Tuesday, 28 March 2017

Dah Ke Belum?

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada pembaca iium confessions. Aku ada terbaca dua confessions latest mengenai solat. Pada mereka yang baru berjinak nak solat jangan berasa terlambat dan berputus asa untuk perbetulkan solat kita sebab pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk hambaNya. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ni.

Nak dijadikan cerita, dua confessions latest mengenai solat ni mengingatkan aku pada waktu aku sedang menjalani praktikal di salah sebuat syarikat event planner. Macam biasa la bila first day kau daftar diri sebagai pelajar praktikal, mesti ada sesi perkenalkan diri dan soal jawab. Masa itu majikan tempat pratikal tak ada sebab cuti. Maka dia suruh student praktikal lain handle kami. Masa tu, mereka 2 orang lelaki 4 orang perempuan. Lepas aku dan dua orang kawan aku perkenalkan diri, dorang suruh tanya soalan yang tak faham. First soalan yang aku tanya, “kiblat arah mana?”. Dorang tunjuk arah. So okay la masa tu. Bila tiba masuk waktu zuhur, aku dengan dua orang kawan aku siapkan diri untuk solat zuhur. Lepas dah solat, kami sambung kerja kami. Terdetik hati aku, “Dah nak masuk waktu asar. Dorang tak solat zuhur ke? Yang perempuan maybe uzur kot. Tapi yang laki ni? Takkan la keuzuran gak?” Sampai dah habis waktu bekerja dalam pukul 6 petang, dorang still tak solat. Keadaan masih sama setelah hampir dua minggu. Bila kami nak solat, kami ingatkan dorang pasal solat. “Dah solat belum?” “Jom solat.”

Aku ingat lagi masa tu kami ada dua event lepas maghrib. Lepas aku dan dua orang kawan aku solat, yang budak laki tu semua ambil wuduk untuk solat maghrib. Mereka berjemaah. Kalimah alhamdulilah diucapkan sambil senyum segaris. Lepas dorang solat, tetiba 2 orang budak perempuan yang tak solat ni bersuara. Si A, “Eh kau solat subuh ke?”. Yang si B ni gelak sakan dengan si A. Yang lain semua senyap. Speechless. Aku kelu masa tu. Geleng sambil pandang dorang. Moga Allah bagi mereka petunjuk. Mereka bercakap seolah-olah macam takde agama. Perlekehkan agama. Yang paling aku malu dan sedih bila si C, budak bukan beragama islam dengar dan speechless. Aku jumpa budak tu, minta maaf sebab ungkapan si A tu. “Aku harap kau tak menghukum islam sebab orangnya.” “Takpe. Aku faham. Aku pun tahu sikit-sikit pasal islam.” Balas si C tu. Lega masa tu.

Lama-kelamaan kami perasaan, no wonder la mereka tak solat sebab majikan kami pun macam tu. Bila event, solat ke laut. Terlalu kejarkan event sampai lupa pada Pemberi Rezeki, Pencipta Yang Maha Berkuasa. Hampir sebulan lebih, kami rapat dengan si C dan si D ni compared dengan si A dan si B. Si C yang non-muslim tu minat islam dan ada niat nak masuk islam cuma kekangan keluarga. Si D ni bercerita pada kami yang dia jarang solat. Selalu lubang solat dia. Ada ketika tu, si D ni tetiba bersemangat nak buat surau mini even just guna kain untuk dijadikan penghadang sebab sebelum ni kami solat kat dalam bilik majikan. Manakala budak laki solat kat ruang luar pejabat. Terharu kami, even dia jarang solat tapi masih ada sense Islam dalam diri dia. Lepas tu dia ajak kami solat berjemaah bersama. Dia nak belajar solat balik. Si C dan si D banyak tanya pasal solat. Mereka cuba jadi baik walaupun terpaksa jadi hipokrik. Pada aku, sekurang-kurangnya mereka tak hipokrik pada agama. Nauzubilahminzalik.

Aku tahu aku bukan la manusia yang sempurna sebab tiada manusia yang sempurna melainkan Dia. Tapi tak salahkan kita cuba jadi yang terbaik walaupun ada segelintir yang menghukum tanpa menilai. Maybe aku tak berada dalam keadaan korang, tapi percayalah bila kita banyak tawakal dan serah bulat-bulat pada Allah, Allah akan bagi kita jalan keluar dan permudahkan segala urusan kita. Cuma nak tak nak je kita ni. Dan kita sepatutnya berhenti menghukum tapi menilai setiap apa yang jadi pada mereka. Setiap manusia layak peluang kedua.

Do not lose hope nor be sad (3:139)
There’s a silver lining to every dark cloud. But try to find the sunny side of life.

– Cik Seed

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.