Thursday, 30 March 2017

Cabaran Dunia Realiti

PengakuanKu

Assalamualaikum

Pertama sekali terima kasih kepada pihak IIUMC menyiarkan penulisan ini. Saya juga menghargai atas doa baik yang diucapkan oleh pembaca di ruangan komen sebelum ini.

Jazaakumullah khoiron kathiir.

Penulisan kali ini akan berkisar sedikit cabaran pengajian tinggi dan dunia kerja. Pengalaman ini dikongsi agar adik2 di luar sana perlu berjiwa kuat dalam menghadapi dunia realiti.

Setelah saya berhenti kerja sebagai budak kelindan untuk meneruskan pengajian tinggi, saya ditawarkan pembelajaran di sebuah kolej separa swasta dibiayai badan biasiswa bumiputera. Alhamdulillah. Jurusan diambil adalah jurusan yang sangat jarang diketahui oleh orang tua kita lebih2 lagi di kampung saya.

Jurusan tersebut bukanlah diploma atau degree melainkan sijil kursus professional perakaunan (ie CPA, ACCA ICAEW)

Tidak ramai bumiputera mengambil jurusan ini. Atas inisiatif seorang tokoh korporat datang ke sekolah saya, saya tekad mengambil jurusan ini.

Sudah pasti saya menyelidik terlebih dahulu jurusan tersebut. Sekarang ini tokoh tersebut sudah menjadi pengerusi PNB. Pada waktu beliau datang ke sekolah saya, jawatannya CEO Telekom.

Ibu bapa saya sedikit terkilan kerana menganggap ini merupakan pengajian eksperimen oleh badan biasiswa tersebut. Saya memujuk katakan kepada bonda saya “Insha Allah, jurusan ini boleh bawa jauh melebihi degree luar negara. Sekurang2nya sudah ada biaya..Alhamdulillah”.

Saya sudah tahu, terdapat ramai yang berkelulusan seperti saya ke luar negara…malah ada yang menggunakan ‘cable’. Itulah realiti kehidupan.

Tapi dalam hidup kita kena yaqin

Hikmah… Tidak semua benda yang kita mahu akan kita dapat. Bersyukur walau kurniaan tidak sehebat orang lain. Aturan Allah Ta’ala tidak pernah tercela.

Selesai pengajian tersebut, saya meminta kerja di merata2 tempat berkaitan dengan bidang saya. Semua ditolak kecuali satu firma audit.

Perlu diketahui, firma audit dimana saya mendapat kerja adalah tempat ramai tidak tahan dengan tekanan kerja mengejar ‘deadline’ dan pengurus ‘expectation’ tinggi.

Saya tidak memilih kerana sudah 6 bulan kerja sambilan, terus bekerja disana. Bulan pertama senior yang bekerja dengan saya meletak jawatan notis 24 jam. Tinggallah saya dikenakan penolong pengurus sehingga pukul 5 pagi bekerja.

Saya bertahan dan Alhamdulillah, setahun bekerja saya ditawarkan di salah satu firma Big 4.

Antara sebab saya dapat ke Big 4 adalah kerana saya sudah menghabiskan pengajian professional tersebut.

Nampak kan hikmah Allah Ta’ala tidak pernah salah. Malah sahabat2 saya yang belajar degree di luar negara perlu mengambil jurusan professional pula. Saya doakan mereka dipermudahkan melepasi peperiksaan tersebut

Saya akui saya sendiri gagal banyak kali ambil peperiksaan itu…nampak nya SPM saya bukanlah pengukur segala2nya.

Dengan latar belakang lulusan jurusan professional dan pengalaman audit Big4..Alhamdulillah…dipermudahkan banyak perkara dalam mencapai sesuatu.

Saya ingin nasihatkan kepada adik2

1) Sabar

Seringkali dalam hidup kita akan selalu tertanya “Mengapa orang lain secara tidak adil melebihi kita?”. Berdoa dan sabar. Lambat laun barulah kita mula bersyukur…ini rupanya jalan Allah Ta’ala. Hikmah dan indah.

2) Fokus dalam mengambil ilmu

Umum diketahui para jurusan perakaunan. Audit adalah tempat latihan terbaik menjadi akauntan bertauliah. Jangan gentar dan laburkan masa anda untuk kerja kuat mengambil ilmu praktikal (tacit knowledge).

Ilmu buku hanya didapati di sekolah dan uni (theory knowledge). Target 3 tahun bekerja disana.Jika tidak mampu 2 tahun. Elak terlalu cepat mengalah ya.

Begitu juga selain jurusan perakaunan, fokus dalam mengambil ilmu. Gaji nombor dua. Bak kata sahabat saya “Now Its time to learn, not yet to earn”

Ilmu2 berikut akan membuatkan majikan meleleh air liur inginkan anda

– Kemampuan mengolah data excel menggunakan pivot table, v-lookup, concatenate etc
– Menstruktur tax planning
(cth : menubuhkan syarikat di labuan hanya bayar cukai 20k sahaja. T&C apply)
– Menaik taraf SOP syarikat ke arah pembentukan korporat etc

3) Menjaga prinsip seorang muslim

Dalam dunia kerja korporat, anda akan mendapati ramai muslim yang minum khamar dalam majlis tahunan serta ‘dance to the groove’ apabila parti bermula.

Ittaqullah dan jauhi ya majlis tu. Moga Allah Ta’ala jaga hati kita.

4) Kurangkan musuh ramaikan sahabat

Rakan sekerja ada yang menikam, ada yang membantu. Ramaikan sahabat2 dari kalangan yang membantu.

Elakkan kecewa jika
– Tidak memenuhi expectation ketua
– Dikatakan “you’re a dissapointment”
– Diherdik “Anda tidak kompeten!”

Bawa bertenang. Kepada lelaki keluar lepak sahaja dengan sahabat2. Kepada wanita, its ok to cry together. You’ll be stronger after that.

5) Sisihkan sedikit untuk sedeqah & elaun ibubapa.

Dikala saya menerima gaji pertama, saya melihat ramai mula membeli kereta. Tergugat juga, tapi saya sebagai seorang lelaki merasakan cukup sahaja dengan kenderaan bermotor. Disisihkan 1/5 gaji untuk ibu saudara & ibu bapa saya.

Terjemahan Aali Imran 92.
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan/kebaktian sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Setakat ini sahaja saya mampu kongsikan dalam masa terhad.

Niat baik, buat baik, doa baik2 hasilnya izin Allah baik juga.

Salam a’laik.

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.