Thursday, 30 March 2017

Tak Sedar Diri

PengakuanKu

Assalammualaikum semua.. Terima kasih kepada IIUM kerana siarkan confession sy. Dipendekkan cerita, aku pernah bercinta dengan si Z ni tapi bila dia dah kahwin,aku stop berkawan dengan dia (lepas putus cinta masih berkawan sebab entahlah, hahaha) sebab aku ni jenis yang alergi dengan suami orang (bukan alergi dengan lelaki, cuma dengan suami orang). Hujung tahun 2016, Z ada mesej aku tanya khabar. Sebabkan aku taknak layan dia, aku cakap elok-elok yang saya taknak berhubung dengan dia walaupun bertanya khabar. Panjang lebar aku cakap aku tak nak nanti isteri dia salah faham, aku rasa berdosa mesej suami orang, buat hubungan dia berantakan dengan isteri dia la bla bla bla. Tapi dia insist cakap isteri dia tak check fon lah, tak kisah dia mesej dengan kawan perempuan lah, tahu yang dia ni ramai kawan perempuan lah bla bla bla. Mungkin orang akan cakap, “alah, tanya khabar je pon, bukan menggatal pon”. tapi inilah mentaliti yang perlu diubah. Setiap permulaan perbualan dan perhubungan di mulai dengan tanya khabar. Memang lah mula-mula tanya khabar, tapi daripada tanya khabar tu lah akan terjebak ke tengah buat apa, kat mana, kerja apa sekarang dan bla,bla,bla. Tiba-tiba nanti rasa syok pulak berbalas mesej, esoknya sambung lagi mesej, lepastu hari-hari pulak, lepastu wujud perasaan rindu, “eh, hari ni dia tak mesej la, rasa tak lengkap hariku tanpa mesej si dia”. See? Tak semua la yang akan end up macam aku cakap, tapi mostly memang macam ni. Kebetulan masa dia mesej aku tu, baru je lepas majlis aku bertunang. Aku cakap kat dia, aku dah bertunang (siap aku bagi gambar aku dengan tunang aku lagi kau), nak kahwin bulan 4 ni dan dia macam upset gila dengar aku dah bertunang. Terus taknak mesej aku dan tukar gambar profile picture dia 1 family dengan anak dan isteri dia, hahaha. Dia ingat aku kesah? Jeles? Lagi lah jauh, aku dah lama move on kot. Hahaha.

Cerita nya bermula minggu lepas bila dia kembali whatsapp aku. Dia bagi salam, aku jawab lah (berdosa kot kalau tak jawab), dia tanya sihat ke tak, pun aku jawab. Lepastu aku tengok dia typing, aku dah rasa pergh, malas aku nak sambung chat, terus aku tanya

Aku :Ni whatsapp aku ni macam ada something je (sambil letak emoticon yang thinking tu)
Z: Takde ape. Nak harapkan A mesej memang takkan A whatsapp Z kan.. (buat ape nak mesej laki orang padahal aku tunang orang?)
Aku: tak nak la kacau, nanti kalau wife Z salah faham, tak baik pulak.
Z: Da agak da A mesti cakap macam tu. Dia tak pegang fon Z pun. (still insist)
Aku: Memang lah dia tak pegang, tapi dia still isteri yang sah kan? dan ade hak nak tahu Z mesej dengan siapa.
Z: Sekarang A nak ceramah Z ke? Z mesej baik-baik, A cakap macam ni.
Aku: Bukan nak ceramah tapi A rasa tak baik Z buat macam ni.
Z: Z happy je dengan wife Z skrg, A bole tengok kt fb (dia taktahu aku dah lama unfriend dia), takde masalah pun, dia tahu Z ada kawan perempuan jugak.
Aku: A yang rasa berdosa, A minta maaf.
Z : Ok

Dan perbualan terhenti di situ. Lagi sekali, daripada gambar dia seorang, dia tukar gambar anak dia. Aku tak tahu la dia nak tunjuk level kebahagiaan dia dengan cara nak aku tengok dia dah ada baby ke apa, tapi peduli apa aku. Once kau lafazkan akad tu, kau tetap suami orang dan kau kena pandai jaga batas kau. Kalau kau happy sangat dengan isteri kau, kenapa nak cari kawan perempuan lain? KENAPA? Sampai sekarang aku cuba fikir positif tapi aku still tak puas hati. Kenapa perlu nak berkawan kalau dah tau diri tu ada family dah? Dia tak pernah terfikir ke perasaan isteri dia kalau baca mesej dia dengan perempuan lain (kawan) tapi mesej tu macam mesra pengguna je. Aku boleh terima kalau dia mesej dengan officemate, ye la, nak bincang pasal kerja lah katakan. Tapi banyak je aku dah jumpa laki orang terlanjur dengan bini orang bermula daripada hubungan officemate. Kekonon nak bincang hal kerja, lepastu salah sorang ada masalah dengan pasangan, lepastu officemate ni sedar yang dia mesej lain macam, kekonon nak tunjuk caring, tanyalah awak okay ke tak. Bermulalah sesi luahan perasaan dan end up nya, nak bagi shoulder untuk mengadu. Lepastu rasa macam officemate tu tak bahagia, maka dia pun hulurkan lah kebahagiaan. SEE? Cuba ubah kalau hal kerja, bincang kat tempat kerja je.Orang mungkin akan condemn aku ni paranoid sangat, tapi masalahnya, ini lah realiti yang berlaku zaman sekarang. Sedih tengok masyarakat kita zaman sekarang yang amik ringan semua benda.

Kau kalau dah kahwin, nak buat apa kawan dengan orang lain? tak cukup ke kau enjoy zaman bujang kau dulu? Tu lah, orang suruh berkawan dulu-dulu sebelum kahwin kau taknak, lepas kahwin gatal nak berkawan sana sini. Maaflah kalau post aku ni yang terlampau, tapi maaf lah, aku tetap dengan pendirian aku. Kau kalau dah suami orang, dari buang masa mesej aku, baik kau bawa isteri kau jalan-jalan. Masa yang terbuang tu, better spend dengan anak bini kau. Orang mesti akan condemn aku, “ala, takkan la mesej pun sampai berjam-jam lamanya”. Macam aku cakap lah, once kau start kan perbualan tu, kau akan rasa syok, rasa nak tanya macam-macam perkembangan dan berlarutan la mesej tu. Takde nye kau mesej bagi salam, tanya khabar lepastu bye. Dah la 10 jam kau dah pergi kerja (8 pagi – 5 petang, termasuk pergi dan balik kerja 1 jam), tidur 6 jam, tinggal 8 jam je sehari untuk kau bonding dengan isteri dan anak kau. 8 jam tu pulak bukan genap 8 jam kau boleh bagi masa kat anak kau, nak makan mandi sembahyang lagi. SEE? Tak banyak pun masa yang tinggal untuk isteri dengan anak kau, itupun kalau isteri kau berkerja sama waktu dengan kau, buatnya yang lain shift tu? lagi singkat masa untuk bersama. Anak kau nak membesar tu Z, baik kau bagi perhatian kat dia daripada kau bagi perhatian kat aku, kat hidup aku. Aku ni kalau kaya ke, kalau susah ke, kalau sakit ke tak bagi kesan kat kau. Tapi kalau isteri kau sakit, anak kau sakit, impak dia besar wo. Kecuali lah kau tak sayang isteri dan anak kau, kau bia je depa dengan hidup depa sendiri, tak yah tumpu perhatian, tak yah luang masa dengan kau.

Buat para suami dan isteri kat luar sana, jagalah batas pergaulan anda dengan orang lain. Janganlah bukak ruang untuk orang lain menagih simpati dan kasih sayang anda. Jangan buka ruang sikit pun membenarkan kehadiran orang ketiga di dalam hati anda. Ubahlah pemikiran kita dengan anggap suami/isteri orang boleh berkawan dengan orang lain. Mungking orang akan cakap, “alah, suami/isteri tahu saya kawan dengan si polan ni” tapi jangan lupa, kalau la perkara berkawan dengan orang lain ni baik, mustahil ada kejadian suami/isteri curang dengan kawan baik sendiri. Biarlah kita mengongkong/menghambakan diri kita kepada keluarga, sesungguhnya tak rugi apa pun. Seriously tak rugi apa pun. Biarlah orang nak cakap kita takde kawan, yang penting family sentiasa ada. Mesti orang akan cakap, “Hidup ni perlukan kawan, susah senang kau nanti kawan yan tolong”. Sekejap, kau ingat semua kawan berguna? lagi banyak hampas daripada madu. Kalau lah kawan tu baik, takdenye kes santau menyantau, sihir menyihir, tikan menikam ni.

Akhir sekali, re-union ni. Tak payah la nak re-union sangat. Banyak dah kes aku jumpa curang selepas re-union. Bagi aku, re-union ni medan untuk throwback dan medan cinta berputik kembali. Bila dah re-union, tengok si polan tu dah lawa, dulu polos je, tak pandai bergaya, sekarang lawanya macam barbie doll. Rasa menyesal menerjah ke dalam diri sebab tiggalkan si dia dulu. Terjatuh cinta semula, rasa rindu dan cinta kembali berputik. Disebabkan masa re-union tak boleh nk minta no fon (ye lah, takkan kau nak minta depan bini kau), mula la scroll participant dalam group whatsapp tu cari nombor fon si dia. Haa, lepastu personal whatsapp, lepastu ajak makan, lepastu melarat lah ke hubungan cinta terlarang dan tidak direstui. Nanti cerita lah isteri tak pandai bergaya, tak lawa lah, tak segala-galanya lah. Excuse me, isteri hang macam tu sebab menghambakan diri kat kau dengan anak kau, kau boleh pulak banyak songeh ek.

Kesimpulannya, suami/isteri orang, takyah sibuk nak bersosial sangat. Yang isteri, jaga hubungan dengan suami, cari syurga Allah tu. Yang suami pulak, bimbinglah isteri tu ke syurga Allah. Gunakan masa yang ada untuk keluarga anda. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin cari ilmu Allah. Ingat, untuk sebuah keluarga mendapat keredhaan dan syurga Allah, mereka memerlukan each other (suami perlukan ibu dan isteri untuk masuk syurga manakala isteri perlukan suami untuk isteri masuk syurga). Kawan anda tak bawak anda masuk syurga pun. Sama-sama kita berubah.. :)

– Tunang Orang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.