Tuesday, 28 March 2017

Kerja Besar, Gaji Kecil

PengakuanKu

Entri ini sekadar nasihat dan mungkin teguran, tidak bermaksud sekali mahu merungut atau tidak bersyukur.

Alhamdulillah, rezeki saya dapat pekerjaan sebelum bergraduasi di dalam bidang yang saya ambil sewaktu di universiti dulu. Sewaktu menghadiri temuduga, saya ditanya berapa rate gaji yang saya nak sekiranya saya diambil bekerja di sini? Jawapan saya, kalau diikutkan kelayakan ijazah sarjana muda, pastinya tinggi, jadi saya bagi jawapan selamat, “RM 1500 sudah mencukupi memandangkan saya tiada pengalaman bekerja dalam bidang ini.”

2 hari kemudian, saya ditawarkan bekerja di situ secara kontrak dan gaji yang ditetapkan adalah RM 1, 300. Setelah dipotong KWSP dan SOSCO, maka tinggal baki gaji saya RM 1, 100. Kemudian ditolak lagi segala bayaran, baki gaji saya tinggal RM 500 untuk survive selama sebulan.

RM 500 ni betul2 saya habiskan untuk makan sahaja. Belanja makan untuk saya, belanja makan untuk rumah di kampung, belanja makan untuk pejabat dan kadang2 saya tampung belanja makan untuk kawan saya yang tidak dapat gaji sejak beberapa bulan yang lalu kerana dia yang membantu saya mendapatkan pekerjaan ini.

Dalam isu gaji, ramai yang pertikaikan kenapa perlu saya teruskan bekerja di situ? Saya bekerja kadang-kadang 7 hari tanpa henti. Masa pergi dan balik kerja tidak menentu. Pernah saya berjalan kaki seawal 5 pagi ke tempat kerja, pernah saya pulang selewat 12 tengah malam ke rumah kerana perlu siapkan kerja. Kadang-kadang bila terlalu letih, saya tidur dahulu kemudian saya akan bangun jam 3 atau 4 pagi untuk siapkan kerja saya. Tiada sebarang elaun tambahan untuk overtime.

Ramai yang bertanya, untuk apa diteruskan?

Jawapannya mudah. Saya sukakan kerja ini. Kerjanya besar, penulisan saya bukan untuk dipaparkan di pejabat ini sahaja, tapi untuk semua rakyat Malaysia. Saya sampaikan maklumat baru kepada orang ramai. Saya mengenali ramai wira-wira yang tidak didendang. Saya menyaksikan sendiri kesusahan orang lain yang mungkin saya sendiri tidak mampu tanggung.

It’s kind of daily motivation for me. It’s kind of wake up call for me.

Saya perhatikan ramai orang tertekan dengan angka gaji yang diperolehi. Sebenarnya bukan gaji yang menjadi tekanan, tapi kerana kita kurang bersyukur, lantas lahirlah satu sifat yang dikatakan asyik tidak berpuas hati. Kita mahukan kesenangan, tapi kita langsung tidak berusaha. Semua mahu ‘disuap’. Gerak kerja seperti anak kecil, sentiasa perlu disuruh, disuap, diterangkan satu persatu, tapi bila masuk soal gaji, inginkan gaji seperti orang dewasa yang boleh berfikir dengan waras.

Situasinya sama sahaja seperti kita nak masuk syurga, tapi dosa dan maksiat tak lekang dari diri kita. Dalam masa yang sama kita juga tak nak masuk neraka? Lantas apa hala tujunya?

Realiti dunia pekerjaan bukan hanya terletak pada soal gaji, namun seikhlas mana kita bekerja dan sebesar mana sumbangan kita. Ramai yang bekerja sekadar ingin bekerja untuk mendapatkan wang. Sudahnya otak dan mulut kita pun turut ‘bekerja’ dengan pemikiran yang berserabut dan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Saya setuju dalam soal kerja perlu memilih. Tapi bukan memilih dalam soal gaji, sebaliknya memilih pekerjaan yang kita suka. Tolak ke tepi dahulu soal sijil atau kelayakan yang kita ada. Kalau dahulunya masa belajar di kolej atau universiti, kita ambil bidang pendidikan, tak salah pun kalau kita bekerja dalam bidang masakan kalau dah memang kita suka memasak. (Umpama saya minat awak, mesti macam-macam saya sanggup buat untuk tarik perhatian awak. Tiba-tiba berchiaaa kan)

Pesanan saya untuk sahabat2 yang sudah bergraduasi, jangan terlalu memilih terutamanya soal gaji. Selagi pekerjaan itu halal, tiada apa yang perlu dimalukan. Tiada pekerjaan dalam dunia ini yang hina selagi gajinya halal dan berkat. Saya pernah bertemu dengan seorang warga emas yang buta, tapi masih mampu bertani dengan tanah keluasan 0.6 hektar. Kita yang tak buta penglihatan, tapi kalau ada sifat malas dan sering beralasan, tanah sekangkang kera pun mustahil untuk diusahakan!

Untuk adik-adik yang sedang menjalani latihan industri, jangan kerana tiada elaun diberikan lantas awak buat keputusan untuk bekerja acuh tak acuh. Awak sedang bergerak selangkah ke dalam alam pekerjaan. Buat keputusan untuk langkah seterusnya samada langkah ‘kanan’ atau langkah ‘kiri’?

Pengangguran berlaku bukanlah kerana tiadanya peluang pekerjaan, tapi kerana kita sendiri yang ‘malas’ untuk mencipta peluang yang diiringi dengan seribu alasan.

Biarlah kerjanya besar, gajinya kecil asalkan rezeki dan rahmatnya luas.

Daripada kerjanya besar, gajinya besar tapi rezekinya sempit.

Don’t be a person everyone else expects you to be. Be a person you want to be.

We should.

Kan?

– Cik Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.