Secara detail, tidak pula Ana ceritakan. Antara scene yang masih aku Ana cerita, waktu Hari Raya, Makcik Ana bawakkan kuih tetapi diberi dengan penuh rasa angkuh ,mengungkit dan menyakitkan hati.Dan Makcik turut memerli tentang baju Raya yang 4 beranak ni sarungkan dengan berkata seolah2 mereka tak layak dan sepatutnya pakai baju Raya pun dengan keadaan kewangan mereka itu. Entah apa masalah Makcik tu.Ana rasa sangat terhina dan sedih. Mereka memang ramai2 turun beraya di rumah Ana kerana ada moyang lelaki Ana tinggal bersama. Ibu Ana yang mnjaga moyang. Dan moyang sangat baik dengan 4 beranak ini. Moyang Ana meninggal tahun lepas.Ana menangis teruk waktu ni.Banyak lagi lah scene Makcik Ana yang tak puas hati dengan 4 beranak ni .
Masa tingkatan 1-3 ,Ana agak tersasar. Malu dia menceritakan kisahnya dahulu. Keluar rumah free hair dan couple.Waktu ni, Ana seorang yang sangat pemarah,perengus.Marah,lempar barang. Bengang, bergaduh ngan adik2.Adik pulak lelaki. Memang sakan lah bergaduh. Sungguh tak sangka. Ana yang ku kenal lemah lembut dahulunya begini hodoh perangainya. Haha.
Waktu ni, Ana memberontak. Bayangkan membesar dengan kata2 kesat dan dihambur Makcik nya memang bersarang api dendam kesumat. Tetapi Ibu Ana sangat baik, tak pernah ajar balas balik perbuatan Makcik Ana.Betulkah itu Ana yang dulu .Bagaimana Ana boleh berubah?
Begini ceritanya. Masuk tingkatan 4 ,Ana ke sekolah agama dengan kputusan cemerlang PMR. Ana lebih lurus di jalan agama.Alhamdulillah.Ana jaga solatnya,auratnya,Ana semakin berubah dan berhijrah sampai jadi Badar lah .Badar means Exco Kerohanian.Tudung semakin labuh dan lama kelamaan pakai niqob. Tetapi jangan ingat hijrah itu mudah. Perubahan diri Ana tak disenangi sanak saudaranya bila bab aurat .Kurangnya kefahaman menyebabkan mereka pandang sinis dengan penampilan Ana yang bertudung dan berbaju labuh bila deDepan saudara mara lelaki yang bukan mahram. “tak payah tutup2 lah. Family sendiri jugak “.Sebab tu lah bila sampai di kawasan mukim nya, Ana tanggalkan niqob. Malas mahu dengar perkara tidak enak lagi dari mulut orang kampung dan sanak saudaranya.
Ana pekakkan telinga dan hanya mampu menguntum senyuman. Ya. Ana sudah berubah. Dia sudah pandai kawal marahnya dan jadi penyabar. Hidayah Allah betul2 mengubah personaliti Ana. Ana sambung Asasi di sebuah pusat pengajian di utara tanah air. Di sini Ana diuji dengan emosi yang melampau kerana dia ditekan oleh Makcik nya yang mencabar kesabaran Ana dan dihimpit masalah keluarga seperti masalah kewangan dan masalah adik2 lelakinya . Lepas berbual di telefon dengan ibu, pasti air mata menitis. Di sini jugalah diuji masalah roommate yang buruk akhlak dan tidak solat dan sebagainya. Sunggguh. Ujian ini sangat berat bagi Ana. Ana teguh menghabiskan sisa pengajian nya dan dia menyambung ijazah di sebuah IPTA. Sedikit sebanyak menggembirakan hati ibu nya yang hampir putus harapan. Bayangkan, sudah lah ibu tunggal, anak2 lelaki pulak makin bermasalah ketika itu. Yang kedua dituduh mencuri ,yang bongsu pulak tak mahu belajar.
Mereka anak yang taat tetapi apabila dihimpit dan tidak dihomati oleh orang sekeliling, mereka jadi tak terarah. Ana sudah berubah .Tetapi adik2nya pula yang buat perangai. Hati ibu mana tidak gundah gulana. Nasib baik Ana berjaya sambung ijazah. Ada sinar harapan dalam keluarga mereka.Kalau ada yang perasan aku ada mention pasal Ana ni lambat bersiap. Actually sebabnya adalah dia banyak memikir. Kadang2 dia ralit tau. Pastu bila orang cakap, dia tak fokus. Bila orang tegur, dia baru sedar. This happened frequently.Yaa.Sebab masalah dia berat sangat. Dan begitulah Ana melalui jalan hidupnya. Sekarang, Ana merupakan seorang pelajar tahun akhir yang sedang menjalani praktikal. Sedikit sahaja lagi bakal menamatkan pengajian. Adik Ana yang bermasalah pulak seorang dah kerja tanpa sambung belajar. Kerja nya tidaklah tinggi gaji nya tetapi berkat kerana sempat menghulur kepada Ana dan juga ibunya. Seorang lagi pula juga tidak sambung belajar tetapi, selepas melalui fasa “pulih “,si adik minat menyambung belajar di sekolah pondok. Pasti senyum lega di wajah si Ibu. Duit boleh dicari, janji anaknya berubah dan mahu berhijrah .Pasti Allah bantu. Ana kini semakin penyabar, tidak cepat marah, tenang bila berhadapan ujian. Dan kini persoalanku terjawab. Kenapa Ana boleh berubah? Kerana liku2 kehidupan nya yang pahit buat dia jadi lebih kuat dan teguh imannya. Kalau korang jumpa orang yang positive, tenang, rilek, mesti dia seorang yang pernah melalui detik sukar dalam hidup.Dan aku sudah jumpa orangnya.
Baiklah, selesai bercerita tentang Ana. Sekarang masuk kepada main asbab confession ni ditulis. Berkenaan ayah Ana.
Situasi :Ana sudah berumur 20++ .Naluri sebagai anak yang semakin matang dalam pemikiran, mahu menjejaki ayahnya, tambahan pula Ana sudah ada calon suami yang menyebabkan Ana bertambah risau tentang isu wali. Target berkahwin lagi 2 tahun. Ana mahu mencari ayah nya tetapi perbuatan nya tidak disenangi oleh ahli keluarga iaitu Pakcik2 nya. Ana pernah post ayat pencarian ayahnya waktu di tahun 2 ijazah. Terus dibangkang oleh sanak saudaranya. Terus Ana delete post berkenaan di Facebook .
Sebab bangkang : Sanak saudaranya tak boleh menerima lagi ayah Ana rentetan daripada apa yang berlaku 20 tahun lalu.Detail sebab tidak dikenalpasti. Ayah Ana juga tidak pulang2 kerana mungkin takut menghadapi keluarga ibu Ana.
Status Ayah Ana :Tidak pasti Muslim atau sudah tidak Muslim. Hidup atau sudah tiada. Tetapi Ana dan adik2 nya yakin ayah mereka masih hidup
Masalah :
1.Ana tak tahu sama ada mahu terus mencari kerana Ana terhimpit dengan larangan sanak saudaranya.Ana mulai risau dan stress memikir perkara ini, recently. Sampai Ana pernah meluahkan “aku dah penat. Aku dah tak nak cari ayah lagi “.Adakah Ana harus mengabaikan larangan sanak saudaranya atau meneroskan misi pencarian.
2.Ana tak tahu medium yang sesuai mahu mencari ayah nya kerana dia bimbang diketahui oleh sanak saudaranya.
Apa yang harus Ana lakukan.
Aku tak suka post saja2 ,share benda2 personal life seseorang .Walaupun identiti dirahsiakan. 1 saja aku harap ada yang tolong bagi pendapat apa yang patut Ana buat dan medium yang terbaik patut Ana ambik. Aku dah lama nak post benda ni. Tapi tak tershare sampailah tadi Ana pm wasep tanya pendapat aku secara personal. Yaaa kami selalu bincang tentang benda ni dalam grup wasep kecil tentang solusi ni tapi kami pun buntu .Then I guess,Ana sangat mengharapkan idea dan pendapat aku dan kawan2 sebab tu dia pm certain orang yang dia percaya dan rapat Dan tahu detail kisah pasal dia. Aku dah mintak permission Ana untuk siarkan kisahnya dengan syarat identiti dirahsiakan. So guys, atas niat persaudaraan dalam Islam, sila tinggalkan pendapat anda. Much appreciated. Jazakumullah khairun katsir.
– Alice
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment