Assalamualaikum. So, ini first time saya hantar confession ke ruangan ini. Isu yang bakal saya ketengahkan ni memang terlalu cliché dan sangat popular dan evergreen.
Bermula isu nilai hantaran, bercinta sebelum dan selepas nikah, majlis kenduri kahwin, true color of your spouse sehinggalah tinggal sebumbung dengan mertua. Isu isu ini sangat popular dikalangan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu yang beragama Islam, khususnya.
Saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya yang baru 7 tahun berumahtangga ini. Saya dilahirkan dalam keluarga yang kecil, terdiri daripada 2 orang adik beradik sahaja. Hidup dalam keadaan yang agak mewah, yelah, adik beradik tak ramai, nak apa sahaja pasti dapat. Mak ayah saya berpendapatan agak tinggi dan kami sekeluarga hidup didalam rumah yang agak selesa.
Ayah saya seorang yang sangat tegas. Kami tak dibenarkan bercintan cintun, heart feeling bagai masa sekolah. Even manjangkau umur 20an pun perkara itu masih dianggap taboo dalam keluarga kami. Dipendekkan cerita saya berkenala dengan seorang lelaki (yang mana sekarang merupakan suami saya), dan alhamdulilah kami berjodoh.
Perwatakan ayah saya yang tegas tadi, berubah 100% apabila suami saya datang untuk menyatakan hasrat dia memperisterikan saya. Mulanya saya ingatkan ayah mahu meletakkan hantaran yang tinggi dan menguji suami saya dengan pelbagai soalan, tapi rupanya ayah saya hanya mahukan seorang lelaki yang berani untuk bertemu dengannya dan ‘meminang’ saya dengan cara yang, pada ayah, cukup gentleman.
Ayah saya tidak meminata sebarang hantaran, malahan wang belanja kahwin sekalipun. Bahkan nilai mas kahwin juga, terpulang pada kemampuan suami pada ketika itu.
Sumpah saya terkejut dengan permintaan ayah. Tapi ayah hanya senyum dan berkata,
“Ayah taknak bebankan bakal menantu ayah, dia bakal pikul tanggungjawab ayah terhadap kamu selama ini. Itu sudah cukup menggembirakan ayah. Ayah juga pernah muda, tahu betapa payahnya nak kumpul duit untuk menghalalkan sebuah perhubungan. Jadi, ayah taknak dia rasa terbeban untuk berbuat perkara yang dituntut Rasulullah.”
Ya Allah, tak terkata saya pada ketika itu. Dalam hati saya hanya bersyukur dan berharap agar perkahwinan ini bakal menggembirakan ayah.
Sejurus selesai bernikah, saya berhijrah tinggal bersama mertua. Oh ya, suami saya mempunyai keluarga yang sangat besar. Amat berbeza dari keluarga saya. Adik beradik dia 8 orang. Haha! Sekali sekala, ipar duai dan adik beradik suami pulang ke kampung.
Rumah mertua saya juga terletak di kawasan kampung. Cakap saja, ayam, itik, kambing, sayur sayuran semuanya ada disekeliling rumah mertua saya. Nak makan ikan? Pegi kolam, memancing. Haha! Sekali sekala kami turun ke pasar, untuk membeli ikan laut. Dunia saya berubah 180 darjah, bak kata orang putih, upside down! Haha. Saya langsung tak reti kait kelapa, sembelih ayam, lapah daging, tapi disini ye, itulah rutin mereka.
Sungguh, pada mulanya saya sendiri terkejut dengan cara kehidupan sebegini. Tapi, lama kelamaan seronok pulak. Haha. Selepas setahun, kami berpindah ke rumah sendiri. Oh ya, punca saya tinggal bersama mertua selama setahun adalah kerana pada masa itu, saya masih belajar, tetapi suami sudah bekerja. Jadi rumah mertua dekat dengan universiti tempat saya belajar. Jadi, untuk memudahkan urusan ulang alik saya ke universiti, kami sepakat untuk tinggal disana buat sementara waktu.
Setelah kami berpindah keluar dari rumah mertua, lain sungguh rasanya kehidupan. Sunyi!! Ya, Sunyi!! Memang ada privasi, memang ada ruang sendiri, selesa dan sebagainya. Tapi saya sunyi dari nasihat seorang ibu, didikan dan bimbingannya. Lama juga untuk kami membiasakan diri hidup sendiri. Alhamdulilah, makin lama semuanya makin baik. Dah beranak sendiri, barulah hilang rasa sunyi itu.
Berdasarkan pengalaman saya ini, ingin saya nasihatkan adik2 yang bakal atau baru berkahwin, janganlah fikirkan yang negatif sahaja bila sebut pasal mertua, ipar duai. Adik, mereka jua ibu bapa kita. Baik dan ikhlas layanan kita pada mereka, ikhlas juga mereka pada kita. Memang tak mudah untuk membiasakan diri dengan rutin yang totally the opposite of our normal routine di rumah keluarga kita. Tapi, pandai pandailah bawak diri. Yang paling penting, cuba enjoy life dan jadikan ia sebagai pengalaman baru yang mungkin tak dapat dirasai ditempat lain. Open up your mind. Jangan terlalu selesa dalam comfort zone awak. Ya hidup bersama keluarga kita sangat selesa tapi bukankah kita yang mengambil keputusan untuk keluar dari kehidupan itu dengan berkahwin?
Tolak tepi soal mental, fizikal, emosi kena ready sebelum bernikah. Kita takkan tau bila masanya kita betul2 ready selagi kita belum melalui sesuatu fasa itu. Pokok pangkalnya, cuba have fun dengan setiap pengalaman baru dalam hidup. Anggap semua yang terjadi sebagai pelajaran baru dalam hidup. Paling penting, stop mintak pendapat dari kawan2 yang entah apa2 ni. Maaf cakap dik, ramai kawan yang sebenarnya tanpa sedar telah menyebabkan kawan dia bergaduh suami isteri dengan pertanyaan dan cerita cerita yang kadang2 tak perlu kita ambil tahu pun. Tak semestinya perkahwinan si polan tu begitu, kita juga akan jadi begitu. Stop being too paranoid dan percaya bulat2 pada cerita orang lain.
Pasal hantaran mahal ke murah ke, bahagia ke tidak rumahtangga selepas itu, itu semua kerja Allah dik. Kita toksah pening kepala fikir yang bukan2. Mahal ke murah hantaran awak terpulang pada persetujuan awak bersama pasangan. Disitulah bermulanya detik awak menjalin persefahaman diantara satu sama lain, bagaimana nak bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu perkara sebelum awak hidup bersama sebagai suami isteri. Toksah pikir apa orang cakap, yang penting awak dengan pasangan sama2 tahu kemampuan masing2 dan berusaha untuk memuaskan hati kedua pihak. Kalau pasangan mampu nak bagai hantaran 30k, bagilah. Itu hak dia dan awak. Kalau dia cuma mampu bagi RM 22.50 sahaja (nilai terendah mas kahwin), terima jelah, asalkan awak redha. Tak jadi masalah.
Masalah orang kita ni, terlalu dengar cakal orang. Terlalu ambik hati dengan komen dan pandangan orang. Terlalu percaya dengan cerita dan pengalaman orang. Cepat sangat menilai dan paling bahaya, suka pukul rata semua orang sama. Dik, jalan hidup kita semua lain. Sedangkan cap jari kita pun semua lain2, inikan pulak cerita hidup kita. Allah maha adil. Semuanya Allah dah atur baik, cantik je. Bersangka baiklah dengan perancangan Allah. Kalau buntu, balik pada Dia, sujud. Dia yang kurniakan sesuatu masalah, maka dari dia juga segala penyelasaian. Jangan jadi paranoid.
Doa yang baik2, cakap yang baik2, InshaAllah nanti datang yang baik2.
Wallahualam.
– Salida
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment