Selepas terbaca confession tajuk kenapa tak solat? Aku terpanggil untuk cerita pengalaman aku jugak…
Tapi pengalaman ni terjadi ketika aku masih belajar di sebuah ipts di semenanjung malaysia. Tapi sekarang Alhamdulillah, setelah menempuh pelbagai liku-liku, aku telah pun graduate tahun lepas.
Masa aku mula-mula jejakkan kaki kat situ, malam pertama tinggal di asrama, sebelum tidur tu aku solat isyak dulu. Masa tu aku dah rasa pelik sebab dalam bilik tu ada 6 orang termasuk aku, tapi aku tengok tak ada seorang pun yang solat. Kiblat pun aku tanya budak bilik sebelah. Masa tu aku husnuzon je, mungkin diorang ‘cuti’. Nak tegur diorang aku tak berani sebab masa tu aku jenis pendiam dan tak mudah bergaul dengan orang.
Lepas hampir berminggu aku sebilik dengan diorang, baru aku tahu yang diorang ni memang tak solat. Masa tu aku terkejut jugak, sebab aku orang kampung tinggal di pantai timur ( jarang keluar bandar), memang tak pernah hadapi situasi macam ni. Sebab zaman sekolah dulu, kawan-kawan aku semua solat, kalau tak pergi solat, walaupun lewat sedikit, ustaz atau ustazah memang dah pegang rotan (aku bukan budak sekolah agama, hanya budak sekolah harian biasa). Jadi, boleh dikatakan kat sini aku terkena ‘kejutan budaya’ tengok diorang macam ni. Sepanjang aku belajar kat situ, hanya Allah yang tahu betapa susah untuk aku cari kawan yang solat cukup 5 waktu. Bukan hanya setakat 5 waktu, 2 waktu pun susah apatah lagi 1 waktu.
Budak-budak kelas aku pun ramai tak solat. Masa tu aku memang rasa sedih sangat-sangat. Aku nak tegur perangai diorang, tapi aku tak berani sebab aku hanyalah selemah-lemah iman yang mampu menegur hanya dalam hati. Tapi aku selalu solat depan diorang dan berdoa semoga diorang terdetik untuk berubah. Kadang-kadang aku menangis sorang-sorang sebab tak boleh nak hadap dengan situasi ni. Masa tu aku fikir, suasana kat situ bukan dunia aku.
Ada juga, bila salah seorang kawan mereka yang free hair pakai tudungbila nak keluar, diorang akan ketawakan kawan diorang tu dan cakap ‘weh, malam ni kau jadi ahli syurga ek, okay, siapa-siapa yang jadi ahli syurga pergi naik motor dengan ahli-ahli syurga, yang ahli-ahli neraka naik motor sama-sama ahli neraka’, sambil bergurau. Yang pakai tudung tadi jawab ‘bod*h la kau ni’ sambil gelak-gelak.
Bila duduk rumah sewa, pernah satu ketika, aku solat tepi tv masa diorang tengah layan akasia. Diorang slowkan volume tv, tapi tak beranjak pun dari situ. Kadang-kadang diorang gelak-gelak tengok aku solat dan boleh bergurau cakap diorang geng-geng setan sebab tak solat. Ya Allah, benda macam tu pun diorang boleh bergurau?
Dan sepanjang aku belajar dekat situ, terus terang aku cakap, kawan-kawan aku yang lain dah habis teroka negeri tu sepanjang belajar kat situ 3 tahun. Sedangkan aku, hmmm, berapa kerat je tempat yang aku pergi. Alasannya satu, sebab bila aku keluar dengan diorang, betapa susahnya untuk aku solat, sebab kadang-kadang bila aku suruh berhenti dekat mana-mana masjid, diorang angguk kepala, tapi kesudahannya arahan aku hanya dibawa angin lalu…diorang tak berhenti pun. Mesti korang kata kenapa aku tak tegur perangai diorang, macam aku kata kat atas tadi, aku ni jenis pendiam dan tak ada keberanian untuk menegur. Aku mengaku, tu memang kelemahan aku, dan aku tak tahu macam mana nak ubah perangai aku ni. Dan aku hanya lega kalau diorang pergi mall sebab dekat mall aku boleh curi-curi pergi surau untuk solat.
Dan pernah aku kena handle satu dinner bawah fakulti aku dekat hotel 5 bintang. Pagi tu, team aku dah kena ada dekat sana untuk setup semua perkara. Tapi aku sampai kat hotel selepas waktu zohor sebab aku pegang position tak penting sangat waktu tu. Masa tu aku nervous jugak sebab tak pernah melangkah masuk hotel 5 bintang. Hahaha, kelakarkan…Nasib baik masa tu, pengurus kat situ ada bagitau surau ada dekat tingkat 8 tak silap aku. Majlis sebenar berjalan pukul 8 malam. Masuk je waktu asar, mata aku dah melilau nak cari mangsa temankan aku solat sebab aku tengok budak-budak lain sibuk bergelak ketawa dengan team masing-masing. Nak naik lif sorang-sorang aku takut. Akhirnya aku beranikan diri tanya salah seorang team aku yang aku tahu dia ni jenis solat tak solat (asalnya dia solat cukup 5 waktu, tapi sebab bergaul dengan orang tak solat, solat dia selalu berlubang).
Masuk je pukul 6, budak-budak perempuan team aku dan team yang lain semua dah sibuk berkumpul dalam tandas untuk tukar baju dan make up. Disebabkan aku dah solat asar dekat surau, dan suraunya memang selesa, luas, ada aircond dan tandas + bilik air yang bersih (dah namanya 5 bintang kan), aku ambil keputusan untuk tukar baju dekat situ je sambil tunggu waktu maghrib bersama dengan kawan rapat aku. Masa tu aku dan kawan aku sepantasnya tukar baju dan make up (light make-up) sebab bimbang nanti berebut dengan budak-budak lain nak solat bila dah masuk je waktu maghrib nanti. Kesudahannya, sampai la kitorang settle semua benda dekat surau tu, tak ada seorang pun yang masuk dalam surau untuk solat. Hanya aku dan kawan aku dari tadi. Masa tu aku dah fikir, kat mana diorang solat sedangkan surau hanya ada dekat tingkat 8 ni je. Rupa2nya, dari petang tadi diorang bersesak2 dalam tandas macam sardin dan tak solat sebab sayang nak ambil wuduk sebab muka dah make up (lagi satu, rupa2nya diorang tak tahu kewujudan surau tu sebab memang diorang jenis tak solat). Dan aku hanya geleng kepala sebab aku dan kawan aku dengan selesa dan senang lenangnya dalam surau serta tak payah bersesak2 dalam tandas dengan diorang. Mungkin Allah tolong aku sebab aku solat kot. Hehe…
Bila dah sem akhir, budak kelas aku rancang nak buat barbecue dekat tepi Pantai. Tegahari tu dah ada yang pergi setup barang dan tempat. Aku bertolak pergi sana lepas asar… Sampai sana diorang dah mula membakar. Masuk je waktu maghrib, aku pergi solat dengan salah seorang budak kelas aku. Nasib baik surau hanya depan pondok tempat kitorang berkumpul. Lepas solat, aku jeling-jeling jugak budak kelas aku yang mana solat dan tak solat. Hmmm, kesudahannya yang solat hanya aku dan kawan aku tadi. Kecewa jugak aku tengok budak-budak lelaki kelas aku yang akan jadi bakal ‘imam’ suatu hari nanti, tak pergi solat. Budak perempuan kelas aku apatah lagi. Diorang sibuk melantak. Memang aku kecewa giler masa tu tengok perangai diorang.
Dan benda yang paling aku sedih, kawan aku sejak sekolah dan belajar sama ipt dengan aku, yang sama2 dengan aku pergi solat dekat surau sekolah dulu-dulu, dah mula tinggalkan solat. alasan sebab malu nak solat dan rasa macam tunjuk baik pulak. (sebab geng bilik dia tak ada yang solat) jadi, aku harap korang doakan kawan-kawan kita yang perangai macam ni untuk berubah ke arah kebaikkan.
Oleh itu, aku nak nasihat dekat korang semua. Solat lah walaupun malas. Sebab lama-lama korang akan terbiasa dengan sendirinya sebab bila tak solat, automatik korang rasa hati korang tak tenang. Mungkin korang cakap korang tak menyusahkan orang lain sebab bila mati kubur asing-asing. Tapi hello! kalau keranda kau berat masa orang angkat nak pergi kubur, siapa yang terseksa? Orang yang angkat keranda kau tu jugak. Pastu, siapa yang gali kubur kau kalau bukan orang lain? Ke kau bangun gali sendiri, dan tanam diri kau sendiri? Fikir2kan lah… Dan maaf atas karangan panjang aku ini… Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
– Cik Elle
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment