Sunday, 26 March 2017

Buli Pelajar Praktikal

PengakuanKu

Assalamualaikum, pembaca sekalian. First of all, terima kasih pada admin sekiranya confession aku ni di-approve. Aku merupakan pelajar kolej vokasional dan tak lama lagi nak habis praktikal.

Ceritanya macam ni.. Aku praktikal dekat satu syarikat ni dekat KL. Hari pertama berada di syarikat tu semuanya ok. Hari kedua tak seindah hari pertama. Ada seorang staf ni beza sikit je umur dia dengan aku tapi dia suruh aku panggil dia ‘kak’. Aku pun ok jelah. Dia suka sangat suruh aku buat kerja-kerja dia walaupun masa tu aku ada kerja nak buat. Dia kata kerja dia tu lagi penting kalau nak dibandingkan dengan kerja yang aku tengah buat tu. Pernah banyak kali telefon office berbunyi, dia kerah aku angkat. Aku ingat jauh sangat telefon tu dengan dia, padahal telefon tu atas meja dia. Dia dengan khusyuknya menghadap PC (mungkin dia banyak kerja kut – fikir aku), sekali pergi dekat meja dia..dia sibuk ber-chatting di facebook. Eh, geramnya aku.

Pernah jugak dia suruh aku ambil kertas-kertas yang dia print dekat printer. Printer tu dekat sangat dengan meja dia. Dia jugak pernah kerah aku gi hantar dokumen/fail dekat department lain sedangkan HR suruh dia yang hantar. Berat buntut betul dia nak bergerak. Ada jugak beberapa staf lain perasan dia buat aku ni macam kuli dia dan ada seorang staf ni tanya, “Kenapa kau diam je dik? Kalau akak, lunyai dia akak kerjakan. Dia ingat dia siapa nak buli-buli orang haih dia dulu pun praktikal macam kau jugak dik. Staf dulu pernah buli dia, mungkin sekarang dia nak kau rasa macam mana dia rasa dulu kut. Apa-apa pun jangan bagi muka, nanti lagi menjadi-jadi.” Aku senyum je tak respond apa-apa. Dalam hati, “Ohh, gitu ceritanya. Kau pernah dibuli dan sekarang kau nak buli aku pulak. Amboiii, cantik perangai!”

Sebenarnya, banyak lagi benda dia suruh aku buat. Kalau nak cerita memang panjang memandangkan aku praktikal dah 3 bulan lebih memang hari-hari ada je benda dia suruh aku buat itu ini termasuk beli makanan dan punch card untuk dia setiap hari. Aku pernah MC dua minggu, gigih betul hari-hari dia call dan whatsapp aku. “Bila nak masuk kerja dik?” “Jangan cuti lama sangat, banyak kerja tak settle.” bla bla bla. Setiap kali dia call aku, aku suruh mak aku jawab. Aku rimas betul. Macamlah dia tak boleh buat sendiri. Tolonglah faham keadaan aku masa tu perlukan rehat, bukannya tekanan. Sampai satu tahap memang aku dah hilang sabar sangat dah, aku tak ikut segala arahan dia dan termaki dia (tapi, takde la mencarut apa semua tu). Ingatkan dia insaf, eh tak insaf lagi.

Dia suruh aku buat itu ini, aku buat tak dengar dan aku buat kerja aku je. Staf lain mintak tolong apa-apa, aku tolong. Sebenarnya macam ni lah.. Ada perbezaan ye mintak tolong dengan menyuruh. Dia tak pernah mintak tolong. Aku tak pernah dengar ayat “Nak mintak tolong, boleh?” dan seangkatan dengannya keluar dari mulut dia. Selalunya, “Buat ni jap. Akak busy.” Busy sangatttt padahal sibuk main facebook, on the phone dengan pakwe dan main game online. Haihhh, bersabar banyak-banyak.

Tak perlulah nak membuli ni. Tak kiralah siapa muda, siapa tua, siapa berjawatan tinggi, siapa berjawatan rendah dan sebaginya. Sama-sama menghormati antara satu sama lain. Nak mintak tolong, mintak tolong elok-elok. Tak perlu buat budak praktikal atau sesiapa saja macam kuli. Jaga hati dan perasaan orang lain sama. Umur dah meningkat, takkan perangai masih macam tu lagi? Tak kiralah kau pernah dibuli ke apa, jangan sesekali balas balik dekat orang lain. Ini je confession aku. Terima kasih sudi membaca.

– Mekna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.