Assalamualaikum. Thanks to admin kalau post cerita aku ni (maaf menggunakan bahasa aku ni supaya senang nak bercerita)
Kalau tengok tajuk, ya itu lah diri aku. Aku sangat kurang keyakinan diri. First sebab aku agak berisi(70kg pada umur 22tahun) dan tinggi aku pula hanya 145cm. Seorang yang pendek dan kena tampung badan seberat 70kg.
Itu masalah pertama. Masalah kedua pulak aku mempunyai masalah kulit sensitif (acne breakout). Masalah jerawat aku sangat banyak penuh satu muka sampaikan takde ruang langsung untuk kulit bersih. Bertahun tahun aku cuba cari cara untuk hilangkan masalah jerawat ni. Daripada guna duit sampai beratus ratus hinggalah hanya guna barang di dapur sahaja. Tapi tetap jugak tak hilang. Berkurang sekejap je lepas tu naik balik jerawat makin banyak.
Ramai kawan kawan, sedara mara, jiran jiran suruh pakai produk itu ini. Tapi aku mmg tak berani pakai apa apa produk hanya pencuci muka je (aku pakai cetaphil). Dan dah lama jugak aku tak makeup hatta bedak compack sekali pun aku tak pakai semata nak jaga kulit punya pasal. Tapi still tak berkurang.
Malu! Sangat malu bila nak berhadapan dgn orang. Aku tak bekerja. Hanya duduk rumah dan jual barang online. Sebab tak berani nak cari kerja kat luar dgn muka yg teruk macam ni.
Bila kawan kawan ajak keluar, aku lebih senang hanya beri alasan dan duduk rumah dari keluar dgn muka yg teruk dan tentunya aku akan malu. Kawan kawan semua muka lawa, kulit putih gebu. Aku je yg muka teruk. Dalam adik beradik pun aku sorang yang muka penuh jerawat.
Jujur aku katakan aku takde confident nak upload gambar muka aku yang teruk. Aku akan edit dulu bagi hilang jerawat baru upload. Kadang sumpah aku malu bila ada yang komen “comelnya, cantiknya, lawanya”. Aku malu sangat. Sebab diaorang taktahu kenyataan nya muka aku penuh jerawat.
Pernah pada umur 19 tahun aku kenal seorang lelaki dari facebook. 8bulan kawan and kami decide nak jumpa. Macam macam alasan aku buat semata nak elakkan perjumpaan tu tp terpaksa jugak pegi. First time jumpa lelaki tu senyap je tak banyak cakap, jalan pun agak jauh dari aku. Aku tahu dia malu bila jalan dgn aku. Aku pulak lagi lah malu bila kena macam tu. Sebelum jumpa konon nak belanja makan katanya. Bila dah jumpa dia bayar makan untuk dia je. HAHAHA malu betul aku bila ingat balik.
Aku pernah ada sekumpulan kawan yang juga berkenalan dari facebook. Bertahun juga kawan (6tahun sekarang). Bila dah lama berkawan memasing ajak jumpa nak buat gath konon nya. Macam biasa aku cuba elak kan dari berjumpa diaorang tp tetap takboleh jugak sebab tempat gath dekat dgn rumah. Jadi pegi lah aku dengan tidak penuh keyakinan ni.
First impression diaorang, memasing terkejut sbb muka aku tak sama macam dalam gambar. Malu betul aku bila ramai yang tanya kenapa dalam gambar lawa bila depan buruk. Aku hanya mampu senyum je sebab tak mampu nak jawab soalan diaorang. Ada yang perli kata aku fake dan ada juga yang masih boleh terima aku jadi kawan.
Baru baru ni aku upload satu gambar dekat insta. Aku baru lepas makup time tu. Semestinya bila dah makeup and tambah pulak dgn filter camera, automatik gambar jadi lawa kan. Aku tak edit apa apa pun. Lepas upload tu ada sorang kawan aku fb yg aku penah jumpa time gath komen “kenapa tak tunjuk muka penuh tatoo tu”. Sumpah demi Allah aku betul betul terasa dengan komen dia tu. Aku terus padam dan tutup akaun instagram aku.
Aku malu! Mereka tak faham apa perasaan orang yang ada masalah jerawat ni. Beruntung nya kalian yang muka bersih tanpa sebiji jerawat pun. Bukan aku mintak pun muka teruk macam ni. Bukan aku tak usaha untuk hilang kan masalah ni. Korang tak faham korang senang cakap, senang perli, senang kutuk.
Jika beri kesempatan, aku nak sehari je korang try rasa ada masalah jerawat yang sangat teruk lepas tu try berhadapan dengan orang yang mulut longkang. Tengok sakit ke tak sakit perasaan korang.
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment