Assalamualaikum.
Aku perempuan, 27 tahun. Aku ada terbaca satu confession sebelum ni yang pasal confessor selalu mimpi lepastu kena tindih. Aku pun ada banyak pengalaman kena tindih. Kerap jugak la kena sampai aku dah lali. Cuma aku tak rasa apa yang jadi kt aku ni ada kaitan dengan saka ke apa. Ada sekali tu aku kena tindih kt hostel. Waktu tu siang. Aku pun pelik macam mana boleh kena waktu siang sebab aku pun ingat kalau siang takde hantu. Time tu aku rasa aku baru je terlelap tiba-tiba aku mimpi jatuh longkang dan aku terkejut. Bila dah terkejut tu aku try la nak bukak mata tapi terus rasa tak boleh gerak, mata tak boleh bukak. Aku paksa mata aku bukak dan aku berjaya bukak sikit. Aku nampak roomate aku dua orang tengah main chess kt lantai sebelah katil aku. Dekat je dengan aku dan aku boleh dengar suara dorang. Aku jerit panggil nama dorang nak mintak tolong gerakkan aku. Puas aku jerit tapi dorang tak dengar dan buat tak tau sambil bergelak ketawa main chess. Last-last aku berusaha sendiri untuk lepaskan diri sebab aku tau yang suara aku senarnya tak keluar. Aku je rasa aku dah jerit sekuat hati.
So bila benda macam tu jadi, bila kena tindih, tak boleh panic, macam yang confessor sebelum ni bgtau. Apa yang mula-mula aku akan buat ialah cuba gerakkan ibu jari kaki. Sambil tu jerit “Allahuakbar” sekuat hati atau apa-apa je la bacaan atau ayat yang terlintas kt fikiran korang masa tu. Ibu jari kaki jangan lupa terus gerakkan. Aku akan jerit kuat-kuat dan cuba lafazkan ikut bibir walaupun masa tu aku tahu yang mulut aku terkunci dan tak bergerak. Tapi cuba sekuat hati untuk lafazkan sampai mulut korang boleh bergerak. Bila dah bergerak sikit terus lawan sampai korang boleh dengar dengan jelas kt telinga apa yang korang lafazkan tu. Bila dah dengar apa yang korang lafazkan terus gerakkan tangan atau kaki sekuat hati sampai lepas. Sebab kalau mulut tu dah gerak sikit lepastu korang stop, confirm akan kena tindih balik, maka sia-sialah usaha korang tadi yang terjerit-jerit tu. Bukan senang ooo nak lepas. Penat gila. Orang yang pernah kena je tahu macam mana dia punya struggle nak lepaskan diri tu.
Disebabkan dah banyak kali sangat aku kena tindih, aku sampai dah boleh agak kalau aku akan kena tindih before tidur. Tandanya adalah aku rasa mengantuk sangat sangat sangat, kelopak mata berat macam tak larat nak bukak. Macam kena paksa tidur. Kalau masa tu adik aku ada kt sebelah aku akan pesan kt dia untuk cepat-cepat gerakkan aku kalau dengar suara aku macam merengek. Sebenarnya aku jerit nama dia untuk mintak tolong, tapi aku tau yang keluar tu nanti bukan nama dia sebab semua tu berlaku dalam “mimpi” aku je. Dia cuma akan dengar suara aku yang macam merengek tu. Bila dia gerakkan badan aku baru aku akan fully sedar dan terjaga.
Kalau aku sorang-sorang masa tanda tu datang, aku akan bukak ayat Al-Quran atau pape lagu sebelum tidur. Kadang bila pakai earphone tertanggal sebab aku tidur agak ganas, so aku pasang je kuat-kuat letak tepi telinga. Lagu tu pulak yang elok sikit la..yang ada unsur ketuhanan atau instrumental. Kang kalau lagu dangdut makin berjoget sakan hantu tu. As long as ada something yang korang boleh dengar kira ok la tu. Sebenarnya cara ni aku dapat pun tak disengajakan. Time kena “paksa” tidur ni aku tengah dengar music guna earphone. Bila aku tertidur tu aku mimpi something, lepastu aku terkejut dan macam nak kena tindih, tapi tak jadi sebab aku terus betul-betul terjaga bila terdengar lagu kt telinga aku tu. So how this “halwa telinga” actually works?
Biasanya kalau nak kena tindih ni, lepas terlelap beberapa ketika nanti akan mimpi something. Kalau aku mimpi tu random je. Tak spesifik macam ada nenek ke, budak kecik ke. Aku pun tak dapat ingat apa yang aku mimpi walaupun aku dok recall sambil tulis ni. Yang pasti bila dalam mimpi tu aku tersedar “eh ni bukan betul-betul, ni mimpi”, terus kena tindih tak boleh bergerak. So aku faham sangat apa yang confessor sebelum ni maksudkan. Ok balik pasal dengar music kt telinga, bila start nak kena tindih tapi telinga korang dapat dengar music, korang akan fully tersedar so tak sempat la nak kena tindih sebab korang dah tak berada dalam “mimpi” tu lagi. Perasaannya sama macam bila ada tolong gerakkan badan korang so korang terjaga. Ni apa yang berlaku kt aku dan aku harap dapat membantu orang lain jugak. Setakat ni menjadi Alhamdulillah sampai la malam tadi aku kena tindih lagi, dan menyebabkan aku rasa nak menulis kt sini.
Sebelum tidur malam tadi aku dah rasa tanda nak kena tindih. Aku memang dah baring atas katil and dah ready nak tidur. Tapi dia punya mengantuk lain macam and mata aku berat gila tak boleh nak bukak. Aku pun siap-siap pasang instrumental music letak kt sebelah telinga aku. Konfiden la takkan kena tindih ni. Lepas dah lelap sekejap tu macam mimpi. Aku mimpi yang aku dah yakin takkan kena tindih so aku pun matikan music kt phone ak tu.. Lepastu aku pun sambung tidur. Tak lama lepastu aku aku try nak pusingkan badan beralih arah, terus aku rasa tak boleh gerak aka kena tindih. Sebab dah takde music kt telinga kau, aku pun terpaksa guna kaedah yang pertama iaitu jerit sekuat hati sampai mulut aku dengar apa apa yang aku lafazkan dan lawan sampai aku berjaya gerakkan anggota aku yang lain. Bila dah sedar aku pasang ayat al-quran dan sambung tidur sampai pagi. Aku pun tak pasti sebenarnya aku mimpi ke apa sebab aku ingat yang aku pegi off music kt phone aku sebelum aku tidur balik dan kena tindih. Mungkin “benda” tu dah tau trick aku kot..huhu
Tapi kejadian malam tadi membuatkan aku sedar mungkin aku terlalu yakin bahawa dengan mendengar music/ayat al-quran kt phone tu yang menyebabkan aku boleh terlepas dari kena tindih. Hakikatnya Allah la yang bagi keizinan untuk cara yang aku buat tu berkesan. So mintak la kt Allah dan berdoa supaya usaha dan ikhtiar kita untuk terlepas dari gangguan jin dan manusia yang berniat jahat ke atas kita berkesan atas izin-Nya. Jangan lupa amalkan mathurat/manzil pagi dan petang supaya diri kita lebih terjaga insyaAllah :)
– Black Sheep
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment