Sunday, 26 March 2017

Tentang Matlamat

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi approve perkongsian ni.

Sekarang kita dah hampir ke penghujung suku tahun 2017 (dah nak akhir bulan 3). Apa matlamat anda tahun ni? Sebahagiannya dah tercapai atau belum? Matlamat anda 5 tahun akan datang? Dan 10 tahun akan datang? Macam mana nak tetapkan matlamat dengan cara yang betul?

1. Tulis tulis tulis!

Dalam buku nota jutawan nota motivasi oleh Irfan Khairi, dinyatakan bahawa hanya 2% sahaja daripada populasi manusia yang menulis matlamat mereka. Selain daripada mereka kebanyakannya hanya impian dan angan-angan sahaja di dalam kepala. Tulis tulis dan tulis matlamat yang anda ingin capai. Matlamat yang ditulis lebih mudah dicapai daripada matlamat yang tidak ditulis. Tulislah matlamat anda dan lihat keajaiban berlaku.

2. Matlamat yang spesifik

“Aku nak kaya.” “Aku nak berjaya.” “Aku nak hafiz 30 juzuk Quran.” “Aku nak menyumbang kepada ummah.” Kebanyakan daripada kita meletakkan matlamat yang umum. Spesifikkan matlamat anda. Anda akan nampak jalan bagaimana mahu mencapai matlamat.

Sebagai contoh, untuk bisnes part time, paling kurang mungkin boleh tetapkan nak dapatkan RM3000 sebulan. Pecahkan kepada unit kecil. Berapa yang aku perlu dapatkan dalam masa seminggu? Berapa yang perlu aku dapatkan dalam masa sehari?”

Nak hafiz keseluruhan Quran contohnya. Sekadar keazaman sahaja tidak cukup. Perlu istiqomah untuk mencapainya. Mungkin boleh tetapkan, “Dalam masa sehari aku mesti hafal Quran satu muka. Walau macam mana pun sehari mesti hafal satu muka jugak. Kalau ada hari tak boleh pegang Quran, aku boleh ulang dengar Quran dalam bentuk mp3. Aku kena faham apa yang aku hafal.”

3. Ada deadline

Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tetapkan tempoh masa dan tarikh akhir.

Contohnya, “berapa income yang aku nak dapatkan dalam masa 6 bulan bisnes part time aku?” Apa yang aku nak capai dalam masa setahun akan datang? Apa aku nak capai 5 tahun akan datang? Mampukah aku bersara 10 tahun akan datang? Matlamat memerlukan deadline.

Kesimpulannya, untuk menetapkan matlamat, matlamat tersebut perlulah ditulis. Matlamat yang spesifik bukan umum, dan matlamat tersebut perlulah mempunyai deadline.

Sebagai penutup, saya suka untuk kongsikan kata-kata Brian Tracy. Renung-renungkan..

“All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be, ideal in every respect, and then they work everyday toward their distant vision, that goal or purpose.”

In other words, they know what they want, how to get what they want, and they work everyday toward their vision and purpose.

Ingatlah selalu, Allah pasti menolong hambaNya yang ingin menolong dirinya, sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat. Jujur, selepas amalkan tips di atas, 2 daripada 4 matlamat saya tahun ni dah tercapai. Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Semoga apa yang ditulis ini bermanfaat dan dapat diamalkan. In shaa Allah.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.