Aku selalu berpegang kepada prinsip law of attraction ni di mana kau keluarkan aura positif kau akan attract aura positif juga.
Aku ni jenis x suka dengar org merungut. Pantang. Tp dah diTulis Dia, mmg aku ni tmpt utk diadukan rupanya tu salah satu jobscope yg Allah tetapkan utk aku. Mmg Allah Test kesabaran aku sbb aku x suka dgr negatif dan aduan tp lama kelaman aku yakin Allah Yakin that i can do this! To help others.
Aku dgr byk sgt masalah. Masalah keluarga masalah kesihatan masalah kewangan mcm2 masalah. Start dari aku study aku ni mmg port luahan org even org tak rapat tetiba diluahkan. Mungkin sbb aku mcm bersahaja kot entah aku x nampak apa kelebihan aku sbnrnya sbb biasalah perempuan emosi tetap ada.
Aku selalu rasa magis dalam kehidupan aku. Padahal x magic pun mmg dah Kun Fayakun. Masa aku study dulu, aku ada kawan sakit kronik siang malam aku ulang alik bilik dia. Masa final, malam tu jugak dia teruk aku tetap jaga dia. Dan jujur aku ni x pandai mana study pun lg la tak rajin mana. Aku tawakal je berbekal kan ilmu di kelas sbb biasa la aku pun tergolong dlm golongan study last minit. Jd bila waktu2 kemuncak final mesti aku nak study tp aku korbankan utk kwn aku yg aku syg gila ni. Korg x kan tahu dia sakit apa tp aku mohon doa kalian. Utk kekuatannya, utk kesembuhannya, utk kesenangannya. Amin.
Result keluar: aku sendiri tak percaya. Ni magic pertama.
Magic kedua pulak. Aku pernah byrkan tiket parking utk stranger sbb dia x de duit kecil. Masa tu dlm purse aku ada berapa je tp byk la duit rm1. So aku byrkan lah tiket pakcik ni. Pakcik tu beriya nak byr balik. Aku ckp takpe, doakan saya dpt keje cepat2. Aku mmg ada habit minta doa dari org tak kenal. Time tu tak final exam pun lg utk sem akhir.
Fast forward lps aku grad secara x official, aku byk apply keje. Semua tempat x panggil aku kerja. Asam garam fresh grad. Result final sem pun tak keluar lg time tu. Aku apply punya byk satu pun tak bg feedback.
Satu hari tu aku dpt call. Utk interview. Aku happy gila la walau lari bidang aku tak kesah janji aku cuba. Aku interview hari khamis. Hari jumaat aku dpt call aku berjaya. Isnin next week nya aku terus lapor diri. Nak tahu tak magic dia kat mana. Ofis aku adalah tmpt di mana aku byr tiket parking dkt pakcik dlu tu. Betul lah, doa org yg kita tak de dosa dgn nya, senang dimakbulkan.
Magic kan.
Alhamdulillah utk peluang yg aku x percaya sampai skrg. Sbb bukan sebarangan company. Aku tak kan sebut lah haha. Dah dekat setahun aku masih happy di sini. Doakan aku ya.
Byk lg magic dlm hidup aku. Magic yg sbnrnya Allah Hadiahkan. Aku yakin korg pun selalu alaminya. Kongsikan magis anda! Im happy to read all of them.
May peace be upon everyone.
– N/A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment