Asssalamualaikum.
Terima kasih pada IIUM sebab siarkan cerita aku ni. Terima kasih jugak pada korang yang sudi baca cerita aku ni.
Aku perasan kebelakangan ni banyak confession berkenaan dengan tinggal di rumah mertua. Oh, sebelum tu, aku perkenalkan diri aku sebagai Nami. Aku seorang isteri yang berkerjaya. Sudah tentu aku dah berkahwin. Aku mempunyai seorang anak berumur bawah dua (2) tahun. Aku juga pernah melalui fasa hubungan jarak jauh selama setahun dengan husband aku dimana pada masa tersebut, aku mengandung dan keguguran. Aku juga pernah tinggal dengan mertua selama setahun lebih dimana pada masa tersebut aku mengandung dan melahirkan amanah Allah untuk aku jaga dan kasihkan.
Bila aku baca cerita-cerita tinggal serumah dengan mertua, ada yang positif, ada yang negatif, aku rasa macam terpanggil untuk berkongsi cerita aku pulak. Aku bernasib baik punya mak dan ayah mertua yang baik. Yang tidak pernah masuk campur urusan kami anak menantu. Tahlah, mungkin disebabkan background aku atau sebab aku jenis yang berdikari, mak mertua aku memang tidak banyak songeh dengan aku. Dan masa aku tinggal di rumah mertua aku, ada jugak beberapa kelamin (ipar-duai) yang tinggal sebumbung. Memang tak selesa bila ramai-ramai tinggal serumah. Macam-macam ragam dan perangai. Tapi nak buat macamana, kenalah hadap dan sabar. Ya, mesti korang kata buat apa kahwin dengan lelaki yang tak mampu nak sediakan tempat tinggal untuk kau. Buat apa kahwin untuk menyusahkan diri sendiri.
Tapi bagi aku, kita semua tidak ditakdirkan untuk hidup senang. Makan pakai tersedia. Aku beruntung jugak sebab Allah bagi rezeki yang cukup untuk aku. Tidak senang dan tidak papa kedana. Sedangkan ada orang yang lebih susah dari aku. Jadinya aku perlu bersyukur di atas apa kekurangan yang aku ada. Macam hal perkahwinan jugak. Tidak semua suami mampu sediakan cukup makan dan keperluan pada isteri. Melainkan jika kahwin dengan anak orang ada-ada. Jadi, tak payah nak berfikir lepas kahwin nak duduk mana. Rumah mertua, rumah pondok, rumah banglo. Tapi itu semua terpulang pada rezeki jugak. So kita memang tak boleh nak condemn mana-mana pasangan yang sampai sekarang masih tak mampu nak hidup berdikari sendiri. Cuma, kita boleh berubah dan mengubah nasib kita. Kalau kau rasa boleh nak hidup sebumbung dengan mertua sampai ke akhir hayat kau, terpulang. Kalau kau mampu untuk bersabar, bertahan dan berlakon baik sepanjang masa, terpulang. Tapi sampai satu keadaan yang kau rasa, that’s it. Aku kena pindah. So masa ni kau perlu fikir dan ikhtiar la macamana nak pindah.
Aku jugak bukan orang ada-ada. Bukan berkerja dengan gaji yang mewah. Cukup-cukup untuk bayar komitmen bulanan, bagi duit pada mak, simpan ya amat sedikit untuk hari-hari mendatang dan perbelanjaan hari-hari. Nak kata mewah-mewah, jauh sekali. Aku ni pulak jenis boros. Ya, masa sebelum berkahwin, aku boleh beli itu ini. Tapi bila dah berkahwin dan ada anak, perbelanjaan yang tak patut kenalah sekat. Sedih memang sedih sebab dulu kau dah terbiasa hidup senang. Husband aku pun bukanlah orang ada-ada. Kehidupan kami sederhana jek. Kalau tak, takkan kami ambil masa almost dua tahun untuk keluar dari rumah keluarga.
Cerita pasal pindah. Aku macam isteri-isteri yang lain. Tak betah hidup sebumbung dengan mertua. Bukan isu baik atau tidak. Cuma kita manusia, ada masa kita malas. Ada masa kita nak bersendiri. Ada masa kita nak buat ikut kepala kita. Aku jugak bukanlah menantu yang baik. Menantu hantu pun tidak. Tapi tak tahulah kalau mertua, ipar duai rasa aku ni menantu atau ipar hantu. Hahaha. Aku selalu bercakap dengan husband untuk berpindah. Tapi husband selalu bagi alasan tak mampu. Yelah, hidup dikota. Kalau nak sewa rumah pun tak berbaloi. Baik beli rumah terus sebab bayar sewa pun dah sama mahal dengan bayar bulanan kalau beli rumah. Tapi, kalau nak beli rumah, lagi banyak kos. Kami memang takda simpanan yang banyak. Tambah-tambah kalau kata nak beli rumah. Nak bayar deposit. Nak bayar peguam. Lepastu, kalau dah ada rumah, takkan rumah nak kosong jek. Mestilah kena beli barang.
Tapi kalau nak fikir macam tu jek, sampai bila pun tak mampu. Usaha kenalah ada. Belum usaha dah mengalah. Mana boleh.
Start lepas aku habis pantang, aku memang tekad nak pindah. Aku cari dekat MUDAH. Mana-mana rumah yang mampu untuk kami beli. Mungkin ada rezeki kami, dapatlah sebuah rumah yang cukuplah untuk kami anak-beranak hidup. Urusan jual beli rumah kami pun bukanlah mudah. Penuh liku dan cabaran. Banyak airmata aku tumpah masa proses jual beli ni. Tapi Alhamdulillah, jika kau yakin dan tekad, berdoa pada Dia, Insyallah pasti ada jalan untuk kau.
Takut sebenarnya bila kami suami isteri tolak perbelanjaan kami. Dengan komitmen sedia ada, tambah nak bayar duit rumah lagi. Tapi nak buat macamana. Kalau tak susah sekarang, bila yang kita nak senang. Berkorbanlah sedikit untuk kesenangan di kemudian hari.
Sebenarnya, apa yang aku nak highlight, kerjasama suami isteri tu penting. Isteri tak boleh nak harapkan suami 100%. Sediakan semuanya untuk kau. Takde salahnya untuk kau tolong suami. Tapi kenalah jugak cerdik sedikit. Bukan apa, takut apa-apa jadi, sekurang-kurangnya hak kau terpelihara. Tahun ni tahun yang mencabar. Takut nak fikir apa yang akan jadi pada tahun-tahun mendatang. Dengan keadaan ekonomi kita yang sakit. Nak tunding jari pada pasangan atas apa kekurangan bukanlah penyelesaian yang terbaik. Ramai jek sebenarnya bila dah berkahwin, tak mampu untuk hidup sendiri. Tapi ikhtiarlah. Kalau kau tengok husband kau macam tak kisah, takde inisiatif pun nak berpindah, apa salahnya kau yang ikhtiar. Cari inisiatif. Lama-lama dia pun akan terikut sama. Lelaki ni bukan apa, ego tu tetap ada. Konon malu nak mengaku tak cukup duit untuk sara anak bini. Apa salahnya kalau kau pun bantu sama.
Aku akui. Urusan jual beli rumah kami tu banyak yang aku uruskan. Sebab aku nekad nak berpindah. Tapi tak bermakna husband aku lepas tangan. Sama-sama ambil bahagian. Aku urus ini, dia urus itu. Alhamdulillah, dah dekat dua bulan kami berpindah. Jauh lagi perjalanan kami. Tapi apa yang penting sekarang, duduk rumah sendiri lagi heaveeeeeeeeen. Even sekarang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nikmat ada rumah sendiri tu tak terkata. Jadilah sebesar reban ayam pun. Nikmat Allah yang mana mahu kudustakan.
Sekian.
-Nami-
– Nami
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment