Sunday, 26 March 2017

Aduhai Pakcik Makcik!

PengakuanKu

Assalamualaikum. pertama sekali seperti biasa terima kasih kepada admin kerana sudi post confession aku dan yang kedua minta maaf jika post ini ada mengguris hati perasaan sesetengah pihak. tak pasal-pasal aku kena kecam lagi nanti. aku merupakan pelajar diploma di ipta dan satu-satunya anak tunggal dalam keluarga. okay, serba sedikit intro tentang aku. jujur, aku fikir 2 3 kali nak tulis tajuk yang sesuai untuk post ni sebab takut macam lari tajuk pula nanti.

seperti mana yang kita tahu kalau dah nama pun orang tua pangkat pakcik,makcik mesti ada yang jenis nak ambil tahu pasal family kita, anak belajar mana, result spm hari tuh dapat berapa, lepastu bila dah sambung belajar soalan advance pula dia tanya, bila nak kahwin bagai. Alahai makcik,, aku diploma pun tak habis lagi dan kat universiti ni aku tak fikir langsung pasal jodoh ke apa. aku takda masa untuk semua tu. ada satu hari tu, pakcik ni datang kedai keluarga aku dan masa tu aku baru lepas jogging, aku tak duduk kat kerusi lagipun tiba-tiba pakcik tu cakap, ” ha anak pakcik yang sebaya kamu dah kahwin , kamu bila lagi?”. aku macam apa masalah pakcik ni? jadi aku yang tak sempat nak fikir apa-apa terus cakap,” err,, takde calon lagi” ( padahal memang takde pun ). haihh nasib lah dia orang tua kalau tak lama dah aku nak hentam dia balik. balik cuti aje , benda tu juga yang ditanya.

Lepastu ada seorang lagi ni mak sedara aku, dia tanya kat mak aku “lepas habis diploma si anne tu nak buat apa?, dan mak aku cakap lah benda klise yang aku nak sambung degree ( memang itu pun yang aku nak buat lepas habis diploma ). then, mak sedara aku cakap lagi, “ohh ingatkan dia nak kahwin, manalah tahu kan dah ada calon ke” dan mak aku balas , “ehh takde nya lah. lagipun dia tak suka benda-benda tu”. okay, ni lagi sorang. aku bukan nak kutuk dia ke apa yalah orang tua kan. tapi mak aku cerita lah pasal mak sedara aku ni, masa diploma dia tak habis belajar sebab kahwin. ingat nak sambung belajar lepas kahwin tapi atuk aku tak bagi. jadi aku rasa lah kan mak sedara aku ni nak samakan aku dengan zaman dia. menyirap juga aku dengar, dia ingat aku ni duduk universiti semata-mata nak cari jodoh agaknya. tolonglah, dari fiki soal jodoh baik aku fikir pasal makan ( aku ni kuat makan ).

Ha yang tu pakcik makcik jenis yang ‘prihatin’ sangat pasal kita. hok ni pula jenis yang asyik nak membeza-bezakan orang atau ada je benda nak provoke orang. lagi-lagi yang bezakan anak dia dengan anak orang lain. serius bila kau dengar dia orang beza-bezakan kita rasa bernanah aje telinga ni. rasa tangan mulut ni macam nak maki orang tu aje kan. tapi sebab dia orang tua yang perlu dihormati, kau redhoo je lah. mak aku cerita ada seorang customer ni datang kedai dan tanyalah pasal aku belajar mana sekarang ni. mak aku pun jawab lah aku belajar kat universiti dot dot, diploma dot dot dan pakcik tu pun mulalah buka cerita anak dia sekarang dekat form 6 semua ( kuat membebel pakcik ni, mak aku pun tak kuat membebel macam dia ). lepastu dia tanya , kenapa jauh sangat sampai ke pantai timur dah lah anak seorang je perempuan pulak tu. so mak aku pun cakaplah, ala biarlah dia nak rasa duduk jauh, cari pengalaman baru, belajar hidup berdikari awal-awal . apa yang mak aku cakap memang betul pun. kalau kita asyik trperuk dekat tempat yang sama je, jumpa orang yang sama dan tak explore dunia luar, macam mana minda nak terbuka kan. baik betul mak aku ni, kalau aku dah lama aku sound pakcik tu balik lantaklah nak kata apa pun haha.

lepastu pakcik tu hentam balik, dia cakap belajar dekat form 6 lagi bagus sebab hari-hari dapat jumpa mak ayah jadi tak risau lah pasal anak dia buat apa. then, dia cakap lagi yang duduk universiti jauh-jauh tu kita tak tahu apa anak buat kat sana, okay ke tak makan ke tak. mana tahu tiba-tiba buat benda jahat belakang kita ke sebab tak boleh nak pantau semua. pakcik, sekarang saya tngah menulis post ni bemakna saya masih lagi hidup , sihat walafiat. lagi satu, sekarang zaman canggih kan ada whatsapp, nak buat video call pun boleh. kalau lah dia tahu tanggungjawab sebagai seorang anak sibuk macam mana sekali pun, dia akan call parents dia tanya khabar. dan yang paling penting, kalau dia rasa dah besar dan matang, dia akan tahu nak bezakan mana baik dan buruk,tak buat benda yang memalukan nama keluarga, walaupun tak semua macam tu.aku syak lah kan pakcik tu jeles kot sebab anak dia tak dapat universiti tu yang asyik provoke je kerjanya.

aku pun takdelah nak cakap belajar form 6 tu tak bagus. bagus , sijil stpm laku kot. bagi aku belajar mana-mana pun sama aje, yang penting niat kita ni nak tuntut ilmu.rezeki masing-masing kan. ada sesetengah makcik tu pula bila dah dapat masuk universiti, nanti ditanya pula u mana dapat dik? tempat yang aku belajar ni takdelah famous macam um atau ukm tu tapi still universiti terbaik juga lah. namun ada juga mulut-mulut kepoh makcik ni akan cakap universiti mana eh tak pernah dengar pun, kenapa tak masuk um / ukm ke, tak cukup A eh? perh yang tu memang panas telinga lah kalau dengar. kalau ada depan mata aku memang aku sembur habis makcik macam tu. aku faham orang-orang tua ni memang ada perangai macam tu tapi aku bersyukur sebab mak aku sangat memahami aku dan dia tak macam makcik-makcik kepochi tu, asal balik cuti aje ada je benda nak story sebab tu aku rasa selesa nak luahkan perasaan.

kepada pakcik dan makcik diluar sana, saya bukan nak kurang ajar ke apa dan kalau saya cakap lebih takut ada yang cakap mak ayah tak ajar nak hormat orang tua ke apa. saya cuma nak bagi pendapat saja, kadang-kadang sebagai orang lama, kena dengar juga luahan dan pendapat anak-anak muda macam saya ni. mungkin ada betulnya apa yang orang-orang muda cakap. jadi pakcik, makcik tolonglah baca confession saya! sekian terima kasih.

-anne

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.